Adalah sangat-sangat menyedihkan apabila mendengar Presiden PKR mengucapkan hasrat parti beliau untuk menghapuskan ketuanan melayu. Mungkin ada dikalangan penyokong tegar di dalam PKR yang pada masa ini sedang cuba menyedapkan perasaan dengan berkata di dalam hati bahawa kata-kata presiden PKR itu adalah sekadar untuk permainan politik bagi memancing undi bukan melayu. Mungkin juga penyokong-penyokong tegar ini sedang berdoa siang dan malam agar janji menghapuskan ketuanan melayu ini akan dimungkiri oleh PKR selepas memenangi pilihanraya sepertimana pemimpin PKR selama ini memungkiri janji-janjinya yang lain.
Namun rasanya penulis boleh memberi jaminan bahawa janji PKR yang satu adalah satu-satunya janji yang tidak mampu dimungkiri oleh keseluruhan kepimpinan PKR sekiranya usaha menawan putrajaya benar-benar menjadi kenyataan. Tidak salah sekiranya penulis katakan bahawa janji yang satu ini sebenarnya bukan ditujukan kepada ahli-ahli PKR, sebaliknya satu menifesto yang ditujukan kepada seluruh orang cina di Malaysia sekiranya mereka bersatu dibawah parti DAP.
Mungkin ramai yang berkata DSAI tidak bijak kerana menyuruh isterinya membuat pengemuman sedemikian. Namun perlu kita ketahui bahawa DSAI itu hanyalah boneka yang dikawal daripada belakang oleh penaja-penajanya. Penaja-penajanya ini pula adalah golongan-golongan yang tersangat mahir dalam ilmu sains-manusia. Tindakan terbaru DSAI ini tidak akan berlaku tanpa arahan daripada mereka, dan mereka pula tidak akan mengarahkan sedemikian jika ianya tidak menguntungkan mereka. Penulis berpendapat bahawa apa yang dilakukan oleh penaja-penaja tersebut adalah bijak. Tidak syak lagi bahawa pengumuman terbaru ini akan membangkitkan gelombang sokongan baru ke atas pembangkang. Namun gelombang sokongan ini tidak akan terasa sehinggalah ianya terlambat kepada orang melayu. Sebabnya? Kerana gelombang sokongan baru ini akan merebak kepada keseluruhan masyarakat cina di Malaysia tanpa disedari oleh kaum lain.
Hakikat yang perlu kita fahami adalah cara masyarakat cina di Malaysia berpolitik adalah tidak sama seperti kita Melayu di Malaysia. Oleh kerana mereka dibesarkan untuk mempercayai bahawa mereka adalah bangsa berniaga, maka keputusan mereka di kertas undi kesemuanya adalah berdasarkan kepada sistem pemerintahan mana yang akan menguntungkan mereka. Mereka benar-benar berpolitik seperti orang berniaga, oleh itu jika mereka berpendapat sistem di bawah BN lebih menguntungkan maka mereka akan mengundi BN. Tapi jika sistem dibawah Pembangkang lebih menguntungkan maka mereka akan mengundi Pembangkang walaupun sebelum itu mereka telah bertahun-tahun menjadi ahli MCA. Oleh itu soal-lah diri anda sendiri soalan hipotekal berikut “Sekiranya saya adalah seorang cina, sistem pemerintahan siapakah yang akan lebih menguntungkan saya?
Jawapannya tentu mudah untuk diteka, bukan?
Di dalam artikel saya terdahulu bertajuk 2013 ILLUMINATI BLUEPRINT (TOP SECRET REVEALED) saya ada memaklumkan pembaca mengenai berikut With the growing attention and supports gained from the younger generation of Chinese and Indian, the Malays supporters from PKR will be abandoned in stages. State’s Policy will be made to favor the non-Malays thereafter causing rift and dissatisfaction amongst Malays to PKR and PAS. The depletion of supports towards PKR and Anwar Ibrahim is intentional to weaken the PKR as a major voice of Opposition Front. Like I said earlier, they never intended for Anwar to be the next PM, they’re just using him to gain the supports from Malays who put them on seat in Parliament today
Apa yang berlaku di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang sekarang sebenarnya membuktikan bahawa sebahagian besar daripada blueprint itu masih berjalan. 2010 menyaksikan kesemua polisi Kerajaan Negeri-Negeri yang dikuasai pembangkang kini dilaksanakan bukan untuk memancing undi melayu, sebaliknya difokuskan sepenuhnya untuk memancing undi bukan melayu terutamanya cina.
