Macamlah saya tak reti berbahasa melayu.. Ha..ha
Anyway, saya tulis cerpen pendek ni dua jam yang lalu.. Cerpen pendek suka-suka jak.. Langsung tak ada isi dan tak buat research pun.. sekadar redah saja..
So jangan hairanlah kalau cerpen ni kurang berkualiti.. Maaf sajalah..
So cerpen ni kononnya berkisar kandungan diari seorang pelarian perang.. tapi macam ada yang tak kena dengan cerpen ni.. mungkin format diari tu tak berapa sesuai..
Kalau cerita tak best, jangan kutuk teruk sangat yek.. Saya kan masih baru lagi tulis cerpen melayu hehe
DIARI SEORANG PELARIAN
DATE: 20 JUN
Dear Dairy,
Entah kenapa hari ini hatiku tergerak untuk menulis di dairy
buruk peninggalan arwah isteriku ini. Mudah-mudahan ini bukan perangai buang
tebiat kerana aku masih belum mahu mati. Anak-anak ku masih kecil.
Mekah pun tak jauh lagi.
Anyway,
Hari ini genaplah sudah enam hari anak anak ku berada dalam
kelaparan. Syukurlah juga Allah telah menurunkan hujan gerimis tiga hari yang
lalu. Dengan hujan yang tidak seberapa itulah semua kami sekeluarga serta
sahabat sahabat kami yang lainnya di dalam kabilah ini menghilangkan rasa
dahaga yang menggigit tekak di padang pasir ini.
Masih terbayang di ingatan suara tuan Andi Makassar menjerit
memberitahukan kehadiran titisan air hujan yang menitis menimpa dahinya. Selang
dua minit kemudian kesemua ahli kabilah tidak kira lelaki, wanita dan kanak
kanak bertempiaran mencari bekas untuk menadah pemberian Allah itu. Pinggan,
mangkuk, beg plastik malah topi keledar basikal digunakan oleh tua da muda
dalam kabilah kami untuk menampung air yang kemudiannya digunakan untuk
menghilangkan dahaga.
Tadi aku berpaling melihat anak-anakku tersayang Ika dan
Aishah yang masih kecil sedag mencangkung di atas tanah menikmati stok air
hujan kami yang semakin sedikit. Si kakak Ica berumur 10 tahun sedang memegang
cawan agar adiknya Aisah yang baru 7 tahun itu dapat meneguk air dengan tertib.
Ica menyedari pandanganku dan membalas sambil tersengih. Aku berlakon sebaik
yang mungkin membalas sengihan itu dan kemudian segera berpaling ke depan. Aku
tidak mahu kedua anakku yang comot dan kurus itu melihat juraian air terjun
yang bakal membasahi mata ayahnya ini sebentar lagi.
Jahanam sekali kesemua manusia manusia yang telah
menghancurkan bangsa kami lima tahun yang lalu! Bangsat bangsat itu dengan
penyokong tegar merekalah yang menyebabkan aku dan anak-anakku menjadi
sebegini. Walaupun ramai diantara waris waris mereka selepas itu cuba meminta
ampun kepada seluruh bangsaku yang mereka telah jahanamkan, namun itu tidak
menukar hakikat bahawa mereka adalah manusia paling jahanam di muka bumi ini.
5 tahun lalu keadaan kami bukanlah sebegini. Kurang dari 5
tahun yang lalu bangsaku masih merupakan bangsa yang bebas dan bermaruah serta
mempunyai negara yang berdaulat. Aku sendiri pernah mempunyai pekerjaan serta
kereta dan tinggal di taman perumahan yang selesa dengan isteri dan
anak-anakku. Rumah kami hanyalah di rumah teres kos rendah namun makan minum
kami cukup. Aku waktu itu adalah lelaki yang gembira, mempunyai isteri yang
bahagia dan anak anak yang sihat dan ceria.
