Berikut adalah terjemahan artikel saya yang diterbitkan pada 1-2-2011 di blog ini. Saudari BlackDragon sekali lagi bermurah hati menyedekahkan tenaga beliau untuk menterjemahkan artikel saya tersebut. Semoga beliau dirahmati Allah dan semakin kiut hendaknya.
Saya mohon maaf sebab tahun 2014 ini belum sempat update lagi artikel saya. Semenjak kali terakhir saya menulis artikel pada bulan September tahun lalu, saya dijangkiti virus 'PEM-Alas' yang masih belum sembuh-sembuh. Virus ini menyebabkan kepala saya selalu pening dan mata mengantuk apabila mula mengadap komputer untuk menulis artikel atau menonton video dakwah. Yang peliknya kalau menonton video Youtube Naruto tidak pula saya mengalami simptom penyakit ini.
Anyway, saudari BlackDragon menyelamatkan saya kali ini. Saya mendoakan beliau mendapat rezeki dan jodoh yang hensem, single dan beriman secepatnya.
Dalam bahagian pertama artikel sebelum ini (klik di sini jika anda belum membacanya), saya telah membincangkan secara ringkas ramalan mengenai Al-Mahdi dan mengapa rakan-rakan saya dalam Watchers Group (kini dibubarkan) berpendapat bahawa Al-Mahdi mungkin datangnya dari rantau kita.
Tanpa berlengah lagi, ayuh kita teruskan dengan teori kedua yang datangnya dari aliran pemikiran sekular dalam Watcher Group yang sama sekali memisahkan hujah mereka daripada ramalan keagamaan. Kebanyakan mereka bukan beragama Islam, tetapi terdapat juga beberapa rakan Muslim yang berkongsi idea yang sama.
Menurut mereka, ironinya mengenai alam semesta adalah alam semesta mempunyai sifat jenaka. Dalam kesibukan umat manusia menyelongkar alam semesta demi dalam mencari jawapan, rupa-rupanya jawapan itu telah pun berada di depan mata. Oleh itu, sewaktu kita bertungkus lumus memformulasikan teori-teori tentang mengapa Illuminati mahu berada di Malaysia, jawapannya mungkin telah dicetak sejak berdekad lalu dalam buku teks sekolah kita.
Dalam artikel terdahulu "COMMENTING ON TAN SRI SANUSI JUNID'S MENTION ON FREEMASON", Saya telah menjelaskan bahawa Freemason pertama yang menjejakkan kakinya di bumi Malaya adalah Sir Francis Light yang kemudiannya mengibarkan bendera Union Jack pertama di Tanah Melayu pada 11 Ogos 1786. Saya juga pernah menyebut bahawa Syarikat Hindia Timur British ("BEIC") adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk melaksanakan matlamat "Ordo Ab Chao" Freemason.
Mengimbas kembali sejarah yang telah kita pelajari tentang kehadiran BEIC di Tanah Melayu, semasa kita berada di sekolah menengah kita diberitahu sebab BEIC berminat dengan Tanah Melayu adalah disebabkan oleh kedudukan geografinya. Bukan sahaja Tanah Melayu terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antara India dan China, tetapi lokasi geografi Malaysia juga melindunginya daripada bencana alam. Malaysia dengan uniknya terletak di tengah-tengah kawasan yang dikelilingi oleh Indonesia, Thailand, Filipina dan Kepulauan Borneo yang melindunginya dari bencana alam. Tidak seperti Indonesia dan Filipina, kita amat bertuah kerana kedudukan geografi meletakkan kita jauh dari plat tektonik. Pendek kata Malaysia amat bernasib baik kerana bebas daripada bencana alam seperti kemarau, gempa bumi, gunung berapi dan taufan. Setakat ini, bencana alam paling teruk terjadi di Malaysia adalah banjir tetapi bukan ke tahap yang menyebabkan berlakunya korban nyawa secara besar-besaran.
Jika BEIC telah pun mengetahui akan hal ini sejak abad ke-18 lagi, maka sudah tentu Illuminati juga amat maklum mengenainya. Adakah lokasi kita mempunyai sebarang kaitan dengan pelan perancangan mereka?
Kesemua ramalan dari seluruh dunia mempunyai tiga perkara sama di dalamnya. Pertama adalah mengenai ketibaan sang Penyelamat, kedua tentang bencana alam yang akan datang dan ketiga adalah akhir zaman. Bencana alam juga telah dinyatakan dalam cerita-cerita di dalam Al-Quran dan Hadis. Tanda bencana alam yang paling menonjol sudah tentulah gempa bumi. Gempa bumi telah disebutkan secara khusus oleh Rasulullah apabila dia mengatakan bahawa Kiamat tidak akan datang sehingga tiga gempa bumi memusnahkan tiga tempat. Satu di Timur, kedua di Barat dan akhirnya Semenanjung Arab.
