Monday, October 1, 2012

KOMEN KEPADA CERPEN

Seorang pembaca bernama 'zarconia' menghantar email kepada saya yang mana jawapan ingin saya kongsikan di sini (lain kali kalau nak komen penulisan saya boleh tak guna ruangan komen supaya jawapannya boleh dishare dengan yang lain?). Anyway saya cuba nak guna ruangan komen untuk menjawab soalan Zarconia tu tapi rupanya kat ruangan komen ni tak boleh menulis panjang sangat. So terpaksalah saya guna ruangan post artikel baru ni saja.

DISCLAIMER

Terlebih dahulu ingin saya katakan bahawa saya ini manusia biasa yang khilaf dan pasti melakukan kesilapan. Jadi kalau tafsiran saya dibawah silap di mana-mana, harap tegur tapi janganlah maki plak. Kesian saya. Lagipun saya ni mentafsir secara sekular. Ramai lagi bloggers yang berilmu yang tafsiran mereka lebih tepat.

Zarconia:

Saya nie peminat blog-blog dakwah dan kospirasi dan saya sering follow blogger seperti Mistifiles, Abatasa, Insan-Insan Pendakwah dan lain-lain. Dalam banyak-banyak pandangan mengenai kebangkitan panji-panji hitam di Malaysia, pertama kali saya membaca pendapat mengatakan bahawa tentera Imam Mahadi adalah berasal dari pelarian perang yang melarat! Bukankah kajian bloggers lain menyatakan bahawa tentera panji hitam itu akan bangun dengan gah menuju ke Mekah? Saya tak setuju dengan cerpen tuan itu dan saya harap tuan dapat membatalkannya dari blog tuan kerana ia merendahkan martabat pencetus tentera imam mahadi.

Afterdark:

  • Alaaa.. sekadar cerpen hasil imaginasi saya jak. Bukan tulis dengan serius pun :)

  • Lagipun saya ni sekadar 'profiler' yang dalam bahasa melayunya bermaksud 'pentafsir' so cerpen itu hanyalah sekadar tafsiran yang sudah pasti tidak perlu diambil serius. Lagipun follower blog saya bukan ramai pun. 107 orang saja. So toksahlah cemas hehe.

  • Anyway, saya cuma memberi tafsiran alternatif kepada ramalan ramai bloggers Malaysia yang siang malam mewar-warkan panji hitam itu bakal terbit dari Tanah Melayu. Sekadar ingin saya peringatkan diri saya dan sahabat-sahabat bloggers saya bahawa kebangkitan Sinar Islam itu mungkin akan didahului oleh zaman kegelapan dan kesengsaraan. So saya yang pengecut ini personally lebih prefer kebangkitan itu bermula di negara lain (yang sudah memang sengsara seperti Iraq atau Afghanistan) sebab saya tak nak hidup sengsara. Saya nak terus berkereta, makan nasi dan hantar anak sekolah sementara menunggu kedatangan Imam Mahadi.

  • Bayangkanlah jika Afganistan yang sengsara itu ditakdirkan bukan tepat terbitnya bendera hitam, maka sudah pasti negara terbit itu akan lebih sengsara dari Afghanistan! Mak oii.. Simpang malaikat empat puluh empat! Anak-anak saya masih baby lagi.

  • JIKA panji hitam terbit dari Malaysia, maka tafsiran saya secara logik dan sekular adalah berdasarkan pemahaman kumpulan saya bahawa the universe work (a) literally (b) in a circle and (c)therefore causing repeated events like dejavu.