Waktu itu bangsaku masih memerintah negara yang merupakan
tanah air warisan nenek moyang kami. Negara kami adalah negara yang kaya dan
makmur sehinggakan ramai bangsa asing bersama anak isteri mereka merantau ke
negara kami untuk menumpang tuah. Kepada bangsa bangsa asing ini nenek moyang
kami benarkan mereka berkongsi kekayaan untuk diri mereka dan keturunan mereka.
Nenek moyang mereka yang datang ke negara kami dulu adalah
jiran dan sahabat nenek moyang kami dikala suka dan duka. Mereka bergaul dan berdagang dengan nenek
moyang kami dan nenek moyang membenarkan mereka menjadi sebahagian dari
identiti negara kami. Sebagai syaratnya nenek moyang kami hanya meminta syarat
yang mudah agar bangsa kami kekal sebagai bangsa memerintah Tanah air kami.
Oleh kerana mereka adalah bangsa yang rajin berniaga dan berusaha, maka nenek
moyang kami redha ke atas kekayaan yaang mereka perolehi asalkan mereka
menghormati hak kami sebagai pemilik asal tanah air kami.
Tapi entah mana silapnya selang beberapa generasi kemudian
cucu cicit mereka menjadi tamak dan haloba. Perjanjian yang sudah disepakati
beratus tahun yang lalu diantara nenek moyang kami tidak lagi dihormati. Maka
wujudlah sekumpulan kecil bangsa mereka yang mahu mencabar pemerintahan bangsa
kami.
Walaupun kumpulan ini ternyata telah menderhakai perjanjian
nenek moyang kami, namun kami tidak hapuskan mereka kerana kami anggap
penderhakaan kumpulan kecil itu tidak mencerminkan majoriti bangsa mereka.
Lagipun pemerintahan bangsa kami masih utuh dibawah pemimpin kami yang keempat.
Dibawah pimpinannya negara kami pernah menjadi empayar dan kami adalah bangsa yang cemerlang dan
dihormati seluruh dunia dan bangsa lain.
Tapi entah dimana silapnya pada waktu pemerintahannya
jugalah telah berlaku tiga perkara sial itu.
Sial yang pertama adalah apabila datang seorang lelaki dari
bangsa kami sendiri yang gila kuasa dan berserakah dengan nafsu dunia. Lelaki
ini pada awalnya kelihatan warak dan berwibawa sehinggakan pemimpin keempat
pernah merancang agar lelaki ini menjadi pemimpin kelima bangsa kami
selepasnya. Namun Allah Taala itu maha kuasa kerana mentakdirkan kejadian di mana lelaki ini kemudiannya
didapati bukan sahaja rasuah dan zalim, malahan suka pula bersetubuh dengan
jantina sejenisnya.
Lelaki sial ini kemudiannya disingkirkan dari barisan
kepimpinan bangsa kami. Tetapi ternyata dia ini memang sial tujuh petala langit
dan tujuh petala bumi. Dia membuat perjanjian dengan musuh Allah di Amerika dan Eropah
agar membantunya merampas pemerintahan negara kami. Sebagai galang gantinya
maka seluruh bangsa kami dan negara kami akan digadainya.
Kemudian datang sial yang kedua.
Sial yang kedua adalah apabila datang pula kumpulan khawarij
dari bangsa kami menyokong lelaki ini. Kumpulan khawarij yang memuja hanya
kemuliaan ketua mereka itu telah lama bernafsu untuk menjadi pemimpin bangsa
kami. Namun selama ini usaha mereka tidak berhasil akibat kedangkalan intelek
mereka sendiri. Mereka adalah golongan konservatif dalam bangsa kami yang tidak
mahu mendalami ilmu. Kalangan pemimpin mereka adalah yang rendah inteleknya
dan oleh hanya mampu bermain politik dengan menjual nama Tuhan kononnya Tuhan
memilih mereka sebagai pemimpin yang akan membawa bangsa kami ke syurga.