"Rasulullah (saw) datang kepada kami secara tiba-tiba kerana kami (sibuk dalam perbincangan). Baginda berkata: Apa yang kamu bincangkan? Kami menjawab, "Kami sedang berbincang mengenai hari Kiamat." Sesudah itu, baginda berkata, "Ia akan datang sehingga anda melihat sepuluh tanda-tanda sebelumnya" dan baginda menyebut tentang Dajjal (ANTI-ISA), asap, binatang (al-daabbat ard), matahari muncul dari Barat, turunnya anak Isa putra Maryam (saw), Gog (Yajuj) dan Magog,dan gempa bumi di tiga tempat, SATU DI TIMUR, SATU DI BARAT DAN SATU DI NEGERI ARAByang akhirnya akan keluar api dari Yaman yang akan menghambat orang ramai ke tempat berkumpul." (Muslim, Fitan, 39)
Sejak hadis ini mula dikaji oleh Illuminati dan Watcher Group, terdapat banyak perbincangan tentang cara untuk mengenal pasti peristiwa-peristiwa yang diramalkan dalam siri ramalan seluruh dunia. Berkaitan dengan gempa bumi, telah begitu banyak gempa bumi yang besar sepanjang sejarah sehingga mustahil untuk mengenal pasti yang mana merujuk gempa bumi tiga yang disebut dalam hadis ini. Sebelum tahun 2004, kami tidak tahu apakah pemboleh ubah yang diperlukan untuk mengenal pasti kejadian bencana tersebut.
Kemudian kita semua menyaksikan gempa bumi 26 Disember 2004. Seolah-olah pada tahun tersebut, Illuminati telah memutuskan untuk membedil nuklear ke jurang Sumatra sebagai percubaan mereka untuk menghapuskan seseorang atau sesuatu di Acheh. Kami masih tidak dapat mengenal pasti apakah yang menyebabkan Illuminati berbuat demikian tetapi kami tahu ia didalangi oleh Illuminati kerana mereka melakukannya pada Korban di Hari Pagan (Saturnalia). Malah, tepat setahun sebelum itu mereka melakukan perkara yang sama apabila gempa bumi bermagnitud 6.6 skala richter meragut 26 ribu nyawa di Iran pada 26 Disember 2003.
Apakah yang istimewa tentang Iran 2003 dan Acheh tahun 2004? Sebenarnya, setahun sebelum gempa bumi Iran telah berlaku Gerhana Matahari dan Bulan pada bulan Ramadhan tahun 2002. Kemudian tahun sebelum gempa bumi Acheh, telah berlaku Gerhana Matahari dan Bulan yang serupa pada bulan Ramadhan tahun 2003. Oleh itu kami merumuskan bahawa jika mereka bertindak keterlaluan semata-mata kerana dua gerhana di bulan Ramadhan, maka pasti ia berkaitan dengan Al-Mahdi.
Seramai 227 ribu orang menjadi korban di Acheh pada tahun 2004. Ia merupakan gempa bumi era moden yang pertama yang bermagnitud sedemikian pernah berlaku di Wilayah Timur di bahagian dunia kita dan kami benar-benar percaya ia adalah gempa bumi di Timuryang pernah disebut oleh Rasulullah (Iran 2003 tidak dikira kerana ia bukan terletak di Timur dari Mekah). Golongan Muslim dalam Watcher Group kemudiannya bersetuju bahawa pemboleh ubah yang hilang itu sudah dikenal pasti. Kami kini percaya bahawa bencana itu hasil perbuatan tangan manusia dan bukannya alam ghaib yang akan menyebabkan tiga gempa bumi yang pernah disebutkan dalam hadis. Ia sememangnya masuk akal kerana Allah tidak akan menzalimi umatnya dengan menghantar gempa bumi pembinasa ke atas umat yang tidak berdosa semata-mata untuk membuktikan sesuatu. Illuminati pula sebaliknya tidak mempunyai masalah untuk membunuh berjuta-juta manusia sebelum memulakan sarapan pagi.
