Hmm.. di Facebook dah ada pulak tersebar poster sebegini yang mengajak orang melayu supaya tak turun mengundi. Admin kempen ini memberi alasan bahawa demokrasi yg sedang didukong oleh Umno dan Pas itu adalah landasan jahiliah dan akan mendapat murka dari Allah. (?)
Berdasarkan pemerhatian saya kempen ini mula tersebar luar di kalangan facebookers melayu islam saja. Kempen ini tidak tersebar dikalangan facebookers non-muslim. Ini tidak membawa faedah kepada orang Islam di Malaysia kerana apabila semua orang kafir turun mengundi manakala ada orang Islam tak turun mengundi, itu hanya memberi keberuntungan kepada orang bukan islam sahaja.
Saya harap tak ada mana-mana pengunjung ke blog saya ini terlibat dalam kempen sebegini. Saya menghormati hak sahabat-sahabat yang anti-demokrasi. Tapi harap jangan sebarkan kempen sebegini kepada golongan muda yang tidak mengetahui dengan lebih terperinci maksud hujah-hujah Syeikh Imran Hossien atau yang sewaktu dengannya.
Semalam saya mendapat arahan urgent daripada dua senior saya agar menulis artikel ringkas mengenai profiling 'the Watchers Group' no. #16678 bertarikh 19 November 2008 yang bertajuk "the profile of the caliphate system in the end of time". Kandungan perbicangan tersebut adalah panjang so saya akan beri ringkasan saja. Setuju atau tak setuju.. itu hak kita secara individu. Sesiapa pun boleh mengemukanan pandangan mereka di ruangan 'comment' tapi hendaklah berhemah. Sesiapa yang emo dalam memberi komen akan saya 'delete' komennya he he..
Baiklah.. kita mulakan sekarang.
ISU 1 : KEKHALIFAHAN ISLAM AKHIR ZAMAN
Terdapat suatu teori / fahaman di internet yang membangkitkan persepsi bahawa sistem kekhalifahan Islam akan bangkit walaupun sebelum terbai'ahnya Imam Mahadi. Contohnya pertama di internet sekarang ialah kemunculan "Raja Nusantara" dari "Empayar Langkasuka Nusantara" (saya malas nak komen mengenai kredibiliti beliau di sini) yang mendakwa bahawa dia adalah waris kerajaan melayu lama yang akan membangkitkan sistem pemerintahan islam di Malaysia. Contoh kedua pula ada cerita merepek dari cybertroopers pembangkang yang mengatakan kononnya Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan telah menghubungi Anwar Ibrahim untuk sama-sama mengembalikan sistem kekhalifahan Islam sekiranya Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Ini belum termasuk segelintir pembaca yang pernah menghantar berpuluh emel kepada saya dan mempromote ramalan mereka bahawa akan wujud kembali sistem pemerintahan ala-ala kerajaan melayu lama yang akan menjadi khalifah yang dinanti-nantikan oleh umat islam di Nusantara melayu. Juga terdapat satu lagi kumpulan yang sedang mengimpikan sistem khalifah sepertimana ketika kegemilangan Islam di zaman empayar Islam Umayyah dan/atau Abbasiyah.
Okay, sebelum saya meneruskan menulis, harap dengar dulu penjelasan kami bahawa kami di Watchers Group hanyalah sekumpulan profilers. Ramai yang membaca artikel saya berbahasa melayu rasanya tidak pernah membaca lagi artikel saya yang majoritinya berbahasa Inggeris dan oleh itu tidak memahami siapakah the Watchers Group dan bagaimana kami berfungsi. Kami bukan kumpulan peramal, kami hanya cuba memprofil secara literal kejadian di seluruh dunia bagi membolehkan kami meneka apa yang sedang berlaku dan mungkin berlaku di belakang hari. Oleh itu kemungkinan berlaku kesilapan memang diakui dan jika itu berlaku, kami mohon maaf.
So, semasa kami membincangkan susur galur 'As-Sufyani' (sepertimana di dalam artikel saya "Menjejaki Sufyani"), kami pernah sekaligus memprofilkan sistem pemerintahan yang paling ideal di dunia. Sila ambil perhatian bahawa kami mengatakan bahawa sistem ini ideal "di dunia" dan bukan sekadar di negara-negara Islam sahaja. Kami pada dasarnya bersetuju bahawa hanya ADA SATU BENTUK sistem memilih pemerintah yang benar-benar Islamik dan ideal iaitu sistem memilih pemimpin sepertimana yang diamalkan ketika "KHALIFAH AR-RASHIDUN".
Kepada yang kurang jelas mengenai perkara ini, ingin saya jelaskan bahawa umat Islam secara dasarnya telah melalui dua bentuk ideologi berkerajaan iaitu sistem khalifah sebelum dan selepas perpecahan umat islam akibat pemberontakan Muawiyah Abu Sufyan.
Sistem khalifah sebelum pemberontakan Muawiyah adalah sistem Khalifah Ar-Rashidin yang mana menggunakan konsep ‘syura’ (Ali Imran: 159, Al-Syura: 38), iaitu semacam sistem demokrasi menurut fahaman biasa. Namun perbezaannya denga demokrasi sekular ialah orang yang berhak memberi pendapat (atau mengundi) didalam majlis syura hendaklah orang yang berilmu dan beragama (@ alim ulamak) manakala orang yang thagut, kafir, munafik, khawarij dan lain-lain yang masih dimurkai Allah tentulah tidak layak 'mengundi'. Khalifah Ar-Rashidin yang dipilih melalui sistem ini ialah Khalifah-Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman Affan dan Ali bin Abu Talib tersebut, itu kerana mereka dipandang sebagai Khalifah yang sempurna dan diberi petunjuk untuk melaksanakan Syariat Islam dengan ikhlas.