Dan akhirnya datanglah si sial yang ketiga.
Kumpulan kecil bangsa asing yang aku ceritakan awal tadi
telah melihat si sial pertama dan si sial kedua sebagai peluang untuk merampas
pemerintahan bangsa kami. Maka sial ketiga ini bergabung dengan sial pertama
dan sial kedua untuk membentuk pakatan Tiga Sial bagi merampas pemerintahan
negara kami. Maka bergabunglah si tiga sial ini menipu ramai dikalangan anak bangsa
kami sendiri untuk mengkhianati bangsanya sendiri. Malahan penipuan mereka itu
ternyata sebegitu berkesan sehinggakan mereka berjaya menghasut anak anak muda
dari bangsaku agar mahu menumbangkan raja-raja kami dan menukar bendera negara
kami.
Akibat pengkhianatan sial bertiga ini maka tumbanglah
pemerintahan bangsa kami akibat pengkhianatan. Walaupun akhirnya hanya minoriti
saja dari bangsa kami yang terpedaya dengan penipuan si sial pertama dan kedua,
namun si sial ketigalah yang menyebabkan majority bangsa mereka bersepakat mengkhianati
perjanjian nenek moyang kami semasa pilihanraya negara.
Dear dairy,
Mungkin ramai yang menyangka bahawa hancurnya negara kami
adalah akibat tumbangnya pemerintah bangsa kami semasa pilihanraya?
Aku pun pernah menyangkakan itu yang bakal berlaku tetapi
ironinya jauh sama sekali. Walaupun si sial bertiga itu merupakan penyebab
kepada goyahnya kekuatan bangsa dan Negara kami namun bukan itu yang
menyebabkan bermulanya huru hara di muka bumi kami.
Hakikatnya ialah huru hara berlaku akibat pengkhianatan
terbesar yang dilakukan oleh bangsa asing itu ke atas bangsa kami sehingga
menyebabkan perang saudara antara dua bangsa. Pemimpin kami yang keenam (dan
terakhir) melakukan khilaf apabila bersikap terlalu mulia ke atas bangsa asing
itu.
Dalam usahanya untuk mengamankan rakyat berbilang bangsa di
negara kami agar bersama menentang si sial bertiga itu, pemimpin keenam telah
bersetuju melantik beberapa orang dari kalangan bangsa asing itu untuk menjadi
calon pilihanraya mewakili parti komponen pemerintahannya semasa pilihanraya.
Strategi ini berhasil kerana walaupun kehilangan majoriti di parlimen namun
parti gabungan yang dipimpin oleh
pemerintah keenam masih memenangi pilihanraya. Tetapi apa yang berlaku
seterusnya adalah memeranjatkan.
Si sial pertama dengan wang berbilion yang ditaja oleh Amerika dan Eropah telah berpakat dengan Si Sial ketiga untuk merasuah sekumpulan ahli parlimen
bangsanya dari parti komponen kami untuk berpaling tadah. Ahli ahli parlimen
yang pada asalnya adalah sahabat kami dirasuah, diugut dan dipujuk untuk
menyokong si sial ketiga yang merupakan bangsa mereka sendiri. Akibatnya
berlakulah tragedi Lompat Parti yang menyebabkan pemerintahan bangsa kami
tumbang walaupun hakikatnya telah memenangi pilihanraya dengan jujur.
Rampasan kuasa secara curang ini menggegarkan seluruh negara
sehingga menyatu padukan bangsa kami yang sebelum itu berpecah. Makin menggemparkan
apabila si sial pertama yang terhutang budi dengan si sial ketiga telah
bertindak pula mengetepikan si sial kedua daripada berkongsi pemerintahan.
Akhirnya penyokong si sial kedua menyedari bahawa selama ini mereka telah
dipergunakan semata-mata untuk melemahkan parti bangsa kami dan menguatkan
parti bangsa sial ketiga.
