Saturday, September 29, 2012

DAIRY SEORANG PELARIAN

Cheewah, ada member cabar saya tulis cerpen dalam bahasa melayu!

Macamlah saya tak reti berbahasa melayu.. Ha..ha

Anyway, saya tulis cerpen pendek ni dua jam yang lalu.. Cerpen pendek suka-suka jak.. Langsung tak ada isi dan tak buat research pun.. sekadar redah saja..

So jangan hairanlah kalau cerpen ni kurang berkualiti.. Maaf sajalah..

So cerpen ni kononnya berkisar kandungan diari seorang pelarian perang.. tapi macam ada yang tak kena dengan cerpen ni.. mungkin format diari tu tak berapa sesuai..

Kalau cerita tak best, jangan kutuk teruk sangat yek.. Saya kan masih baru lagi tulis cerpen melayu hehe

DIARI SEORANG PELARIAN



DATE: 20 JUN

Dear Dairy,

Entah kenapa hari ini hatiku tergerak untuk menulis di dairy buruk peninggalan arwah isteriku ini. Mudah-mudahan ini bukan perangai buang tebiat kerana aku masih belum mahu mati. Anak-anak ku masih kecil.

Mekah pun tak jauh lagi.

Anyway,

Hari ini genaplah sudah enam hari anak anak ku berada dalam kelaparan. Syukurlah juga Allah telah menurunkan hujan gerimis tiga hari yang lalu. Dengan hujan yang tidak seberapa itulah semua kami sekeluarga serta sahabat sahabat kami yang lainnya di dalam kabilah ini menghilangkan rasa dahaga yang menggigit tekak di padang pasir ini.

Masih terbayang di ingatan suara tuan Andi Makassar menjerit memberitahukan kehadiran titisan air hujan yang menitis menimpa dahinya. Selang dua minit kemudian kesemua ahli kabilah tidak kira lelaki, wanita dan kanak kanak bertempiaran mencari bekas untuk menadah pemberian Allah itu. Pinggan, mangkuk, beg plastik malah topi keledar basikal digunakan oleh tua da muda dalam kabilah kami untuk menampung air yang kemudiannya digunakan untuk menghilangkan dahaga.

Tadi aku berpaling melihat anak-anakku tersayang Ika dan Aishah yang masih kecil sedag mencangkung di atas tanah menikmati stok air hujan kami yang semakin sedikit. Si kakak Ica berumur 10 tahun sedang memegang cawan agar adiknya Aisah yang baru 7 tahun itu dapat meneguk air dengan tertib. Ica menyedari pandanganku dan membalas sambil tersengih. Aku berlakon sebaik yang mungkin membalas sengihan itu dan kemudian segera berpaling ke depan. Aku tidak mahu kedua anakku yang comot dan kurus itu melihat juraian air terjun yang bakal membasahi mata ayahnya ini sebentar lagi.


Jahanam sekali kesemua manusia manusia yang telah menghancurkan bangsa kami lima tahun yang lalu! Bangsat bangsat itu dengan penyokong tegar merekalah yang menyebabkan aku dan anak-anakku menjadi sebegini. Walaupun ramai diantara waris waris mereka selepas itu cuba meminta ampun kepada seluruh bangsaku yang mereka telah jahanamkan, namun itu tidak menukar hakikat bahawa mereka adalah manusia paling jahanam di muka bumi ini.

5 tahun lalu keadaan kami bukanlah sebegini. Kurang dari 5 tahun yang lalu bangsaku masih merupakan bangsa yang bebas dan bermaruah serta mempunyai negara yang berdaulat. Aku sendiri pernah mempunyai pekerjaan serta kereta dan tinggal di taman perumahan yang selesa dengan isteri dan anak-anakku. Rumah kami hanyalah di rumah teres kos rendah namun makan minum kami cukup. Aku waktu itu adalah lelaki yang gembira, mempunyai isteri yang bahagia dan anak anak yang sihat dan ceria.