Walaubagaimanapun sistem khalifah Ar-Rashidin tamat dengan kemangkatan Saidina Ali Bin Abi Talib dan selepas itu bermulalah sistem kekhalifahan kedua yang dimulakan secara khianat oleh Muawiyah Bin Abu Sufyan. Maksud khianat di sini ialah Muawiyah pada awalnya telah melakukan perjanjian dengan Imam Hassan Bin Ali untuk mengembalikan sistem majlis syura untuk perlantikan khalifah seterusnya. Kandungan perjanjian mereka adalah seperti berikut:-
Bismillâhirrahmânirrahim.
Ini adalah pernyataan damai dari Hasan bin 'Alî kepada Mu'âwiyah bin Abî Sufyân, bahwa Hasan menyerahkan kepada Mu'âwiyah wilayah Muslimîn, dan Mu'âwiyah akan menjalankan Kitâb Allâh SWT dan Sunnah Rasûl Allâh saw. dan tata cara Khulafâ' ur-Râsyidîn yang tertuntun, dan Mu'âwiyah bin Abî Sufyân tidak boleh mengangkat seseorang jadi khalîfah sesudahnya, tetapi akan diadakan lembaga syura di antara kaum Muslimîn dan bahwa masyarakat akan berada dalam keadaan aman di daerah Allâh SWT di Syam, Iraq, Hijaz dan Yaman, dan bahwa sahabat-sahabat 'Alî terpelihara dalam keadaan aman, bagi diri, harta, para wanita dan anak-anak mereka, dan bahwa Mu'âwiyah bin Abî Sufyân setuju dan berjanji dengan nama Allâh bahwa Mu'âwiyah tidak akan mengganggu atau menganiaya secara tersembunyi atau terbuka terhadap Hasan bin 'Alî atau saudaranya Husain bin 'Alî atau salah seorang ahlu'l-bait Rasûl Allâh saw. dan tidak akan mengganggu mereka yang berada di seluruh penjuru dan bahwa Mu'âwiyah akan menghentikan pelaknatan terhadap 'Alî." {Ibnu Hajar, Shawâ'iq, hlm. 81}
Namun sepertimana yang kita sudah maklum melalui teks sejarah, Muawiyah mengkhianati perjanjian ini apabila melantik anaknya Yazid sebagai khalifah sehingga kemudiannya membawa kepada insiden perang Karbala yang menyaksikan pembunuhan cucu Rasulullah iaitu Hussin bin Ali. Tindakan Muawiyah melantik anaknya Yazid ini juga membawa kepada bermulanya sistem beraja didalam sejarah Islam iaitu Empayar Bani Umayyah dan kemudiannya Empayar Bani Abbasiyah dan kemudiannya pula Empayah Uthmaniah.
Dengan merujuk kepada kandungan perjanjian antara Imam Hassan dan Muawiyah, maka kami di Watchers Group berpendapat sistem melantik pemerintah yang ideal hanyalah melalui sistem syura dimana pemerintah dilantik oleh golongan yang berilmu dan beragama. Oleh itu kami bersetuju bahawa sistem demokrasi yang diilhamkan oleh orang-orang barat itu bukanlah sistem memilih pemerintah yang paling ideal kerana di dalam demokrasi orang-orang yang bodoh, thagut, munafik, kufur. homo, liberal dan pluralisma pun boleh terlibat memilih pemerintah.
Sepertimana sistem demokrasi bukanlah satu sistem ideal, maka begitu juga dengan sistem beraja. Sistem beraja di dalam sejarah Islam di tanah arab bermula pengkhianatan Muawiyah ke atas Saidina Hassan dan membawa kepada terpenggalnya kepala Saidina Hussin oleh Yazid dalam Perang Karbala. Jadi jika kita melihat dari segi teknikal, tenyata sistem demokrasi ciptaan barat dan sistem khalifah ciptaan Muawiyah itu sebenarnya sama saja pangkatnya kerana pemimpin bukan dipilih secara syura. Sistem demokrasi adalah dimulakan oleh orang kafir barat manakala sistem khalifah yang diamalkan semasa empayar Umayyah dan Abbasiyah adalah ciptaan Muawiyah dan anaknya yang munafik dan zalim.
Ttetapi ternyata sistem beraja yang dimulakan oleh Muawiyah itu tidak semestinya mendatangkan mudarat kepada umat Islam.Kita harus ingat bahawa kesemua empat mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Maliki, Hanbali, Syafie dan Hanafi adalah berkembang samada di zaman Umayyah atau di bawah Kerajaan Bani Abbasiyah. Contohnya Mazhab Hanafi berkembang atas galakan Khalifah Umar Abdul Aziz di zaman Bani Umayyah manakala Mahzab Syafie yang kita anuti berkembang semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid di zaman Kerajaan Bani Abbasiyah. Imam Shafie juga pernah bertugas sebagai hakim dibawah kerajaan Bani Abbasiyah manakala kitab Al-Muwatta oleh Imam Malik pernah hampir menjadi kitab undang-undang di zaman khalifah Abu Jafar Al-Mansur. Empayar Islam juga berkembang dengan sangat meluas ke seluruh dunia ketika sistem beraja ini.
