Sunday, March 24, 2013

MENJEJAKI SUFYANI (TERJEMAHAN)

Seorang pembaca saya iaitu BLACK DRAGON telah berbesar hati bersedekah tenaga untuk menterjemah salah satu artikel berbahasa Inggeris saya pada 2011 iaitu 'Tracing The Sufyani" (Click Here). Saya sangat berterima kasih kepada beliau yang berminat untuk menyebarkan kandungan artikel ini kepada pelawat-pelawat saya yang hanya berminat membaca dalam Bahasa Melayu. Semoga beliau akan terus berbesar hati menderma kudrat dan masa beliau untuk menterjemah artikel yang lain lagi (Quick! Flood her with your email making her translates more articles!)

Saya kini sedang cuba menyiapkan chapter seterusnya novel 'Jerejak' saya yang mana akan kembali mengimbau watak Erwin yang pernah ditonjolkan oleh penulis Indonesia kegemaran saya iaitu SB Chandra di sekitar tahun 80-an. Kepada sesiapa yang belum pernah membaca novel ini bolehlah memuat turun di link berikut : http://www.santaisejenak.com/ebook/novel/manusia_harimau/. InsyaAllah akan saya cuba publish sebelum rabu ini.


MENJEJAKI AS-SUFYANI
Terjemahan Oleh BLACK DRAGON

Kata sepakat ramai di kalangan rakan-rakan saya adalah bahawa Sufyani sememangnya semakin menghampiri. Situasi di Syria semakin meruncing dengan beratus-ratus kematian berlaku ke atas penduduknya.

Sudah tentu kita berpendapat bahawa sesetengah (jika bukan kebanyakan) kematian mungkin dihantar oleh tangan-tangan pakar penembak tepat dan pembunuh Illuminati. Tetapi sekali lagi kelompok Illuminati, seperti biasa, hanya bertindak sebagai pencetus. Kebodohan umat Islam sendirilah yang secara keseluruhannya menyebabkan kita mahu berbunuhan antara satu sama lain disebabkan obsesi politik.

Jadi tidak hairanlah, ada sesetengah daripada kita yang melihat ke arah Syria dan cuba memikirkan yang dari arah manakah Sufyani mungkin muncul kelak. Pendapat saya juga ditanya berkenaan isu ini.

Justeru itu sejak permulaan 'revolusi' Timur Tengah 2011 (revolusi? hmmm..), Saya telah cuba menghubungi beberapa orang ahli (Watcher?) terdahulu dari Syria dalam usaha untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai situasi di Syria, tetapi gagal kerana kesemua lima orang ahli daripada kumpulan Syria telah pergi AWOL sejak berlakunya anarki di Syria. Saya amat berharap agar mereka berjaya melepaskan diri daripada kegilaan yang kini tersebar di seluruh negeri ini yang paling malang ini.

Jadi, saya rasa seluruh Watcher Malaysia terpaksa menggunakan seadanya sedikit maklumat yang boleh kita akses dari bahagian di dunia itu. Saya berharap mana-mana rakyat Syria yang mungkin membaca tidak akan berasa marah dengan artikel ini. Saya akan mengakui terlebih dahulu bahawa kemungkinan berlakunya kesilapan boleh menjadi setinggi 80%. Oleh itu tiada siapa pun yang harus mempertimbangkan artikel ini dengan serius. Mari kita anggap keseluruhan hujah di sini hanyalah sekadar di peringkat 'kedai kopi' sahaja.



Baiklah, saya tahu ada cendekiawan dengan kelayakan yang lebih baik telah memberikan pendapat mereka sendiri tentang bagaimana masa depan akan dirungkai. Sebagai contoh, mengikut Imam Al-Qurtubi - As-Sufyani sebenarnya adalah Mesir kepada 'Urwa bin Muhammad' yang mungkin datang dari Mesir dengan 360 orang penunggang sehingga sampai ke Damsyik. Kemudian dia akan muncul menakluki dan merampas kawalan Syria dengan bantuan suku Kalb. Sufyani akan membunuh 100,000 orang rakyat Iraq dengan sokongan golongan Bukan Islam. Sufyani dan tenteranya akan pergi ke Kufa dan menjarah tempat itu, membunuh keturunan Rasulullah sehingga pada satu peringkat dia membunuh kanak-kanak dan merobek para wanita.

