Sunday, May 5, 2013

PETISYEN RAYUAN KEPADA UMNO

Pagi-pagi bangun tido, dan mak saya dah start memperli..

"Ni haaa 60 kilo beras ni siapa nak makan?"

Maka dengan itu bermakna sohehlah BN menang dalam PRU-13.. Horraaaaaah!!

The bad news is - tekaan dalam artikel 2008 saya iaitu "2013 ILLUMINATI BLUEPRINT" tidak menjadi kenyataan. Segan jugak ni..

But the EXTREMELY GOOD NEWS is - tekaan dalam artikel 2008 saya iaitu "2013 ILLUMINATI BLUEPRINT" tidak menjadi kenyataan. Hoooraaaaaaaah! Boleh buat kenduri kesyukuran dalam tempoh terdekat. Lagipun lepas ni boleh tanya kat seniors kalau boleh gantung keyboard terus.

Tahniah kepada anda semua yang saya tahu sentiasa berusaha ke arah kebaikan, terutamanya para bloggers, tweeters, facebookers dan segala bentuk kaum cybertroopers yang pada pendapat saya menyumbang kepada lebih 60% dari berjuta-juta undi yang menyebelahi UMNO/BN tahun ini. Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan diberkati Allah kerana berjuang 'memperlahankan' kesan New World Order ke Malaysia.

Saya sebagai ayah kepada dua orang anak yang masih kecil sangat-sangat berterima kasih pada anda yang memberikan kesempatan kepada anak-anak saya untuk membesar di dalam persekitaran yang "okay" untuk tempoh minimum 5 tahun lagi. Walaupun berkemungkinan kita tidak akan saling mengenali (walaupun jika berselisih bahu di jalan) namun ketahuilah saya dan isteri saya sangat-sangat terhutang budi pada anda semua.

Berkenaan artikel 'bidan terjun' pada pagi ini, sebenarnya artikel ini separuh ditaip sebelum pilihanraya namun akibat sedikit perselisihan faham secara online di antara saya dengan seniors saya, maka saya pun memprotes iaitu secara merajuk tak nak menyiapkan artikel ini. Saya emo sikit pada masa itu kerana tengah pancit (penat) mem'vacuum' 60 kilo beras di rumah emak saya, so tu pasal cepat naik darah pada waktu tu dan akibatnya saya bertindak ala-ala gaya YB Kamilia yang merajuk tak dicalonkan di Perak tu.

Tapi saya dah kembali waras dah ni, dan maka dengan itu saya laksanakan permintaan seniors saya (yang pemalas menulis di blog sendiri tu) untuk menyiarkan RAYUAN the Watchers Group kepada UMNO sekiranya UMNO kembali memerintah.


KAMI, THE WATCHERS GROUP DENGAN INI MERAYU KEPADA YANG BERHORMAT DATO SERI NAJIB BIN ABDUL RAZAK AGAR MEMFOKUSKAN PERJUANGAN UMNO KEPADA MEMARTABATKAN AGAMA ISLAM DAN MENYATU-PADUKAN ORANG ISLAM.

Jika UMNO berjaya mempertahankan Putrajaya, maka tiada sebab untuk tidak memperhebatkan usaha mengajak PAS kembali bersepakat dengan UMNO. Malahan terdapat banyak pembaharuan politik yang boleh diperkenalkan bagi memujuk PAS kembali kepada perpaduan. Antaranya ialah:-
  1. Mewujudkan dan menawarkan jawatan di Jabatan Perdana Menteri kepada tokoh-tokoh PAS yang bukan Anwarinas. Saya secara peribadi sangat bersetuju jika Dato Harun Din ditawarkan sebagai Menteri Penuh dan berhak memilih Timbalannya manakala Ustaz Nasha ditawarkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jika anda tanya saya apa jawatan yang sesuai untuk Dato Harun Din maka saya akan katakan "Menteri Dalam Negeri"! Hahaha.. At least lebih baik daripada si Kerismuddin. Malahan sebagai Menteri Dalam Negeri Dato Harun Din akan dapat access kepada segala bukti-bukti mengenai cubaan musuh Islam menguasai negara ini. Mudah-mudahan maklumat seperti ini akan kembali menyedarkan Dato Harun Din betapa merbahayanya individu-individu yang sebelum ini bermuka-muka dengan beliau.

  2. Memperkenalkan majlis penasihat kepada Majlis Tertinggi UMNO yang berfungsi seperti majlis syura di dalam UMNO. Tokoh-tokoh PAS seperti Dato Harun Din, Ustaz Nasha dan tokoh lain yang bukan Anwarinas hendaklah dipujuk menganggotai serta berdampingan dengan tokoh-tokoh seperti  Tuan Guru Abdullah Samaah, Ustaz Fathul Bahri, Ustaz Mohd Kazim Elias, Dr. Juanda dan semua mufti-mufti bagi negeri-negeri di Malaysia. Majlis ini juga hendaklah diberi kekebalan daripada undang-undang dalam menyuarakan isu-isu yang berkait dengan permasaalahan umat Islam.

  3. Sudah sampai masanya agar UMNO mengkaji semula hubungannya dengan golongan dakwah yang terbukti berjaya dalam bidang perniagaan seperti kumpulan Ikhwan dan Tabligh. Memandangkan Tun Mahathir sendiri pernah mengaku bahawa dasar DEB gagal mencapai sasaran seperti yang diharapkan, maka pendekatan yang digunakan oleh golongan Ikhwan dan Tabligh harus dikaji, diperhalusi dan cuba ditiru dengan galakan Kerajaan. Jika terdapat kemusykilan mengenai fahaman dalam kumpulan ini yang dikhuatiri sedikit off, maka saya yakin tokoh-tokoh ugama kita mampu berbincang dengan pimpinan mereka bagi tujuan saling menasihati dalam isu berkaitan akidah ahli sunnah wal jamaah. (P/S: Syiah group? No way!)

  4. Pada pendapat saya kesemua ahli politik UMNO yang dilantik semula hendaklah berbaiah taat setia kepada Raja-Raja Melayu serta bermuhabalah secara terbuka dalam janji  mereka untuk melaksanakan amal ma'ruf nahi mungkar serta menjauhi rasuah dan maksiat. Dengan cara ini maka kita menyerahkan nasib mereka kepada Allah Ta'ala sekiranya mereka melanggar sumpah mereka.

  5. Sudah sampai masanya UMNO berbincang secara terbuka mengenai ancaman musuh-musuh Islam samada Yahudi, Illuminati dan Freemason. Peduli apa dengan media antarabangsa yang bakal memperli kepimpinan kita seolah-olah negara ini dipenuhi dengan pemimpin paranoid. Yakinlah bahawa Iblis itu ada walaupun kita mungkin belum pernah melihatnya.

  6. Walaupun sebahagian mereka pernah mengkhianati kita, namun janganlah kita menghukum kesemua suku-kaum suluk beragama Islam dari Filipina. Saya yang emo dengan Suluk ini pun telah ditarbiyah oleh senior saya dan mengakui bahawa saya tidak boleh prejudis dengan mereka semua. Pendekatan baru hendaklah diambil untuk menyelesaikan kemelut warga asing beragama Islam di Sabah serta mempererat persahabatan dengan kumpulan pejuang Islam Asia Tenggara di Thailand dan Filipina. Saya akan menulis secara detail mengenai perkara ini nanti namun satu cadangan yang boleh difikirkan ialah menjemput mereka menyertai tentera Malaysia dalam misi bantuan (dan pengaman) ke negara-negara bergolak seperti di Palestin dan Myanmar. Sebenarnya masalahnya dengan bekas tentera MNLF dan PULO ni ialah apabila keamanan wujud di wilayah mereka maka mereka pun menganggur. Sepertimana penganggur-penganggur lain, maka mereka pun ditekan oleh masalah ekonomi sehingga akhirnya hilang pertimbangan dan mudah dibeli sebagai mercenary oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Tiada salahnya jika kita menjemput mereka ikut serta dalam perjuangan membantu umat islam yang tertindas di negara lain. Selain menyelesaikan masalah ekonomi mereka, perjuangan sehidup semati di muncung senjata juga pasti memperatkan ukhuwah diantara tentera kita dengan tentera mereka. Menaja mereka ke negara luar juga langsung tidak memberi risiko kepada keselamatan negara kita kerana mereka akan berada di luar negara.

  7. Kami juga mencadangkan agar yang berhormat Dato Seri melupakan persepsi lapuk bahawa kalau nak menang pilihanraya kena ada sokongan bangsa cina. PRU13 ini telah membuktikan bahawa orang melayu boleh menang pilihanraya tanpa sokongan mereka. Oleh itu semangat "Ultra Malay" hendaklah disemai secara berhemah dikalangan orang melayu Islam dimana sebarang bantuan kerajaan, perjawatan, pelaburan, bantuan pinjaman perniagaan, promosi, permohonan tanah, permohonan lesen dan lain-lain hendaklah diutamakan kepada orang melayu saja. Jumlah kuota melayu juga hendaklah dilipat kali gandakan manakala segala bentuk bantuan kerajaan yang sebelum ini diperuntukkan melalui MCA kepada kaum mereka hendaklah dipindah kepada pembangungan umat Islam terutamanya kepada penyokong PAS di Kelantan yang masih mengalami masalah mempertingkat taraf hidup mereka. Ini bagi saya bukanlah satu penganiayaan kepada orang cina kerana mereka mengundi DAP pun atas kepercayaan mereka bahawa mereka boleh terus berjaya dalam hidup tanpa secuit bantuan orang melayu. Oleh itu tak usahlah kita mengganggu mereka dan tak usahlah kita melakukan provokasi kepada mereka. Biarkanlah mereka melaksanakan hak mereka untuk hidup aman di Malaysia namun dalam masa yang sama adalah jelas mereka juga tidak mahukan bantuan extra daripada Kerajaan kita. So tak perlu layan tuntutan dan ugutan pemimpin mereka lagi. Tumpukan saja segala wang itu kepada orang Islam di Malaysia.
Adakah para pembaca mempunyai idea yang ingin dikongsikan, jom kita berkongsi pendapat di ruangan komen di bawah.

Thursday, May 2, 2013

2013 ILLUMINATI PELAN INDUK - RELIK PUAKA, SYRIA DAN PEPERANGAN BESAR (TERJEMAHAN KE BAHASA MELAYU DARI ARTIKEL ASAL)

Berikut adalah terjemahan artikel saya yang ditulis pada 2009.

(artikel dalam bahasa Inggeris - klink sini)

Mudah-mudahan diberikan rezeki dan rahmat kepadaBLACK DRAGON kerana kesudian beliau menterjemah artikel antik saya ini sedangkan saya tidak mampu membayar.

Terima kasih BLACK DRAGON!!


