Friday, October 12, 2012

BEZA TAHAALUF SIYASI UMNO DAN PAS

Sebenarnya saya pernah bercadang untuk tidak terlalu memberi komen politik didalam blog saya ini. Apatah lagi nak memandai-mandai mengajar hukum hakam lagilah saya tak berani sebab saya pun bukan ulama.

Lagipun ini saya sekarang ialah blogger AfterDarkWrites yang membawa amanah the Watchers Group bagi menyebarkan maklumat yang jauh lebih mendesak daripada sekadar politik Malaysia. Jadi tidak sepatutnya saya terbawa-bawa dengan rentak saya ketika menjadi webmaster untuk laman web anti-reformasi 'AnwarGate' sewaktu saya masih di universiti pada 1998 dahulu.

Tapi isu terkini menyangkut kepada kenyataan terkini ustaz Nasha ni saya kena komen sikit.

Dibawah ini merupakan petikan daripada MalaysiaKini

KUMPULAN SISWA ISLAM TUNTUT PAS GANTUNG KEAHLIAN NASHA

Kumpulan mahasiswa Islam mendesak Majlis Syura PAS mengheret bekas timbalan presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa ke tribunal hisbah kerana kenyataannya tentang kemenangan Islam sebelum ini.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Syis Abdul Kadir mendakwa, kenyataan Nasharuddin bahawa "kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir" mencemarkan nama Islam dan memberi tanggapan buruk kepada kepimpinan Islam.

"Tegasnya saya mendesak agar Majlis Syura PAS membawa Nasharuddin ke tribunal hisbah di atas kesalahan yang dilakukan serta memberi hukuman sekurang-kurangnya digantung keahlian PAS.

"Ini adalah demi menjaga keharmonian dan imej Islam," katanya.

Persatuan yang dekat dengan pembangkang itu juga berhujah, terdapat banyak kerjasama politik dan perkongsian kuasa dalam sirah yang membina kemenangan Islam, seperti konsep himayah, peristiwa hilful fudhul dan pembukaan kota Madinah,

"Apakah beliau benar-benar tidak menyoroti sirah Rasulullah SAW serta peranan dan keperluan tahaaluf siyasi (kerjasama politik) atau buat-buat jahil?" soal Syis.

Nasharuddin pada 9 Oktober lalu berlata seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.


Komen Saya:

Saya akan cuba sampaikan point saya seringkas dan se'universal' yang mungkin. Para pembaca pun tahu bahawa kami di dalam kumpulan Watchers mengambil pendekatan menjelaskan Islam secara common sense yang boleh difahami oleh semua orang tidak kira samada Islam atau bukan Islam. Lagipun Islam itu kan 'straight forward' dan mudah difahami oleh itu walaupun saya tidak terlalu merujuk kepada kitab pun sepatutnya boleh juga point sampai.

So kepada puak-puak yang sekarang tengah 'membelasah' kenyataan Ustaz Nasha tu, saya cuma nak tanya soalan ini?

"Dalam sejarah Tahaluf Siyasi di Zaman Rasulullah dan Sahabat, pernah tak Tahaluf Siyasi itu berlaku dalam keadaan di mana pihak Islam adalah pihak yang lemah sehingga yang menetapkan kandungan persepakatan itu adalah sebenarnya orang bukan Islam?"

Get my point adik-adik mahasiswa sekalian?

Saya bukan ulama tapi kalau persepakatan atau perjanjian itu orang kafir sebagai penuntut (kerana kuat) manakala orang islam sebagai tukang ikut (kerana lemah), itu bukan Tahaluf Siyasi adik-adik mahasiswa oiiii..

Sewaktu Peristiwa Sirah memanglah Rasulullah ada membuat perjanjian persepakatan dengan golongan musyrikin, tapi jelas tu disitu bahawa Islam di pihak yang dominan manakala musyrikin pula adalah pihak yang mengharap. Walaupun perjanjian Hudaibiyah seolah-olah melebihkan kepada orang musyrikin namun hakikatnya kaum musyrikinlah yang menghantar Suhail bin Amru menemui Rasulullah terlebih dahulu kerana takut dengan tindakbalas kaum Muslimin setelah tersebar khabar angin mengatakan Uthman bin Affan telah dibunuh.

So secara common sensenya, persepakatan pembangkang sekarang bukan Tahaluf Siyasi sebab yang dominan dalam persepakatan bukanlah PAS tapi DAP. DAP yang dominan manakala PAS pula ikut-ikutan sebab nak merayu undi cina (ini bukan saya cakap.. Niz Aziz sendiri yang mengaku).