Pada zaman kerajaan Abbasiyah juga lahirnya para Alim Ulama yang masyhur seperti Al-Biruni (fizik dan perubatan), Jabir bin Hayyan (kimia) Al-Khawarizmi (matematik) Al-Farazi (astronomi), Abu Ali Al-Hasan bin Haythami (kejuruteraan), Ibnu Sina (Perubatan), Ibnu Khaldun (Sejarahdan sosiologi), Al-Razi (kimia dan perubatan), Al-Battani (astronomi), Al Ya’qubi, (geografi), Abul Wafa (geometri dan trigonometri) dan ramai lagi.
Apa yang ingin kami katakan disini ialah sistem beraja itu - walaupun tidaklah ideal seperti idealnya sistem khalifah ar-rashidin - ternyata tidak semestinya mendatangkan keburukan kepada syiar Islam. Semuanya bergantung kepada 'nawaitu' pemimpin dan usaha-usaha kepimpinan dan rakyat untuk menegak atau mempertahankan syiar Islam.
Saya percaya bahawa jika niatnya betul dan usahanya ikhlas, perkara yang sama boleh dilakukan oleh UMNO yang mengamalkan sistem demokrasi. Malahan perkara ini sudahpun pernah berlaku di Zaman Tun Mahathir. Jika serangan matawang pada 1998 itu diistilahkan sebagai perang bentuk baru, maka negara kita adalah satu-satunya negara Islam berjaya mengalahkan tentera kafir yang membelanjakan ber-trilion dollar untuk menjajah negara-negara Islam di Asia Tengara. Begitu juga jika dilihat dari segi kekuatan pengaruh Malaysia di dalam isu-isu antarabangsa terutama yang melibatkan negara Islam, dari skala abad pertengahan Malaysia boleh dikatakan telah berjaya menjadi empayar yang mewakili negara-negara dunia ketiga.
Dalam masa yang sama, sistem beraja dan demokrasi ini semuanya hanyalah bersifat sementara. Ya kedua-duanya boleh dipergunakan untuk kebaikan tapi ianya bukanlah sistem yang paling ideal. Ini kerana kegemilangan negara dan umat samada di bawah sistem beraja mahupun sistem demokrasi adalah terlalu bergantung kepada pemimpin teratas dalam kerajaan. Jika pemimpinnya cemerlang maka negara dan agama pun gemilang, tapi jika pemimpin pun rosak maka negara dan agama ikut tumbang.
Ini terbukti benar dalam sejarah Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah. Sepanjang pemerintahan Khalifah Ummaiyyah di Damsyik terdapat 14 orang raja namun Khalifah yang cemerlang hanyalah empat iaitu Abdul Malik bin Marwan (685-705M), Al-Walid bin Abdul Malik (705-715M), Umar bin Abdul Aziz (717-720M) dan Hasyim bin Abdul Malik (724-743M). Begitu juga dengan dizaman Bani Abbasiyah terdapat 55 orang raja namun yang paling gemilang adalah Khalifah Harun Ar-Rasyid. Kedua-dua empayar Islam ini juga bergelut dengan masalah korupsi dan pemerintahan yang thagut yang pada akhirnya menyebabkan keruntuhannya.
Jom berhenti bertenang dan nikmati dulu iklan tidak berbayar dibawah sebelum sambung baca artikel ini
Okeh, jom sambung.. He he..
Di awal artikel ini saya mengatakan bahawa sistem memilih pemimpin yang PALING IDEAL hanya satu iaitu pemerintah yang dipilih melalui majlis syura yang dianggotai oleh orang-orang berkelayakan iaitu alim (beragama) dan ulama (bijaksana) di dalam masyarakat. Beginilah keadaannya pemimpin dipilih di zaman khalifah ar-rashidin. Apabila telah dipersetujui individu yang akan menjadi khalifah tersebut maka kesemua ketua-ketua kumpulan dalam masyarakat akat berbai'ah taat setia kepadanya selagimana dia melaksanakan amal maaruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).
Firman Allah:
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka mengajak kepada kebaikan dan mecegah daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71)Semasa kami menerbitkan pendapat kami (iaitu Watchers Malaysia) mengenai perkara ini pada 2008 di dalam forum no. #16678 bertarikh 19 November 2008, terdapat tiga ahli Watchers International yang non-muslim (dari US dan Britain) yang secara berhemah mempertikaikan pendapat kami atas alasan bahawa kaedah memilih pemimpin seperti diamalkan 1400 tahun yang lalu tidak semestinya sesuai pada zaman moden ini. Mereka berhujah bahawa tiada sebarang asas bagi membuktikan bahawa sistem memilih pemimpin melalui majlis syura boleh menjamin stabiliti berkerajaan.
Maka kami pada waktu itu kami pun memberitahu mereka bahawa sistem melantik pemimpin melalui konsep syura telahpun dibuktikan berkesan di zaman moden ini. Ini kerana terdapat satu organisasi antarabangsa dan satu negara kuasa besar yang telah meniru sepenuhnya konsep syura dan telah terbukti kestabilan organisasi dan negara tersebut semenjak beratus tahun yang lalu.
TAHUKAH ANDA SIAPAKAN ORGANISASI DAN NEGARA
YANG KAMI MAKSUDKAN INI..?
"Organisasai antarabangsa" yang melantik pemimpin mereka meniru konsep syura di zaman khalifah ar-rashidin adalah tidak lain tidak bukan musuh terbesar kita umat islam iaitu orginasasi rahsia ILLUMINATI itu sendiri
Manakala negara yang melantik pemimpin negara meniru konsep syura adalah juga musuh besar kita iaitu para JESUIT di Vatican.