2013 ILLUMINATI PELAN INDUK - 
RELIK PUAKA, SYRIA DAN PEPERANGAN BESAR 
(TERJEMAHAN KE BAHASA MELAYU DARI ARTIKEL ASAL)


Pada 22 Disember 2009, saya menghantar sebuah artikel di MYKMU.net berhubung pemprofilan kami (Kumpulan Watcher) mengenai apa yang akan berlaku di Syria. Tidak ramai pembaca membacanya pada ketika itu, namun saya tetap bersyukur kerana dua blogger (azharshafie.blogspot.com dan http://wirdachomel.multiply.com/) yang menyiarkannya semula dalam blog mereka.

Dalam artikel saya pada bulan Mac 2011"THE 'REVOLUTION' TOWARDS AS-SUFYANI?" saya menyebut artikel ini sekali lagi tetapi tanpa pautan kepadanya. Sejak itu, saya telah menerima beberapa permintaan untuk menyiarkan semula artikel 2008 tentang ramalan mengenai Syria diterbitkan di sini. Baiklah, inilah artikel itu:



(SEPERTI YANG DISIARKAN DALAM MYKMU.NET PADA 22 DISEMBER 2008)

Ini adalah artikel terbaru saya sebagai sambungan terhadap artikel "2013 Illuminati Blueprint" yang telah diterbitkan di MYKMU dan azharshafie.blogspot.com (terima kasih azhar!) baru-baru ini.


Beberapa orang pembaca telah pun menghantar e-mel kepada saya supaya memberikan penjelasan lanjut mengenai ramalan Salib Asli (True Cross). Sebenarnya perkara ini telah pun dibincangkan secara ringkas dalam balasan kepada artik
Novus Ordos Seclorum & The All Seeing Eyes articles, tetapi untuk memudahkan para pembaca dan berikutan cadangan daripada pemerhati Illuminati lain dari timur tengah, kini saya akan menghuraikan lebih lanjut lagi mengenai ramalan ini yang kini hampir lengkap sepenuhnya.

Tujuan pendedahan maklumat ini kepada anda bukanlah semata-mata untuk menakutkan anda (sekurang-kurangnya bukan sengaja). Selepas membaca artikel ini, anda akan menyedari bahawa kita mempunyai prospek yang lebih baik untuk meniti usia tua berbanding saudara Muslim kita di Syria. Mungkin ada antara kita yang menganggap ia sebagai berita baik, orang lain mungkin mempunyai anggapan yang berbeza.


(Peringatan: Sebahagian kandungan artikel ini adalah berdasarkan pada Mitologi Kristian)

Perkataan "Salib Asli" merujuk kepada Palang Kayu yang diyakini digunakan untuk menyalib Nabi Isa sebelum baginda ditombak oleh Askar Rumawi yang bernama Longinus dan berdarah sehingga mati. Dalam mitologi Kristian, tiga item yang terlibat sewaktu penyaliban telah menjadi relik suci iaitu Palang Kayu yang kemudian dinamakan sebagai "Salib Asli" (True Cross), sebatang Lembing yang digunakan turut mendapat nama "Lembing Takdir" (Spear Of Destiny), (Injil John 19:31–37) dan Cawan yang digunakan untuk menapai darah Nabi Isa yang menitis yang amat dikenali sebagai "Cangkir Suci" (Holy Grail). Kemudian, dipercayai pula bahawa ketiga-tiga relik suci ini boleh memberikan kuasa mutlak kepada sesiapa yang memilikinya terutamanya jika ia digabungkan bersama-sama.

Kini, terdapat dua pandangan berbeza dalam Kumpulan Watcher yang diambil oleh umat Islam dan Kristian berdasarkan fahaman agama masing-masing. Di sebelah Kristian, mereka percaya bahawa orang yang disalib itu adalah Isa, oleh itu semua peninggalan yang pernah berlumuran darah baginda adalah SUCI dan kuasa relik ini bersumberkan sesuatu yang kudus. Tanpa sebarang niat untuk menyinggung mana-mana pembaca Kristian dan rakan-rakan saya di luar sana, kami umat Islam di dalam kumpulan Watcher berpegang teguh pada versi Quran (An-Nisa 157) bahawa orang yang disalib itu bukanlah Isa Al-Masih. Siapa pun yang orang disalib (Judas Eskariot?) pada Salib itu adalah seorang yang murtad daripada Allah kerana menjadi kepercayaan kita bahawa Allah tidak akan sesekali membenarkan orang yang tidak berdosa untuk disalib dengan cara yang sebegitu hina. Oleh itu, relik itu sendiri walaupun mempunyai kuasa, amat dibimbangkan kuasa itu sebenarnya bersumberkan kejahatan kerana darah yang telah menitis ke atasnya itu adalah darah tercemar daripada Judas si pembidaah yang menyeleweng.


KISAH LEMBING TAKDIR
 

Kisah penyaliban Nabi Isa dikatakan berlaku di Calvary, yang juga dipanggil sebagai Golgota, di luar dinding purba Jerusalem pada awal abad Pertama. Relik itu telah disimpan oleh para pengikutnya di Jerusalem sehingga ia dipindahkan selepas Perang Salib. Tidak kira apa yang diberitahu kepada anda tentang Perang Salib, sebab sebenar di sebalik peperangan itu sebenarnya adalah kerana perebutan untuk merampas relik itu. Relik tersebut telah menyebabkan meletusnya Perang Salib pada abad ke-11.


Menurut buku teks, Perang Salib Pertama telah dilancarkan pada tahun 1095 oleh Paus Urban II dengan dwi matlamat untuk menakluki semula kota suci Baitulmuqaddis dan Tanah Suci dan membebaskan orang-orang Kristian Timur daripada pemerintahan Islam. Sebaliknya, apa yang tidak dimasukkan ke dalam buku teks adalah niat sebenar di sebalik Perang Salib Pertama. Ia bukanlah bertujuan untuk membebaskan Komuniti Kristian tetapi sebenarnya untuk merampas dan menyelamatkan relik itu daripada Kerajaan Islam. Kedua-dua golongan kesateria dan petani daripada pelbagai negara-negara Eropah Barat mengembara melalui tanah dan laut ke arah Baitulmuqaddis dan menawan bandar tersebut pada bulan Julai 1099, seterusnya mewujudkan Kerajaan Jerusalem dan lain-lain negeri Salib. Sepanjang tempoh berlakunya perang, tentera salib membunuh hampir setiap penghuni Jerusalem. Penduduk Islam, Yahudi, dan juga orang Kristian timur semuanya telah dibunuh beramai-ramai. Penduduk-penduduk itu dibunuh di dengan dalih bahawa mereka menyebelahi musuh sedangkan hakikatnya mereka dibunuh untuk menyembunyikan pemilikan relik oleh perintah tertinggi dalam perang salib.


Selepas berlakunya Perang Salib pertama, Persaudaraan Tentera Miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman (Latin: Pauperes commilitones Christi Templique Solomonici), lebih dikenali sebagai kesateria templar atau peraturan rumah agama (Perancis: Ordre du Temple or Templiers) didirikan dengan tujuan yang "dikatakan" untuk memastikan keselamatan ramai penganut Kristian yang menziarahi Jerusalem selepas penaklukannya. Dakwaan ini sedah tentunya palsu kerana Kesateria Templar telah ditubuhkan untuk melindungi peninggalan di dalam kawasan Jerusalem. Legenda mengatakan bahawa apabila relik itu berada di tangan mereka, tentera salib mendapati kuasa menakjubkan daripada relik itu yang mampu memperkasakan pemakainya menjadi tidak terkalahkan dalam peperangan. Legenda Kristian mengatakan bahawa Kesateria Templar telah menggunakan Lembing dalam kemenangan terkenal mereka pada tahun 1177 semasa Peperangan Montgisard, iaitu kira-kira 500 kesateria Templar membantu tentera Salib untuk mengalahkan tentera Salahuddin Al-Ayubi yang berjumlah lebih daripada 26,000 tentera.

Lembing Takdir itu kemudian dipercayai bertukar tangan kepada orang-orang Rom. Queen Helena Augusta Constantinople (sekitar 250– sekitar 330 TM) telah diberitahu tentang kuasa relik itu dan mengembara ke Jerusalem untuk mendapatkannya. Setibanya di Jerusalem dia membina sebuah Gereja (ada yang mengatakan dia sebenarnya membina ibu pejabat pertama untuk Kesateria Templar) yang menyebabkan Kesateria Templar bersedia meminjamkan Lembing Takdir kepada beliau. Relik itu tidak pernah dikembalikan kepada para Templar. Sebaliknya Queen Helena memberikan Lembing itu kepada anaknya Constantine the Great yang kemudian menjadi Maharaja Rom Kristian pertama yang memerintah empayar terdiri daripada Britain, Gaul, dan Sepanyol. Oleh itu, adalah dipercayai bahawa Empayar Rom itu sendiri dibina daripada kuasa relik itu.


Lembing Takdir itu juga bertanggungjawab terhadap Perang Dunia II. Amat diketahui di kalangan penyokong Illuminati bahawa Austria telah dirampas oleh Nazi pada tahun 1938 semata-mata untuk merampas Lembing daripada Koleksi Reichskleinodien atau Regalia Diraja milik Sigismund (Maharaja Suci Roman selama empat tahun dari 1433 sehingga 1437) yang pada masa itu yang disimpan dalam Schatzkammer (Perbendaharaan diraja) di Vienna.


Apabila Austria telah dimasukkan ke dalam Jerman, Adolf Hitler mengambil Lembing itu, demikianlah pertumpahan darah yang mengekori daripada Kempen Tentera Jerman. Ini juga adalah sebab tersendiri mengapa Amerika Syarikat menyertai peperangan. Kemudian selepas perang ia telah dirampas oleh Jeneral Amerika, George S. Patton yang dikatakan mengembalikan Lembing itu ke Austria untuk disimpan di Muzium Kunsthistorisches. Lembing yang dikembalikan adalah palsu. General Patton adalah ahli Illuminati yang di bawah arahan untuk menyerahkan Lembing itu kepada Illuminati. Lembing itu dimiliki oleh Illuminati sejak itu dan menunggu kedatangan Anti Isa dan Novus Ordos Seclorum.



Tidak kira betapa kudusnya anggapan penganut Kristian tentang Lembing Takdir ini, saya amat bersetuju dengan anggapan bahawa relik ini sememangnya berpuaka dan oleh itu tidak boleh dianggap sebagai berasal daripada sesuatu yang suci. Jejak darah sepanjang abad termasuk peperangan besar dan pertumpahan darah boleh dikaitkan dengan relik ini. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa beberapa kuasa besar telah ditubuhkan selepas memiliki relik tersebut. Kebangkitan Empayar Rom, Empayar Jerman dan Empayar Amerika Syarikat hari ini semuanya dikaitkan dengan pemilikan relik ini dan kesemua mereka meninggalkan jejak kematian dan kesengsaraan di belakang mereka.