  • Didalam hadis sahih mengatakan bahawa tentera As-Sufyani akan cuba menghalang panji hitam tetapi tentera As-Sufyani akan ditelan bumi akibat gempa bumi di pertengahan jalan. Kalau tidak silap saya dalam peperangan mijahidin umat Islam adalah jarang sekali Allah menurunkan bencana alam untuk mengalahkan musuh Islam kecuali jika (a) tentera Islam itu sendiri dalam keadaan tidak berdaya (b) keadaan adalah sangat genting sehinggakan hidup matinya Islam adalah bergantung kepada menang kalahnya orang Islam. Kalau tak percaya lihat sahaja perang Khandak di zaman Rasulullah. Dalam banyak-banyak perang dizaman baginda hanya itu sahaja sekali perang dimenenangi kerana bencana alam. Lagipun mujahidin fisabilillah sebenar jika berpeluang untuk menang pasti akan diberi peluang oleh Allah untuk mati syahid kerana itulah tiket ke syurga (bukan macam tiket PAS). Lagi satu kita lihat senario Yakjuj dan Makjuj dimana selepas orang Islam dibawah nabi Isa gagal mengalahkan Yakjuj dan Makjuj dan hampir kebuluran barulah Allah menurunkan penyakit yang menghapuskan golongan Yakjuj Makjuj itu sehingga mayat mereka bergelimpangan. Kejadian yang sama juga seringkali berlaku di Chyechnya dan Afghanistan. Oleh itu berdasarkan pemerhatian ini saya memprofilkan bahawa gempa bumi yang menenggelamkan tentera As-Sufyani itu mungkin kerana tentera panji hitam pada ketika itu berkeadaan 'pasti kalah' dan 'pasti dihapuskan' jika bertempur dengan tentera As-Sufyani. Dan memandangkan senario itu adalah sama seperti perang khandak dimana ianya menentukan hidup mati Islam di bumi ini, maka Allah memerintahkan bumi menelan tentera As-Sufyani itu sebelum mereka sempat memintas tentera panji hitam.
  •  Okey, memang ada hadis (tak pasti hadis soheh atau meragukan) mengatakan bahawa tentera panji hitam itu tidak pernah terkalahkan dan malahan mampu mengalihkan gunung. Oleh itu mungkin tafsiran saya tersasar jauh. Tapi saya mentafsir bahawa tentera panji hitam itu hanya akan menjadi tentera fisabilillah imam mahadi apabila mereka diperakui (dibaitkan) oleh imam mahadi sendiri. Saya mentafsir bahawa tentera panji hitam itu tidak akan wujud secara masuk bakul angkat sendiri (self-proclaimed). Samalah juga Imam mahadi tidak self proclaimed dirinya Imam Mahadi semasa di Mekah. Oleh kerana dunia ini selalunya ironi dan lucu, saya mentafsirkan bahawa Imam Mahadi akan dibait oleh 9 orang yang salah satunya pemimpin kumpulan muslim yang membawa bendera hitam manakala tentera panji hitam itu sendiri akan dibaitkan oleh Imam Mahadi. Selepas dibait barulah mereka menjadi 'tentera mahdi' yang tak terkalah.
  • Saya mentafsir bahawa kebangkitan profile kebangkitan panji hitam itu ada ironinya dengan sejarah islam itu sendiri. Contohnya hadis mengatakan bahawa panji hitam dipimpin oleh 313 lelaki berhati waja yang secara kebetulan sama dengan sejarah perang badar yang tenternya juga 313 orang. Salah satu elemen penting dalam sejaran islam ialah 'Hijrah' dimana orang islan yang sengsara berhijrah untuk mengelak dibunuh. Elemen-elemen tafsiran ini saya saya ingin terapkan di dalam novel tetapi sebab saya ni pemalas sangat maka saya tulis cerpen di atas saja hehe.
  •  
  • Kepada penyokong PAS dan PKR yang mungkin kecil hati dengan cerpen saya di atas, saya nak minta maaf tapi apakan daya, kain hitam memang lebih sinonim dengan UMNO pun. Salah satu punca kemarahan orang melayu sewaktu pra-merdeka adalah pengenalan bendera Malayan Union. Orang melayu melilit kain hitam sebagai tanda bantahan. Malah ada yang mengatakan bendera hitam juga dikibarkan di Johor. So tu sebab saya tafsirkan bahawa jika Sang Saka Malaya yang bodoh tu dikibarkan menggantikan Jalur Gemilang maka orang UMNO akan kibarkan plak bendera hitam.
  •  Tapi mudah-mudahan cerpen saya tu sekadar satu repekkan saya saja hehe. Marilah kita berdoa bersama-sama agar Malaysia ini tidak ditimpa musibah. Kalau musibah sekalipun biarlah macam zaman jepun iaitu masih boleh balik kampung makan ubi.