Tapi sayangnya kesedaran mereka itu sudah terlambat. Oleh
kerana pendekatan mereka yang selama ini ekstrem hasil didikan sial pertama dan
ketiga, penyokong sial kedua tidak dapat menahan diri dari melakukan demonstrasi
dan rusuhan jalanan. Maka huru-hara pun berlakulah sehingga akhirnya meragut
nyawa.
Huru hara yang berlaku adalah sungguh dahsyat. Pembunuhan
berlaku dimana mana sehingga menyebabkan campur tangan asing. Si sial pertama
meminta campurtangan si bule musuh Allah dari Amerka dan Eropah manakala si
sial ketiga meminta bantuan senjata dari kaum sebangsanya di China dan pulau
seberang laut. Akhirnya seluruh bangsa kami dikalahkan dan berlakulah
pemusnahan etnik bangsa kami.
Bangsa kami terkapai kapai tanpa bantuan ketika itu. Hendak
meminta bantuan dari negara serumpun tidak berjaya kerana negara serumpun pun
sedang diperintah oleh presiden baru yang merupakan proksi musuh Allah. Hendak
meminta bantuan dari negara seagama di Asia Barat pun tidak dapat kerana negara
negara arab pun sedang bergolak akibat perang saudara.
Dear dairy,
Aku masih ingat lagi sewaktu rusuhan 13 mei itu dikala aku,
allahyarhamah isteriku dan anak anak ku bersembunyi di dalam rumah sambil
mendengar hiruk pikuk di luar apabila anak-anak muda bertempur dengan
samseng yang cuba menceroboh masuk ke
kawasan perumahan kami. Kedua dua kumpulan bersenjata parang dan tombak itu
berbunuh-bunuhan di depan rumah kami manakala aku dan isteri didalam rumah pula
menekup telinga anak anak kami agar tidak mendengar bunyi jeritan manusia
diluar.
Dua hari sebelum itu aku juga aku melihat jiranku bangsa
asing dikeroyok hingga mati oleh kumpulan pemuda bangsaku yang telah dirasuk
setan. Mujurlah isteri dan anak-anaknya sempat masuk bersembunyi di dalam rumah
kami ketika suaminya masih berada di garaj rumah mereka hendak menghidupkan
kereta. Entah dari mana datangnya pemuda pemuda rempit tersebut yang tiba tiba
datang dan membelasah jiranku yang baik hati itu. Hancur hatiku mendengar
jeritan sayunya meminta nyawa ketika dibelasah di jalanraya depan rumahku. Aku
sendiri hampir keluar dari rumahku untuk membantunya tetapi kemudian aku
mendengar jeritannya seolah olah memberi mesej rahsia terakhir padaku.
"Tolonglah jangan bunuh saya tuan! Saya seorang diri
saja masih bujang dirumah ini tuan! Saya belum kahwin tuan, tiada anak tuan,
tiada jiran yang kenal dengan saya disini tuan!"
Pada ketika itu aku sudah memegang parang di dalam rumahku
hendak keluar membantunya. Kemudian dari tingkap aku melihat hampir 30 orang
mat rempit dijalanraya sedang menetaknya dengan pedang samurai. Aku sedar
ketika itu dia telah memberi pesanan terakhir kepadaku agar menumpukan usahaku
menyembunyikan anak dan isterinya sahaja.
Sehari selepas pertempuran berdarah di perumahan kami, aku
dan keluargaku serta sisa ahli keluarga jiranku itu menggunakan hanya satu
kereta Kancil untuk melarikan diri ke kampung mertuaku. Kereta kancil itu
terpaksa memuatkan 2 dewasa di depan dan 1 dewasa dan 4 kanak kanak di
belakang. Oleh kerana ruang yang sempit maka kami lari sehelai sepinggang
sahaja malam itu.