KISAL CANGKIR SUCI (HOLY GRAIL)
 

Menurut mitos Kristian, Cangkir Suci adalah hidangan, pinggan, atau cawan yang digunakan oleh Nabi Isa pada Perjamuan Akhir, yang dikatakan mempunyai kuasa ajaib. Oleh kerana cangkir itu kecil dan mudah disembunyikan, Kesateria Templar dapat menyembunyikan di Jerusalem dan menghalangnya daripada dirampas oleh Salahuddin Al-Ayubi. Kesinambungan Kesateria Templar (yang kemudiannya menjadi seorang Nabi atas nama Freemason dan Pertubuhan Rahsia Illuminati) juga dikaitkan dengan kesinambungan pemilikan cangkir oleh keturunan Templar.


Di kalangan pemerhati Illuminati, dikatakan bahawa Cangkir itu pernah dimiliki oleh Renaud de Châtillon, seorang Kesateria Templar yang berkhidmat dalam Perang Salib Kedua dan kekal di Jerusalem selepas kekalahannya. Ini adalah berdasarkan kisah bahawa biara San Juan de la Peña, yang terletak di barat daya Jaca, di wilayah Huesca, Sepanyol, pernah ditugaskan untuk melindungi cangkir itu. Dikatakan bahawa artifak adalah bekas batu abad pertama Timur Tengah, mungkin dari Antioch, Syria (kini Turki). Cerita ini menimbulkan saranan bahawa bekas itu dihantar oleh Renaud de Chatillon yang ingin menyeludup Cangkir itu dari Antioch, Syria ke Huesca, Sepanyol.

Selepas terselamat dalam pengepungan oleh Salahuddin Al Ayubi, cangkir itu diseludupkan dan dipindahkan secara rahsia oleh saki baki keturunan Templar. Akhirnya apabila golongan Illuminati memutuskan untuk berpusat di Amerika Syarikat, awal perubahan abad mencatatkan bahawa partisan Ireland dari Dhuir Clan (O'Dwyer, Dwyer) mengangkut Cangkir itu ke Amerika Syarikat pada abad ke-19 dan Cangkir itu disimpan oleh keturunan mereka secara rahsia di sebuah biara kecil di sebelah atas Barat Laut (kini dipercayai menjadi Minnesota Selatan).

Lokasi cangkir tersebut kini masih menjadi rahsia yang pegang ketat oleh Perintah Tertinggi Illuminati. Walau bagaimanapun, dipercayai bahawa Cangkir Suci dan Lembing Takdir telah pun bersatu di Amerika Syarikat sekarang, menunggu untuk ditemukan dengan relik daripada Salib Asli yang akan menandakan permulaan kedatangan New World Order di bawah Anti-Christ.



RELIK SALIB ASLI
 

Renaud de Châtillon adalah seorang tokoh penting di belakang Perang Salib terakhir antara golongan Kristian dan tentera Salahuddin Al Ayubi. Dia merupakan ahli Kesateria Templar yang berkhidmat dalam Perang Salib Kedua dan kekal di Jerusalem selepas kekalahan. Dia kemudiannya berpindah ke Antioch, Syria yang ketika itu merupakan Negeri Salib dan memegang gelaran Lord of Kerak dan Montréal. Renaud adalah seorang pembenci Islam tegar dan membenci setiap umat Islam yang dilihatnya. Dia terkenal dengan kekejaman yang melampaui batas di Kerak, kerana sering menghumban musuh dan tebusannya (khususnya umat Islam) daripada tingkat atas istana supaya jatuh berkecai di atas batu di bawah. Pembunuhan ini sebenarnya bukan dilakukan semata-mata untuk memuaskan nafsu jahatnya, Renaud de Châtillon sebenarnya adalah pengikut Lucifer berpura-pura menjadi penganut Kristian di luar. Pembunuhan yang dilakukan itu adalah sebenarnya sebagai korban manusia kepada Lucifer.

Pada tahun 1160, Renaud menjalankan serbuan rampasan terhadap golongan petani Islam Syria dan Armenia di kejiranan Marash. Dalam serbuan itu, dia telah ditangkap oleh orang Islam dan ditahan di Aleppo, Syria selama tujuh belas tahun. Walau bagaimanapun, sebagai bapa tiri kepada Maharani Maria anak perempuan Constance dari Antioch, dia telah ditebus dengan jumlah wang yang luar biasa banyaknya iaitu 120,000 dinar emas.

Bukan seorang yang mengenang budi, pada November 1177, Renaud mengetuai tentera kerajaan bersama dengan Kesateria Templar telah mengalahkan Salahuddin Al-Ayubi di Pertempuran Montgisard, Jerusalem yang menyaksikan tentera Islam hampir-hampir tidak dapat melepaskan diri. Legenda Kristian mengatakan bahawa Kesateria Templar telah memanggil kuasa ketiga-tiga relik yang disimpan di Jerusalem untuk menaikkan semangat perang tentera salib untuk memenangi pertempuran itu.


Salahuddin Al Ayubi menghabiskan tahun-tahun berikutnya untuk pulih daripada kekalahan dan membina semula tenteranya, dia memperbaharui serangan beliau pada tahun 1179 untuk membuktikan bahawa kehendak Allah tidak boleh dikalahkan oleh kuasa relik itu semata-mata. Beliau mengalahkan tentera Salib di Pertempuran Yakub Ford, Jerusalem selepas gencatan senjata telah diisytiharkan di antara Salahuddin dan Amerika Salib pada tahun 1180. Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu dan untuk menghormati kepercayaan Kristian, Salahuddin mengambil keputusan untuk tidak merampas relik itu.


Dalam tahun 1181, walau bagaimanapun, Renaud yang masih tidak bersyukur, kalah pada godaan untuk tidak mengapa-apakan rombongan umat Islam yang melalui Kerak, walaupun adanya gencatan senjata antara Salahuddin dan raja, Renaud mula menjarah lagi. Renaud juga secara peribadi bertanggungjawab menyerang kafilah-kafilah Islam, yang cuba meminta belas kasihan beliau dengan melafazkan perjanjian gencatan senjata antara umat Islam dan Kristian, namun usaha itu ternyata sia-sia. Renaud menghina Nabi Muhammad sebelum membunuh dan mendera sebilangan daripada mereka. Apabila mendengar berita ini, Salahuddin bersumpah untuk menghukum Raynaud dengan tangannya sendiri. Salahuddin juga menuntut ganti rugi dari Raja tetapi Raja menjawab bahawa beliau tidak dapat mengawal Renaud yang liar itu. Akibatnya, perang tercetus antara Salahuddin dan tiga Kerajaan Kristian dalam tahun 1182 selepas Salahuddin boleh memandang ringan terhadap ancaman Ranaud untuk menyerang kota suci Mekah dan Madinah. Pada bulan Julai 1187, Salahudin berjaya menawan kebanyakan Kerajaan Jerusalem. Pada 4 Julai 1187, beliau berhadapan dengan Pertempuran Hattin menentang gabungan kuasa tiga Kerajaan Kristian. Dalam pertempuran ini sahaja, sebahagian besar tentera Salib dan juga Templar telah dihapuskan oleh umat Islam dalam cara yang membawa kemusnahan besar bagi tentera Salib dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin menangkap Raynald de Chatillon dan kemudian menjatuhkan hukuman terhadapnya. Pada malam itu juga, Salahuddin mengarahkan hukuman terhadap beratus-ratus Kesateria Templar.

Salah satu barang yang disita selepas Pertempuran Hattin adalah relik Salib Asli. Salib itu telah dibawa ke Damsyik, Syria dan diarak secara terbalik oleh pemerintah Damsyik di sepanjang jalan di bandar itu. Relik Salib Asli dipercayai terus tersembunyi di Syria sehingga hari ini. Sila ambil perhatian penting bahawa, relik Salib Asli ini telah hilang daripada pemilikan Templar pada abad ke-12.





RAMALAN TENTANG IMAM MAHADI DAN PERTEMPURAN BESAR DI SYRIA

(NOTA: ARTIKEL BERIKUT AKAN MENDEDAHKAN KEPADA ANDA TENTANG APA YANG TELAH DITEMUI OLEH GOLONGAN ANTI-ILLUMINATI BERDASARKAN RUJUKAN SILANG TERHADAP SEMUA RAMALAN YANG SEDIA ADA, SAMA ADA DARI SUMBER UMAT ISLAM DAN KRISTIAN)


Pada bulan April tahun ini, pemerhati Illuminati di seluruh dunia terpinga-pinga dengan berita bahawa kunci dari abad ke-12 telah dilelong oleh Sotheby pada harga 9.2 juta pound sterling (RM60 juta). Kononnya, kunci ini adalah Kunci Kaabah yang telah dicuri walaupun pada hakikatnya tiada siapa pun yang dapat mengesahkan sama ada terdapat kes kecurian kunci Kaabah sebelum ini. Percaya atau tidak, tetapi timbulnya spekulasi bahawa kunci itu adalah petunjuk seterusnya mengenai lokasi tersembunyi relik Salib Asli di Syria. Ada antara kita yang bahkan menggelar ia "Kunci Saladdin".

Golongan Illuminati dan anti-Illuminati percaya bahawa Sejarah akan berulang lagi dan Perang Besar Salib akan berlaku lagi untuk kali keempat dan terakhirnya di Syria. Golongan Illuminati yang berketurunan dari Kesateria Templar akan melancarkan balas dendam terhadap umat Islam. Golongan Illuminati mempunyai sifat lucu apabila berkaitan dengan nombor (sindiran disengajakan) akan melancarkan perang ini pada abad ke-21 untuk mengenang perkara yang sama berlaku pada abad ke-12 (anda perasan apa-apa yang pelik dengan nombor tersebut di sini?).


Pada bulan April 2003, semasa Amerika Syarikat berada di tengah-tengah Perang Teluk Parsi, seorang penulis Amerika menulis sebuah buku yang akhirnya menjadi jualan terlaris New York Times "Beyond Iraq: The Next Move”. Dalam buku itu, Michael D. Evans mendakwa bahawa senjata pemusnah besar-besaran berada di Syria. Beliau seterusnya menuduh Saddam Hussien memindahkan Senjata Pemusnah Besar-besaran dan dana-dana ke Syria untuk menyalurkannya keluar dari Iraq. Dalam masa terdekat, tuduhan sebegitu akan menjadi sebahagian daripada sebab-sebab rasmi untuk melancarkan perang terhadap Syria. Sebab utama itu adalah perkembangan peristiwa yang akan dijadikan sebagai alasan untuk melancarkan perang. Persediaan untuk perang telah pun berlaku apabila Laksamana Millen membuat lawatan berpandu yang jarang berlaku di sempadan Syria pada 28 Jun. Ada sesetengah pihak berspekulasi ia sebagai persediaan serangan pada masa akan datang.



