Tuesday, February 8, 2011

Misteri Kemalangan Helikopter Tan Sri Yahya Ahmad Belum Terjawab Lagi


This is an interesting article posted by Wak Cetuk On 07 Feb 2011 in Selangor Daily. I hope the author wouldn't mind me re-posting it here. I have nothing solid to start writing about the accident, but being a profiler for the Watchers Group, I smell something fishy about the date of accident 3.3.1997.

Maybe it's just old habit but I always feels the need to investigate when a death of public figure seems to coincide with the Illuminati numbers of 3, 7, 9,11,13, 33, 39, especially in this case where Anwar Ibrahim name popped out. I just learn that DRB-Hicom was adversely affected by Yahya's death which occured merely two months before the start of Asean Currency Crisis and four months before the attacked on Ringgit (which as I have discussed before in "PRABOWO, THAKSIN, ANWAR IBRAHIM AND THE 1997 CURRENCY CRISIS", was deliberately initiated in Thailand, Indonesia and Malaysia by the three stooges Thaksin, Prabowo and Anwar Ibrahim).



Tan Sri Yahya Ahmad satu nama yang cukup popular di tahun 90an.

Beliau adalah salah seorang usahawan atau tokoh koporat bumiputra yang berjaya dihasilkan di zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM.

Beliau pernah menggegarkan dunia apabila membeli Lotus secara tunai. Pembelian tunai itu dilakukan setelah orang putih di Lotus tidak percaya kemampuan beliau untuk membelinya. Tanpa bercakap banyak beliau bawa wang tunai untuk membelinya.

Tan Sri Yahya semasa hidupnya mengetuai DRB Hicom. Banyak perniagaan yang dijalankan dibawah rangkaian DRB Hicom pada masa itu termasuklah Proton, Alam Flora, Intrakota dan banyak lagi.

Kejayaan Tan Sri Yahya banyak didokong oleh Tun Dr Mahathir. Boleh dikatakan beliau adalah anak emas Tun. Sewaktu melawat jenazahnya Tun menangis teresak-esak.

Tun banyak memberi serta meluluskan projek-projek perniagaan kepada DRB Hicom kerana sikap Allahyarham yang baik. Beliau tidak sombong, merendah diri serta menolong orang ramai. Satu projek yang kerajaan berikan kepadanya, seribu projek dia turunkan kepada usahawan-usahawan bumiputra yang lain.

Tun memang banyak bergantung kepadanya pada masa itu untuk menolong usahawan-usahawan bumiputra. Beliau tidak menipu Tun dan beliau boleh buat apa yang Tun arahkan dalam usaha menolong kaum bumiputra. Beliau lakukan dengan sejujur-jujurnya dan seikhlas-ikhlasnya.

Hubungan rapat antara Allahyarham dan Tun pada ketika itu menimbulkan ketidaksenangan ahli-ahli koporat lain yang berperangai lintah darat. Terutamanya kroni-kroni Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Anwar Ibrahim. Mereka dengki kerana semua projek-projek besar pada masa itu pergi kepada DRB Hicom.

Allahyarham pernah belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar bersama-sama dengan Anwar Ibrahim. Selain itu mengikut Wikipedia Anwar Ibrahim pernah berkrisis dengan Allahyarham semasa di UM.

Pada tahun bulan Mac 1997 awal-awal pagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kemalangan sebuah helikopter di Kuala Lipis Pahang. Helikopter berkenaan membawa Tan Sri Yahya dan isterinya dalam perjalanan ke Trengganu bagi melawat ibunya yang sedang sakit. Sehingga kini misteri kemalangan helikopter berkenaan masih belum terjawab.

Ada cerita-cerita yang tersebar mengatakan kemalangan berkenaan telah diatur dengan rapi oleh orang-orang tertentu yang cemburu dengan kejayaan Allahyarham.

Sehari sebelum kemalangan yang meragut nyawa Tan Sri Yahya, allahyarham dikatakan menghadiri satu majlis makan malam bersama Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim.

Apakah maknanya semua itu ? Tidak mustahil sekadar untuk mengabui mata orang ramai. Seperti dalam filem pun ada.

Banyak cerita yang mengatakan Anwar Ibrahim ada terlibat dalam merancang kemalangan berkenaan. Sejauh mana kebenarannya hanya pihak-pihak yang berkuasa sahaja mampu mengesahkannya.

Selepas Anwar dipecat cerita tentang kemalangan tersebut telah diputar belitkan. Kata orang-orang Anwar sebenarnya helikopter itu telah disabotaj untuk membunuh Anwar kerana keesokkan harinya kata mereka Anwar dijangka menaiki helikopter berkenaan untuk melawat Kedah. Oleh kerana Tan Sri Yahya menggunakannya terlebih dahulu maka beliaulah yang menjadi mangsa.

Tidak mustahil semua itu adalah wayang semata-mata. Anwar memang pakar dalam bab-bab berkenaan. Semoga pihak berkuasa dapat mencungkil balik kes ini demi keadilan kepada keluarga mangsa.

Bukan setakat kes ini, malah pihak berkuasa juga perlu menyiasat semula kemalangan yang melibatkan Datuk Aziz Shamsuddin yang mana isterinya telah terbunuh dalam kemalangan itu. Tidak ketinggalan juga kemalangan yang melibatkan Azizan Abu Bakar dimana isterinya serta anak yang masih dalam kandungan berusia sembilan bulan terbunuh.

9 comments:

  1. astaqfirullah...semoga Allah tunjukkan keadilan dan hukuman pada pembunuh yang kejam ni....aku tak hairan kalau benar anwar ibrahim yang buat...apa saja dia sanggup buat tak kira haram asalkan dapat apa yang dia nak ...itu yang berlaku sekarang

    ReplyDelete
  2. jgn buruk2 seseorg2 s,lg kite x m,punyai bukti yg kukuh.......penulis blog lbh byk fokus kan kepada saudara anwar.....jgn gelar dri pengilut nabi muhammad s.a.w kalo dri kite x m,cermin kan mcm ape yg kite gelar kan....ingt la sebesar2 fitnah ada lah fitnah akhir zaman.....

    ReplyDelete
  3. berita x pasti...pastu cuba kaitkan ngan Anwar.
    Fitnah tu beb. Satu lg aku tgk blog nie, seolah2
    segala kejahatan yg selama nie berlaku kat Malaysia nie, angkara pembangkang. UMNO sikit2 aje buat salah. Sedarlah sikit sape yg perintah Malaysia dan buat segala dasar kat Malaysia selama 51 tahun. Bukan UMNO ke?.

    ReplyDelete
  4. memang la yang perintah selama ni UMNO...yang buruk adalah sebilangan ahlinya bukan UMNO...pemimpin pembangkang yang sorang tu pun asalnya UMNO...so UMNO yang rosak ke atau individu itu yang merosakkan UMNO??

    ReplyDelete
  5. rilek la..nk baca,baca la.xda sapa nk paksa.kalo x suka bole click button close.x pyh nk bela sgt Nuar Berahim.

    ReplyDelete
  6. memang cacamerba mamat an-nar ini.... kalau nak bawa cite2 fitnah x yah guna tentera panji hitam segala....ntah2 maksud dia tentera panji hitam dari timur tu Melayu kot ..atau UMNO? Hiduk UMNO

    ReplyDelete
  7. kesian kat mak bapak yang beranakkan budak owner blog ni he he

    ReplyDelete
  8. Asstafirullah al azim,ini menunjukkan kita semakin menghampiri kiamat banyak fitnah2,tipu2,pemimpin yg salah guna kuasa n sebagainya allah ualam

    ReplyDelete