Waktu itu bangsaku masih memerintah negara yang merupakan tanah air warisan nenek moyang kami. Negara kami adalah negara yang kaya dan makmur sehinggakan ramai bangsa asing bersama anak isteri mereka merantau ke negara kami untuk menumpang tuah. Kepada bangsa bangsa asing ini nenek moyang kami benarkan mereka berkongsi kekayaan untuk diri mereka dan keturunan mereka.

Nenek moyang mereka yang datang ke negara kami dulu adalah jiran dan sahabat nenek moyang kami dikala suka dan duka.  Mereka bergaul dan berdagang dengan nenek moyang kami dan nenek moyang membenarkan mereka menjadi sebahagian dari identiti negara kami. Sebagai syaratnya nenek moyang kami hanya meminta syarat yang mudah agar bangsa kami kekal sebagai bangsa memerintah Tanah air kami. Oleh kerana mereka adalah bangsa yang rajin berniaga dan berusaha, maka nenek moyang kami redha ke atas kekayaan yaang mereka perolehi asalkan mereka menghormati hak kami sebagai pemilik asal tanah air kami.

Tapi entah mana silapnya selang beberapa generasi kemudian cucu cicit mereka menjadi tamak dan haloba. Perjanjian yang sudah disepakati beratus tahun yang lalu diantara nenek moyang kami tidak lagi dihormati. Maka wujudlah sekumpulan kecil bangsa mereka yang mahu mencabar pemerintahan bangsa kami.

Walaupun kumpulan ini ternyata telah menderhakai perjanjian nenek moyang kami, namun kami tidak hapuskan mereka kerana kami anggap penderhakaan kumpulan kecil itu tidak mencerminkan majoriti bangsa mereka. Lagipun pemerintahan bangsa kami masih utuh dibawah pemimpin kami yang keempat. Dibawah pimpinannya negara kami pernah menjadi empayar dan  kami adalah bangsa yang cemerlang dan dihormati seluruh dunia dan bangsa lain.

Tapi entah dimana silapnya pada waktu pemerintahannya jugalah telah berlaku tiga perkara sial itu.

Sial yang pertama adalah apabila datang seorang lelaki dari bangsa kami sendiri yang gila kuasa dan berserakah dengan nafsu dunia. Lelaki ini pada awalnya kelihatan warak dan berwibawa sehinggakan pemimpin keempat pernah merancang agar lelaki ini menjadi pemimpin kelima bangsa kami selepasnya. Namun Allah Taala itu maha kuasa kerana mentakdirkan  kejadian di mana lelaki ini kemudiannya didapati bukan sahaja rasuah dan zalim, malahan suka pula bersetubuh dengan jantina sejenisnya.

Lelaki sial ini kemudiannya disingkirkan dari barisan kepimpinan bangsa kami. Tetapi ternyata dia ini memang sial tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Dia membuat perjanjian dengan musuh Allah di Amerika dan Eropah agar membantunya merampas pemerintahan negara kami. Sebagai galang gantinya maka seluruh bangsa kami dan negara kami akan digadainya.

Kemudian datang sial yang kedua.

Sial yang kedua adalah apabila datang pula kumpulan khawarij dari bangsa kami menyokong lelaki ini. Kumpulan khawarij yang memuja hanya kemuliaan ketua mereka itu telah lama bernafsu untuk menjadi pemimpin bangsa kami. Namun selama ini usaha mereka tidak berhasil akibat kedangkalan intelek mereka sendiri. Mereka adalah golongan konservatif dalam bangsa kami yang tidak mahu mendalami ilmu. Kalangan pemimpin mereka adalah yang rendah inteleknya dan oleh hanya mampu bermain politik dengan menjual nama Tuhan kononnya Tuhan memilih mereka sebagai pemimpin yang akan membawa bangsa kami ke syurga.

Dan akhirnya datanglah si sial yang ketiga.

Kumpulan kecil bangsa asing yang aku ceritakan awal tadi telah melihat si sial pertama dan si sial kedua sebagai peluang untuk merampas pemerintahan bangsa kami. Maka sial ketiga ini bergabung dengan sial pertama dan sial kedua untuk membentuk pakatan Tiga Sial bagi merampas pemerintahan negara kami. Maka bergabunglah si tiga sial ini menipu ramai dikalangan anak bangsa kami sendiri untuk mengkhianati bangsanya sendiri. Malahan penipuan mereka itu ternyata sebegitu berkesan sehinggakan mereka berjaya menghasut anak anak muda dari bangsaku agar mahu menumbangkan raja-raja kami dan menukar bendera negara kami.