Di kalangan anti-Illuminati, secara meluas dipercayai bahawa matlamat utama serangan itu adalah untuk merampas relik Salib Asli. Legenda menyatakan bahawa Lucifer dan Molokh sendiri telah mengarahkan Perintah Teringgi Illuminati untuk menyatukan kembali ketiga-tiga relik yang dipercayai akan mengembalikan kekebalan tentera semasa perang besar yang seterusnya terhadap umat Islam.

Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan banyak ramalan yang menceritakan mengenai Perang Besar, telah pun diketahui bahawa Syria adalah tempat yang perlu dielakkan dalam apa cara sekalipun (melainkan jika anda ingin menjadi syahid). Syria sebagai tempat berlakunya pertumpahan darah sudah tidak dipertikaikan dalam kalangan pemerhati anti-Illuminati Yahudi, Kristian dan Islam.


Dalam Al kitab Yahudi, Dajal disebut sebagai dua tanduk kecil. Dalam Daniel 7:8, anti-Christ yang sebut itu dikatakan akan muncul dalam Kerajaan ke 4 Empayar Rom. Dalam Daniel 8, anti-Christ dikatakan datang daripada salah satu daripada empat komponen Empayar Yunani yang selamat bertahan berikutan kematian Alexander. Ini biasanya dianggap sebagai Kerajaan Selucid pada masa dahulu di Syria hari ini.


Hazrat Ummu Salmah (R.A.) pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa akan datang satu masa apabila seorang warganegara Madinah akan melarikan diri daripada Madinah dan pergi ke Mekah untuk mendekati Imam Mahadi di antara Hajrul Aswad dan Makam Ibrahim, dan dengan bersungguh-bersungguh bersumpah ikrar kesetiaan mereka kepadanya. Apabila mendengarkan perkara ini, musuh-musuh Islam akan datang dari Syria dalam angkatan tentera yang besar untuk menyerang Mahadi tetapi apabila mereka akan tiba di Baida, yang terletak di antara Mekah dan Madinah, mereka akan ditelan ke dalam tanah oleh gempa bumi.


Dalam satu lagi ramalan berdasarkan Hadith, tempoh kesedihan yang panjang akan menimpa ke atas umat Islam yang akan berada di bawah penganiayaan dan penindasan yang dahsyat daripada pemimpin zalim pada masa itu yang akan memerintah Syria. Penzalim dari tengah-tengah Damsyik, Syria dikenali sebagai Sufyaani (dari keluarga Abu Sufyan) akan memulakan kempen pertumpahan darah dan pembunuhan yang dahsyat, dan tidak ada kaum atau masyarakat akan dibiarkan selamat. Malah, wanita dan kanak-kanak akan disembelih tanpa belas kasihan. Perlu ditekankan di sini bahawa tempat asal berlakunya pertumpahan darah ini adalah di Damsyik, Syria di tempat kali terakhir Salib Asli dilihat sebelum ia hilang pada abad ke-12. Menurut beberapa pemerhati anti-Illuminati, ini menepati profil pertumpahan darah yang telah mengekori Lembing Takdir sejak zaman berzaman. Oleh itu, adalah dipercayai secara meluas bahawa kesemua relik-relik ini akan bersatu semula di Syria untuk melepaskan Perang Besar yang akan datang.



Mengenai relik Salib Asli, kebanyakan pembaca Islam saya mungkin pernah mendengar Hadis berikut seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah:- “"Demi Allah, sungguh putra Maryam benar-benar akan turun sebagai hakim, lalu mematahkan salib, membunuh babi, menghapus jizyah, dan harta melimpah ruah hingga tidak ada seorang pun yang mahu menerimanya."

Terdapat banyak perbincangan dalam usaha untuk memahami apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan nabi Isa "mematahkan salib". Saya tidak akan mengulas mengenai orang lain yang telah membuat tafsiran mereka sendiri, kerana semua orang berhak mempunyai pendapat sendiri. Saya hanya menawarkan tafsiran alternatif di sini, bahawa jika hadis ini ditafsirkan secara zahir, adalah berkemungkinan bahawa "salib" dalam hadis ini merujuk kepada relik Salib Asli yang telah digunakan oleh Lucifer&Co untuk menyesatkan orang Kristian selama berabad-abad. Satu boleh membayangkan betapa berangnya putra Siti Maryam itu apabila melihat relik yang sebahagiannya telah bertanggungjawab terhadap bidaah untuk beribu-ribu tahun lamanya. Saya tidak fikir sesiapapun boleh menyalahkan baginda untuk mematahkan dan memusnahkan salib itu sebaik sahaja salib itu berada di tangan baginda.


Ada satu lagi hadis yang di dalamnya ada menyebut tentang Salib itu seperti berikut. Walau bagaimanapun, sama ada benar atau tidak rujukan terhadap Salib itu sebagai relik Salib Asli terus kekal sebagai kemungkinan terbuka: -


"kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum (Kristian) dalam keadaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat harta rampasan perang yang banyak, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki Rum. Lalu dia akan mengangkat tanda salib (tentera Kristian) dan melaungkan salib telah menang maka datanglah kepadanya seorang lelaki Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut , kemudian tentera Rum mengkhianati perdamaian dan terjadilah peperangan demi peperangan, di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera , di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera"- Hadis sahih riwayat Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Ibnu Majah dari Zu Makhmar RA.


Hadis ini di sini memberitahu kita bahawa umat Islam dan Kristian akan membentuk pakatan untuk melawan musuh yang sama. Dalam dunia yang pemerhati, tidak syak lagi bahawa musuh bersama di sini merujuk kepada tentera bidaah yang dibentuk oleh Lucifer/Illuminati. Perikatan antara umat Islam dan Kristian sebenarnya sudah wujud pada hari ini walaupun sangat rapuh. Dalam dunia gerakan bawah tanah, perang menentang Illuminati kini diperjuangkan oleh operatif dari kedua-dua pihak umat Islam dan penganut Katolik dalam usaha mereka untuk membatalkan atau menangguhkan misi kiamat dijalankan oleh Illuminati. Oleh itu, adalah sangat tidak selesa untuk membayangkan bahawa satu hari nanti keturunan kita mungkin perlu mengambil bahagian dalam Perang Besar yang akan menentang satu sama lain.


Ia meramalkan bahawa perang yang dilancarkan oleh pakatan umat Islam/Kristian terhadap Illuminati akan didorong oleh setiap agama lain. Umat ​​Islam melancarkan perang sebagai penentangan terhadap penindasan berabad lamanya. Orang-orang Kristian pula melancarkan peperangan mereka terhadap orang-orang akhirnya mereka lihat sebagai golongan bidaah yang memiliki peninggalan suci. Apabila perang hampir dimenangi, orang-orang Kristian akan mencari dan menemui relik Salib Asli. Oleh itu, apabila memenangi perang, seorang askar akan menjulang relik tersebut dan mendakwa kemenangan itu adalah kerana campur tangan kudus daripada relik itu sendiri. Ini akan menimbulkan kemarahan orang-orang Islam yang telah berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam peperangan. Cerita yang seterusnya adalah seperti yang telah diceritakan dalam hadis.


KEDATANGAN 2013

Tujuan artikel bukanlah untuk mempengaruhi pentafsiran anda terhadap hadis yang disebutkan di sini. Beberapa ulama Islam dengan kelayakan yang lebih baik juga telah menterjemahkan hadis ini. Tujuan artikel ini adalah semata-mata untuk memaklumkan kepada anda bahawa orang lain juga mempunyai tafsiran mereka sendiri terhadap ramalan ini dan mungkin berbaloi untuk dipelajari bagaimana pemerhati anti-Illuminati mentafsir ramalan itu.

Tujuan mengkaji ramalan dan sejarah di sebaliknya adalah untuk menganggarkan berapa banyak masa yang kita ada sebelum Illuminati melaksanakan pelan tindakan mereka yang seterusnya. Golongan Illuminati dan Anti-Illuminati semuanya menggunakan ramalan sebagai pengira masa. Apabila ramalan ini menjadi nyata atau dipenuhi sendiri, pihak Illuminati akan bekerja lebih keras untuk mempercepatkan berlakunya Perang Besar, manakala golongan anti-Illuminati di sisi yang lain pula akan melakukan apa yang terdaya untuk melambatkan nya. Walau bagaimanapun berdasarkan apa yang berlaku di seluruh dunia hari ini, seolah-olah pihak Illuminati dapat melaksanakan rancangan mereka dengan jayanya setiap kali.


Bagaimana ramalan ini akan berkaitan dengan negara kita sendiri masih menjadi tekaan pada masa ini. Tetapi semua projek Illuminati akhirnya akan seragamkan di seluruh dunia untuk berkhidmat kepada matlamat akhir. Mengenali Illuminati dan obsesi mereka terhadap nombor-nombor tertentu seperti 11, 13 dan 33, tahun 2013 yang akan datang akan mempunyai risiko ketara menjadi acara utama bagi Illuminati.


Tidak ramai antara kita yang menyedari bahawa tahun 2013 bakal menjadi begitu penting. Negara kita akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun 2013 yang mana ramalan RAHMAN tidak lagi membayangkan siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri seterusnya. Pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri ke-6 akan menandakan berakhirnya ramalan itu. Jadi mengapa tiada lagi huruf selepas "N" dalam ramalan itu? Apa yang akan berlaku selepas "N"? Sesetengah meramalkan bahawa kerajaan tidak akan wujud lagi pada tahun 2013 selepas Perang Besar. Yang lainnya pula percaya bahawa huruf itu N menunjukkan Perdana Menteri Islam terakhir untuk negara ini.


Di Amerika Syarikat, salah satu taklimat yang dihadiri oleh Naib presiden terpilih Joe Biden selepas Obama dipilih sebagai Presiden adalah ringkasan oleh "Suruhanjaya Bipartisan Mengenai Pencegahan Pengawalan Senjata WMD dan Keganasan" yang diketuai oleh ahli Illuminati, bekas Senator Florida, Bob Graham dan dari Missouri, Jim Talent meramalkan bahawa Amerika Syarikat akan menjadi serangan oleh Al-Qaeda dengan senjata nuklear atau lebih cenderung kepada senjata biologi sebelum 2013. Ini sendiri adalah petunjuk jelas bahawa pihak Illuminati sedang melakukan persediaan untuk melepaskan Perang Besar terakhir terhadap umat Islam.

Satu lagi petunjuk daripada Illuminati adalah melalui ahli Illumininati kanan, John McCain apabila dia secara terbuka menggunakan "2013" sebagai teras kempen presidennya sebelum ini. Dalam iklan presiden yang terkenal bertajuk "2013", ahli Illuminati kanan itu membuat kenyataan bahawa perang di Iraq boleh dimenangi pada tahun 2013 dan pencapaian penting dalam Keselamatan Negara akan dapat dicapai. Ham.. Saya rasa ini mungkin bererti bahawa mereka akan selesai mengerjakan Iraq pada tahun 2013 dan dengan itu bersedia untuk menyerang negara-negara Timur Tengah seterusnya seperti Syria atau Iran atau kedua-duanya secara serentak.