Kalau penyokong Pakatan betul betul nak lihat contoh Tahaluf Siyasi yang pernah berlaku di negara Malaysia maka sila baca sejarah persepakatan UMNO dengan GERAKAN selepas peristiwa 13 Mei. Haaaa itu barulah Tahaluf Siyasi yang sebenar. Generasi muda sekarang semua dah lupa bahawa Parti Gerakan pada tahun 1969 adalah parti ektremist cina anti-melayu yang sama harbi dengan DAP dulu dan sekarang. Malahan peristiwa 13 Mei itu sendiri bermula apabila Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan meminta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor.

Tetapi selepas 13 Mei orang cina dalam ketakutan kerana takutkan pembalasan orang-orang melayu. Pada waktu itu boleh saja UMNO membalas dendam dengan menindas orang-orang cina jika UMNO mahu tapi Tun Abdul Razak memilih untuk ber'tahaaluf siyasi' dengan parti Gerakan dengan menerima permohonan maaf parti Gerakan dan membenarkan Gerakan join Perikatan. Tun Abdul Razak buat begitu sebab tidak mahu kitaran keganasan dan dendam berterusan.

Lihat saja bagaimana UMNO telah men'convert' parti Gerakan selepas itu? Parti Gerakan selepas itu bertukar daripada parti ekstemist cina kepada parti liberal cina yang mengiktiraf kekuasaan politik orang-orang melayu.

Pernah tak selepas 1969 parti Gerakan menuntut agar hak orang melayu dihapuskan? Pernah tak Parti Gerakan menentang Raja-Raja Melayu? Pernah tak parti Gerakan menuntut menjadi Timbalan Perdana Menteri? Pernah tak parti Gerakan mempertikai dasar Islam di negara ini?

Tak pernah bukan?

Persepakatan di mana kaum Muslimin mengetuai persepakatan tersebut barulah boleh dianggap Tahaaluf Siyasi. Dalam Barisan Nasional UMNO adalah dominan manakala MCA dan GERAKAN adalah sekunder. Dalam Pakatan Rakyat pula keadaannya terbalik di mana DAP yang dominan manakala PAS dan PKR pula adalah Sekunder.

Tahaaluf siyasi apa ke bende macam tu?

P/S: okey penyokong pembangkang..  bring it on... tapi sila guna hujah common sense ye.. biar fair.. kalau asyik nak spin dan menyalahguna maksud hadis dan al-kitab.. ko pergi berdebat dengan kawan aku blogger Insan-Insan Pendakwah tu.. Dia ada CD collection kitab-kitab ulama.


26 comments:

  1. ni masalah budak2 pendek akal nk masuk politik.asal ada sikit pandai agama dh pandai2 bwk kuar hukum sana sini..tgk bdk2 PAS nk spin mcm mana..aku pernah tgk satu video pemimpin cina bg ceramah dkt ostat PAS,pung pang pung pang,tibe2 takbir.tibe2 cina bkn Islam ni laung takbir..ustad2 pAS pn sambut....ALLAHHUAKBAR!! laaa..smpi mcm tu kafir bole brainwash utk benci kita sesama ISLAM..itu kire contoh plg simple la mcm mana kafir dh bole jd lead utk org ISLAM menentang kita sesama ISLAM..kalo x..xkn la Guan Eng bole mengaku mengikut kepimpinan khalifah Uthman bin Affan,ustad2 PAS bersorak gembira..ye dok..

    ReplyDelete
  2. Saya setuju pihak islam mesti kuat dlm apa juga tahaluf siyasi. Spt di Lubnan, Hizbollah yg lebih kuat bertahaluf dgn parti kristian. Apabila US nak masuk campur, kristian memihak Hizbollah. Yg peliknya parti Hariri, satu lagi kumpulan islam yg kompromi dgn US.Tapi oleh kerana Hizbollah kuat, cubaan US tu gagal.

    Umno tu parti secular Asobiyah Melayu, bukan parti islam. Kerjasama dgn parti bukan islam Malaysia bukan tahaluf siyasi spt nabi buat. Ia adalah tahaluf antara parti2 secular. Apa yg Umno buat utk kepentingan asobiyah Melayu. Islam dijadikan alat shj utk kuatkan asobiyah melayu.