Sepertimana yang anda tahu, Vatican adalah secara teknikalnya sebuah negara berdaulat yang mana ketua negaranya adalah Pope. Pihak Vatican tidak melaksanakan sistem demokrasi dimana rakyat vatican semua turun mengundi, sebaliknya Pope dipilih di dalam satu sidang yang dinamakan 'Papal Conclave' dimana ketua-ketua paderi (kira macam alim ulamak kristianlah ni) yang berpangkat 'Cardinals' akan datang dari seluruh dunia untuk berbincang sesama mereka dan berhujah siapakan yang paling layak diangkat menjadi Pope. Selepas itu barulah para cardinals dikurung didalam gereja Sistine Chapel untuk mengundi sehingga konklusif keputusan undian.
Begitu juga dengan gereja Illuminati. Ketua Paderi dikalangan penyembah setan ini melaksanakan perkara yang persis serupa dengan Vatican. Malahan pernah dikatakan bahawa proses itu berlaku ruang rahsia '13 catacombs' yang berada di bawah tanah Vatican.
Sila ambil perhatian bahawa pemilihan pemimpin melalui konsep syura telah dilakukan dizaman khalifah ar-rashidin 1400 tahun yang lalu. Sistem 'papal conclave' pula hanya bermula 900 tahun yang lalu. Itu saja sudah cukup untuk membuktikan siapa yang meniru siapa.
Semenjak para Pope dilantik oleh para cardinals didalam 'papal conclave', ternyata sistem ini telah memberikan kestabilan kepada kerajaan Vatican untuk memerintah negara dan seterusnya mengembangkan ajaran agama kristian. Tiada tunjuk perasaan di jalanan, atau demo BERSIH, atau demo Reformasi, atau pemberontakan ala-ala Arab Spring pernah berlaku di Vatican. Perkara yang sama turut berlaku kepada ILLUMINATI yang juga mengunakan konsep syura versi mereka dimana hanya pangkat tertinggi di dalam herarki 33 degree yang menghadiri proses memilih pemimpin. ILLUMINATI terus berkembang dan kini hampir menguasai dunia walaupun hanya diorganisasikan secara teratur semenjak tahun 1776.
Keyakinan kami kepada pemilihan pemimpin secara syura semakin teguh apabila kami memprofilkan cara Imam Mahadi dilantik. Imam Mahadi bukannya dilantik secara demokrasi melalui peti undi. Imam Mahadi dikejar keliling Kaabah oleh sembilan orang alim yang kemudian memaksa beliau menerima jawatan Imam sebelum mereka kemudiannya berbai'ah kepadanya. Ciri ciri kejadian dimana khalifah pada awalnya berat hati dilantik sebagai khalifah sehingga terpaksa dipujuk dan dipaksa, kemudian dilantik oleh hanya segolongan alim ulamak dan kemudian dilakukan bai'ah adalah ciri-ciri kejadian yang telah berlaku ke atas kesemua keempat-empat khulafa ar-Rashidin selepas wafatnya Rasulullah. Oleh itu jelas bahawa Allah sendiri telah mentakdirkan Imam Mahadi itu sendiri dilantik melalui konsep syura.
Saya akan berhenti menulis sekarang sebab artikel ini kalau semakin panjang, maka semakin sikit pembacanya (dan semakin banyak pengkirtiknya). Saya berharap apa yang disampaikan secara ringkas di sini dapat difahami oleh para pembaca budiman (tak kiralah samada setuju atau tidak dengan saya).
Secara ringkasnya ingin saya beritahu juga bahawa :-
- Kami di Watchers Group memang pro-sistem kekhalifahan tapi dengan syarat ianya adalah sistem memilih pemerintah sepertimana khalifah ar-Rashidin kerana inilah cara memilih pemerintah yang PALING IDEAL.
- Sebarang konsep lain selain dari khalifah ar-Rahshidin tak kiralah sistem demokrasi moden atau sistem beraja seperti dizaman abbasiyah / umayyah, juga boleh digunakan ke arah kebaikan iaitu bergantung kepada keikhlasan pemimpin menegakkan amal maruf nahi mungkar dan keberanian masyarakat menegur atau mempengaruhi pemimpin agar memimpin secara berhemah.
- Mana-mana individu sinting yang masuk bakul angkat sendiri dan mengistiharkan di Facebook bahawa dia adalah raja atau sultan dari empayar melayu lama - kononnya dialah bakal khalifah Islam sedangkan dia tidak pun dipilih melalui proses syura - maka lebih baik 'block' atau 'unfriend' dia dari akaun Facebook anda.
- Sementara menunggu Imam Mahadi dibai'ahkan, maka sebaiknya kita orang Islam berusaha dulu mempertahankan ad-Din kita daripada serangan para musuh Islam yang mempromosi pluralism, liberalism dan LBGT.
- Dan akhir sekali.. Pergunakanlah UMNO.. TOLONGLAH BAH turun mengundi.. Terutama sesiapa yang pernah membaca artikel saya bertajuk "WHAT IF" tu tentunya faham mengapa saya desperate sangat tak nak NWO muncul di Malaysia. Kesian laa kat budan-budak tu..
asalamualaikum wbt Sdr Afterdark,
ReplyDeletesaya menghormati pandangan sdr dan memang ada kebenarannya.
Anda ingin melambatkan kedatangan NWO yang bermakna juga melambatkan kedatangan Imam Mahdi.
Saya pula menginginkan agar kedatangan Imam Mahdi dipercepatkan, yang bermakna mempercepatkan keruntuhan sistem Dajjal aka sistem demokrasi kerana untuk satu sistem baru diterima dan diguna pakai sistem yang lama haruslah runtuh dan tidak digunakan lagi.