Dear dairy,
Agak panjang untuk kuceritakan apa yang berlaku seterusnya
dan bagaimana aku kehilangan isteriku yang tercinta. Cukuplah sekadar kukatakan
bahawa rusuhan kaum itu akhirnya bertukar kepada perang saudara yang merebak ke
seluruh negara sehinggakan kampung mertuaku juga tidak lagi dapat dijadikan
tempat berlindung. Isteriku dan kedua mertuaku maut semasa perang manakala aku
dan anak anak pula melarikan diri ke negara seberang sebagai pelarian perang.
"Ayah, adik Aisyah kata perut dia sakit sebab lapar..
Ayah ada simpan lagi tak keropok kat mana mana?"
Tadi aku dengar anakku berkata begitu padaku. Sebagai ayah,
hati siapalah yang tidak sayu mendengar kata kata sebegitu keluar dari
anak-anak yang masih kecil. Si kakak yang semakin kurus dari hari ke hari ini
pun lebih mementingkan adiknya yang kecil. Aku tahu perut anakku yang sulung
itu juga sakit kerana dia sering tidur bergulung seperti tenggiling sambil
menekan perutnya. Samalah juga dengan aku yang mengguna strategi mengetatkan
tali pinggangku sekarang untuk mengurangkan rasa lapar.
Aku tadi termangu sebentar sambil cuba mencari akal. Mataku
merayau meninjau beribu-ribu wajah di dalam kabilah kami yang aku tahu semuanya
pun sedang mengalami kebuluran.
Alhamdulillah baru saja ada teman memberikan aku sedikit
daging salai yang disimpannya. Syukurlah anakku-anakku sedang senyum tidur
selepas makan daging salai mereka. Aku pula makan sedikit saja sekadar untuk
bertahan.
Rasanya perkataan ‘kabilah’ adalah kurang sesuai untuk
beribu-ribu pelarian Islam yang kini sedang bergerak secepat yang upaya ke
Mekah ini. Empat tahun yang lalu aku dan anak-anakku mengambil keputusan untuk
bergabung dengan hampir seribu orang pelarian Malaysia yang menyeberang sungai
golok ke Selatan Thailand. Pada awalnya kami diterima baik di kem pelarian
namun kemasukan beribu-ribu pelarian melayu Islam ke Thailand menyebabkan
ketegangan di wilayah Thailand yang sememangnya bergolak dengan konflik agama
antara Islam dan Buddha itu.
Akhirnya kami dihalau keluar dengan pilihan samada masuk
semula ke Malaysia atau pergi ke Myanmar. Kami memilih memasuki Myanmar dan
turut membawa bersama kami beribu-ribu pelarian Islam daripada Selatan
Thailand.
Di Myanmar keadaannya lebih teruk kerana Junta Myanmar juga
sedang melaksanakan penindasan ke atas ethnik Rohinya. Kami meminta dengan cara
baik untuk melalui Myanmar menuju ke Bangladesh namun sebaik memasuki Myanmar
kumpulan kami telah diserang oleh junta tentera yang anti Islam. Akibatnya
saki-baki kor Tentera Melayu Diraja yang berada di dalam kumpulan kami terpaksa
menggalas semula senjata demi melindungi kumpulan pelarian Islam. Aku sendiri
pun tidak ingat berapa ramai kumpulan pelarian Islam yang terkorban di Myanmar.
Yang pasti sepanjang ‘perjalanan maut’ di Myanmar itu meninggalkan mayat sahabat
dan ahli keluarga kumpulan kami di sepanjang laluan hutan.
Kami bergerak secara gerila di dalam hutan di Myanmar
sehingga akhirnya masuk ke Bangladesh. Pada ketika ini kumpulan kami semakin
membesar kerana ramai pelarian Rohingya turut bersama kami. Di Bangladesh
keadaannya agak elok kerana Bangladesh adalah Negara Islam tetapi pada ketika
itu Islamnya Bangladesh hanya pada nama saja. Bangladesh yang terdahulu enggan
menerima pelarian Rohingya itu kini merasakan bahawa kehadiran kami membebankan
dan turut mengarahkan kami keluar dari sempadannya.