    PAS memang parti yg lemah dlm PR. Tentu PAS tak setuju dgn pendpt ini, tetapi itulah hakikat. PAS kalah dlm perbincangan tertutup PR walaupun sebenar PAS kuat disegi ahli dan grass root. Jadi sebenarnya yg lemah ialah pemimpin PAS. Tengok barisan pemimpin PAS, ramai yg tua berbanding PKR dan DAP. Lihat programPAS, kebanyakannya cara 80-90an dan PAS gagal mendekati org muda yg sukakan cara yg creatif. Akibatnya PAS dilihat lemah. Tenaga org muda dlm PAS terbazir sbb kepimpinan org tua tidak beri laluan kpd generasi muda. Kalau org tua tetapi kepimpinan cara muda spt gaya Anwar pimpin PKR mungkin masih boleh diterima generasi muda..

    Antara PAS dan Umno, PAS tetap lebih islamik dari Umno. Tetapi PAS tak kuat berbanding kponen dlm PR. Tetapi Umno yg secular dan asobiyah itu pun lemah. Oleh itu perlu pilih antara PAS dan Umno. Pas yg lemah bersama PR yg berpotensi menang PRU13 dan Umno yg mSih bekuasa yg akan kalah.

    Pada pendapat saya, Umno masih dilihat kuat kerana masih berkuasa. Saki baki kuasa itu yg masih menyelamatkan imej Umno. Tampa baki kuasa itu, Umno dah lama bungkus. Yg mempertahankan Umno bukan ahli2nya tetapi media, polis, kehakiman/pej peguam negara dan SPR. Najib seorg saja yg dilihat kuat sbb dia PM. Jentera kjaan bantu dia. Pemimpin Umno lain mana kuat kerja bela parti, mungkin leka dgn kesenangan. Tengok PR, mereka kuat bekerja.. Tentulah yg kuat kerja akan menang. Mereka boleh melupakan perbezaan pendapat utk mencapai satu tujuan.

    Rumusannya, Umno bukan parti islam. Kalau Umno parti islam, dah lama islam dimertabat di Malaysia. Waktu Umno kuat dulu, byk yg boleh dibuat utk mertabatkan islam. Apa yg dibuat Umno hanya mertabatkan pemimpin2 umno menjadi golongan bangsawan melayu. Golongan bangsawan ini pulak kerjanya membodek org yg berkuasa agar mereka terus kaya. Ramai org melayu yg miskin dilupakan. Umno hanya guna islam utk dptkan sokongan org islam. Skrg bila dah terdesak, baru kedengaran Umno hendak bela islam..

    Dan Pas pulak kena befikir dan bertindak bijak sebagai parti islam. Parti islam mesti mengatur tahaluf siyasi dgn bijak dan mesra. BIJAK supaya islam dimertabat dan MESRA agar Islam dilihat ADIL!

    ReplyDelete
  3. masalah dengan org PAS ni suka syok sendiri...boh label parti Islam pastu ngaku parti Islam jaja kat semua orang...setakat ceramah agama ngan kutuk dasar kerajaan yg tak islamik memang PAS terer...

    tapi bila PAS sendiri buat apa yg dikutuknya sebelum ni kata kerajaan sebagai tidak Islamik tetiba keluar hujah dan dalil yg boleh pulak... jgn la terlalu konfiden yg pengundi atas pagar ramai akan sokong PAS kali ni...kalau setakat berkawan ngan kaum PAS saja mmg la nampak macam ramai org sokong PAS sbb dah semua satu kepala....

    sebelum hasan ali n nasha cakap pasal benda yg belaku dalam PAS...org luar dah lama nampak dah apa yg belaku kat PAS sekarang ni....haron din pon dah bersuara...bila org2 ni cakap umpama mengiayakan la apa yg org luar cakap...bukan semua org diluar PAS yg menentang PAS tu adalah org UMNO..tu pon org2 PAS kena paham jugak

    apa apa pon anwar ibrahim adalah petualang negara...ikut anwar semua boleh jahanam...nak selamat tinggalkan anwar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org PAS syok sendiri pun satu hal. Rasa hebat dan lebih baik dari org lain ditegah islam. Sbb itu kalau PAS sendirian, jgn mimpi akan menang dlm PRU13. Tetapi PAS telah bertahaluf dgn PKR & DAP dlm PR. Disini PAS berpotensi menang.

      PR berpotensi menang atas dua sbb; PERSPEKTIF dan MODE.