Apa yang dikhuatirkan adalah akibat keruntuhan sistem tersebut yang mungkin mengakibatkan huru-hara, ketidakstabilan dan peperangan.
Apa yang saya boleh katakan keruntuhan sistem demokrasi pasti akan berlaku cuma masanya kita tidak dapat pastikan.
Apapun, marilah kita berdoa semoga kita semua dalam keadaan yang selamat dan sejahtera dibawah linduangan Allah swt serta dijauhkan dari malapetaka dan huru hara.
ya saya faham.. cuma harga yang perlu dibayar untuk speed up the process terlalu mahal.. majoriti rakyat negara kita adalah dalam keadaan sangat tidak bersedia.. ramai yang tidak pernah dengar pun istilah-istilah 'NWO', `ILLUMINATI' dan 'HUMAN SACRIFICE'.. Malahan idea 'preppers' pun masih sangat asing dikalangan orang melayu yang mempunyai anak kecil.. jika ianya berlaku terlampau cepat saya rungsing akan ramai yang terperangkap..
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeletePolemik melambatkan proses NWO=melambatkan kedatangan Imam adalah pendapat yang jauh tersasar dari realiti perencanaan ALLAH SWT. Apabila kita berkata melambatkan proses NWO ia hanyalah merujuk pada segala ikhtiar dan usaha yang kita jalankan sebagai penentangan terhadap sistem itu sendiri, dan tidak samasekali terbabit dengan isu perencanaan ALLAH SWT keatas garismasa/timeline Imam sendiri.
DeleteWalau apa sekalipun yang kita atau musuh mampu lakukan, ALLAH SWT tetap akan melaksanakan perencanaan menurut KehendakNYA. Kalaulah hendak diikut logik sedemikian, maka untuk 'mempercepatkan" kedatangan Imam, apakah bermakna kita perlu mempercepatkan NWO dengan menyokongnya? Sudah tentu tidak.
Sewajarnya kita sebagai orang-orang yang dalam perjalanan, seharusnya mematikan segala kehendak dan kemahuan kita sebagai hamba yang jahil lagi bodoh. Maka usahakan lah apa yang kita mampu asalkan saja bersesuaian dengan acuan jalan ummah yang terdahulu dalam menentang sistem kebatilan yang mendatang, dan berdoalah mohon bantuan serta petunjuk ALLAH SWT dan DIA lah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa dan kepadaNYA lah kita berserah sebelum dan setelah kita berusaha.
Jika kita masih memandang bahawa kita berusaha sama ada untuk melambatkan atau mepercepatkan proses NWO.
DeleteMungkin kita juga masih terperangkap dalam cycle melawan perancangan NWO dgn menjlnkan usaha penentangan dgn perancangan NWO itu sendiri. (Hope it make sense)
Mungkin yang sebenarnya tangungjawab kita adalah berusaha menegakkan atau mengajak kearah Ajaran Islam keseluruhan yang sebenar kedalam diri dan umat sekitarnya.
Sama ada kita berjaya dan bersedia menghadapi ujian yang mendatang, itu semua serah kepada Allah. Bukannya kejayaan yg disoal tapi bagaimana usaha kita. Apa yang kita perbuat kerana Allah, demi Allah, untuk Allah...
Ingatlah niat/matlamat tidak menghalalkan cara...
Hanya Dia yang Maha Mengetahui.
.." kill everyone over 10", a US army firing squad executing blindfolded, bare foot philipino boys. " Criminals because they were born 10 years before we took the Philipines" (New Yorks Evening Journal, May 5, 1902).. lebih 2 juta rakyat Philipina (majoriti beragama Islam) dibunuh sekitar tahun 1900 atas arahan Roosevelt,.. nasib baik US tidak datang ka Malaya pada masa itu.., di petik dari buku The Imperial Cruise by James Bradley..
Deleteperlu diingat Felda berjaya bukan kerana Johnson datang tahun 1966,
yang pasti bersama Al Gore tahun 1998 adalah bala..., kami hendak juga tahu apa yang di bisikkan Obama bersama DSN dalam kereta sampai lapangan terbang?.... apakah bala yang lebih besar..
dari
Ben
ini kalilah bah..pangkah BN
ReplyDeletesatu perdebatan yg tak pernah berakhir nampaknya dlm menentukan kaedah yg terbaik utk realisasikan kehendakNYA. Sesungguhnya kita semua adalah dlm takluk qudrah dan iradahNYA jua, jgn cuba lupakan pegangan ahlussunnah waljumaah itu.
ReplyDeleteKuasa kita adalah izinNYA, hal2 seputar kita adalah menggunakan akal dan qalbu dlm sempadan akhlak rasulNYA dibawah petunjuk Ilahi, bermula dgn perang jamal, pertembungan mazhab, perdebatan aqidah, permusuhan dlm methode tarbiah annafs, pembasmian berdarah terhadap ulama yg dikatakan bidaah, kaum tua vs kaum muda hinggalah akhir abad 20 pertembungan jemaah yg ingin merealisasikan Addin dlm btk masing2, ditambah lagi antara meninggalkan mengundi atau tidak, nampaknya kita setiap masa dlm kemelut yg tak berkesudahan umpama permusuhan habil dan qabil yg diwarisi oleh kita.
Jgn lupa pelanduk selalu lupakan jerat, jerat tak pernah lupakan pelanduk, inilah janji raja Iblis kepada Allah, dan Allah hanya mengecualikan pada hamba yg bertakwa sahaja.
Selamat mengundi dan tak mengundi.