Menyedari bahawa kami tidak boleh kembali ke Myanmar kami
mengambil keputusan untuk menuju ke Pakistan. Namun untuk ke Pakistan kami
perlu memilih samada melalui China atau India. Kumpulan kami kemudian terpecah
dua apabila ada yang mengambil keputusan melalui China manakala kami mengambil
keputusan memasuki India. Malang bagi kumpulan yang memilih China apabila si
Sial ketiga di negara kami yang rapat dengan China telah meminta China
menangkap kumpulan pelarian Islam tersebut untuk dihantar pulang. Tidak
diketahui apa yang berlaku ke atas mereka selepas itu.
DATE: 28 JUN
Dear dairy,
Sorry lambat sambung catatan. So anyway, kami pula dibenarkan
melalui India namun dalam keadaan penuh hina kerana India juga pada ketika itu
bermusuh dengan Pakistan. Semasa melalui Bihar kumpulan kami disamun, dipukul
dan dibaling najis. Kaum wanita semuanya memakai purdah sepanjang masa dan
terpaksa bersembunyi di dalam kabilah bagi mengelak diculik dan dirogol oleh
samseng tempatan. Keadaan menjadi semakin teruk apabila melalui Uttar Pradesh
yang pernah terkenal dengan insiden penganut hindu merobohkan Masjid Babri itu.
Beberapa orang wanita dan kanak-kanak perempuan muslim dalam kumpulan kami
hilang diculik akibat kelalaian keluarganya. Oleh kerana kami tidak mahu
menjemput tindakbalas tentera dari Kerajaan India, maka apa yang mampu kami
lakukan hanyalah membaca Yaasin dan berdoa agar mereka yang diculik itu dicabut
nyawa mereka oleh Allah secepat yang mungkin bagi mengelakkan mereka mati
tersiksa ditangan penculik mereka.
Pergerakan kumpulan pelarian ini agak lambat kerana kami
semua menggunakan kenderaan yang ditarik oleh binatang. Tidak ada kereta
digunakan kerana pada masa ini dunia sedang mengalami keruntuhan ekonomi global
akibat perang dan rusuhan awam di seluruh dunia.
Akhirnya kami sampai ke Pakistan tetapi tidak lama kerana
Pakistan juga dikawal oleh Amerika Syarikat. Oleh kerana kumpulan kami menjadi
semakin besar setelah disertai pula oleh pejuang dan pelarian Islam dari
Kashmir, maka Amerika Syarikat menyenaraikan kami sebagai dibawah ‘pemerhatian’
kerana disyaki mempunyai kaitan dengan ekstrimis agama. Selepas satu kejadian
letupan bom di Islamabad yang kemudian difitnahkan ke atas kami, maka kami
diarahkan beredar ke Afghanistan.
Berita baiknya di Afghanistan adalah kedatangan kami
diraikan oleh penduduknya. Sebab pertama adalah disebabkan Negara kami dulu
menjadi destinasi warga Pakistan mencari nafkah. Sebab keduanya pula adalah
kerana bendera kumpulan kami.
Oh saya lupa beritahu.. Kumpulan pelarian Islam kami
mengibarkan bendera hitam.
Sebenarnya bendera hitam kumpulan kami ini pun bukan dipilih
secara sengaja. Bendera hitam pada awalnya dikibarkan oleh pelarian negaraku
sebagai simbolik berkabung atas penghapusan bendera ‘Jalur Gemilang’ oleh si
sial bertiga yang menggantikannya dengan bendera rekaan mereka bernama ‘Sang Saka
Malaya’ tu. Sebab kedua kami mengguna bendera hitam adalah kerana hitam itu
mempunyai dua maksud antarabangsa iaitu “Berkecuali” dan “Tanpa Negara” dan
oleh itu merupakan formality untuk mengibarkan bendera itu bagi menyatakan
bahawa kami hanyalah kumpulan pelarian.