Untuk mengelakkan risiko pengunjung kebosanan di laman web saya, saya tidak akan mengeluarkan lagi sebarang maklumat yang telah dikumpulkan oleh Anti-Illuminati mengenai apa yang akan berlaku pada tahun 2013. Cukup untuk mengatakan bahawa kita semua mempunyai akal untuk melakukan penyelidikan yang sama ada atau tidak ada memanfaatkan ramalan di atas. Maklumat ini tersedia, sebegitu banyak dan telanjang di depan mata kita sendiri.


Malangnya kebanyakan daripada kita biasanya lebih suka untuk membaca tentang kejadian terbaru dalam dunia hiburan atau sampah internet lain dan bukannya memperkayakan diri dengan maklumat berpotensi yang boleh menyelamatkan nyawa kita.


Pendapat saya pula, lebih baik menjadi paranoid daripada menjadi terlambat.

Nota-nota: Ada sesetengah berpendapat bahawa relik masih belum ditemui adalah relik Salib Asli. Ini adalah pendapat ramai rakan koresponden saya selama ini. Saya menulis artikel di atas berdasarkan maklumat yang telah mereka e-mel kepada saya selama ini. Saya pula mempunyai pandangan peribadi yang berbeza. Saya berpendapat bahawa relik yang hilang itu bukan Salib Asli. Selepas membaca Buku Kod Illuminati yang hangat dijual "H. ... P..... and the Deathly Hallows", Saya percaya penulis di arahkan untuk menyebarkan kod tersembunyi bahawa Illuminati sebenarnya sedang mencari Lembing Takdir (yang diberi nama "the elder wand" dalam buku itu).

Saya ingin menambah bahawa koresponden saya dalam dunia anti-Illuminati terdiri daripada orang Islam dan juga daripada agama lain termasuk mereka yang mendakwa menulis di internet untuk Gereja Katolik. Jadi saya harap ramai pembaca Kristian saya tidak akan tersinggung dengan artikel ini. Saya tidak cuba untuk menghasut kebencian terhadap Kristian di sini. Tidak ada golongan Islam mahupun Kristian berhasrat untuk melihat ramalan ini menjadi kenyataan dalam tempoh hayat mereka sendiri. Jadi, saya mengatakan bahawa kita mesti melakukan yang terbaik untuk membatalkan atau menangguhkan ramalan ini. Dengan cuba untuk membatalkan atau melambatkan ramalan itu tidak bermakna bahawa kita berusaha menentang kehendak Allah atau pesanan nabi kita. 


Ramalan itu sendiri tidak pernah menyatakan secara khusus bilakah perang besar itu akan berlaku. Oleh itu, saya melihat tidak ada salahnya kita bertindak bersama menentang hasrat Illuminati dan tuan mereka Lucifer. Sebagai hamba Allah yang baik adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa berharap dan melakukan yang terbaik untuk umat manusia dan anak-anak kita. Malah dalam sebenar Qada & Qadar Islam prinsip mengajar supaya kita tidak hanya berpeluk tubuh dan menonton dosa serta bencana berlaku tanpa cuba yang terbaik untuk menghentikannya terlebih dahulu.


See you again after PRU13



Wednesday, May 1, 2013

PREPPING FOR PRU13 : MY PHOTO UPDATE

So someone sent email to me asking "PRU13 is coming.. how's your prepping sir?"

I saw this in facebook, holy crap! those idiots really want these? 


Also I saw this in a blog (click here) which signals for street revolution, really?

I'm not one to brag (usually) but I do think I need to proof to my readers that I'm still prepping and I'm dead serious about this illuminati blueprint shit (click here to read my 2008 article  2013 ILLUMINATI BLUEPRINT ) .

So just as a last minute reminder and to boost your motivation to prep (so that you know you're not the only paranoid person in this country), here's some photos of my latest prepping.

I will try my best to write an article on surviving Malaysian-Spring if that really happens this May. But for the time being I'm a bit busy adding rice and canned foods on my prepping list.


medicines.. lots of it for the whole family






lady stuffs and baby stuffs




mobile cooker, cooking oil and a few canned foods. 
(tomorrow I'll make sure every inch of remaining spaces will be filled with rice)



vacuumed rice and canned foods


 There's more and more of these inside my house, my parent's house and my in-laws house.


 car batteries (2), portable fan & lamp (2), tent (2) and portable solar panel.




 when the shit hits the fan, there will be a looooong que at the fuel station. There's 3 of these all filled up with with petrol in my house, another two at my in-laws and another four at my parent's.




  rice only provides carbohidrat.. so you need protien too.. I spent quite a lot foe these boxes of canned foods (mostly sardines though because it's cheap).


I need to buy more of these.. I don't think 50ml of nicotine is enough for the whole year


 three babat guns version 1.0 and 2.0.. a slingshot with marbles as projectiles and several commercial arrows for slingbows.. On the far right is a handfull of chopsticks with iron nails tied on top.. I made  almost a hundred of these projectiles for my babat guns.

Hmmm.. hopefully this roof rack will come handy.



HADIS UNTUK PREPPERS

Dari Abu Hurairah ra katanya- Rasulullah SAW bersabda " nanti akan berlaku fitnah (kekacauan). Orang yang duduk dalam menghadapai fitnah itu lebih baik dari berdiri. Orang yang berdiri  lebih baik dari berjalan. Orang yang berjalan lebih baik dari yang berlari. Siapa yang kemuka hadapan semasa kekacauan, nescaya akan dimurkakan Allah. Maka siapa yang memperolehi tempat berlindung, hendaklah dia berlindung" Hadis Sahih Bukari no 1871 m/s 130  

(sumber dari blog Anakbukitgantanag in Putrajaya)

Tuesday, April 30, 2013

ANAK MANJA DI PLANET UMNO

Ini adalah artikel yang khas ditujukan kepada ahli-ahli UMNO yang merancang hendak mengundi calon pembangkang sebagai tanda protes kerana calon pilihan mereka tidak terpilih. Juga saya tujukan pada pemimpin-pemimpin UMNO yang merajuk tidak dicalonkan sehingga nak melakukan sabotaj.

Pembaca yang tidak berminat dengan isu sabotaj dalam UMNO adalah digalakkan membaca artikel saya yang lain sebelum ini iaitu "MEMPERGUNAKAN UMNO" yang mana lebih relevan dengan pandangan umum.

* * * * * * * * * * * * * * *
Ini berlaku baru-baru ini diantara saya dengan seorang sahabat yang mula naik suara mempertahankan Pembangkang ketika kami berbual mengenai pilihanraya. Saya terpaksa buat begini untuk mengelakkan debat yang membawa kepada rasa sakit hati:-

Saya: Ok lah bro, kita tak usah debatlah sebab semua orang bebas mengundi pilihan masing-masing. Aku cuma cadangkan kita bersumpah untuk untuk menetapkan pendirian kita di masa akan datang saja. Aku mulakan dulu ya. Wallahi Wabillahi Wattalahi aku bersumpah tidak akan berdusta di masa akan datang iaitu mengatakan kononnya aku mengundi Pakatan dalam pilihanraya ke 13 ini. Sekarang aku minta kau pula bersumpah.

Sahabat: Kenapa pula aku perlu bersumpah begini??

Saya: Supaya kita berdua tidak hipokrit di masa akan datang. Manalah tau memang Pakatan akan menang PRU ini dan betul ramalan aku bahawa negara ini akan dimusnahkan oleh pemimpin kau. Janganlah pula 5-6 tahun dari sekarang aku dengar kau berbohong pada orang keliling kau yang pada 2013 ni kau adalah pengundi BN. Ingat, ini pilhan kita so jangan antara kita nak mengelak pertanggungjawaban di masa akan datang biar apa pun berlaku. Kalau Pakatan memerintah lebih cemerlang dari BN, aku akan terima apa juga sindiran dan malahan maki hamun dari orang keiling aku pada waktu itu. Aku tak akan curi kredit penyokong Pakatan hari ini.

Dan sahabat saya itupun terus belah setelah enggan bersumpah...

* * * * * * * * * * * * * * * 

Artikel kali ini saya tujukan khusus untuk pemimpin dan penyokong UMNO yang merajuk dan bakal mensabotaj UMNO/BN melalui undi protes.

Sahabat saya dalam perbualan diatas sebenarnya ahli UMNO yang merajuk kerana satu muka lama di Tawau iaitu Datuk Abdul Ghapur bin Salleh masih lagi dikekalkan sebagai calon ahli parlimen bagi satu daerah di Tawau. Oleh itu sahabat saya ini yang merupakan penyokong kuat seorang lagi pemimpin tempatan UMNO yang bernama Osman Jamal pun "merajuk" kerana Osman Jamal tidak jadi dicalonkan bagi daerah itu dan sekarang sahabat saya itu giat kehulu-kehilir berkempen agar pengundi mensabotaj UMNO dengan mengundi calon bebas atau pembangkang.

Jadi kebetulan sahabat saya itu ada urusan sehingga datang berkunjung ke daerah saya dan berlakulah perbualan yang berkisar kepada PRU13 di Sabah. Saya menasihatkan beliau supaya jangan mensabotaj UMNO tahun ini kerana pilihanraya ini bakal menentukan masa depan dan agama bangsa melayu. Namun sahabat saya tu "mengencang" (berkeras) hendak mengundi Pembangkang juga. Dia kata kepimpinan tertinggi UMNO harus diperingatkan agar lebih mendengar kehendak akar umbi dan jangan berterusan meletakkan pemimpin yang beliau gelar 'non-performing dinasour'.

Saya tidak begitu tahu keperibadian Datuk Abdul Ghapur ni sebab ini saya agak jarang juga ke Tawau. Namun yang saya dengar ialah beliau adalah salah seorang dari kumpulan '19 September' yang diwar-warkan pernah merancang hendak 'cross over' ke kem Anwar Ibrahim. Identiti pemimpin UMNO yang dikatakan pernah dipancing menggunakan politik wang untuk melompat ketika peristiwa '19 September' adalah sesuatu yang diketahui umum di seluruh Sabah.

Saya sebenarnya merasa simpati juga dengan PM kita sekarang yang terpaksa membuat percaturan semasa menamakan calon-calon di seluruh Malaysia. Apabila PM menggunakan istilah "winnable candidate" (calon boleh menang) ramai yang beranggapan bahawa maksud "winnable candidate" merujuk kepada "favourable candidate" iatu calon yang paling disenangi di satu-satu kawasan. Namun masyarakat gagal memahami faktor matematik di sebalik pemilihan calon. Hanya kerana seorang calon muka baru itu disenangi oleh masyarakat tidak semestinya menjadikan beliau "winnable". Bagi memilih calon maka terdapat tiga faktor yang perlu diambil kira iaitu peratusan faktor populariti, peratusan pengundi pembangkang dan akhir sekali peratusan faktor sabotaj dalaman.