Oh.. sebenar itu adalah atas khilaf saya kerana meletak tajuk "MEMPERGUNA DEMOKRASI" untuk artikel kali ini. Sebenar kesemua artikel saya dan aktiviti facebook saya turut dibaca oleh senior-senior saya dan mereka lebih rungsing dengan kesalah fahaman generasi muda mengenai ciri-ciri sistem khalifah yang sebenar. Ramai generasi muda di Facebook yang beranggapan bahawa sistem beraja di zaman Umayyah, Abbasiah dan Uthmaniah adalah sistem khalifah yang dimaksudkan dalam konteks akhir zaman, oleh itu wujudlah individu-individu yang mengambil kesempatan mendakwa bahawa dia Imam Mahadi atau individu tertentu sebagai khalifah yang ditunggu-tunggu umat akhir zaman.
DeleteDengan tersiarnya artikel ini maka adalah diharapkan dapat menutup cubaan-cubaan individu tertentu yang sewenang-wenangnya cuba mewujudkan kultus ajaran sesat dengan mendakwa bahawa dirinya khalifah Islam atau Imam Mahadi.
'Loophole' dalam pemahaman mengenai sistem khalifah akhir zaman ini telah banyak menimbulkan musibah kepada umat. Didalam konteks negara kita saja kita pernah berhadapan dengan isu Al-Arqam yang mana pengikut Abuyaa pernah meyakini Abuyaa adalah Imam Mahadi. Begitu juga kes Jayanegara yang juga menyangkakan bahawa dia boleh mempercepatkan kemunculan Imam Mahadi. Satu lagi ialah ceramah Ustaz Badrul Amin dari PKR yang mewar-warkan Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahadi.
Kenapa kejadian ini berlaku adalah kerana mereka semua menyangka bahawa Imam Mahadi atau khalifah akhir zaman itu boleh mendapat 'jawatan' tersebut secara lantikan diri (self proclaimed). Oleh itu sesiapa yang menyangkakan dirinya Imam Mahadi atau Khalifah Akhir Zaman mula mewatikahkan dirinya sendiri sebagai Imam atau Khalifah yang kita tunggu-tunggu. Contohnua si Raja Nusantara tu, senang-senang saja mewatikahkan dirinya sebagai khalifah akhir zaman melalui internet dan facebook. Malahan yang paling memeranjatkan ialah apabila dia juga sudah mula mempunyai pengikut-pengikut.
Dengan tersiarnya artikel ini maka adalah diharapkan generasi muda dapat memahami konsep perlantikan pemimpin dan ciri-ciri khalifah ar-rashidin yang sebenar. Ini bermakna bahawa khalifah akhir zaman TIDAK BOLEH SEWENANGNYA MELANTIK DIRINYA SENDIRI kerana bukan itu cirinya. Sistem perlantikan khalifah di dalam Islam adalah melalui sistem syura iaitu melalui kata muafakat para alim ulamak. Oleh itu sebagai contoh jika Raja Nusantara hendak mendakwa dirinya sebagai khalifah, maka dia hendaklah dibaiahkan terlebih dahulu oleh golongan alim ulamak dan bukannya sekadar masuk bakul angkat sendiri.
Inilah profiling kami dan inilah penjelasan kami kepada sesiapa yang mahu mendengar.
Berkenaan dengan rayuan saya untuk para pembaca turun mengundi.. Itu adalah rayuan saya bersifat peribadi walaupun saya juga tahu kesemua senior saya mempunyai pendapat yang sama.
Terdapat beberapa kebimbangan yang sangat sukar dijelaskan kerana tiada bukti kukuh yang menyokongnya. Para pembaca yang pernah membaca artikel "What If" saya rasanya tahu apakah kebimbangan di dalam hati saya.
Walaubagaimanapun, saya sangat menghormati keputusan individu untuk turun mengundi atau tidak turun mengundi. Setakat ini Alhamdulillah tiada perbalahan berlaku diruangan komen di dalam blog saya kerana semua orang menyuarakan pendapat secara berhemah. Saya sentiasa memantau komen-komen anda semua kerana kesemua komen anda akan masuk ke email saya secara 'real time' dan kemasukan ini pula akan saya tahu melalui sistem alert di hanpone saya.
Saya cuma minta maaf kerana tidak dapat menjawab semua soalan anda. Saya bukannya blogger sepenuh masa so banyak lagi urusan lain perlu diselesaikan.
Maaf saudara, mohon betulkan kenyataan saudara, pengikut Abuya meyakini Abuya sebagai Putera Bani Tamim. Abuya dan pengikutnya meyakini Sheikh Suhami (gelaran kpd Muhammad b Abdullah AsSuhaimi) sebagai Imam Mahdi.
DeleteSaya sering mengikuti blog tuan. Tulisan saudara melambangkan pemikiran yang Islamic dan kritis. Namun saya rasa saudara tidak mengkaji perjuangan Abuya Ustaz Ashaari Muhammad dalam skop yang adil, yakni cenderung kepada bias.
Majlis Syura yang saudara maksudkan didalam artikel diatas disebut sebagai ahlul halli wal aqdi. Konsep asal pemilihan ahli majlis ialah pemimpin yang paling bertaqwa dikalangan kamu. Kerana pemimpin yang bertaqwa dibantu oleh Allah dan Rasul. Hal ini dipraktiskan oleh para sahabat. Muawiyah adalah sahabat Rasulullah, Beliau berijtihad untuk kepentingan umat Islam yang lebih besar. Sejarah Islam banyak ditulis dan ditafsirkan oleh para orientalis mengikut acuan dan pandangan mereka yang sememangnya memusuhi Islam. Sedangkan kita tidak mengetahui dan tidak mampu memahami situasi yang sebenarnya berlaku pada ketika itu, justeru elakkan dari mencela sahabat Rasulullah.