Tapi entah kenapa penduduk Afghanistan kelihatannya
tersangat teruja melihat bendera kami. Kumpulan kami dipeluk-peluk, dihidang
makanan dan bendera kami dicium-cium. Entah kenapa.
Dear dairy,
Berita buruknya di Afghanistan adalah kumpulan kami kemudian
diserang oleh tentera Amerika. Aku dan anak-anakku nyaris maut apabila letupan
mortar berlaku hanya 30 meter dari khemah tempat tidur kami.
Tiada sebarang alasan diberikan untuk serangan pada subuh
itu. Aku segera mencapai AK-47 ku (pada ketika ini aku sudah mempunyai pengalaman
menembak hasil dari ‘lawatan’ ke Myanmar dan India) dan menembak ke arah yang
ditunjukkan oleh ‘chief-de-mission’ kami iaitu Syekh Malaya. Anak sulungku pula
seperti biasa akan menonggeng di atas badan adiknya iaitu menggunakan badan
kecilnya sebagai sebagai perisai melindungi adiknya.
70% pelarian Islam
dalam kumpulan kami maut di tangan tentera Amerika hari itu. Aku dan
anak-anakku beruntung kerana sempat melarikan diri. Syekh Malaya memerintahkan
aku ikut melarikan diri kerana anak-anakku yang masih kecil memerlukan
penjagaan satu-satunya orang tua mereka. Aku dengan hampa dan malu terpaksa
duduk bersama kumpulan ibu-ibu yang lain bersama anak-anak mereka menaiki
pick-up dan bas kecil melarikan diri manakala kaum bapa dan lelaki bujang
bertahan di belakang kami untuk member kesempatan kepada kami melarikan diri.
65% yang maut itu adalah mewakili mereka yang terkorban
semata-mata untuk memberikan peluang kepada wanita, kanak-kanak dan aku untuk
melarikan diri.
5% lagi adalah mereka yang terselamat semasa serangan
termasuk Syekh Malaya dan pejuang-pejuang Afghanistan yang kini ikut serta
bersama kami.
01 OGOS
Dear dairy,
Begitu lama aku tidak menulis lagi dalam dirimu. Sekarang
ini kami berada di Iraq sedang menunggu berita daripada Syekh Malaya yang lebih
awal menunggang kuda ke Mekah untuk bertemu seseorang yang katanya ‘penting’ di
sana. Katanya orang itu akan membantu mengubah nasib orang Islam di seluruh
dunia.
Aku secara jujurnya tidak tahu apa yang dimerepek oleh Syekh
Malaya tu. Bagaimanakah seorang manusia di Mekah itu nanti boleh mengubah
seluruh dunia. Hakikatnya bahawa semua orang Islam sekarang berada dalam
kesengsaraan dan penderitaan. Tapi aku redha kerana yang penting aku dan
anak-anakku mahu pergi dalam Islam. Insya Allah sekiranya Tuhan mengambil kami,
biarlah kami pergi bersama agar boleh berkumpul semula dengan isteri,
ibu-bapaku dan mertuaku.
30 OGOS
Dear dairy,
Berita Buruk! Kami baru diberitahu bahawa Jeneral Sufyani
dari Syria telah menghantar tentera menuju kearah kami tetapi nasib baik mereka
mengalami kecelakaan Gempa Bumi di suatu tempat. Entah apa tujuan mereka. Aku
dan anak-anakku mesti berkemas sekarang. Utusan dari Syekh Malaya sampai tadi
dan memberitahu seluruh kumpulan mesti berangkat segera ke Mekah untuk menemui
orang penting itu.
Jadi nampaknya bergerak lagi kami sekeluarga meneruskan
nasib sebagai pelarian. Nanti aku tulis perkembangan terkini dalam dirimu lagi.
Itupun kalau aku masih panjang umur sebab dengarnya di Mekah pun darurat
sekarang.