      PR lebih berjaya memberi pespektif kod umum rakyat bahwa BN yg diketuai Umno adalah pemerintah yg bobrok: rasuah, cronism, nepotism, asobiyah, tidak adil dsb. Pespektif ini berjaya diterap kdlm minda umum. Sebagai pakatan pembangkang, PR mendakwa segala keburukan itu. Nama pun PEMBANGKANG. Tetapi tingkah laku pemerintahan BN mengiyakan dakwaan itu secara tidak langsung.

      Contohnya isu NFC yg babitkat duit pembayar cukai 250juta boleh digunakan utk kepentingan keluarga Shahrizat. Org Umno sendiri pun marah. Betapa mudahnya org yg tak ada pengalam menternak lembu dpt 250 juta yg boleh diguna utk tujuan selain ternak lembu sedang org lain susah nak dpt pinjaman. Isu ini memberi pespektif BN pemerintah yg bobrok. Cara BN mempertahan NFC diperingkat awal juga memberi pespektif BN mrngamalkan cronism.

      Byk isu lain yg sama spt NFC yg memberi perpektif sama. Kalau dah byk sgt, maka kebanyakan rakyat akan mempunyai pespektif yg sama. Dan "politic is about perspective". Dlm hal ini, kelebihan memihak PR. BN seperti serbasalah. Apa juga yg dilakukannya, kelebihan tidak memihak kpd BN. Bukan semua rakyat menolak BN. Tetapi pespektif yg tidak memihak kpd BN itu yg memberi kelebihan pulak kpd PR.

      MODE: Mod skrg ialah "regime change" (RC). PR berjaya exploit RC ini. RC telah berlaku di negara jiran Indon, Thai, Philipine. Malaysia dan Singapura je belum. Malaysia yg kurang stabil berbanding Sing lebih prone to RC. Ditambah pula dgn perkembangan di TT. Mode ini tidak mustahil akan menular ke Msia. Byk independen party yg buat survey tentang populariti Najib berbanding pembangkang. Yg pro BN memberi laporan Najib masih popular.. Tetapi lapuran populariti Umno tidak pernah dikeluarkan.. Apa maksudnya itu.. Saya pernah bincang dgn pengurus station TV tempatan yg beritahu Najib mungkin popular sbb media arus perdana mempromosi beliau tetapi Umno TIDAK popular!

      PR belum tentu lebih baik dari BN. Tetapi faktor PERSPEKTIF dan MODE nampaknya memihak kpd PR. Itu lah pendapat saya..

      Delete
    2. Thank you for commenting here. I welcome all sort of comments as long as everyone address each other reasonably polite. Now if you don't mind I would like to comment on a few things mention in your comments.

      "Secularism, is the principle that government institutions and their representatives must remain separate from religious institutions, their beliefs, and their dignitaries."

      If UMNO is secular there will be a total separation of faith from the government institutions. There won't be a single cent allocated for religious institutions or and other institution with religious theme in it. In short there won't be funding for Mahkamah Suariah, Majlis Agama Islam, Jabatan Kemajuan Islam etc as well as other institutions such as Universiti Islam Antara Bangsa (IIUM), Universiti Sains Malaysia (USIM), IPG Kampus Pendidikan Islam and several others.

      In fact, there won't be any federal budget for building and maintaining any Mosques.

      It will be exactly like the United States. In school Islam won't be one of the Islamic school subject and religion is only something discussed during World History classes. In fact, in United States even placing Ten Commandments monument is considered by some as violations of their constitutional right.

      So you see, you've been duped and misled by the opposition propaganda. Whereas it is true that Malaysia is country which does not adopt hudud laws, has yet to arrest citizens for violating Islamic dress code and other Islamic Criminal Laws in public, that does not make UMNO and this country a country which pratice secularism in governing. If you can find a free time to read the policy introduced by Kamal Ataturk and compare it with the police introduced by Tun Mahathir when both of them came to power, you will have better understanding why 'secularism' is all about.

      You have to understand the difference between a situation where there is 'a lack of' and a situation where there is 'an absent of'. Just because UMNO does't practice laws like the Talibans does not means that UMNO is secular.

      I however do agreed that UMNO is not entirely Islamic either but from a governing point of view - so does PAS nowadays. PAS also issued permits for entertainment outlet and the selling of booze, remember? And this so labelled 'tahaluf siyasi' with PKR and DAP is the latest political policy which violates Islam the most.

      PAS of today is a flip of 180 degrees of PAS in its early days when steward by prior leaders like Tuan Mohd Asri Haji Muda. If you say that PAS in the old days is more Islamic than UMNO back then. I WOULD ABSOLUTELY 100% AGREE.