20 comments:

  1. as salam AfterDark,

    u know what...baru2 ni seorang kawan mengejutkan saya dengan mula membeli tepung & gula

    dia kata akan selalu beli tepung & gula untuk simpanannya

    dia ada dengar bhw akan berlaku zaman susah - kekurangan makanan di masa depan. saya tersenyum dan teringatkan kempen AfterDark sebelum ini

    saya ingat dia bergurau, tapi dia memang serius dan akan membeli tepung & gula setiap kali pergi berbelanja

    sounds like someone, somewhere, some group of people - already received your message that you keep telling us before

    ReplyDelete
    Replies
    1. apahal dia beli tepung dan gula jak? tu dua-dua karbohidrat tu.. karang kencing manis susah jugak tu. Zaman susah nanti takde insulin.

      Saya plak tengah beli beras. Hari tu beli 100 kilo tapi rupanya beras ni takleh simpan dalam plastik lama-lama. Rasa tak sedap. So lepas ni nak masukkan dalam bekas botol mineral terpakai macam preppers kat US buat tu. Ni nak start kutip botol mineral terpakai la ni.

      Nasihat ayah saya ialah - Kalau hari ni Najib umum tarikh pilihanraya, maka segeralah pergi beli beras untuk disimpan sebelum hari membuang undi. Maklumlah lepas pilihanraya entah apa lagi si Sial bertiga tu buat.

      Delete
    2. OK...saya akan ingatkan dia utk beli beras pulak

      garam pun masuk juga kan...

      Delete
  2. Anda betul, mr.afterdark. Kalaulah panji-panji hitam itu muncul dari nusantara kita ini, aduh ibu, takutnya saya. Di Indonesia ini sudah sangat banyak setan manusia, jadi bisa dikatakan di sini sudah masuk zaman rembang petang, belum lagi kegelapan. Kalau kegelapan datang mungkin akan seperti yang dikatakan dalam visi kuno Jayabaya, pulau jawa terbelah dua, bumiputera tinggal setengah, cina tinggal sepasang.

    Lain kali mungkin anda bisa menulis cerpen yang lebih hot dan optimis. Tidak lagi tentang pelarian, tapi tentang perjuangan membebaskan tanah air dari genggaman setan-setan manusia yang tidak tahu diri, dan kemudian perjuangan itu meluas menjadi membebaskan pula negeri serumpun, menghantam si singa yang kurang ajar, menyatukan negeri2 serumpun menjadi satu negara sebagaimana sebelum dipecah2 oleh Inggris dan Belanda, dan kemudian menjadi satu kekuatan baru di muka bumi. Kekuatan yang berlandaskan pada ruh Islam, sehingga untuk menyatukan muslim sedunia agar mau bersama-sama berjuang di bawah satu bendera membebaskan negeri2 muslim yang dizalimi, bendera negara disimpan dan bendera hitam dikibarkan sebagai panggilan jihad.

    Just my two cents.

    --riri--





    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey, nanti di lain masa saya akan menulis cerpen (cerita pendek) yang lebih memberi semangat kepada kita semua sebagai rumpun melayu. Nanti saya akan cuba selidiki sedikit sejarah dan logistik indonesia mana tau bisa memberi idea cerita yang sesuai. Ngomong-ngomong begini saya harap riri bisa juga memberi input keadaan di Indonesia ya kerana teman-teman saya dari Indonesia dalam kumpulan Watcher sudah lost contact lho. Saya runsing ni memikirin si Prabowo calon 2014 tu. Kalau dia jadi Presiden wah bisa memberi brabe impaknya kepada seluruh masyarakat nusantara kita.

      Delete
    2. Okelah, akan saya coba. Yang jelas, saat ini Prabowo memang sedang naik daun sebagai calon presiden harapan Indonesia. Dia menebar pesona pada semua kalangan, mulai dari ulama, politisi, intelektual, sampai rakyat jelata. Penulis berbayar diperintahkannya untuk menulis buku yang mempromosikan Prabowo sebagai "satria piningit" yang diisyaratkan dalam visi jayabaya akan memimpin nusantara, karena banyak sekali orang Indonesia yang meyakini akan kedatangan satria piningit untuk membebaskan mereka dari kesengsaraan.

      Hanya rahmat Allah yang bisa menggagalkan pergerakannya menjadi presiden.

      --riri--

      Delete
    3. Ternyata strateginya Prabowo itu sama sekali dengan Anwar Ibrahim di Malaysia.. Ya memang begitulah namanya juga satu 'majikan'..