Akibat pengkhianatan sial bertiga ini maka tumbanglah pemerintahan bangsa kami akibat pengkhianatan. Walaupun akhirnya hanya minoriti saja dari bangsa kami yang terpedaya dengan penipuan si sial pertama dan kedua, namun si sial ketigalah yang menyebabkan majority bangsa mereka bersepakat mengkhianati perjanjian nenek moyang kami semasa pilihanraya negara.

Dear dairy,

Mungkin ramai yang menyangka bahawa hancurnya negara kami adalah akibat tumbangnya pemerintah bangsa kami semasa pilihanraya?

Aku pun pernah menyangkakan itu yang bakal berlaku tetapi ironinya jauh sama sekali. Walaupun si sial bertiga itu merupakan penyebab kepada goyahnya kekuatan bangsa dan Negara kami namun bukan itu yang menyebabkan bermulanya huru hara di muka bumi kami.

Hakikatnya ialah huru hara berlaku akibat pengkhianatan terbesar yang dilakukan oleh bangsa asing itu ke atas bangsa kami sehingga menyebabkan perang saudara antara dua bangsa. Pemimpin kami yang keenam (dan terakhir) melakukan khilaf apabila bersikap terlalu mulia ke atas bangsa asing itu.

Dalam usahanya untuk mengamankan rakyat berbilang bangsa di negara kami agar bersama menentang si sial bertiga itu, pemimpin keenam telah bersetuju melantik beberapa orang dari kalangan bangsa asing itu untuk menjadi calon pilihanraya mewakili parti komponen pemerintahannya semasa pilihanraya. Strategi ini berhasil kerana walaupun kehilangan majoriti di parlimen namun parti gabungan yang dipimpin  oleh pemerintah keenam masih memenangi pilihanraya. Tetapi apa yang berlaku seterusnya adalah memeranjatkan.

Si sial pertama dengan wang berbilion yang ditaja oleh Amerika dan Eropah telah berpakat dengan Si Sial ketiga untuk merasuah sekumpulan ahli parlimen bangsanya dari parti komponen kami untuk berpaling tadah. Ahli ahli parlimen yang pada asalnya adalah sahabat kami dirasuah, diugut dan dipujuk untuk menyokong si sial ketiga yang merupakan bangsa mereka sendiri. Akibatnya berlakulah tragedi Lompat Parti yang menyebabkan pemerintahan bangsa kami tumbang walaupun hakikatnya telah memenangi pilihanraya dengan jujur.

Rampasan kuasa secara curang ini menggegarkan seluruh negara sehingga menyatu padukan bangsa kami yang sebelum itu berpecah. Makin menggemparkan apabila si sial pertama yang terhutang budi dengan si sial ketiga telah bertindak pula mengetepikan si sial kedua daripada berkongsi pemerintahan. Akhirnya penyokong si sial kedua menyedari bahawa selama ini mereka telah dipergunakan semata-mata untuk melemahkan parti bangsa kami dan menguatkan parti bangsa sial ketiga.

Tapi sayangnya kesedaran mereka itu sudah terlambat. Oleh kerana pendekatan mereka yang selama ini ekstrem hasil didikan sial pertama dan ketiga, penyokong sial kedua tidak dapat menahan diri dari melakukan demonstrasi dan rusuhan jalanan. Maka huru-hara pun berlakulah sehingga akhirnya meragut nyawa.

Huru hara yang berlaku adalah sungguh dahsyat. Pembunuhan berlaku dimana mana sehingga menyebabkan campur tangan asing. Si sial pertama meminta campurtangan si bule musuh Allah dari Amerka dan Eropah manakala si sial ketiga meminta bantuan senjata dari kaum sebangsanya di China dan pulau seberang laut. Akhirnya seluruh bangsa kami dikalahkan dan berlakulah pemusnahan etnik bangsa kami.