Ia menjurus kita untuk membuat jangkaan tentang gempa bumi kedua di BARAT dan yang ketiga di SEMENANJUNG ARAB. Oleh kerana gempa bumi pertama Acheh adalah buatan manusia, maka Watchers Group percaya bahawa gempa bumi kedua di BARAT juga bakal menjadi buatan manusia, dan turut membawa kami mengimbau kembali apa yang telah kami ketahui sejak 1979 - Illuminati sedang merancang bencana berskala besar-besaran untuk menghapuskan bandar-bandar utama di dunia.
BATU PANDUAN GEORGIA (American Stonehenge)
Pada Jun 1979, seorang atau orang-orang yang tidak dikenali di bawah nama samaranR. C. Kristianmengupah Elberton Granite Finishing Company untuk membina Batu Panduan Georgia. Satu hipotesis popular adalah nama penaung itu mungkin satu penghormatan kepada Rosenkreuz Kristian, pengasas Freemasona abad ke-17 versi persaudaraan Jerman iaituPersatuan Rahsia Rosicrucianism (The Rosicrucianism Secret Society).
Mesej pertama yang pahat pada batuan itu adalah kata-kata ."untuk mengekalkan kemanusiaan di bawah 500,000,000 dalam keseimbangan kekal dengan alam semula jadi" Dalam erti kata lain, mereka merancang untuk mengurangkan populasi 7 bilion penduduk dunia kepada 500 juta sahaja. Apa yang terpahat pada batu ini pada dasarnya adalah hasil Simposium Illuminati pada tahun 1957 apabila mereka memutuskan bahawa tindakan untuk mengurangkan populasi dunia perlu diambil terlebih dahulu atau tidak lama selepas tahun 2000.
Keputusan tahun 1957 itu adalah sebab mengapa pemerhati Illuminati seluruh dunia tahu kepentingan abad ke-21. Itulah sebabnya kami tahu bahawa krisis mata wang tahun 1997 adalah perlu bagi mereka. Seperti yang saya terangkan dalam artikel sebelum ini, mereka perlu menyusup masuk ke sistem kita sebelum tahun 2000.
Sejak tahun 1957, Illuminati telah memikirkan pelbagai idea mengerikan untuk membunuh 90% daripada penduduk dunia. Pada mulanya mereka mempertimbangkan idea untuk meledakkan senjata nuklear yang telah pun ada tersedia dalam simpanan. Tetapi perang nuklear akan menyebabkan permukaan bumi tidak dapat di diami sekurang-kurangnya sehingga 20 tahun dan kesannya akan turut dirasai mereka. Jadi, mereka meneruskan rancangan dengan tindakan yang mereka telah lakukan sejak Perang Dunia 1 lagi seperti senjata biologi, pembunuhan beramai-ramai, rusuhan, peperangan dan terkini... bencana buatan manusia atau lebih tepat lagi;GEMPA BUMI.
Saya tidak akan menjelaskan terperinci di sini tentang bagaimanakah mereka kini mampu mencipta bencana tersebut. Cukup sekadar menyebut bahawa Amerika Syarikat dan Rusia telah pun selesai membangunkan "scalar interferometers"(juga dikenali sebagai" Longitudinal Wave Interferometers") sejak akhir abad ke-20. Berikut adalah tip untuk semua pembaca saya.. Sentiasalah mencari awan-awan yang berwarna-warni di langit. Jika anda melihat awam berwarna warni itu terpampang di langit, segeralah KELUAR dari rumah anda dan LARI ke ruang terbuka yang berdekatan. Awan-awan maut ini adalah tanda bahawa Senjata Skalar telah dihalakan ke arah bandar anda. Awan berwarna ini telah dikesan 30 minit sebelum gempa bumi Sichuan itu, 1 hari sebelum gempa Haiti, dan 2 hari sebelum Acheh.
Apakah pula perkaitan Malaysia dengan semua ini?
