Disini rakyat Malaysia diberi peluang memberi cadangan tentang beberapa isu-isu bajet yang bakal dibentang pada 2014 nanti. So saya pun mendaftar masuk dan beri cadangan juga la.
Tapi bila saya bandingkan cadangan-cadangan saya dengan pencadang lain, saya yakin lah mesti tak ada satu pun cadangan saya tu yang akan dipertimbangkan hehe.
Anyway, kalau ada sesiapa yang melawat laman web bajet 2014 tu, sekiranya sudi harap 'Like' cadangan saya supaya ada harapan sikit sampai ke mata Dato Seri Najib.
Berikut adalah cadangan-cadangan saya (semua cadangan terpaksa diringkaskan sebab ada limit 400 huruf ja bagi setiap topik).
KOS SARA HIDUP
Jangan asyik tunduk dengan CUEPACS. Setiap kali gaji sektor kerajaan naik tanpa disokong oleh pertumbuhan ekonomi (yang juga membawa kenaikan gaji swasta) maka kakitangan swasta menderita akibat tidak mampu mengejar kenaikan harga barang disamping menjunamnya peluang pekerjaan. Kos sara hidup meningkat tapi hakikatnya tiada cukup duit beredar di pasaran. (p/s: ramai yang 'dislike' cadangan ni)
PERUMAHAN DAN KEHIDUPAN DI BANDAR
Harap kaji penggunaan serbuk bambu untuk dijadikan papan lapis untuk tujuan pembinaan rumah. Bambu adalah tumbuhan terpantas membesar di dunia dan boleh matang dan diproses hanya dalam 4 bulan saja. Jika bambu boleh diproses menjadi papan binaan, maka kos membina rumah papan akan turun drastik. Rujuk http://afterdarkwrites.blogspot.com/2011/02/plastic-bamboo.html
PENGANGKUTAN DAN INFRASTRUKTUR
Sudah sampai masanya syarat untuk mendapatkan lesen motorsikal automatik dilonggarkan bagi membolehkan golongan wanita dan berpendapatan rendah beralih kepada motorsikal sebagai pengangkutan utama ke tempat kerja. Begitu juga dengan membenarkan pemilik motorsikal memasang atap seperti di Thailand. Pengenalan teksi motorsikal seperti di Indonesia juga boleh diadaptasi.
PEMBANGUNAN DESA
Setiap kali desa dimodenkan maka setiap kali itulah semakin hilang peluang ekonomi penduduknya. Sungai menjadi kotor, hutan ditebang, tanah ditarah, tanah dijual, dan kepelbagaian bio terhapus. Itu sebabnya orang muda terpaksa lari cari kerja di bandar. Desa seharusnya diperindahkan dan dipelihara supaya mengekalkan peluang ekonomi sektor desa serta pelancongan (cth: homestay. kraftangan dan IKS kecil-kecilan)
PEMBANGUNAN EKONOMI
Ekonomi domestik hanya berkembang jika semua orang berkerja dan ada duit untuk dibelanja. Syarikat besar yang pekerja hanya 10-20 orang tapi untung berjuta hanya tau simpan duit di bank. Duit itu tidak masuk pasaran. Oleh itu syarikat-syarikat hi-tech yang kedekut menggaji pekerja harus dicukai semaksimumnya. Semakin banyak jumlah pekerja maka makin sedikit cukai dikenakan. Dengan cara ini semua syarikat berebut tambah bilangan pekerja.
PELAJARAN
Semakin hari beg sekolah anak saya semakin berat. Mengalahkan kampit beras sedangkan dia baru Darjah 1. Memandangkan harga Tablet 10 inci hari ini sangat murah (sekitar RM400 kalau yang made in China) maka saya merayu agar semua buku teks dan buku latihan diprogram dalam bentuk App Android saja. Bagi mengelakkan syarikat penerbit buku gulung tikar, bolehlah diberi kontrak pada mereka untuk membina dan menjual App itu di Google Store.