Bangsa kami terkapai kapai tanpa bantuan ketika itu. Hendak meminta bantuan dari negara serumpun tidak berjaya kerana negara serumpun pun sedang diperintah oleh presiden baru yang merupakan proksi musuh Allah. Hendak meminta bantuan dari negara seagama di Asia Barat pun tidak dapat kerana negara negara arab pun sedang bergolak akibat perang saudara.

Dear dairy,

Aku masih ingat lagi sewaktu rusuhan 13 mei itu dikala aku, allahyarhamah isteriku dan anak anak ku bersembunyi di dalam rumah sambil mendengar hiruk pikuk di luar apabila anak-anak muda bertempur dengan samseng  yang cuba menceroboh masuk ke kawasan perumahan kami. Kedua dua kumpulan bersenjata parang dan tombak itu berbunuh-bunuhan di depan rumah kami manakala aku dan isteri didalam rumah pula menekup telinga anak anak kami agar tidak mendengar bunyi jeritan manusia diluar.

Dua hari sebelum itu aku juga aku melihat jiranku bangsa asing dikeroyok hingga mati oleh kumpulan pemuda bangsaku yang telah dirasuk setan. Mujurlah isteri dan anak-anaknya sempat masuk bersembunyi di dalam rumah kami ketika suaminya masih berada di garaj rumah mereka hendak menghidupkan kereta. Entah dari mana datangnya pemuda pemuda rempit tersebut yang tiba tiba datang dan membelasah jiranku yang baik hati itu. Hancur hatiku mendengar jeritan sayunya meminta nyawa ketika dibelasah di jalanraya depan rumahku. Aku sendiri hampir keluar dari rumahku untuk membantunya tetapi kemudian aku mendengar jeritannya seolah olah memberi mesej rahsia terakhir padaku.

"Tolonglah jangan bunuh saya tuan! Saya seorang diri saja masih bujang dirumah ini tuan! Saya belum kahwin tuan, tiada anak tuan, tiada jiran yang kenal dengan saya disini tuan!"

Pada ketika itu aku sudah memegang parang di dalam rumahku hendak keluar membantunya. Kemudian dari tingkap aku melihat hampir 30 orang mat rempit dijalanraya sedang menetaknya dengan pedang samurai. Aku sedar ketika itu dia telah memberi pesanan terakhir kepadaku agar menumpukan usahaku menyembunyikan anak dan isterinya sahaja. 

Sehari selepas pertempuran berdarah di perumahan kami, aku dan keluargaku serta sisa ahli keluarga jiranku itu menggunakan hanya satu kereta Kancil untuk melarikan diri ke kampung mertuaku. Kereta kancil itu terpaksa memuatkan 2 dewasa di depan dan 1 dewasa dan 4 kanak kanak di belakang. Oleh kerana ruang yang sempit maka kami lari sehelai sepinggang sahaja malam itu.

Dear dairy,

Agak panjang untuk kuceritakan apa yang berlaku seterusnya dan bagaimana aku kehilangan isteriku yang tercinta. Cukuplah sekadar kukatakan bahawa rusuhan kaum itu akhirnya bertukar kepada perang saudara yang merebak ke seluruh negara sehinggakan kampung mertuaku juga tidak lagi dapat dijadikan tempat berlindung. Isteriku dan kedua mertuaku maut semasa perang manakala aku dan anak anak pula melarikan diri ke negara seberang sebagai pelarian perang.

"Ayah, adik Aisyah kata perut dia sakit sebab lapar.. Ayah ada simpan lagi tak keropok kat mana mana?"

Tadi aku dengar anakku berkata begitu padaku. Sebagai ayah, hati siapalah yang tidak sayu mendengar kata kata sebegitu keluar dari anak-anak yang masih kecil. Si kakak yang semakin kurus dari hari ke hari ini pun lebih mementingkan adiknya yang kecil. Aku tahu perut anakku yang sulung itu juga sakit kerana dia sering tidur bergulung seperti tenggiling sambil menekan perutnya. Samalah juga dengan aku yang mengguna strategi mengetatkan tali pinggangku sekarang untuk mengurangkan rasa lapar.