Contohnya calon muka baru Encik A. Encik A mungkin calon muka baru pilihan akar umbi UMNO dan oleh itu faktor populariti adalah 60% manakala pengundi pembangkang adalah 40%. Kalau dilihat dari dua faktor ini saja maka secara logiknya Encik.A lah yang dicalonkan menggantikan penyandang Encik B. Namun hasil risikan juga mendapati bahawa sekiranya Encik A dicalonkan maka Encik B mampu mensabotaj dari dalam sehingga melenyapkan 20% undi kepada Mr A. Akibatnya Mr A yang merupakan calon "favorable" tetap tidak menjadi calon "winnable" kerana angka rasmi berakhir dengan 60% - 20%=40% sahaja. Maka sepertimana berlaku di daerah kawan saya tu, terpaksalah calon dinasour dikekalkan kerana perkiraan matematik meramalkan si dinasour tu tetap "possible winnable" walaupun sekadar 50-50 sahaja.

Perkara ini memang berlaku dalam UMNO dimana ramai pemimpin UMNO mempunyai kumpulan "saboteuer" mereka sendiri bagi tujuan menggertak kepimpinan tertinggi. Ini adalah satu contoh klasik akan kelemahan sistem demokrasi itu sehingga boleh menjejaskan kepimpinan negara.

Namun kepada rakyat marhaen, ingin saya katakan disini bahawa masalah ini ada ubatnya dan ubatnya itu adalah kita sendiri sebagai rakyat. Sekiranya anda ingin memprotes terhadap dinasour-dinasour ini maka janganlah dulu dilakukan semasa pilihanraya kerana bangsa, agama dan negara kita akan menerima musibah yang dahsyat sekiranya UMNO tumbang pada pilihanraya ini. Cara terbaik untuk memprotes ialah selepas pilihanraya. Saya sendiri bercadang untuk mengkritik habis-habisan mana-mana pemimpin UMNO di Sabah yang masih lagi tidak berkerja walaupun selepas memenangi semula pilihanraya kawasannya. Dengan menggunakan hikmat kungfu "keyboard warrior", saya akan pastikan kesemua non-performing leaders di Sabah tak akan senang duduk kalau gagal menepati janji. Malahan hikmat kungfu memblogging ini akan saya perhebatkan ke jurus paling tinggi sehinggakan mereka yang tidak perform ini akhirnya menyesal kerana minta dicalonkan semasa PRU13.

Kepada semua dinasour-dinasour UMNO di Sabah yang memenangi semula kawasan masing-masing (insyaAllah), jangan sangka selepas 2013 anda semua masih boleh duduk di office menggaru punggung tak buat kerja tau. PRU13 telah membuktikan betapa dahsyatnya tekanan yang boleh diberikan kepada pemimpin yang korup dan tidak berkerja. Lihat saja Menteri Besar Kelantan dan Kedah yang sehingga masuk hospital itu and you'll get my point.

Okay, kembali semula kepada senario "undi protes" dikalangan penyokong UMNO ini, saya sebenarnya pernah menyentuh sedikit mengenainya pada November 2008 di MYKMU. Tajuk artikel tersebut ialah "STUPID PRESUMPTION OF A SIMILAR KIND" namun sudah tiada dalam arkib MYKMU. Namun seorang blogger iaitu Bujang Senang (ini bukan saya) pernah menerbitkannya semula di dalam ruangan komen di http://antirepublik.blogspot.com/ (klik sini). Berikut adalah sedikit petikan dari artikel saya tersebut"-

"If my prediction is correct, we will see the misfortune that had befall us on PRU-12 March 2008 repeating itself in the next UMNO General Assembly March 2009. Remember what had happened during the nation's 12th general election? Millions of UMNO / BN loyalists all over the country cast their precious votes in favor of the opposition because they were trapped under presumption that their votes wouldn't make a difference. Duped by the opposition's calling of "jom kurangkan majoriti", each and everyone of them assume that Barisan Nasional is too strong to be shaken that a couple of missing votes from them will not change history. Under such presumption and coupled with dissatisfaction towards Paklah's policies, some cast their votes for Anwar Ibrahim, others deliberately cast bad votes, while the remaining in the category didn't even bother to go to vote at all."

Didalam artikel tersebut saya memprofilkan mentaliti perwakilan UMNO yang akan membawa kepada kemenangan Khairy Jamaluddin dalam perebutan Jawatan Ketua Pemuda UMNO. Ternyata pada 2009 beliau benar-benar berjaya mengalahkan saingannya iaitu Mukhriz Mahathir dan Khir Toyo.

Oleh itu pada kali ini saya nak sentuh lagi mengenai mentaliti sesetengah orang melayu yang bakal merugikan negara, bangsa dan agama ni.

Pada pendapat saya, majoriti orang melayu ni masih dijangkiti sindrom "anak manja". Saya tahu benar mengenai sindrom ini kerana saya sering benar melihatnya berlaku didalam kes-kes kriminal di Mahkamah yang melibatkan pesalah muda di Mahkamah.

Boleh dikatakan hampir kesemua pesalah muda yang akhirnya mendarat di lokap mahkamah ini mempunyai mentaliti yang sama iaitu keyakinan bahawa ayah dan ibu (terutamanya ibu) mereka akhirnya akan tetap berusaha menyelesaikan masalah mereka.

Berbeza dengan pesalah muda lain yang tidak mempunyai ibu dan bapa untuk bergantung harapan, anak-anak manja ini mempunyai keyakinan bahawa tidak kira betapa nakal pun perbuatan mereka, yang penting ialah "esok masih ada" untuk mereka. Persepsi mereka memang benar kerana tak kira apa pun berlaku, selepas selesai menjalani hukuman mereka akan tetap ada tempat berlindung di rumah ibu bapa dan ibu bapa akan tetap memberi makan dan minum kepada mereka.

Inilah juga mentaliti yang dimiliki oleh orang-orang UMNO yang nak mengundi protes ni. Di Malaysia majoriti kita yang lahir selepas merdeka tidak pernah kenal hidup selain dari kehidupan di bawah pemerintahan UMNO. Ini secara kiasannya samalah seperti seolah-olah kita tinggal di sebuah planet yang bernama planet UMNO. Tidak kira apa bentuk pencemaran dan kerosakan yang kita lakukan ke atas planet UMNO ini, namun kita tetap yakin planet ini tidak akan terjejas teruk.

(Kita lihat mentaliti serupa dikalangan masyarakat planet bumi. Apabila seseorang membuang bahan toksik ke sungai, di dalam fikirannya perbuatannya itu hanya kesalahan kecil yang tidak akan menyebabkan kehancuran bumi.)

Sepertimana yang berlaku semasa PRU12, saboteur dalam UMNO pada tahun 2013 ini masih 'confident' bahawa sabotaj yang akan mereka lakukan tidak akan membawa kepada lenyapnya planet UMNO ini. Niat mereka sebenarnya hanyalah untuk "menjentik" UMNO sebagai hukuman kerana tidak menuruti kemahuan mereka namun dalam masa yang sama mereka masih mahu selesa hidup mereka di planet UMNO.

Ramai anak-anak manja UMNO ini pada hari ini bermati-matian melakukan 'pencemaran' dan 'kerosakan' ke di atas planet UMNO mereka namun dalam masa yang sama mahukan keselesaan hidup mereka di planet ini akan terus berkekalan hingga ke hari esok. Perosak-perosak planet ini tetap mahu berkereta selepas pilihanraya, masih boleh pergi berkerja, masih boleh pergi shopping di Pasaraya dan lain-lain. Malahan ramai dikalangan penyokong tegar pembangkang dan saboteur dalam UMNO pada waktu ini sedang berkira-kira bagaimana hendak membelanjakan wang BR1M sebanyak RM1000 yang dijanjikan oleh UMNO selepas pilihanraya.



Namun hakikatnya mereka lupa bahawa planet UMNO sudah begitu lama rosak oleh perbuatan mereka selama ini sehinggakan planet UMNO kini sudah retak seribu dan kini akan meletup dan hancur pada bila-bila masa. Dan yang ironinya ialah melayu di planet ini masih tetap mahu meneruskan kerosakan dan melakukan sabotaj takala planet mereka tinggal nyawa-nyawa ikan.

Sepatutnya, mentaliti "anak manja" ini tidak boleh diaplikasikan didalam survival politik bangsa. Hakikat yang nyata bahawa pertukaran pemerintah di akhir zaman ini lebih banyak membawa risiko kemusnahan akibat dari pengkhianatan musuh dari luar. Lihat saja apa yang telah berlaku di negara-negara arab pada masa ini. Saya yakin pendemo-pendemo arab spring di Libya, Mesir dan Syria sendiri sebenarnya terperanjat dengan hasil Arab-Spring mereka. Di Syria contohnya, siapa sangka kehidupan rakyat marhaen di Syria boleh berubah sebegitu extreme hanya dalam 11 bulan??

Saboteur-saboteur dalam UMNO ni sebenarnya tahu perbuatan mereka salah namun mereka menyangkakan bahawa perbuatan mereka melakukan sabotaj tidak akan meruntuhkan UMNO. Mereka tetap mahu hidup di zaman UMNO namun dek kerana "ego & emo" maka berlakulah perbuatan sabotaj ini.
Saya merayu agar mereka tidak melakukan perbuatan ini kerana langsung tiada manfaatnya buat masa ini. UMNO pada 2013 ini bukanlah sepertimana UMNO di zaman kegemilangannya di bawah Tun Mahathir. Kalau UMNO di zaman Tun tu, korang nak jentik UMNO puas-puas pun tak apa sebab UMNO masa tu sihat walafiat. UMNO pada 2013 ni sakit tenat sehinggakan kalau dijentik pun mungkin tumbang terus.

Jadi soalan saya kepada saboteur-saboteur dalam UMNO ini, adakah mereka sudah cukup persediaan untuk memulakan hidup baru di planet yang lain? Dan benarkan planet yang lain itu lebih selesa daripada planet UMNO? Bagaimana jika terbukti dakwaan bahawa planet lain yang kononnya lebih indah itu sebenarnya tidak wujud? Ke mana lagi kita hendak pergi?

(Note: Saya tahu mesti ada rakan pembaca yang sekarang ini sedang berkata "jom tinggalkan planet UMNO dan berhijrah ke planet khalifah Islam Al-Mahdi!!".. Ya betul, tapi nak berhijrah ke planet tu pun kena ada persiapan juga kan? Lagipun planet tu rasanya jauh lagi tu. So sementara belum cukup persiapan ni, lebih baik kita pelihara dulu planet UMNO kita hatta buat sementara)
.