KESELAMATAN AWAM DAN RASUAH
Kembalikan ISA dan Ordinan Darurat!
BELIA DAN SUKAN
Merujuk kepada senario bola sepak negara, adalah dicadangkan agar pasukan negeri yang menjuarai Piala Malaysia adalah secara automatik akan menjadi Harimau Malaya untuk tahun tersebut disamping mendapat peruntukan besar. Tak kisahlah kalau 70% pemainnya mungkin orang kelantan tahun itu.
ALAM SEKITAR DAN PERTANIAN
Perkenalkan sektor tanaman padi, penternakan dan perikanan secara besar-besaran di Sabah dan Sarawak. Kita tidak seharusnya bergantung kepada Negara luar seperti Thailand sebagai sumber beras dan makanan. Ini kerana kebergantungan sebegitu akan dipengaruhi oleh bekalan minyak untuk tujuan pengangkutan. Jika ditakdirkan berlaku keruntuhan dollar Amerika dan putusnya bekalan minyak, maka sekurang-kurangnya kita masih ada sumber makanan sendiri.
PERKHIDMATAN AWAM
Lantik Tun Mahathir sebagai KSU
PEKERJAAN
Generasi baru Malaysia semua memilih kerja yang berhawa dingin. Kerja jaga kaunter yang gaji seciput pun tak apa asalkan air cond. Minta mana-mana jurutera di Proton cipta jaket dengan internal air cond. Lepas tu agaknya baru ramai yang sanggup nak kerja di ladang dan di pembinaan. Ini juga menggalakkan ramai pemandu kereta beralih kepada motorsikal dan basikal yang kurang mengguna minyak.
BUDAYA DAN PELANCONGAN
Program pelancongan menari-nari, menyanyi-nyanyi dan bercampur lelaki wanita adalah membuang masa kerana pelancong asing tidak berminat hendak melihat budaya barat di Malaysia. Jika Kuala Lumpur secara tiba-tiba berubah dipenuhi wanita bertudung, lelaki-lelaki yang solat di masjid, acara agama dan ayat Quran atau nasyid yang berkumandang di semua shopping complex, maka akan lebih menarik perhatian pelancong asing untuk datang ke Malaysia.
OKU DAN GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK LAIN
Merujuk kepada 'Golongan Kurang Bernasib Baik Lain', pelarian wanita dan kanak-kanak Syria pun adalah golongan ini. Oleh itu mohon bawa mereka untuk ditempatkan di kawasan pelindungan khas dan berikan mereka peluang 12 bulan untuk berdikari. Jika selepas 12 bulan masih tak berdikari bolehlah dihantar pulang semula ke Syria. Pasti mereka akan bersyukur walaupun terpaksa berkerja sebagai penyapu sampah. Ini juga sebagai pengajaran pada rakyat kita yang tak tahu bersyukur.
the dominoes are falling... hmmm.... apa maksudnya tu.... negara2 Islam.... negara yang menganut sistem demokrasi diganti dengan autokrasi/kawalan remote Dajjal melalui proksi lokal ... atau apa?
ReplyDeletecadangan bernas dan benar
ReplyDeleteaku stuju psal pelarian syria tu. bawak masuk sini dlm 1 juta/2 juta. bina village khas dekat gombak blakang2 uia tu psal situ sejuk sket n komuniti arab ramai. sekolahkan mereka di sekolah khas dn bg yg layak rekrut mreka terus ke uia. ini lebih bagus dr duduk di kem2 pelarian x bernegara dan sedia dilelong. padahal bangsa syria bngsa yg bertamadun dan antra arab yg berkualiti. mohon malaysia 'seludup' mereka sblm mrka menjadi sukukaum ke empat/ketiga malaysia perlahan2. hahaha.
ReplyDeleteda beramai2 plak org2 asing kat malaysia ni..nnti sok dorg mintak ic dan hak istimewa penduduk tetap plak..
ReplyDelete