Aku tadi termangu sebentar sambil cuba mencari akal. Mataku merayau meninjau beribu-ribu wajah di dalam kabilah kami yang aku tahu semuanya pun sedang mengalami kebuluran.

Alhamdulillah baru saja ada teman memberikan aku sedikit daging salai yang disimpannya. Syukurlah anakku-anakku sedang senyum tidur selepas makan daging salai mereka. Aku pula makan sedikit saja sekadar untuk bertahan.


Rasanya perkataan ‘kabilah’ adalah kurang sesuai untuk beribu-ribu pelarian Islam yang kini sedang bergerak secepat yang upaya ke Mekah ini. Empat tahun yang lalu aku dan anak-anakku mengambil keputusan untuk bergabung dengan hampir seribu orang pelarian Malaysia yang menyeberang sungai golok ke Selatan Thailand. Pada awalnya kami diterima baik di kem pelarian namun kemasukan beribu-ribu pelarian melayu Islam ke Thailand menyebabkan ketegangan di wilayah Thailand yang sememangnya bergolak dengan konflik agama antara Islam dan Buddha itu.

Akhirnya kami dihalau keluar dengan pilihan samada masuk semula ke Malaysia atau pergi ke Myanmar. Kami memilih memasuki Myanmar dan turut membawa bersama kami beribu-ribu pelarian Islam daripada Selatan Thailand.

Di Myanmar keadaannya lebih teruk kerana Junta Myanmar juga sedang melaksanakan penindasan ke atas ethnik Rohinya. Kami meminta dengan cara baik untuk melalui Myanmar menuju ke Bangladesh namun sebaik memasuki Myanmar kumpulan kami telah diserang oleh junta tentera yang anti Islam. Akibatnya saki-baki kor Tentera Melayu Diraja yang berada di dalam kumpulan kami terpaksa menggalas semula senjata demi melindungi kumpulan pelarian Islam. Aku sendiri pun tidak ingat berapa ramai kumpulan pelarian Islam yang terkorban di Myanmar. Yang pasti sepanjang ‘perjalanan maut’ di Myanmar itu meninggalkan mayat sahabat dan ahli keluarga kumpulan kami di sepanjang laluan hutan.

Kami bergerak secara gerila di dalam hutan di Myanmar sehingga akhirnya masuk ke Bangladesh. Pada ketika ini kumpulan kami semakin membesar kerana ramai pelarian Rohingya turut bersama kami. Di Bangladesh keadaannya agak elok kerana Bangladesh adalah Negara Islam tetapi pada ketika itu Islamnya Bangladesh hanya pada nama saja. Bangladesh yang terdahulu enggan menerima pelarian Rohingya itu kini merasakan bahawa kehadiran kami membebankan dan turut mengarahkan kami keluar dari sempadannya.

Menyedari bahawa kami tidak boleh kembali ke Myanmar kami mengambil keputusan untuk menuju ke Pakistan. Namun untuk ke Pakistan kami perlu memilih samada melalui China atau India. Kumpulan kami kemudian terpecah dua apabila ada yang mengambil keputusan melalui China manakala kami mengambil keputusan memasuki India. Malang bagi kumpulan yang memilih China apabila si Sial ketiga di negara kami yang rapat dengan China telah meminta China menangkap kumpulan pelarian Islam tersebut untuk dihantar pulang. Tidak diketahui apa yang berlaku ke atas mereka selepas itu.


DATE: 28 JUN

Dear dairy,

Sorry lambat sambung catatan. So anyway, kami pula dibenarkan melalui India namun dalam keadaan penuh hina kerana India juga pada ketika itu bermusuh dengan Pakistan. Semasa melalui Bihar kumpulan kami disamun, dipukul dan dibaling najis. Kaum wanita semuanya memakai purdah sepanjang masa dan terpaksa bersembunyi di dalam kabilah bagi mengelak diculik dan dirogol oleh samseng tempatan. Keadaan menjadi semakin teruk apabila melalui Uttar Pradesh yang pernah terkenal dengan insiden penganut hindu merobohkan Masjid Babri itu. Beberapa orang wanita dan kanak-kanak perempuan muslim dalam kumpulan kami hilang diculik akibat kelalaian keluarganya. Oleh kerana kami tidak mahu menjemput tindakbalas tentera dari Kerajaan India, maka apa yang mampu kami lakukan hanyalah membaca Yaasin dan berdoa agar mereka yang diculik itu dicabut nyawa mereka oleh Allah secepat yang mungkin bagi mengelakkan mereka mati tersiksa ditangan penculik mereka.