Daripada perspektif moden, majoriti dalam kumpulan (Watcher?) saya berspekulasi bahawa Al_Qurtubi memberi gambaran terhadap kemungkinan pencerobohan daripada Syria oleh tentera Mesir yang diketuai oleh as-Sufyani. Jika ini berlaku, maka Mesir perlu mendapatkan kebenaran daripada Israel atau Jordan untuk menyeberang ke Syria.

Rakan sejawat saya berpendapat bahawa senario terdekat yang boleh disimpulkan oleh beliau mengenai huraian Al-Qurtubi adalah kemungkinan campur tangan tentera yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Syria. Saya akan mengaku itu adalah satu kemungkinan, memandangkan peningkatan aktiviti secara tiba-tiba dalam media antarabangsa Ruport Murdoch mengenai kematian orang awam di Syria kini yang boleh digunakan sebagai alasan. Tidak lama kemudian, Amerika Syarikat mungkin mula menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk mengeluarkan resolusi untuk mewajarkan campur tangan tentera NATO di Syria atas alasan yang sama seperti mereka digunakan terhadap Libya. Oleh kerana Mesir kini berada di bawah cengkaman pemerintahan tentera yang ditaja Illuminati berikutan kejayaan rusuhan tahun ini, maka Illuminati dengan gembira akan membenarkan angkatan Mesir untuk menerajui campur tangan ini.



Patut diperhatikan bahawa terdapat double standard yang amat ketara dalam sikap barat terhadap Syria dan Libya. Libya menggunakan ketenteraannya untuk menghentikan rusuhan yang mengakibatkan PBB 'menitahkan' pengeboman NATO ke atas tentera Libya. PBB sebaliknya tidak mahu campur tangan di Syria kerana penggunaan kuasa tentera di Syria sebenarnya yang memarakkan rusuhan itu sendiri. Jadi secara ringkasnya, PBB dan AS lebih menyukai anarki dan pertumpahan darah berlaku di kedua-dua negara.

Taktik ini telah dilaksanakan berulang kali oleh Freemason dan Illuminati sepanjang sejarah manusia. Jika anda masih ingat lagi, kekacauan politik di Tanah Melayu adalah sebab mengapa empayar British (berjaya?) menjejakkan kaki di sini. Begitu juga, sebab utama mengapa Amerika Syarikat berkeras menceroboh Iraq atas alasan kononnya menamatkan penderaan hak asasi manusia di bawah pemerintahan Saddam.

Bila tiba masanya, kita juga harus menyediakan diri kita sekiranya As-Sufyani datang dari Mesir atau negara-negara lain. Ini adalah kerana hadis paling sahih tentang As-Sufyani sekalipun tidak pernah meramalkan sebarang kemungkinan mengenai peranan Mesir mengenai kedatangan As-Sufyani.

Berikut adalah salah satu hadis yang paling sahih tentang As-Sufyani:-

Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa Nabi bersabda:

Akan muncul seorang lelaki dari dalam Damsyik. Dia akan dipanggil Sufyani. Kebanyakan orang yang mengikutinya adalah dari suku Kalb. Dia akan membunuh dengan merobek perut wanita dan malah membunuh kanak-kanak. Seorang lelaki dari keluarga ku akan muncul di Masjidil Haram, berita kedatangan beliau akan sampai kepada Sufyani dan dia akan menghantar kepadanya salah satu daripada tenteranya. Dia (merujuk kepada Imam Mahdi) akan mengalahkan mereka. Mereka kemudian akan melakukan perjalanan dengan sesiapa yang masih hidup sehingga mereka sampai ke padang pasir dan mereka adalah ditelan. Tiada akan terselamat kecuali seorang yang telah memberitahu orang lain tentang mereka. (Mustadrak Al-Hakim)

Berikut pula adalah pendapat peribadi saya mengenai setiap petunjuk yang terkandung di dalam setiap ayat daripada hadith ini:-
 

"Akan muncul seorang lelaki dari dalam Damsyik".