Fasa kini adalah fasa peralihan antara dua zaman.(sila rujuk hadis zaman)iaitu penghujung zaman fitnah dan bermulanya era menuju sistem kekhalifahan. Ia merupakan proses evolusi ,bukan revolusi.Namun bagaimana mula tercetusnya sistem kekhalifahan itu adalah masih dalam rahsia Allah. Namun saya percaya pihak yang memperjuangkan KEBENARAN, sekiranya mereka berTAQWA maka akan dibantu Allah dan Rasul, sehinggalah kemenangan Islam itu berlaku ditangannya. Siapakah Pemuda Bani Tamim dan bilakah berlakunya Daulah Islamiyah ditangannya? Masa pembuktian akan tiba jua.
Saya membuat kenyataan mengenai pengikut abuyaa itu berdasarkan memori saya menonton pengakuan Abuyaa sendiri di televisyen selepas beliau ditangkap dibawah ISA. Kalau saya tidak silap saya menontonnya sekitar 1990-an tapi saya memang masih muda waktu itu di sekolah menengah.
DeleteBerdasarka ingatan saya, Abuya memberitahu bahawa selepas beliau ditangkap, beberapa orang ulama telah dihantar oleh JAKIM untuk berdialog dan berdebat dengan beliau mengenai beberapa isu di dalam Al-Arqam. Akhirnya Abuyaa dengan berbesar hati mengaku bahawa terdapat beberapa kesilapan telah berlaku dan bersetuju muncul di kaca televisyen membuat pengakuan.
Menurut Abuyaa beliau tidak pernah mengaku bahawa dirinya adalah Imam Mahadi namun beliau mengaku yang beliau pernah berharap dirinya Imam Mahadi. Abuyaa mengambil contoh kepada Rasulullah yang semasa hidupnya pernah memberitahu para sahabat bahawa suatu hari nanti akan ada orang Islam yang akan menawan Sepanyol dan Tariq Bin Ziyad telah mengetahui hadis tersebut dan mengharap menjadi lelaki di dalam hadis tersebut. Tariq kemudian merealisasikan impiannya apabila beliau mendarat di Gibraltar (Jabal Tariq) dan seterusnya menakluki Sepanyol.
Saya sehingga sekarang secara peribadi juga berpendapat bahawa sekadar menyimpan impian seperti yang dikatakan Abuyaa tidak salah. Cuma menurut Abuya entah dimana silapnya terdapat pengikut al-Arqam waktu itu yang tersilap mewar-warkan beliau sebagai bakal Imam Mahadi dan ada pula yang sudah meyakini bahawa Abuyaa adalah Imam Mahadi.
Sekiranya memori saya tentang kandungan pengakuan Abuyaa di Mesjid Negara ini silap, harap perbetulkan. Lebih baik jika ada sesiapa menyimpan tape rakaman televisyen tersebut.
Mengenai Muawiyah Abu Sufyan itu, itulah pendapat peribadi saya kerana beliau dan anaknya Yazid 1 adalah orang yang bertanggungjawab kepada tamatnya sistem khalifah ar-rasyidin. Muawiyah telah enggan berbaiah dengan Ali Bin Abi Talib selepas Ali dilantik sebagai Khalifah. Perbuatan meletak lembaran Al-Quran di atas mata tombak adalah taktik keji hatta jika dilihat dari kaca mata common sense. Perbuatan mengingkari perjanjian bertulis dengan Hassan Bin Ali pun memang keji juga kan?
Lagipun Saidina Ali adalah menantu Rasulullah dan Saidina Hassan dan Hussin adalah cucu Rasulullah. Saidina Ali sebagai salah satu sahabat paling alim telah memerangi Muawiyah. begitu juga dengan Saidina Husin yang kemudian memerangi Yazid 1. Jika diminta memilih pendapat siapa yang benar dan siapa yang salah, saya akan tetap berpihak kepada Saidina Ali, Saidina Hassan dan Saidina Hussin.
Jika Saidina Ali berpendapat bahawa Muawiyah salah. Mak itulah pendapat kami di Watchers Group. Jika profiling kami menunjukkan bahawa Saidina Hassan dan Hussin juga berpendapat Muawiyah dipihak yang salah. Maka kami akan meyakini pendapat mereka.
Rasulullah pada suatu masa pernah memandang kepada Muawiyah dan berkata "Wahai Muawiyah, sekiranya kamu menjadi raja maka berbuatlah kebaikan". Ini bererti bahawa Rasulullah memang tahu bahawa dia bakal menjadi raja. Namun jika kita lihat juga perkataan hadis itu kita boleh melihat bahawa nasihat begitu selalunya diberikan kepada seseorang yang melakukan banyak kesalahan.
Saidina Umar juga pernah memecat Muawiyah selepas lawatan beliau ke Damsyik. Ini kerana Saidina Umar melihat instana Muawiyah yang mewah dan oleh itu Saidina Umar menggelar Muawiyah sebagai "kaisar arab".
Bila difikir-fikirkan semua.. pada waktu saya melihat pengakuan Abuya di televisyen tersebut saya memang masih muda.. kalau tak silap masa tu saya Tingkatan 4 atau 5.. So sekarang saya pun mula ragu denga memori saya sendiri samada pada waktu itu Abuya menyebut perkataan "Imam Mahadi" atau "Pemuda Bani Tamim".. Sekiranya saya tersilap saya minta maaf.. Sesiapa yang mempunyai rakaman pengakuan Abuya pada waktu itu diharap agar dapat menguploadnya ke youtube untuk pencerahan..