Pergerakan kumpulan pelarian ini agak lambat kerana kami semua menggunakan kenderaan yang ditarik oleh binatang. Tidak ada kereta digunakan kerana pada masa ini dunia sedang mengalami keruntuhan ekonomi global akibat perang dan rusuhan awam di seluruh dunia.

Akhirnya kami sampai ke Pakistan tetapi tidak lama kerana Pakistan juga dikawal oleh Amerika Syarikat. Oleh kerana kumpulan kami menjadi semakin besar setelah disertai pula oleh pejuang dan pelarian Islam dari Kashmir, maka Amerika Syarikat menyenaraikan kami sebagai dibawah ‘pemerhatian’ kerana disyaki mempunyai kaitan dengan ekstrimis agama. Selepas satu kejadian letupan bom di Islamabad yang kemudian difitnahkan ke atas kami, maka kami diarahkan beredar ke Afghanistan.

Berita baiknya di Afghanistan adalah kedatangan kami diraikan oleh penduduknya. Sebab pertama adalah disebabkan Negara kami dulu menjadi destinasi warga Pakistan mencari nafkah. Sebab keduanya pula adalah kerana bendera kumpulan kami.

Oh saya lupa beritahu.. Kumpulan pelarian Islam kami mengibarkan bendera hitam.

Sebenarnya bendera hitam kumpulan kami ini pun bukan dipilih secara sengaja. Bendera hitam pada awalnya dikibarkan oleh pelarian negaraku sebagai simbolik berkabung atas penghapusan bendera ‘Jalur Gemilang’ oleh si sial bertiga yang menggantikannya dengan bendera rekaan mereka bernama ‘Sang Saka Malaya’ tu. Sebab kedua kami mengguna bendera hitam adalah kerana hitam itu mempunyai dua maksud antarabangsa iaitu “Berkecuali” dan “Tanpa Negara” dan oleh itu merupakan formality untuk mengibarkan bendera itu bagi menyatakan bahawa kami hanyalah kumpulan pelarian.

Tapi entah kenapa penduduk Afghanistan kelihatannya tersangat teruja melihat bendera kami. Kumpulan kami dipeluk-peluk, dihidang makanan dan bendera kami dicium-cium. Entah kenapa.

Dear dairy,

Berita buruknya di Afghanistan adalah kumpulan kami kemudian diserang oleh tentera Amerika. Aku dan anak-anakku nyaris maut apabila letupan mortar berlaku hanya 30 meter dari khemah tempat tidur kami.

Tiada sebarang alasan diberikan untuk serangan pada subuh itu. Aku segera mencapai AK-47 ku (pada ketika ini aku sudah mempunyai pengalaman menembak hasil dari ‘lawatan’ ke Myanmar dan India) dan menembak ke arah yang ditunjukkan oleh ‘chief-de-mission’ kami iaitu Syekh Malaya. Anak sulungku pula seperti biasa akan menonggeng di atas badan adiknya iaitu menggunakan badan kecilnya sebagai sebagai perisai melindungi adiknya.

70%  pelarian Islam dalam kumpulan kami maut di tangan tentera Amerika hari itu. Aku dan anak-anakku beruntung kerana sempat melarikan diri. Syekh Malaya memerintahkan aku ikut melarikan diri kerana anak-anakku yang masih kecil memerlukan penjagaan satu-satunya orang tua mereka. Aku dengan hampa dan malu terpaksa duduk bersama kumpulan ibu-ibu yang lain bersama anak-anak mereka menaiki pick-up dan bas kecil melarikan diri manakala kaum bapa dan lelaki bujang bertahan di belakang kami untuk member kesempatan kepada kami melarikan diri.