 

Di sini kita diberitahu bahawa As-Sufyani adalah seorang lelaki yang akan "muncul" dari Damsyik Perkataan "muncul" menunjukkan kepada kita bahawa tidak ada apa pun yang diketahui mengenai Sufyani sebelum kemunculannya di Damsyik. Jika tafsiran Al-Qurtubi adalah tepat tentang As-Sufyani, maka ini bermakna bahawa pada mulanya ia akan bermula sebagai serangan rahsia dari Mesir dan bukannya daripada operasi yang dibenarkan oleh tentera PBB terhadap Syria. Ini kerana PBB secara praktiknya perlu memberi amaran secara terbuka kepada kerajaan Syria sebelum ia memberi kuasa bagi sebarang bentuk serangan terhadap Syria. Jika ia bermula sebagai misi rahsia maka pasti ia ada melibatkan CIA/Mossad.

Jadi siapakah sebenarnya as-Sufyani?

Ada satu lagi hadith yang kukuh mengenai As-Sufyani seperti yang telah diterangkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai keturunan Abu Sufian Bin Harb. Bagi mereka yang terlupa apa yang telah kita pelari di Sekolah Menengah, Abu Sufian Bin Harb adalah musuh terkenal Nabi Muhammad sebelum dia memeluk Islam. Sebagai samseng, reputasinya tetap berterusan selepas memeluk Islam. Abu Sufian masih merupakan contoh utama bagi orang yang akan melakukan apa sahaja untuk keuntungan peribadi dan politik (dia tidak sebenar-benarnya 'memeluk' Islam, dia hanya bertukar ke agama Islam sebagai satu cara untuk menyelamatkan temboloknya daripada pembalasan dan untuk memastikan kesinambungan kedudukan politiknya). Malah, ayat al-Anfaal: 36-37 dalam Al-Quran sebenarnya ditujukan kepadanya.

Saya tidak begitu pasti berapa ramai anak-anak Abu Sufyan. Hanya tiga orang yang saya ketahui daripada buku-buku sejarah iaitu Muawiyah, Yazid dan Ramlah. Baiklah,  walaupun dengan reputasi buruk yang dibawa Abu Sufyan dan ditambah pula dengan hakikat bahawa nama 'Sufyani' akan dikaitkan kepadanya, tidak semua keturunan Abu Sufyan ditakdirkan menjadi setandan pisang yang buruk. Contoh terbaik ialah Ramlah yang kemudiannya dalam 40-an, beliau telah berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW dan menjadi salah seorang daripada Ummahaatul Mukminin radhiallahu anhunna. Begitu juga, Yazid yang tidak begitu keterlaluan.  Beliau telah dilantik sebagai gabenor pertama Damsyik selepas Penaklukan Damsyik pada 634 Masihi. Jadi, saya tidak berpendapat mana-mana keturunan Abu Sufyan sama ada daripada jurai Ramlah dan Yazid yang akan menjadi As-Sufyani yang dahsyat itu.



Paling 'terkenal' di kalangan adik-beradik itu pastinya Muawaiyah. Muawaiyah menjadi gabenor Syria bukan kerana beliau telah dilantik oleh Amirul Mukminin pada masa itu. Saudara lelakinya Yazid telah dilantik menjadi Gabenor Syria pada masa itu, tetapi beliau meninggal disebabkan oleh penyakit. Oleh itu Yazid melantik Muawiyah sebagai gabenor interim sementara menunggu pengganti yang akan diputuskan oleh Amirul Mukminin pada masa itu. Walau bagaimanapun, Amirul Mukminin kemudian memutuskan untuk menyokong Muawiyah sebagai gabenor bagi memelihara kestabilan politik di Syria.

Muawaiyah Sangat dikenali dengan sikap politik yang diwarisi dari bapanya. Seperti bapanya, beliau hanya nampak patuh jika itulah yang perlu dilakukan untuk meletakkan dirinya di atas takhta. Tetapi apabila kuasa sedemikian diambil daripadanya, dia tidak mempunyai masalah menumpahkan darah dalam usaha untuk mendapatkan kuasa itu semula (agak mengingatkan kita kepada Anwar Ibrahim di Malaysia).

Apabila Sayidina Ali Rasyidin Khalifah (keempat) melucutkan dia daripada kuasa sebagai gabenor di Syria, dia memberontak dengan melancarkan perang berskala penuh terhadap Sayidina Ali. Hari ini ia dikenali sebagai Perang Siffin. (sekali lagi ia agak mengingatkan kita kepada Anwar Ibrahim di Malaysia)

Pemerintahan Muawiyah ke atas Syria berterusan apabila beliau melantik anaknya Yazid II sebagai pemerintah Syria yang seterusnya. Dengan pelantikan ini, ia bermakna bahawa Syria telah di bawah pemerintahan Bani Umayyah (keturunan Abu Sufyan) sejak awal dan ia berlanjutan di Syria selama 90 tahun akan datang (Nota: tidak semua keturunan Abu Sufyan berperangai jahat. Tempoh pemerintahan Al-Walid bin Abdul-Malik dan Umar bin Abdul-Aziz megah dikenang sebagai salah satu tempoh keemasan dalam sejarah Islam).