      Delete
  3. Assalamualaikum w.b.t

    Saya begitu tertarik dgn kesemua artikel saudara afterdark & rakan2 blogger yg lain.

    sudah lama saya mengikuti dan memahami segala apa yg cuba disampaikan.

    ~ SMHSMT Barakbah ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SMHSMT (wah mesti panjang ni nama sebenarnya dalam IC) atas sokongan!

      Delete
  4. Salam Afterdark...

    Saya nak share satu perkara..sehingga sekarang, kebanyakan ulama2 dan sheikh2 di Indonesia bersetuju bahawa Islam xkan bangun dari sana..tidak ada peluang di Indonesia..mereka berpakat mengatakan Malaysialah negara akan lahirnya Panji-Panji Hitam Itu..atau paglima Imam Mahdi iaitu Pemuda Bani Tamim...hampir saatnya berlaku kemunculan panglima ini..jikalau nak lebih confident, boleh tanya Sheikh Imran Hosein..PASTI DARI MALAYSIA..Pastiii..namun xperlulah dengan menyimpan beras gula garam semua tue..itu semua tde guna..satu-satunya senjata adalah berWIRID..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai janganlah kita mengetepikan Indonesia tu dulu. Kalau bukan angin bertiup takkanlah pokok bergoyang. Kalau Indonesia tidak relevan takkanlah barat sumatra dibom masa tragedi tsunami di Acheh dulu. Profiling kumpulan kami mentafsirkan bahawa Indonesia, Malaysia dan Brunei semuanya berkait (tapi tetap juga saya berdoa agar rantau kita ni langsung tak terlibat dalam apa-apa pun peristiwa kebangkitan panji hitam)

      Pasal persiapan tu, well saya ni bukan alim ulama. So saya rasa kalau kalau berwirid dan berdoa pun beras takkan tumbuh sendiri lagi. So saya mesti simpan stok makanan juga. Lagipun anak-anak saya masih kecil, so kalau tanam ubi pun kena juga stok beras, susu, air dan apa-apa yang patut supaya boleh makan sementara tunggu ubi tu boleh dipetik.

      Tak apalah kita semua ada cara masing-masing. Siapa yang simpang tepung boleh ngap roti canai tiap hari. Siapa simpan beras boleh la makan nasi kicap kot. Yang penting kita bersedia dengan cara kita masing-masing sambil berdoa dan beribadah.

      Delete
    2. Menurut Sheikh Imran Hosein tentera panji hitam adalah pejuang2 di Afganistan.... pada pandangan saya pejuang ini tidak akan bangkit di tempat yang tiada atau kurang penindasan... jadi nampaknya Malaysia terkeluar dari senarai tersebut.... lainlah jika tiga s**l tersebut dapat merampas kuasa dan menindas umat Islam.... ada kemungkinan panji hitam akan bangkit di sini!

      namuan satu yang perlu difikirkan mengapa Sheikh Imran Hosein sejak 2011 menjadikan Malaysia sebagai "base" untuk menyampaikan "idea" beliau.... siapakah Sheikh Imran Hosein dalam agenda akhir zaman dan mengapa beliau memilih Malaysia??

      Delete
    3. I agreed.. It ought to be the Afghan or Chechen because they've been known to be a warrior race and they've been suffering all these while.

      But there's this thing about the timeline which doesn't really fit with them being the spark. Remember the hadis about the spark of black banners by a race of Bani Tamim who initially went to war to demand for his/their rights?

      Well, we in the Watchers group profiled EVERYTHING LITERALLY. So under this rule of thumb we believe that it means that the 'spark' occured the FIRST TIME Bani Tamim went to war in demand for his/their rights.

      The thing about Afghan and Chechen is that they've been demanding for their rights since long ago.. again and again.. one war over another.. and still there's no spark.

      So that's a fruit for thoughts.

      But let's hope the spark happens some place else. Let Malaysia be spared from future mention in any text books during Al-Mahdi and Al-Isa days.

      Delete
    4. saya rasa Sheikh Imran Hosein duk kat malaysia sebab sini ramai bangsa asing(student)dan juga faham bahasa english..senang untuk dia berdakwah..rakyat malaysia pun sekarang dah banyak open minded n boleh terima pendapat dan kajian beliau..