Monday, April 22, 2013

MEMPERGUNA DEMOKRASI

(
(Lanjutan dari artikel sebelum ini iaitu "MEMPERGUNAKAN UMNO". Sila baca artikel itu (klik disini) sebelum membaca yang ini.)

Hmm.. di Facebook dah ada pulak tersebar poster sebegini yang mengajak orang melayu supaya tak turun mengundi. Admin kempen ini memberi alasan bahawa demokrasi yg sedang didukong oleh Umno dan Pas itu adalah landasan jahiliah dan akan mendapat murka dari Allah. (?)

Berdasarkan pemerhatian saya kempen ini mula tersebar luar di kalangan facebookers melayu islam saja. Kempen ini tidak tersebar dikalangan facebookers non-muslim. Ini tidak membawa faedah kepada orang Islam di Malaysia kerana apabila semua orang kafir turun mengundi manakala ada orang Islam tak turun mengundi, itu hanya memberi keberuntungan kepada orang bukan islam sahaja.

Saya harap tak ada mana-mana pengunjung ke blog saya ini terlibat dalam kempen sebegini. Saya menghormati hak sahabat-sahabat yang anti-demokrasi. Tapi harap jangan sebarkan kempen sebegini kepada golongan muda yang tidak mengetahui dengan lebih terperinci maksud hujah-hujah Syeikh Imran Hossien atau yang sewaktu dengannya.

Semalam saya mendapat arahan urgent daripada dua senior saya agar menulis artikel ringkas mengenai profiling 'the Watchers Group' no. #16678 bertarikh 19 November 2008 yang bertajuk "the profile of the caliphate system in the end of time". Kandungan perbicangan tersebut adalah panjang so saya akan beri ringkasan saja. Setuju atau tak setuju.. itu hak kita secara individu. Sesiapa pun boleh mengemukanan pandangan mereka di ruangan 'comment' tapi hendaklah berhemah. Sesiapa yang emo dalam memberi komen akan saya 'delete' komennya he he..

Baiklah.. kita mulakan sekarang.

ISU 1 : KEKHALIFAHAN ISLAM AKHIR ZAMAN

Terdapat suatu teori / fahaman di internet yang membangkitkan persepsi bahawa sistem kekhalifahan Islam akan bangkit walaupun sebelum terbai'ahnya Imam Mahadi. Contohnya pertama di internet sekarang ialah kemunculan "Raja Nusantara" dari "Empayar Langkasuka Nusantara" (saya malas nak komen mengenai kredibiliti beliau di sini) yang mendakwa bahawa dia adalah waris kerajaan melayu lama yang akan membangkitkan sistem pemerintahan islam di Malaysia. Contoh kedua pula ada cerita merepek dari cybertroopers pembangkang yang mengatakan kononnya Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan telah menghubungi Anwar Ibrahim untuk sama-sama mengembalikan sistem kekhalifahan Islam sekiranya Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Ini belum termasuk segelintir pembaca yang pernah menghantar berpuluh emel kepada saya dan mempromote ramalan mereka bahawa akan wujud kembali sistem pemerintahan ala-ala kerajaan melayu lama yang akan menjadi khalifah yang dinanti-nantikan oleh umat islam di Nusantara melayu. Juga terdapat satu lagi kumpulan yang sedang mengimpikan sistem khalifah sepertimana ketika kegemilangan Islam di zaman empayar Islam Umayyah dan/atau Abbasiyah.

Okay, sebelum saya meneruskan menulis, harap dengar dulu penjelasan kami bahawa kami di Watchers Group hanyalah sekumpulan profilers. Ramai yang membaca artikel saya berbahasa melayu rasanya tidak pernah membaca lagi artikel saya yang majoritinya berbahasa Inggeris dan oleh itu tidak memahami siapakah the Watchers Group dan bagaimana kami berfungsi. Kami bukan kumpulan peramal, kami hanya cuba memprofil secara literal kejadian di seluruh dunia bagi membolehkan kami meneka apa yang sedang berlaku dan mungkin berlaku di belakang hari. Oleh itu kemungkinan berlaku kesilapan memang diakui dan jika itu berlaku, kami mohon maaf.

So, semasa kami membincangkan susur galur 'As-Sufyani' (sepertimana di dalam artikel saya "Menjejaki Sufyani"), kami pernah sekaligus memprofilkan sistem pemerintahan yang paling ideal di dunia. Sila ambil perhatian bahawa kami mengatakan bahawa sistem ini ideal "di dunia" dan bukan sekadar di negara-negara Islam sahaja. Kami pada dasarnya bersetuju bahawa hanya ADA SATU BENTUK sistem memilih pemerintah yang benar-benar Islamik dan ideal iaitu sistem memilih pemimpin sepertimana yang diamalkan ketika "KHALIFAH AR-RASHIDUN".

Kepada yang kurang jelas mengenai perkara ini, ingin saya jelaskan bahawa umat Islam secara dasarnya telah melalui dua bentuk ideologi berkerajaan iaitu sistem khalifah sebelum dan selepas perpecahan umat islam akibat pemberontakan Muawiyah Abu Sufyan

Sistem khalifah sebelum pemberontakan Muawiyah adalah sistem Khalifah Ar-Rashidin yang mana menggunakan konsep ‘syura’ (Ali Imran: 159, Al-Syura: 38), iaitu semacam sistem demokrasi menurut fahaman biasa. Namun perbezaannya denga demokrasi sekular ialah orang yang berhak memberi pendapat (atau mengundi) didalam majlis syura hendaklah orang yang berilmu dan beragama (@ alim ulamak) manakala orang yang thagut, kafir, munafik, khawarij dan lain-lain yang masih dimurkai Allah tentulah tidak layak 'mengundi'. Khalifah Ar-Rashidin yang dipilih melalui sistem ini ialah Khalifah-Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman Affan dan Ali bin Abu Talib tersebut, itu kerana mereka dipandang sebagai Khalifah yang sempurna dan diberi petunjuk untuk melaksanakan Syariat Islam dengan ikhlas.

Walaubagaimanapun sistem khalifah Ar-Rashidin tamat dengan kemangkatan Saidina Ali Bin Abi Talib dan selepas itu bermulalah sistem kekhalifahan kedua yang dimulakan secara khianat oleh Muawiyah Bin Abu Sufyan. Maksud khianat di sini ialah Muawiyah pada awalnya telah melakukan perjanjian dengan Imam Hassan Bin Ali untuk mengembalikan sistem majlis syura untuk perlantikan khalifah seterusnya. Kandungan perjanjian mereka adalah seperti berikut:-

Bismillâhirrahmânirrahim.

Ini adalah pernyataan damai dari Hasan bin 'Alî kepada Mu'âwiyah bin Abî Sufyân, bahwa Hasan menyerahkan kepada Mu'âwiyah wilayah Muslimîn, dan Mu'âwiyah akan menjalankan Kitâb Allâh SWT dan Sunnah Rasûl Allâh saw. dan tata cara Khulafâ' ur-Râsyidîn yang tertuntun, dan Mu'âwiyah bin Abî Sufyân tidak boleh mengangkat seseorang jadi khalîfah sesudahnya, tetapi akan diadakan lembaga syura di antara kaum Muslimîn dan bahwa masyarakat akan berada dalam keadaan aman di daerah Allâh SWT di Syam, Iraq, Hijaz dan Yaman, dan bahwa sahabat-sahabat 'Alî terpelihara dalam keadaan aman, bagi diri, harta, para wanita dan anak-anak mereka, dan bahwa Mu'âwiyah bin Abî Sufyân setuju dan berjanji dengan nama Allâh bahwa Mu'âwiyah tidak akan mengganggu atau menganiaya secara tersembunyi atau terbuka terhadap Hasan bin 'Alî atau saudaranya Husain bin 'Alî atau salah seorang ahlu'l-bait Rasûl Allâh saw. dan tidak akan mengganggu mereka yang berada di seluruh penjuru dan bahwa Mu'âwiyah akan menghentikan pelaknatan terhadap 'Alî." {Ibnu Hajar, Shawâ'iq, hlm. 81}



Namun sepertimana yang kita sudah maklum melalui teks sejarah, Muawiyah mengkhianati perjanjian ini apabila melantik anaknya Yazid sebagai khalifah sehingga kemudiannya membawa kepada insiden perang Karbala yang menyaksikan pembunuhan cucu Rasulullah iaitu Hussin bin Ali. Tindakan Muawiyah melantik anaknya Yazid ini juga membawa kepada bermulanya sistem beraja didalam sejarah Islam iaitu Empayar Bani Umayyah dan kemudiannya Empayar Bani Abbasiyah dan kemudiannya pula Empayah Uthmaniah.

Dengan merujuk kepada kandungan perjanjian antara Imam Hassan dan Muawiyah, maka kami di Watchers Group berpendapat sistem melantik pemerintah yang ideal hanyalah melalui sistem syura dimana pemerintah dilantik oleh golongan yang berilmu dan beragama. Oleh itu kami bersetuju bahawa sistem demokrasi yang diilhamkan oleh orang-orang barat itu bukanlah sistem memilih pemerintah yang paling ideal kerana di dalam demokrasi orang-orang yang bodoh, thagut, munafik, kufur. homo, liberal dan pluralisma pun boleh terlibat memilih pemerintah.

Sepertimana sistem demokrasi bukanlah satu sistem ideal, maka begitu juga dengan sistem beraja. Sistem beraja di dalam sejarah Islam di tanah arab bermula pengkhianatan Muawiyah ke atas Saidina Hassan dan membawa kepada terpenggalnya kepala Saidina Hussin oleh Yazid dalam Perang Karbala. Jadi jika kita melihat dari segi teknikal, tenyata sistem demokrasi ciptaan barat dan sistem khalifah ciptaan Muawiyah itu sebenarnya sama saja pangkatnya kerana pemimpin bukan dipilih secara syura. Sistem demokrasi adalah dimulakan oleh orang kafir barat manakala sistem khalifah yang diamalkan semasa empayar Umayyah dan Abbasiyah adalah ciptaan Muawiyah dan anaknya yang munafik dan zalim.

Ttetapi ternyata sistem beraja yang dimulakan oleh Muawiyah itu tidak semestinya mendatangkan mudarat kepada umat Islam.Kita harus ingat bahawa kesemua empat mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Maliki, Hanbali, Syafie dan Hanafi adalah berkembang samada di zaman Umayyah atau di bawah Kerajaan Bani Abbasiyah. Contohnya Mazhab Hanafi berkembang atas galakan Khalifah Umar Abdul Aziz di zaman Bani Umayyah manakala Mahzab Syafie  yang kita anuti berkembang semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid di zaman Kerajaan Bani Abbasiyah. Imam Shafie juga pernah bertugas sebagai hakim dibawah kerajaan Bani Abbasiyah manakala kitab Al-Muwatta oleh Imam Malik pernah hampir menjadi kitab undang-undang di zaman khalifah Abu Jafar Al-Mansur. Empayar Islam juga berkembang dengan sangat meluas ke seluruh dunia ketika sistem beraja ini.