Bani Umayyah telah akhirnya digulingkan oleh Bani Hashim (suku Nabi Muhammad) pada tahun 750 apabila mereka menghukum (bunuh?) pemerintah terakhir keturunan Abu Sufyan (Marwan bin Muhammad) dan menubuhkan satu pemerintahan baru di bawah Bani Abbasiyyah.

Tidak ada banyak maklumat mengenai berapa banyak keturunan Abu Sufyan telah terselamat di Syria. Semasa pertempuran di sungai Zab antara Umayyah terakhir dan Abbasiyyah (diterajui oleh Abul Abbas As-Saffah) hampir 300 Umayyah telah tewas. Selepas itu Abbasiyyah memutuskan untuk menghapuskan semua Umayyah. Hampir semua Bani Umayyah telah diburu dan dibunuh oleh Bani Abbasiyyah. Menurut catatan sejarah, satu-satunya keturunan Abu Sufyan yang terselamat adalah seorang budak lelaki berusia 19 tahun yang bernama Abdurrahman bin Muawiyah yang melarikan diri ke Sepanyol dan menubuhkan Dinasti Umayyah baru di sana.


Pemerintahan Umayyah di Sepanyol berakhir selepas generasi ke-18 khalifah.. Disebabkan oleh perpecahan berterusan antara umat Islam dan diburukkan oleh kehidupan rasuah dan memalukan yang dijalani oleh khalifah terkemudian, sistem kekhalifahan mula hancur. Pada masa inilah kawalan Islam ke atas Sepanyol telah secara beransur-ansur terhakis oleh Reconquista Sepanyol yang melaluinya Kerajaan-kerajaan Katolik di utara Sepanyol akhirnya berjaya mengalahkan dan menakluki negeri-negeri Islam selatan di Semenanjung Iberia. Bandar utama yang pertama jatuh kepada kuasa Katolik adalah Toledo pada tahun 1085. Selepas pertempuran Las Navas de Tolosa pada tahun 1212, semua Empayar kecuali Granada jatuh di bawah kawalan kerajaan Katolik. Kemudian pada tahun 1492, Emiriyah Granada kalah dalam Pertempuran Granada kepada pasukan Monarkis Katolik di bawah Ratu Isabella I dari Castile dan suaminya Raja Ferdinand II dari Aragon.

Keturunan terakhir Abu Sufyan yang diketahui - monarki pengkhianat Islam dengan nama Muhammad XII - bersetuju mentadbir Granada sebagai sebuah kerajaan jajahan Sepanyol sebagai balasan untuk sokongan meletakkan dia di atas takhta Beliau kemudiannya mendapati kehidupan di bawah pemerintahan Kristian tidak tertanggung dan menghilangkan diri ke Afrika Utara.



Kelihatan bahawa kerabat terakhir daripada keturunan Abu Sufyan kali terakhir dilihat menghilang ke Afrika Utara yang termasuk negara-negara seperti Mesir, Libya, Tunisia, Maghribi, Algeria, dan Sahara Barat.

Amat menarik untuk diperhatikan Mesir, Tunisia dan Libya sebagai tiga buah negara Afrika Utara yang paling dekat dengan Syria moden. Menariknya kerana negara-negara ini telah baru-baru ini telah 'rampas' oleh Illuminati melalui projek rusuhan 2011. Sebagai negara-negara yang keturunan Muhammad XII mungkin telah terselamat sehingga hari ini, negara-negara ini berpotensi melindungi keturunan Abu Sufyan sejak Reconquista.


Secara peribadi, saya berpendapat bahawa As-Sufyani akan menjadi seorang yang lahir sebagai warganegara Syria. Mengapa? Kerana satu-satunya sebab munasabah yang membolehkan As-Sufyani mendapat sebegitu cepat kawalan ke atas Syria adalah kerana, sejak mula lagi dia telah menerima sokongan daripada orang-orang Syria dan yang hanya boleh berlaku jika dia dianggap 'tempatan'. Tambahan pula, beliau dengan pantas akan menerima sokongan dari Bani Kalb yang menunjukkan kepada kita bahawa Bani Kalb mungkin melihat beliau sebagai salah seorang daripada mereka juga.