65% yang maut itu adalah mewakili mereka yang terkorban semata-mata untuk memberikan peluang kepada wanita, kanak-kanak dan aku untuk melarikan diri.

5% lagi adalah mereka yang terselamat semasa serangan termasuk Syekh Malaya dan pejuang-pejuang Afghanistan yang kini ikut serta bersama kami.


01 OGOS

Dear dairy,

Begitu lama aku tidak menulis lagi dalam dirimu. Sekarang ini kami berada di Iraq sedang menunggu berita daripada Syekh Malaya yang lebih awal menunggang kuda ke Mekah untuk bertemu seseorang yang katanya ‘penting’ di sana. Katanya orang itu akan membantu mengubah nasib orang Islam di seluruh dunia.

Aku secara jujurnya tidak tahu apa yang dimerepek oleh Syekh Malaya tu. Bagaimanakah seorang manusia di Mekah itu nanti boleh mengubah seluruh dunia. Hakikatnya bahawa semua orang Islam sekarang berada dalam kesengsaraan dan penderitaan. Tapi aku redha kerana yang penting aku dan anak-anakku mahu pergi dalam Islam. Insya Allah sekiranya Tuhan mengambil kami, biarlah kami pergi bersama agar boleh berkumpul semula dengan isteri, ibu-bapaku dan mertuaku.

30 OGOS

Dear dairy,

Berita Buruk! Kami baru diberitahu bahawa Jeneral Sufyani dari Syria telah menghantar tentera menuju kearah kami tetapi nasib baik mereka mengalami kecelakaan Gempa Bumi di suatu tempat. Entah apa tujuan mereka. Aku dan anak-anakku mesti berkemas sekarang. Utusan dari Syekh Malaya sampai tadi dan memberitahu seluruh kumpulan mesti berangkat segera ke Mekah untuk menemui orang penting itu.

Jadi nampaknya bergerak lagi kami sekeluarga meneruskan nasib sebagai pelarian. Nanti aku tulis perkembangan terkini dalam dirimu lagi. Itupun kalau aku masih panjang umur sebab dengarnya di Mekah pun darurat sekarang.





15 comments:

  1. Replies
    1. Ya mereka tu memang sial bertiga.. harap-harap government akan meluluskan undang-undang antilompat sebelum PRU-13 untuk mengelakkan senario di atas daripada berlaku.

      Delete
  2. waaa..kalo jd betoi camni la esok2 smntara kedtgan Imam Mahdi,.,betapa sedih dan senggsaranyaaaa...gamaknya camni ka
    jd umat Islam kt M'sia..
    Afterdark..dah habis ka citer ni..cam tergantung jaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh itu di atas tu cerpen hasil imaginasi saya jak tu. Berdasarkan profile saya jika panji hitam itu memang tercetus secara tidak sengaja dari Malaysia seperti yang sekarang ini diwar-war dan diharapkan oleh ramai bloggers.

      Saya mendapat inspirasi menulis novel itu selepas memikirkan maksud "terpaksa merangkak di atas salji" di dalam hadis tentera panji hitam itu. Saya asyik terfikir kenapa ada umat Islam pada waktu itu sehingga perlu merangkak? Bukankah seseorang itu merangkak kerana dalam keadaan lapar, cedera atau tiada makanan/pakaian sehingga badan menjadi lemah akibat cuaca sejuk?. Jadi saya pun terfikirlah mungkin umat Islam pada waktu itu terlalu sengsara sehinggakan ada yang merangkak untuk pergi bergabung dengan tentera panji hitam.

      Saya sebenarnya berpendapat bahawa kebangkitan panji hitam itu akan berlaku secara tidak sengaja. Oleh itu sesiapa yang tiba-tiba mengangkat bendera hitam dan mengisytiharkan diri mereka tentera panji hitam (seperti yang berlaku ada di palestin dan iraq sekarang) bukanlah tentera panji hitam yang dimaksudkan. Samalah apabila ada pemimpin yang masuk bakul angkat sendiri dengan melabelkan dirinya Imam Mahadi sudah tentulah bukan Imam Mahadi. Oleh itu pemilihan bendera hitam itu tentulah juga berlaku secara tidak sengaja.