Hadis ada menyebut tentang gempa bumi kedua yang akan berlaku di Barat, saya percaya bahawa ia akan menjadi satu yang besar. Barat yang kita ketahui adalah kawasan yang menaungi sebilangan ibu pejabat di Illuminati. Oleh itu jika mereka memutuskan untuk menggegarkan rantau mereka sendiri, maka ia pastinya amat berbaloi untuk mereka. Hanya satu alasan yang dapat dirumuskan oleh Watcher Group... gempa itu (atau apa jua bencana yang dirancangkan) mestilah bersaiz gergasi yang mungkin merupakan ibu kepada semua gempa bumi moden. Mereka mungkin mahu menggegarkan kawasan itu dengan sebegitu hebat sehingga ia dapat menghapuskan penduduk dunia
Bolehkah ia dilakukan? Ya, secara teori ia boleh dilakukan. Jika anda antara yang pernah menonton filem "2012" dibintangi oleh John Cusack, pasti anda masih ingat dengan adegan super gunung berapi meletus di Yellowstone National Park di Amerika Syarikat. Adegan ini adalah berdasarkan pada realiti kerana di bawah Yellowstone terletaknya GUNUNG BERAPI SUPER terbesar di dunia yang telah meletus hanya tiga kali sejak 2.1 juta tahun lalu. Malah, pada tahun 1995 imej satelit mula menunjukkan bahawa kaldera Yellowstone telah menaik dan menjuruskan kepada ramalan bahawa gunung berapi super yang terbesar di dunia itu boleh meletus dalam masa terdekat. Untuk membangunkan gergasi pemangsa ini, apa yang mereka perlukan hanyalah dengan meletupkan bom nuklear bawah tanah untuk mencetuskan letusan. Apabila itu berlaku, ia akan meletup dengan kuasa seribu kali lebih berkuasa berbanding Gunung St Helens pada tahun 1980 dan menyebabkan sebahagian besar benua Amerika Utara berada di bawah timbunan abu. Ia juga akan menghalang sinar matahari dari sampai ke permukaan bumi yang menyebabkan berlakunya penurunan suhu bumi sehingga beberapa darjah dan seterusnya menyebabkan kemusnahan tanaman di seluruh dunia. Abu-abu itu seterusnya akan menyebar merentasi Atlantik ke Eropah yang terus melonjakkan lagi angka kematian. Letusan super di Yellowstone akan membunuh lebih ramai manusia berbanding semua letusan gunung berapi sejak manusia mula berjalan di bumi ini.
Bencana super itu akan diikuti oleh gegaran di seluruh dunia. Oleh kerana ia merupakan gunung berapi super, maka gegarannya sahaja mencukupi untuk menyebabkan keruntuhan bandar-bandar utama lain, terutama yang berhampiran dengan Lingkaran Api Pasifik.
Malaysia, seperti yang anda lihat daripada graf di atas, dengan uniknya dilindungi oleh Indonesia dan Filipina daripada kesan subduksi zon-zon Lingkaran Api Pasifik (walaupun menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, kita turut terangkum dalam zon tersebut). Boleh dikatakanb bahawa kita 'dikelilingi oleh' oleh Indonesia, Thailand dan Filipina dan seterusnya menyukarkan keberkesanan 100% teknologi scalar terhadap kita.
2012?
Anda semua pastinya pernah mendengar mengenai NIBIRU? Malah, isu turut diperdengarkan di Parlimen kita pada Disember 2010 apabila Senator Datuk Shamsudin Mehat mengemukakan soalan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili mengenainya. Sebelum anda mula berasa teruja, saya menegaskan di sini bahawa Nibiru hanyalah sebuah cerita 1001 malam. Peristiwa pergolakan planet yang sehebat itu pasti akan disebut dalam Al-Quran dan Hadis jika ia benar. Lebih mengarut lagi adalah cerita mengenai Anunnaki sebagai penduduk Planet Nibiru yang menciptakan manusia. Kisah Nibiru ini jelas bertentangan dengan sejarah Adam & Hawa dan harus diketepikan.
Nibiru tidak pernah mendapat tempat dalam senarai perbincangan Watcher. Walau bagaimanapun, berlaku satu kejadian yang mendapat perhatian kami. Sewaktu saya mula-mula menulis untuk laman web Anwargate pada September 1998, saya diberitahu oleh seorang rakan (yang kemudian memberitahu saya mengenai Watchers Group) mengenai panggilan telefon yang disiarkan setahun lebih awal pada 12 September 1997. Panggilan telefon itu dibuat dari Pahrump, Nevada dalam rancangan perbualan setiap malam Bell's "Coast-to-Coast". Panggilan telefon itu datangnya dari seorang lelaki yang jelas tidak keruan dan ketakutan dan mendakwa merupakan bekas Area 51 yang baru-baru ini dihentikan kerja atas sebab-sebab "perubatan". Pemanggil kemudiannya menyebut tentang "makhluk antara dimensi" yang jahat di Area 51 dan bencana yang bakal berlaku dan diketahui oleh kerajaan. Bencana ini bakal melenyapkan "bandar-bandar utama" Panggilan ini terputus tanpa diketahui sebabnya.
Berikut merupakan antara isi perbualan perbualan tersebut:-
Art: Jadi anda tidak boleh menghabiskan banyak masa di telefon, kalau begitu cepat beritahu kami sesuatu!