      In the aftermath 0f 1969 riot PAS even joined Barisan Nasional. Now that's a tahaluf siyasi in its true sense. Unfortunately in the 70's there're too many Freemasons in BN and they engineered the 1977 PAS internal conflict which led to riots in Kelantan that year and then the exit of PAS from BN.

      Honestly speaking PAS before it affiliation with Anwar Ibrahim and DAP is rather okay. Incompetent as they may from governing point of view, at least they have better intention and more Islamic in many ways. But PAS in league with PKR and DAP is so bad in many ways, PAS are now gradually fulfilling the role in the prophecy of the end of time as Khawarij.

      UMNO on the other hand, has ironically reversed it roles. UMNO which was originally funded and supported by the British, and which used to be infested by Freemasons has started the gradual flipping of its intended role since Tun Hussien Onn made a decision to appoint a commoner as the 4th Prime Minister. With Tun Mahathir on top, UMNO has gradually implemented Islamic ideas and general principle into governance. Corrupt as some may accuse, only the blind is unable to see how much money and efforts were allocated towards promoting Islamisation on the whole country.

      Delete
  4. Rumusannya, Umno bukan parti islam. Kalau Umno parti islam, dah lama islam dimertabat di Malaysia. Waktu Umno kuat dulu, byk yg boleh dibuat utk mertabatkan islam. Apa yg dibuat Umno hanya mertabatkan pemimpin2 umno menjadi golongan bangsawan melayu. Golongan bangsawan ini pulak kerjanya membodek org yg berkuasa agar mereka terus kaya. Ramai org melayu yg miskin dilupakan. Umno hanya guna islam utk dptkan sokongan org islam. Skrg bila dah terdesak, baru kedengaran Umno hendak bela islam..

    sy kurang setuju dgn pendapat saudara di atas,mungkin mata saudara buta melihat apa yg di lakukan oleh Umno dan kerajaan.Saya byk kali hadir ke ceramah UMNO mahupun PAS dan saya boleh rumuskan, ceramah PAS xkira la ustaz mana yg ceramah pun wajib ada maki hamun, fitnah, kata domba dan diakhiri dgn takbir? cara islam ker tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgnlah dakwa saya buta kalau nak beri pendapat yg berbeza. Cukuplah kata tak setuju.. Elok berbincang dgn baik.. "Wajadil hum billati Hiya ahsan."



      Delete
    2. Ini sy sgt setuju..berbudi bahasa itu budaya si pencari kebenaran.:)

      Delete
  5. beza pendapat tak salah yang salah memutuskan silatulrahim

    ReplyDelete
  6. It's fine if those mahasiswa disagree with Nasha's statement, but do they know or realize which kafir is spending hard to make pakatan win? And I'm not talking about the kafir harbi of dap. We have seen them "aiding" chosen parties around the world to victory...but at what price?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I reckon the the price is their own future and the generation later on..

      Delete
    2. With those people standing to be our "future leaders in religion", I am not surprised. I always remember the hadith on the end of times, where The One Eyed, or the Al Masikh will appear when his is no longer mentioned in mosques and religious ceremonies. How would they mention his name when they are in his payroll?

      Delete
  7. -keluar topik sikit-

    apa tu anwargate? google sendiri tapi x pfhm findings yg ada.

    p/s: thn 1998 saya baru darjah 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwargate tu laman web saya pada tahun 1998 masa zaman reformasi oleh Anwar Ibrahim. Saya masih kat U masa tu dan Pro-mahathir.

      p/s: tak apa, saya faham memang tak ramai yang tau pasal laman web saya tu :)

      Delete
    2. Pls allow me to add a bit more, as Afterdarkis very modest about it. AnwarGate was one of the most sought after and most referenced, next to AIDC (of the time) as his writings on the who's who holding the puppet strings were both horrifying and awakens the mind at the same time. Understandably, the website was later hacked by "a group of hackers" who hack other people's website "at random." FB banned AnwarGate's articles as "offensive", understandably. AfterDark's return a few years back with an article in KMU stirred much excitement.

      That's a little bit of how much AnwarGate affected political bloggers.

      Delete
    3. Stop it Bapak3.. or otherwise my nostril will inflate too much and explode :)

      Delete
    4. i know it was ur website back then. i read ur previous post. somehow i feel like to know what had happened at that time. my parents did not talk much about that back then perhaps because i was too young for that. what is happening today make me really want to trace back the thing from before.

      on top of that, what actually has inspired you to start the website before? how you know things back then? I was raised up without being told to admire nor to hate anwar. but looking at how much my friends admire him makes me feel weird. they never say negative thing about him!