      Delete
    5. hmmm... info terbaru .... Sheikh Imran Hosein berkata beliau akan membuka Institue of Eschotology di Malaysia yang berkonsepkan "Muslim Village" dimana sesiapa boleh tinggal disana tanpa bayaran dimana penginapan dan barang2 dapur disediakan kepada yang tak mampu. Sila lihat ceramah beliau yang terbaru di youtube.

      Delete
    6. Semoga hasrat Sheikh Imran Hosien yang saya rasa disokong oleh Kerajaan Malaysia sekarang dan Kesultanan Brunei itu akan menjadi kenyataan. Marilah kita bersama-sama berdoa agar Tiga Sial dalam cerpen saya tidak menguasai Putrajaya selepas PRU13 kerana kalau mereka naik, alamat tak menjadilah impian Shiekh Imran tu..

      Delete
    7. Ternyata manusia semua diatas semua Nya kaki Batu , kaki perasan dan teramat sesat ...

      Delete
  5. Salam malam Jumaat
    Semoga malam Jumaat ini membawa segala keberkatan untuk kita sebagai hambaNya
    اِÙ†ْØ´َآءَاللّÙ‡ُ

    SMHSMTB

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. @ Zarconia: "Saya nie peminat blog-blog dakwah dan kospirasi dan saya sering follow blogger seperti Mistifiles, Abatasa, Insan-Insan Pendakwah dan lain-lain. Dalam banyak-banyak pandangan mengenai kebangkitan panji-panji hitam di Malaysia, pertama kali saya membaca pendapat mengatakan bahawa tentera Imam Mahadi adalah berasal dari pelarian perang yang melarat! Bukankah kajian bloggers lain menyatakan bahawa tentera panji hitam itu akan bangun dengan gah menuju ke Mekah? Saya tak setuju dengan cerpen tuan itu dan saya harap tuan dapat membatalkannya dari blog tuan kerana ia merendahkan martabat pencetus tentera imam mahadi".

    Ngak perlu dibatal dibuang cerpen tersebut dari blog Tuan Tanah. Beliau berhak dgn kefahamannya sendiri. Begitu juga dgn laen2 komenter, masing2 bisa bebas dgn kefahaman sendiri2. Kalo dibilang tentera Imam Mahdi berasal dari pelarian perang yg melarat, itu pun bener juga. Kalo dibilang tentera Imam Mahdi bukan berasal dari pelarian perang yg melarat, itu pun bener juga. Terpulang dari sudut sejarah mana dulu yg kita pandang. Sejarah Nabi SAW dan sejarah Islam Sejati telah banyak dipalsukan diselewengkan semenjak Puak 28 Kapir Kuraisy & The Gangs bertahta berkuasa. Begitu juga Hadis2 berkenaan Ahlulbait Nabi, Imam Mahdi AS serta Pasukan Panji2 Hitam telah turut sama diciplakkan diporak-perandakan. Dunia sedang meniti Akhirul Zaman, malangnya Dunia Islam sedang nyenyak mengigau bermimpi lagi disiang hari.

    Gunong Everest yg tertinggi didunia berada dipuncak Banjaran Himalaya telah digoncangkan dgn gempa bumi yg dahsyat dibulan Aprin tahun 2015 ini. Kota Katmandu telah lumpoh ranap menyembah bumi. "Father Sun is still boiling the underground lava and Mother Earth is still shaking...." Apakah giliran negara Malaya akan mengalami bencana yg sama nanti, ato akan berlaku malapetaka berbentuk laen pula? Ngak ketahuan, namun hanya Allah Yg Maha Mengadili Menghukumi, kepada siapa jua yg melakukan kezaliman kekufuran kesesatan diatas muka bumi Allah ini. Perlu diingat negara Malaya telah awal2 lagi dikejutkan dgn banjir besar paling luar biasa. Firman Allah : "Tidak sempurna Iman hamba-Ku itu selagi dia belum diuji". Nantikan dulu apakah balak yg akan menimpa negara Malaya ini? "The trained Young Magicians are at works. The oracle says you all just wait and see.." Sang Ratu Adil Sejati aka Imam AlMahdi sentiasa memerhati .....Allahu'alem.....

    ReplyDelete