Di seluruh dunia, kita lihat bagaimana politik tajaan Illuminati sedang digerakkan ke kuasa melalui pembodohan ke atas rakyat negara itu untuk mempercayai bahawa ahli politik tertentu adalah penyelamat yang datang untuk menyelamatkan mereka. Jika anda menonton video Youtube kiriman saya mengenai Korea Utara, China dan Rusia, anda akan menyedari sebab diktator seperti Kim Il-sung (Korea Utara) Stalin (Rusia) dan Pengerusi Mao (China) mendapat kuasa adalah kerana mereka pada mulanya dianggap sebagai penyelamat. Keadaan yang sama akan berulang di Syria. Rakyat Syria kini dalam keadaan yang buruk disebabkan oleh tindakan ketenteraan terhadap mereka sehinggakan mereka sanggup untuk menyokong sesiapa yang berjanji untuk menerajui revolusi 2011 mereka. Tetapi akhirnya mereka akan mendapati bahawa Sufyani adalah jauh lebih teruk daripada apa yang mereka alami sebelum mereka memulakan revolusi.

Amatlah menarik jika kita mengambil kira kepercayaan popular hari ini bahawa pemain utama dalam revolusi Syria 2011 ialah Mohammad Riad Shaqfa yang kini berada dalam buangan di Arab Saudi. Beliau juga kebetulan pemimpin Ikhwanul Muslimin di Syria. Komuniti perisikan Timur tengah percaya bahawa Mohammad Riad bertindak dengan cara yang sama seperti yang dilakukan oleh Thaksin ke atas Thailand dengan mendalangi demonstrasi yang bertukar menjadi rusuhan sepenuhnya pada tahun ini. Adakah dia akan menjadi As-Sufyani seperti yang diramalkan? Amat tidak berkemungkinan, tetapi sekali lagi segala-galanya adalah mungkin pada masa kini.

Baiklah, saya tidak sebenarnya suka berfikir untuk terlalu teruk tentang Ikhwanul Muslimin kerana setiap Muslim dalam kumpulan saya amat menghormati pengasasnya Allahyarham Hassan al-Banna. Tetapi sekarang, sekali lagi kita perlu tahu bahawa Hassan Al-Banna telah dibunuh selepas beliau secara terbuka mengisytiharkan bahawa keganasan bukanlah satu cara yang boleh diterima di dalam Islam (Hassan bersungguh-sungguh menafikan penglibatan persaudaraan itu dengan pembunuhan Mesir Perdana Menteri Mahmoud an-Nukrashi Pasha pada 28 Disember 1948).

Semasa hayatnya, Hassan Al-Banna secara konsisten menyangkal dakwaan bahawa persaudaraan ini melatih tentera upahannya sendiri (akhirnya, selepas kematian beliau, telah dibuktikan bahawa terdapat divisi bersenjata dalam persaudaraan ini yang telah ditubuhkan tanpa pengetahuan Hassan) .

Disebabkan pertumbuhan populariti persaudaraan ini secara tiba-tiba di dunia Arab, sudah terdapat khabar angin bahawa persaudaraan ini telah ditembusi oleh CIA dan Mossad. Pada masa inilah ahli-ahli tertentu dalam persaudaraan ini mulakan menggalakkan demonstrasi, keganasan dan terorisme yang secara berkesan mengubah mereka menjadi Khawarij. Saya tidak mempunyai sebab untuk TIDAK MEMIIKIRKAN adanya peranan Illuminati dalam mengubah beberapa individu dalam persaudaraan ini daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah menjadi Khawarij.