      Delete
  8. afterdark..kononya neutral..

    tapi penyokong judi halal rupenyer..ciss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Sure kali pertama datang melawat blog saya ya? Selamat datang dan sudi-sudilah membaca artikel saya yang lain.

      Anyway,

      1. Saya tak pernah kata saya neutral. Semenjak 1998 lagi saya dah Pro-Kerajaan.

      2. Judi halal? Saya tak pernah sokong DAP. Semenjak 1998 lagi saya dah pro-kerajaan.. hehe

      Delete
  9. Salam bro. Pemimpin PAS sudah mengajar pengikutnya supaya taksub kepada pemimpin mereka melebihi ajaran Islam sebenarnya yang mementingkan penyatuan sesama Islam.

    Apa sahaja yang diperkatakan oleh pemimpin mereka itu lebih penting daripada ajaran Islam.

    ReplyDelete
  10. PAS bukan parti islam..PAS mempergunakan islam untuk kepentingan politik sempit mereka..PAS menggunakan hudud sebagai modal politik untuk dapat undi..kerjasama PAS dan DAP tidak menguntungkan islam dan Melayu..

    ReplyDelete
  11. nak menghuraikan segala kekusutan memerlukan seorang model pemimpin yg hebat yg tidak mengikut jalur perjuangan masyarakat terbanyak. selagi mana kita menerima pakai sistem politik kepartian yg terasnya demokrasi berparlimen selagi itulah kita disibukkan dan diasing2kan mengikut kelompok2 parti bagaikan parti itu lebih penting dari agama.Lihatlah tahun2 mendatang bukan keadaan jadi lebih baik malah lebih buruk dan yg malang mereka telah dizalimi oleh sistem itu sendiri tapi x menyedarinya asalkan keperluan nafsu dapat dipenuhi.Wahai saudaraku yg beragama Islam lagi beriman peruntukkan sedikit waktu ketika usai solat utk berdoa kpd Allah swt agar negara kita yg tercinta ini dipimpin oleh manusia yg bertaqwa yg dapat memandu rakyatnya kejalan yg diredhai asbab turunnya rahmat Allah ke atas negara ini...mohonlah saudara2ku dengan penuh pengharapan alirkankan lah airmata kerana ummah ini memerlukan pemimpin persis nabi saw yg di tangannya memegang ubat yg mustajab zahir & batin..wallahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. setuju sangat-sangat dan merupakan pendapat saya dan rakan-rakan saya di dalam kumpulan. Secara dasarnya kami berpendapat sistem di Malaysia memerlukan 'reboot'. Sayang sekali di Malaysia hanya ada dua parti melayu Islam iaitu UMNO (yang korup) dan PAS (yang khawarij). Memandangkan peristiwa akhir zaman sudah semakin hampir, kami harus memilih satu di antara dua yang boleh meminimumkan kesan NWO di Malaysia. Sungguh ironi apabila Anwar yang dahulunya memperguna UMNO kini memperguna PAS sebagai pemangkin ke putrajaya. Oleh itu kami tiada pilihan strategik lain kecuali memperguna musuh Anwar iaitu UMNO dalam usaha memperlahan kebangkitan NWO di Malaysia sehinga 'reboot' berlaku di Semenanjung Emas berlaku.

      Delete
  12. bismillahhhhirrahmanniirrrahhimmmm... tuan2 dan puan2 yg dmuliakan alllah... menurut hadis nabi kita; fasa4;mulkan jabryan..maqsud mulkan jabryan adalah kerajaan yg sombong dan angkuh dgn cara lembaga hitam lord reid democrazy anarki mason dajal system...semua parti2,persatuan,kelab yg berdaftar dan golongan yg terlibat dgn upacara bidaah sesat terbesar dunia(undian tabong ala yunan per kauman)adalah termasuk dlm 72golongan... kecuali satu,iaitu;;khalifa manhaj nubuwattttabligh diiiiinnn(quran n sunna)ahli sunna wal jamaa.. seluruh dunia,tiap2 negara mempunyai keangkuhanya masing2 merebut pangkat,darjat dgn menolak sistem khalifa yg dtinggalkan smenjak zaman kejatuhan mulkan adhan(tabi'in)... dan usaha nabi yg haq masih berterusan,dr tanah hijazz ke tanah hind...kesimpulanya;ikutlah jammaa yg dtg ajak tuan2 dan puan2 semua kenal alllah dan rasull...

    ReplyDelete