Pada zaman kerajaan Abbasiyah juga lahirnya para Alim Ulama yang masyhur seperti Al-Biruni (fizik dan perubatan), Jabir bin Hayyan (kimia) Al-Khawarizmi (matematik) Al-Farazi (astronomi), Abu Ali Al-Hasan bin Haythami (kejuruteraan), Ibnu Sina (Perubatan), Ibnu Khaldun (Sejarahdan sosiologi), Al-Razi (kimia dan perubatan), Al-Battani (astronomi), Al Ya’qubi, (geografi), Abul Wafa (geometri dan trigonometri) dan ramai lagi. 

Apa yang ingin kami katakan disini ialah sistem beraja itu - walaupun tidaklah ideal seperti idealnya sistem khalifah ar-rashidin - ternyata tidak semestinya mendatangkan keburukan kepada syiar Islam. Semuanya bergantung kepada 'nawaitu' pemimpin dan usaha-usaha kepimpinan dan rakyat untuk menegak atau mempertahankan syiar Islam.



Saya percaya bahawa jika niatnya betul dan usahanya ikhlas, perkara yang sama boleh dilakukan oleh UMNO yang mengamalkan sistem demokrasi. Malahan perkara ini sudahpun pernah berlaku di Zaman Tun Mahathir. Jika serangan matawang pada 1998 itu diistilahkan sebagai perang bentuk baru, maka negara kita adalah satu-satunya negara Islam berjaya mengalahkan tentera kafir yang membelanjakan ber-trilion dollar untuk menjajah negara-negara Islam di Asia Tengara. Begitu juga jika dilihat dari segi kekuatan pengaruh Malaysia di dalam isu-isu antarabangsa terutama yang melibatkan negara Islam, dari skala abad pertengahan Malaysia boleh dikatakan telah berjaya menjadi empayar yang mewakili negara-negara dunia ketiga.

Dalam masa yang sama, sistem beraja dan demokrasi ini semuanya hanyalah bersifat sementara. Ya kedua-duanya boleh dipergunakan untuk kebaikan tapi ianya bukanlah sistem yang paling ideal. Ini kerana kegemilangan negara dan umat samada di bawah sistem beraja mahupun sistem demokrasi adalah terlalu bergantung kepada pemimpin teratas dalam kerajaan. Jika pemimpinnya cemerlang maka negara dan agama pun gemilang, tapi jika pemimpin pun rosak maka negara dan agama ikut tumbang.

Ini terbukti benar dalam sejarah Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah. Sepanjang pemerintahan Khalifah Ummaiyyah di Damsyik terdapat 14 orang raja namun Khalifah yang cemerlang hanyalah empat iaitu Abdul Malik bin Marwan (685-705M), Al-Walid bin Abdul Malik (705-715M), Umar bin Abdul Aziz (717-720M) dan Hasyim bin Abdul Malik (724-743M). Begitu juga dengan dizaman Bani Abbasiyah terdapat 55 orang raja namun yang paling gemilang adalah Khalifah Harun Ar-Rasyid. Kedua-dua empayar Islam ini juga bergelut dengan masalah korupsi dan pemerintahan yang thagut yang pada akhirnya menyebabkan keruntuhannya.

Jom berhenti bertenang dan nikmati dulu iklan tidak berbayar dibawah sebelum sambung baca artikel ini


Okeh, jom sambung.. He he..

Di awal artikel ini saya mengatakan bahawa sistem memilih pemimpin yang PALING IDEAL hanya satu iaitu pemerintah yang dipilih melalui majlis syura yang dianggotai oleh orang-orang berkelayakan iaitu  alim (beragama) dan ulama (bijaksana) di dalam masyarakat. Beginilah keadaannya pemimpin dipilih di zaman khalifah ar-rashidin. Apabila telah dipersetujui individu yang akan menjadi khalifah tersebut maka kesemua ketua-ketua kumpulan dalam masyarakat akat berbai'ah taat setia kepadanya selagimana dia melaksanakan amal maaruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).

Firman Allah:
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka mengajak kepada kebaikan dan mecegah daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71)
Semasa kami menerbitkan pendapat kami (iaitu Watchers Malaysia) mengenai perkara ini pada 2008 di dalam forum no. #16678 bertarikh 19 November 2008, terdapat tiga ahli Watchers International yang non-muslim (dari US dan Britain) yang secara berhemah mempertikaikan pendapat kami atas alasan bahawa kaedah memilih pemimpin seperti diamalkan 1400 tahun yang lalu tidak semestinya sesuai pada zaman moden ini. Mereka berhujah bahawa tiada sebarang asas bagi membuktikan bahawa sistem memilih pemimpin melalui majlis syura boleh menjamin stabiliti berkerajaan.


Maka kami pada waktu itu kami pun memberitahu mereka bahawa sistem melantik pemimpin melalui konsep syura telahpun dibuktikan berkesan di zaman moden ini. Ini kerana terdapat satu organisasi antarabangsa dan satu negara kuasa besar yang telah meniru sepenuhnya konsep syura dan telah terbukti kestabilan organisasi dan negara tersebut semenjak beratus tahun yang lalu.

TAHUKAH ANDA SIAPAKAN ORGANISASI DAN NEGARA 
YANG KAMI MAKSUDKAN INI..?


"Organisasai antarabangsa" yang melantik pemimpin mereka meniru konsep syura di zaman khalifah ar-rashidin adalah tidak lain tidak bukan musuh terbesar kita umat islam iaitu orginasasi rahsia ILLUMINATI itu sendiri

Manakala negara yang melantik pemimpin negara meniru konsep syura adalah juga musuh besar kita iaitu para JESUIT di Vatican.

Sepertimana yang anda tahu, Vatican adalah secara teknikalnya sebuah negara berdaulat yang mana ketua negaranya adalah Pope. Pihak Vatican tidak melaksanakan sistem demokrasi dimana rakyat vatican semua turun mengundi, sebaliknya Pope dipilih di dalam satu sidang yang dinamakan 'Papal Conclave' dimana ketua-ketua paderi (kira macam alim ulamak kristianlah ni) yang berpangkat 'Cardinals' akan datang dari seluruh dunia untuk berbincang sesama mereka dan berhujah siapakan yang paling layak diangkat menjadi Pope. Selepas itu barulah para cardinals dikurung didalam gereja Sistine Chapel untuk mengundi sehingga konklusif keputusan undian.

Begitu juga dengan gereja Illuminati. Ketua Paderi dikalangan penyembah setan ini melaksanakan perkara yang persis serupa dengan Vatican. Malahan pernah dikatakan bahawa proses itu berlaku ruang rahsia '13 catacombs' yang berada di bawah tanah Vatican.

Sila ambil perhatian bahawa pemilihan pemimpin melalui konsep syura telah dilakukan dizaman khalifah ar-rashidin 1400 tahun yang lalu. Sistem 'papal conclave' pula hanya bermula 900 tahun yang lalu. Itu saja sudah cukup untuk membuktikan  siapa yang meniru siapa.

Semenjak para Pope dilantik oleh para cardinals didalam 'papal conclave', ternyata sistem ini telah memberikan kestabilan kepada kerajaan Vatican untuk memerintah negara dan seterusnya mengembangkan ajaran agama kristian. Tiada tunjuk perasaan di jalanan, atau demo BERSIH, atau demo Reformasi, atau pemberontakan ala-ala Arab Spring pernah berlaku di Vatican. Perkara yang sama turut berlaku kepada ILLUMINATI yang juga mengunakan konsep syura versi mereka dimana hanya pangkat tertinggi di dalam herarki 33 degree yang menghadiri proses memilih pemimpin. ILLUMINATI terus berkembang dan kini hampir menguasai dunia walaupun hanya diorganisasikan secara teratur semenjak tahun 1776.

Keyakinan kami kepada pemilihan pemimpin secara syura semakin teguh apabila kami memprofilkan cara Imam Mahadi dilantik. Imam Mahadi bukannya dilantik secara demokrasi melalui peti undi. Imam Mahadi dikejar keliling Kaabah oleh sembilan orang alim yang kemudian memaksa beliau menerima jawatan Imam sebelum mereka kemudiannya berbai'ah kepadanya. Ciri ciri kejadian dimana khalifah pada awalnya berat hati dilantik sebagai khalifah sehingga terpaksa dipujuk dan dipaksa, kemudian dilantik oleh hanya segolongan alim ulamak dan kemudian dilakukan bai'ah adalah ciri-ciri kejadian yang telah berlaku ke atas kesemua keempat-empat khulafa ar-Rashidin selepas wafatnya Rasulullah. Oleh itu jelas bahawa Allah sendiri telah mentakdirkan Imam Mahadi itu sendiri dilantik melalui konsep syura.

Saya akan berhenti menulis sekarang sebab artikel ini kalau semakin panjang, maka semakin sikit pembacanya (dan semakin banyak pengkirtiknya). Saya berharap apa yang disampaikan secara ringkas di sini dapat difahami oleh para pembaca budiman (tak kiralah samada setuju atau tidak dengan saya).

Secara ringkasnya ingin saya beritahu juga bahawa :-

  • Kami di Watchers Group memang pro-sistem kekhalifahan tapi dengan syarat ianya adalah sistem memilih pemerintah sepertimana khalifah ar-Rashidin kerana inilah cara memilih pemerintah yang PALING IDEAL.
  • Sebarang konsep lain selain dari khalifah ar-Rahshidin tak kiralah sistem demokrasi moden atau sistem beraja seperti dizaman abbasiyah / umayyah, juga boleh digunakan ke arah kebaikan iaitu bergantung kepada keikhlasan pemimpin menegakkan amal maruf nahi mungkar dan keberanian masyarakat menegur atau mempengaruhi pemimpin agar memimpin secara berhemah.
  • Mana-mana individu sinting yang masuk bakul angkat sendiri dan mengistiharkan di Facebook bahawa dia adalah raja atau sultan dari empayar melayu lama - kononnya dialah bakal khalifah Islam sedangkan dia tidak pun dipilih melalui proses syura - maka lebih baik 'block' atau 'unfriend' dia dari akaun Facebook anda.
  • Sementara menunggu Imam Mahadi dibai'ahkan, maka sebaiknya kita orang Islam berusaha dulu mempertahankan ad-Din kita daripada serangan para musuh Islam yang mempromosi pluralism, liberalism dan LBGT.
  • Dan akhir sekali.. Pergunakanlah UMNO.. TOLONGLAH BAH turun mengundi.. Terutama sesiapa yang pernah membaca artikel saya bertajuk "WHAT IF" tu tentunya faham mengapa saya desperate sangat tak nak NWO muncul di Malaysia. Kesian laa kat budan-budak tu..