Untuk mengatakan bahawa Illuminati mungkin mahu untuk menyusup masuk dalam Pertubuhan Islam mungkin kedengaran bodoh bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam pelbagai cawangan Illuminati. Tetapi ada sebenarnya pengkhianat Islam juga di kalangan perintah Illuminati. Golongan Islam palsu dalam Illuminati dipanggil Magi dan Majusi (Zoroastrian) dan mereka telah memainkan peranan utama dalam menyusup ke dalam organisasi Islam di seluruh dunia. Ramai yang telah mengetahui untuk beberapa ketika bahawa kebanyakan keganasan Islam dicipta oleh CIA atau Mossad dan salah satu projek mereka yang paling berjaya adalah umat Islam Wahabi di Arab Saudi. Salah satu dokumen 2002 yang bocor daripada perisikan Iraq menunjukkan kerajaan Iraq telah menyedari maksud jahat golongan Wahhabiyyah Arab Saudi, yang biasanya dikenali sebagai Salafi, dalam melayani kepentingan Barat untuk melemahkan Islam.

(NOTA: Sekarang anda tahu mengapa Majlis Keselamatan Negara kita sendiri berpendapat Gerakan Wahabi di negara ini sebagai satu isu Keselamatan Negara).

Pada peringkat awal revolusi Mesir tahun ini, kawan saya daripada kumpulan Mesir telah dengan beraninya menuduh pemimpin-pemimpin tertentu dalam persaudaraan seperti yang digunakan sebagai kenderaan CIA / Mossad 's untuk menjejaskan kestabilan Mesir. Khabar angin bahawa Ikhwanul Muslimin telah dimasuki oleh musuh-musuh Islam bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah berlegar-legar dari hari pembunuhan Hassan Al Banna lagi. Sudah tentu ini tidak bermakna bahawa semua cawangan persaudaraan Ikhwanul Muslimin telah disusupi, tetapi adalah sangat dipercayai bahawa elemen minoriti, tetapi penting dalam persaudaraan ini bukan seperti dahulu. Ini sama sekali tidak menghairankan, kerana Ikhwanul Muslimin telah menjadi sebuah organisasi global sejak kematian Hassan Al Banna. Maka amat merugikan jika CIA/Mossad tidak menyusupi persaudaraan ini. Tambahan pula, perkembangan pesat kumpulan itu sendiri mengundang syak wasangka bahawa ada sesuatu yang mungkin berlaku, kerana amat tidak masuk akal bagi Amerika Syarikat dan Israel untuk membenarkan dengan mudah kumpulan ini berkembang di peringkat global dan juga mempunyai pejabatnya di Amerika Syarikat. Malah, cawangan persaudaraan seluruh timur tengah telah dikaitkan dengan pergolakan timur tengah 2011 dengan pembiayaan daripada dari yang NED disalurkan melalui aktiviti pengubahan wang haram oleh Yayasan Masa Depan (Foundation of the Future). Masih ingat lagi bahawa Anwar Ibrahim selaku Bekas Pengerusi Yayasan Masa Depan yang juga merupakan ahli Ikhwanul Muslimin?.




Apa? Anda tidak terfikir bahawa FFF tidak mempunyai peranan dalam ketidakstabilan Timur Tengah? Nah, berikut adalah tangkapan skrin dari laman webnya (http://foundationforfuture.org/en/) mengenai Negara-negara Timur Tengah telah 'dimandatkan'. Tidakkah anda fikir adanya keganjilan bahawa negara-negara ini (Tunisia, Libya, Mesir, Syria, Yaman) kebetulannya terdiri daripada kawasan revolusi 2011 kini berlangsung? Dan bagaimana pula dengan negara-negara lain? Pakistan, Afghanistan, Oman, Iraq dan Iran? Anda boleh saksikan sendiri keadaan di sana.

P/S: dan mengapa pula FFF tidak mempunyai mandat atas Israel? Dalam laman webnya, ia mengatakan bahawa dana bagi FFF telah didermakan oleh Negara-negara Eropah. Jadi mengapa Negara-negara Eropah ini tidak mahu campur tangan dengan Israel? Terutamanya apabila logo FFF sebenarnya semuanya adalah tentang Israel - Lihat pada animasi saya dari laman web lama saya di bawah



Saya tahu sebahagian daripada anda mungkin tidak suka membaca tentang perkara ini dan saya tidak berniat untuk memaksa anda menerima kata-kata saya. Apa yang saya minta daripada para pembaca saya adalah supaya terbuka kepada semua kemungkinan. Malah di tempat kita sendiri, kita tidak harus menolak kemungkinan bahawa sesetengah pemimpin utama dalam parti Melayu dengan perkataan ISLAM mungkin bukanlah sebenarnya seperti apa yang mereka dakwa.