Pemanggil [suara terputus-putus dengan nada tangisan yang jelas menahan tangisan]: OK, um, um, OK, Art apa yang kita fikir sebagai makhluk asing, sebenarnya mereka makhluk antara dimensi , bukan seperti yang didakwa telah melakukan kontak oleh pelopor awal program angkasa. Mereka bukan seperti apa yang mereka dakwa. Mereka telah menyusup dalam banyak aspek, di dalam, di dalam pertubuhan tentera, terutamanya Area 51.
Mengenai bencana yang akan datang, mereka, pihak tentera, saya minta maaf, kerajaan tahu mengenai mereka. Dan ada banyak kawasan selamat di dunia yang mereka boleh mula pindahkan para penduduk sekarang , Art.
Art: Jadi mereka tidak melakukannya, tidak melakukan apa-apa.
Pemanggil: Mereka tidak melakukan apa-apa. Mereka mahukan bandar-bandar utama dihapuskan supaya hanya tinggal beberapa kawasan yang akan lebih mudah dikawal .... "
Amatlah melegakan untuk mengetahui bahawa rakaman itu berjaya sampai ke Youtube dan terselamat daripada penapisan kerajaan sehingga hari ini. Perkara-perkara yang menjadikan panggilan telefon ini "unik" adalah bahawa pemanggil tidak menggunakan perkataan "makhluk ruang angkasa" (UFO). Sebaliknya dia menggunakan perkataan "makhluk antara dimensi" yang dalam bahasa mudahnya bermakna Din dan Iblis (Malaikat juga ditakrifkan sebagai makhluk antara dimensi tetapi dari jenis yang baik). Ini mengingatkan saya tentang perdebatan oleh ilmuwan MUHAMMAD ISA DAWUD yang percaya bahawa punca di sebalik fenomena UFO adalah Jin.
Pemanggil juga bercakap mengenai bencana masa hadapan untuk tujuan New World Order. Dia kemudiannya menyebut tentang "KAWASAN SELAMAT DI DUNIA INI"
Kita sudah tahu tentang kemungkinan kawasan selamat. Oleh kerana bencana itu tidak mungkin kejadian Kiamat, oleh itu masuk akal jika seburuk mana pun ia, beberapa kawasan akan bertahan terhadap pembunuhan beramai-ramai yang akan datang. Walau bagaimanapun, kecuali Mekah dan Madinah yang pastinya akan bertahan terhadap apa jua serangan Illuminati, tidak ada siapa pun kecuali Illuminati yang tahu kawasan mana menahan bencana buatan manusia itu.
Persoalan ini membawa kita kembali ke MALAYSIA
Apakah mungkin Malaysia mempunyai potensi untuk menahan bencana tersebut? Adakah Tuhan telah merancang supaya negara kita ini letaknya di tengah-tengah Asia Tenggara supaya Indonesia, Filipina dan Thailand boleh menyerap kesan kemusnahan gempa bumi dan dengan itu menyelamatkan nyawa kita?
Jika benar, maka ia boleh menjelaskan mengapa Illuminati mahu Singapura kekal di kawasan ini kerana mereka memerlukan hab untuk mengawal rantau ini selepas bencana itu. Entah apa perancangan Allah untuk negara ini yang umat Islam dalam PAS, PKR dan UMNO sentiasa bertelagah semata-mata kerana politik? Adakah kita yang mahu diselamatkan oleh Tuhan atau adakah negara kecil Brunei?
Anda mungkin fikir artikel saya tiada hujung pangkalnya. Tetapi inilah sebab-sebab yang dispekulasikan oleh golongan sekular dalam Watchers group. Saya percaya bencana itu akan tiba kerana terdapat banyak hadis dan ayat-ayat yang mengatakan kedatangannya sebagai tanda-tanda awal Kiamat. Kita semua telah mengetahui bahawa kesemua 14 tanda-tanda kecil Kiamat telah sempurna pada hari ini dan hal ini amat membimbangkan saya kerana dua orang anak perempuan saya masih lagi bayi. Kini setiap malam saya membaca surah Yaseen setiap malam dan berdoa kepada Allah pada waktu pagi dan senja bahawa agar Allah akan melindungi mereka daripada yang paling buruk yang akan berlaku.
black dragon tino rupenye weh..
ReplyDeletehuk olloh
Alamak penulis peminat Naruto ke... Sorry le tak sekapal pasal aku peminat One Piece... Apapun terima kasih kepada posting baru...
ReplyDeleteKemungkinan ada Malaysia di mata Dajjal III x ? Saya suka artikel ni .
ReplyDelete