      Saya juga berpendapat bahawa bendera hitam itu sendiri adalah hitam keseluruhannya dan bukanlah bertulisan arab putih (seperti digambarkan di banner head blog saya ini). Di zaman moden ini bendera hitam sebenarnya bermaksud 'tiada negara' yang lebih merujuk kepada kumpulan pelarian dan oleh itu terbitlah idea di atas.

      Lagipun bila sekarang ada cadangan pembangkang hendak menukar bendera kita jika menang PRU13 ni, saya pun terfikir gak "adakah ini pencetus bendera hitam di Malaysia?". Tidakkah mustahil nanti orang-orang melayu akan mengibarkan bendera hitam kerana memprotes 'sang saka malaya' sepertimana orang-orang UMNO dulu melilit kain hitam semasa memprotes Malayan Union?

      Sama-samalah kita berdoa agar kita dijauhkan musibah. Kalau panji hitam itu terbit dari negara lain hatta dari burma sekalipun saya tak kisah asalkan hidung kita tidak sengsara.

      Delete
  3. mr. afterdark, ini cerita terlalu sedih. sebak mata saya membacanya, rasa tak berdaya.

    --riri--

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks riri, sebenarnya saya merancang menulis novel kisah ini selepas selesai novel 'Jerejak' saya.

      Asalnya saya merencana mahu menulis dalam format diari seorang ayah yang bermatian-matian berjuang didalam kumpulan refugee orang-rang melayu dan Indonesia yang dalam pelarian ke Mekah. Ayah itu melakukan sedemikian demi memastikan anak-anaknya yang masih kecil untuk terus hidup.

      Maka akan terjadilah kisah si ayah terpaksa ikut berperang di setiap negara yang dilalui mereka dari burma sehinggalah ke Iraq demi anak-anak tercinta. Namun tidak disangka kumpulan pelarian yang sekarat itulah rupanya bakal menjadi pasukan tentera Imam Mahadi.

      Tapi ternyata saya ini pemalas orangnya. Novel Jerejak saja belum selesai jadi sudah tentu novel seterusnya ini pasti tidak akan menjadi realiti. Jadi saya kongsikan dalam cerita pendek ini saja.

      Mana-mana pembaca yang bisa melengkapkan cerita ini adalah sangat dipersilakan. Malahan anda boleh menghantar cerita ini ke mana-mana majalah atau koran (suratkhabar) dan mengatakan cerita ini milik anda. Saya juga tidak kisah anda menerima bayaran kerana berbuat demikian. Saya anggap sedekah saja.

      Delete
  4. Encik Afterdark

    sejak lepas sekolah-dah bertahun-tahun lamanya-saya malas nak baca cerpen/novel tapi baca juga sikit-sikit sambil lompat-lompat. tapi ada ke 'dimerepek' dalam bahasa Melayu.'direpekkan' saya rasa lebih tepat tetapi still sound funny lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna perkataan 'direpek' nanti akan disangka perbuatan menggoreng kerepek ubi pula.. haha.. Anywah hopefully mesej sampai kira Alhamdulillah lah tu :)

      Delete
  5. Hebatnya dan jauhnya imaginasi anda. Semoga tulisan anda dpt menyedarkan melayu2cyg belot pd bangsanya sendiri. Teruskan perjuangan dgn cara anda sendiri. Ada kelass...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dan mudah-mudahan senario dalam cerpen ini kekal sekadar imiginasi saya..

      Delete
  6. saye pernah bermimpi yg pelik bru2 ni..stelah membaca ayat khilaf pemimpin ke6 dan perengan seterusnya, brulah saye faham maksud mimpi itu..Ya ALLAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya you cerita la jugak apa yang you mimpi tu.. share share sikit.. :)

      Delete
  7. bleh ke saye email?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, email saya adalah afterdark.anwargate@gmail.com

      Tapi kalau komen-komen atau bertukar pendapat tu elok gak kalau dishare melalui ruang komen sebegini

      Delete
  8. Slm, menarik ! Dan yang paling menarik sekali tu ialah ke-tiga2 sial yang dimaksudkan, mmg betul2 sial..

    ReplyDelete