Kebanyakan orang yang mengikutinya adalah dari suku Kalb".
Kembali kepada topik yang saya maksudkan.

Dalam hadis dikatakan bahawa Sufyani akan diikuti oleh bani Kalb. Bagi saya hanya ada satu sebab mengapa suku Kalb akan begitu kuat menyokong Sufyani, ini kerana Sufyani sebenarnya adalah salah seorang dari suku Kalb itu sendiri. Ini tidak menghairankan kerana sekiranya anda tidak tahu, Muawiyah Abu Sufyan telah berkahwin dengan anak bangsawan suku Kalb, dan begitu juga Yazid anak beliau yang terkenal, yang juga telah berkahwin dengan seorang wanita suku Kalb. Oleh itu tidak ada keraguan bahawa penyatuan itu sendiri yang menghasilkan gabungan keturunan Sufyani-Kalb. Malah, saya boleh mengatakan dengan penuh yakin bahawa semua khalifah Umayyah mempunyai Kalb darah dalam darah mereka. Di bawah Muawiyah, Khalifah Umayyah pertama (661-680), suku kaum Kalb menjadi khususnya berpengaruh di Syria dan mereka banyak terlibat dalam konflik Muawiyah dengan Saidina Ali.

Suku kaum Kalb mendakwa berketurunan Yaman, namun, suku Kalb telah lama menetap di Syria dan Barat Iraq sebelum wilayah ini telah ditawan oleh umat Islam. Mereka berkhidmat di bawah Ghassanid dalam mempertahankan Syria terhadap Sassanian; seperti juga Ghassanid, Suku Kalb telah bertukar menjadi Monophysite Kristian. Suku Kalb bertempur dengan umat Islam semasa ekspedisi ke Dumat al-Jandal pada tahun 627, dua tahun kemudian mereka menghantar delegasi kepada Muhammad mengisytiharkan penukaran mereka kepada Islam.




Jadi dari Sejarah kita tahu bahawa semasa zaman Nabi Muhammad kawasan ini dipanggil Dumat Al-Jandal sendiri oleh puak Kalb. Jadi bagaimana pula hari ini? Adakah Dumat Al-Jandal masih melindungi suku Kalb?

Dalam perenggan sebelumnya, saya ada menyebut tentang kumpulan pembangkang Syria yang diterajui oleh pemimpin mereka yang kini dalam buangan di Arab Saudi. Baiklah, Dumat al-Jandal juga terletak di Wilayah Al Jawf di Arab Saudi. Malah, Al-Jawf semakin menarik jika kita mengambil kira bahawa terdapat sebuah pangkalan tentera di sana. Bukankah itu sesuatu untuk difikirkan tentangnya?

Oleh itu jika kita memasukkan wilayah Al-Jawf sebagai pemboleh ubah untuk mentafsirkan kod tafsiran Al-Qurtubi, maka senario yang paling mungkin ialah as-Sufyani akan bergerak dari Mesir di tempat dia akan bertemu dengan sekutunya di sempadan Arab Saudi sebelum berpindah ke Damsyik dengan bantuan Israel (sudah tentu Israel akan terlibat .. sebarang pergolakan yang menimpa umat Islam tidak akan lengkap tanpa adanya mereka).

Adakah ini akan menjadi senario yang paling berkemungkinan?

Hanya masa akan menentukan. Saya masih cuba untuk menyasarkan calon yang paling mungkin untuk menjadi As-Sufyani yang dijangka, tetapi setakat ini hanya terdapat sedikit maklumat untuk membuat sebarang jangkaan. Semoga saya akan menemui sesuatu yang lebih baik tidak lama lagi supaya saya dapat menjangkakan dengan lebih baik siapakah As-Sufyani yang saya pasti akan muncul tidak lama lagi sebelum 2015.

Saturday, March 16, 2013

BAI'AH AKHIR ZAMAN

Ramai pengunjung blog saya bertanya apakah bai'ah yang perlu dibacakan ketika hendak menyertai the WATCHERS GROUP.. Bai'ah tersebut nama gelaran dikalangan kami ialah 'Bai'ah Akhir Zaman' dan dengan izin senior-senior saya maka saya terbitkan disini akhirnya untuk tatapan pengunjung blog saya. Beranikah anda berbai-ah dengannya? Kalau anda penyokong PKR/DAP lebih baik jangan cuba-cuba.