Anyway, saya ada idea simple untuk dikongsikan bersama dengan ibu-bapa yang mempunyai anak kecil yang baru nak diajar solat. Saya tahu kebanyakan ibu-bapa mula melatih anak solat dengan cara menyuruh anak-anak solat bersama sewaktu berjemaah. Cara tradisional ini memang efektif tapi dalam kebanyakan kes ramai kana-kanak yang membesar solat tanpa mengetahui makna perkataan dalam solat mereka. Malahan tidak salah jika saya katakan bahawa ramai orang dewasa yang solat tanpa memahami apa yang mereka bacakan semasa solat. Saya tahulah sebab saya pun dulu begitu juga. Masa muda-muda dulu makna al-Fatihah pun tak tahu.
So, untuk anak saya yang masih kecik ni saya ambil pendekatan baru. Dia dah hafal bacaan 'Al-Fatihah' (Ustazah di sekolah yang ajar) tapi saya ajar dia solat dengan teknik terkini.
Dipersembahkan.. Teknik terkini saya.. Jeng Jeng Jeng!
SEJADAH MUALLAF!!
(Sebab sesuai untuk budak kecik dan muallaf yang baru belajar sembahyang saja)
Konsepnya senang saja. Suruh anak kecil berdiri di kawasan yang ada lambang kaki tu, lepas tu start praktikal sembahyang (dibawah guidance orang dewasa) sambil membaca bacaan-bacaan solat yang siap tertulis atas sejadah tu.
Oh ya lupa beritahu. Sejadah ni saya upah kedai print out atas kertas "bunting" iklan tu.
Kepada sesiapa yang nak cuba kaedah ni untuk anak-anak, boleh email saya dan nanti saya akan emelkan fail CorelDraw untuk anda bawak ke kedai printer. Anda juga boleh edit sendiri rekabentuk dan tulisan di sejadah tu tu (kepada sesiapa yang prefer agar anak-anak mereka terus hafal bacaan arab).
Kepada sesiapa yang nak komersialkan idea ni (manalah tau). Dipersilakan juga. Dengan syarat jangan ada sesiapa memandai nak claim copyright dan lepas tu cuba halang orang lain komersialkan konsep yang sama. Saya tak izinkan sesiapa nak ekslusifkan idea ni untuk keuntungannya sendiri saja.
P/S: Kalau anda tak setuju dengan teknik saya, tak apalah. Rilek la bro, saya sekadar berkongsi idea. Bukannya menyebar ajaran sesat.
Salam,
ReplyDeleteXkiralah ko tulis pasal apa, asal ko tulis
Peace ;-)
Sirih
Assalammaualikum en.Afterdark,
ReplyDeletemintak kebenaran untuk pakai cara nie .saya nak ajar anak solat.
Saya suka membaca buah fikiran tuan afterdark.tq.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam... nk minta kebenaran utk guna cara ni to teach my daughter too. Boleh x minta file for printing tu? terima kasih for the information... :) email add : isma3081@gmail.com
ReplyDelete