Orang-orang melayu di dalam UMNO, PAS dan PKR tidak akan menyedari perkara ini kerana masyarakat cina bukanlah berkebiasaan menghebohkan-hebohkan parti mana yang akan mereka sokong pada pilihanraya akan datang. Mereka hanya akan berbincang sesama ahli keluarga atau sesama rakan di dalam perjumpaan-perjumpaan yang kasual dan tidak rasmi. Namun keputusan pilihanraya kecil di Sibu (di mana pengundi cina adalah majoriti 66.7%) baru-baru ini rasanya sudah cukup untuk membuktikan bahawa sokongan masyarakat cina tua dan muda sudah hampir sepenuhnya beralih arah menyokong DAP dan keadaan ini akan lebih diburukkan oleh menifesto terbaru PKR yang akan dianggap sebagai bukti bahawa PKR adalah proksi DAP,
Kami di dalam kumpulan `watchers’ telah lama dimaklumkan bahawa penggal pemerintahan kali ini adalah penggal yang penuh dengan pilihanraya-pilihanraya kecil. Penulis meramalkan bahawa selepas ini kita akan melihat lebih banyak pilihanraya kecil berlaku, samada atasa sebab kematian mana-mana yang berhormat atau sebab-sebab lain. Pilihanraya-pilihanraya kecil ini memang sebahagian daripada domino musuh-musuh negara kerana dengan cara ini berita-berita mengenai ketegangan politik akan berterusan menguasai media prima kita.
Tujuannya adalah supaya masyarakat cina akhirnya akan beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai pilihan selain daripada menyokong DAP sekiranya mereka mahu selamat. Ini kerana MCA yang selama ini dianggap payung keselamatan telah menjadi lemah dan kini dianggap budak kepada UMNO. Dalam masa yang sama demonstrasi berterusan dan ketegangan politik yang berterusan dijana oleh media masa akibat akan menyebabkan politikus-politikus melayu di Malaysia menjadi semakin ekstrem dan rasis di kaca televisyen. Akhirnya mereka akan tunduk kepada ketakutan dan paranoia yang dirancang oleh musuh-musuh negara dan akan bulat-bulat mengundi DAP yang menjanjikan keselamatan dibawah payung aparthied di tanah melayu.
Sebenarnya belum ada sebab lagi untuk kita merasa gembira dengan apa yang kita sangka sebagai kebangkitan UMNO-Barisan Nasional pada tahun ini. Penulis secara peribadi beranggapan bahawa apa yang berlaku adalah sepertimana yang diramalkan akan dilakukan oleh musuh-musuh negara, maka tiada sebab untuk bergembira. Percayalah, selagimana domino masih jatuh, maka selagi itu kita semua semakin dekat dengan bahaya.
Bagi penulis, satu-satunya cara untuk kita menghalang kejatuhan domino adalah dengan cara berpolitik secara Islam. Berpolitik secara Islam sepatutnya merujuk kepada usaha-usaha merapatkan saf-saf yang renggang dan bukanlah menjauhkan. Oleh itu usaha-usaha perlulah ditumpukan kepada menyatu-padukan umat islam di Malaysia dibawah satu Imam. Jadi sekiranya boleh, usahakanlah agar saudara-saudara kita di dalam PAS dan PKR itu kembali bersaudara dengan kita. Dalam hal ini saya terpaksa bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa fahaman PAS kini banyak yang menjurus kepada sesat. Namun dengan berat hati penulis juga terpaksa mengakui bahawa terdapat didalam UMNO sendiri ramai yang fasik dan munafik (apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran).
Namun parti-parti politik melayu di Malaysia masih boleh berubah jika perubahan itu didesak oleh penyokong-penyokongnya. Oleh itu penulis masih kuat menyokong UMNO kerana UMNO sekarang masih lebih dekat kepada Islam daripada parti lain. Sekurang-kurangnya UMNO masih belum berfatwa menghalalkan sesuatu yang haram (walaupun masih ramai ahli politiknya buat aktivit haram) atau menuduh sesat orang islam lain semata-mata kerana politik (walaupun masih ramai Yang Berhormat masih tidak sembahyang).
Dalam berjihad menentang proksi-proksi Dajal di negara ini maka hendaklah kita sering berdoa agar kita sentiasa berada di jalan yang lurus (siratul mustaqim). Hindarkanlah daripada menggunakan perkataan-perkataan yang keji dan mencaci ketika berkempen atau menulis di dalam blog-blog kerana tidaklah akan mendapat rahmat Allah dalam perjuangan kita sekiranya kita memaki hamun atau menggelar mana-mana orang dengan nama-nama yang sungguh tidak sedap didengar (walaupun kelakar bunyinya).
Laksanakanlah ibadah dan selalulah berdoa. Semoga Allah memberkati perjuangan kita dan menjauhkan negara ini daripada musibah yang datang oleh Dajal kelak.
Wasalam
No comments:
Post a Comment