DeleteMengenai hal Al-Arqam (atau pada masa kini dijenamakan semula sebagai Ikhwan Global ni).. Sekiranya saudara Anon 12.29 pernah membaca artikel saya yang lalu iaitu "COMMENTING ON TAN SRI SANUSI JUNID'S MENTION ON FREEMASON", saudara boleh lihat di situ hint bahawa saya sebenarnya agak favourable dengan Arqam. Tapi pandangan saya ni lebih merujuk kepada pendapat peribadi saya bahawa Al-Arqam itu lebih baik diperbaiki daripada dihapuskan. Tapi sekarang pun Al-Arqam tak terhapus, cuma rebanding kepada Ikhwan Global saja.
Sukalah saya menyeru kepada pihak Kerajaan (jika BN masih berdiri selepas PRU13) agar melakukan infiltrasi secara rahsia dan berhemah ke dalam Ikhwan Global ini bagi tujuan memperbaiki dari dalam jika ada yang silap. Satu kehebatan Al-Arqam ini yang perlu diakui ialah dasar networking perniagaan mereka yang boleh dicontohi. Pendekatan memikat Ikhwan Global iaitu memberi peluang berniaga kepada mereka yang pernah gagal dalam hidup adalah genius juga tu dan boleh diaplikasikan bagi menyaingi strategi para Jesuit di Malaysia.
Walaubagaimanapun, saya akhirnya prefer Jemaah Tabligh.. Hehe
Anda terlalu ikhlas dan kurang berhati2. Sekali lagi diri anda kelihatan.
DeleteHehe.. maksud anda saya telah mendedahkan umur saya melalui komen di atas.. Ya betul, tapi mengenai umur saya ni sebenarnya saya sudah terdedah didalam novel Jerejak saya pun..
DeleteSaya berserah pada Allah bagi mendapatkan perlindunganNya. Lagipun kalau selepas PRU13 negara ini diperintah Pakatan Lucifer tu, mungkin blog saya bakal dihack atau ditutup oleh pemerintah juga.
salam..
DeleteTak perllu takut pada sesiapa. Allah Tuhan kamu dan aku akan sentiasa melindungi aku dan kamu, asal kita mahu merendah diri zahir dan batin memohon perlindungannya. Dialah Waliyyun Satu-satunya Penjaga, mengalahkan semua penjaga yang lain.
betul tu sdr... tapi Nabi Muhammad SAW yang paling tinggi tawakalnya, manusia yang paling berani dan yang paling hebat gunakan strategi bila melawan musuh.. tak de la main redah je... beliau juga melarikan diri bila nak dibunuh musuh.. suruh saidina Ali ganti tempat tidur.... bersembunyi di gua Thur dan sebagainya..
Deleteia bermakna berserah dan bertawakal betul... namun berusaha juga perlu... yang bermakna jika kira rasa ada musuh yang nak cari kita lebih baik sembunyi kalau kita boleh sembunyi... kalau dah tak boleh baru lawan dan bertawakal...
ramai orang tidak tahu bahawa isu arqam sesat ada kaitan dengan dendam anwar ibrahim terhadap ustaz ashaari. seperti ramai orang tidak tahu punca sebenar mengapa mahadir pecat anwar dulu. disaat anwar begitu aggresif dan terlalu yakin mahu menjadi pm, diwaktu itu juga abuya ada memberi ingatan kepada anwar bahawa anwar tidak akan jadi pm - maka sangat marahlah anwar kepada teguran abuya itu. perlu diingat bahawa waktu jadi tpm, anwar terlalu banyak menguasai cabang-cabang dalam kerajaan - dia adalah maharaja sementara diwaktu itu termasuk arahan senyap untuk menghapuskan sesiapa saja yang lantang menghalang cita-citanya termasuk abuya.
Deleteustaz ashaari sentiasa mendoakan mahadir namun dia sendiri ada mesej tertentu terhadap anwar ibrahim.
cuba afterdark cari maklumat lanjut tentang isu ini - anwar dan ustaz ashaari
anon 7:09am
DeleteSatu info menarik, sekiranya saudara anon mempunyai maklumat harap berkongsilah dengan kami agar boleh saya kaji. Didalam group Watchers Malaysia ada seorang ahli tabligh, tapi dia tablig yang berpakaian preman tu (maksudnya tabligh yang berdakwah tetapi dalam hidup seharian berlagak seperti orang biasa. Tak pakai jubah dan berjanggut pun) so dia tak tau pasal ni. Dalam group kami tak ada anggota Ikhwan (Arqam) so saya tak tau nak tanya ke mana.
Ini adalah antara mesej dari Abuya kepada Anwar Ibrahim selepas kejatuhannya:
DeleteTahun 1998
Patutnya seorang wira ‘gentleman’ dengan ujian, tabah dengan cabaran,
Tidak ada riuh rendah menjerit ke sana, ke mari, ingin mengisytiharkan diri seorang pengecut,
Ini bukan pejuang bangsa, jauh sekali pejuang agama,
Baru engkau merasa sakit apabila engkau dizalimi,
setelah engkau dizalimi baru engkau merasa indahnya keadilan ini,
Engkau mula memperjuangkan keadilan itu pun mungkin bukan untuk orang,
Tapi untuk kepentingan diri, tetapi engkau seret sekali orang ramai,
Padahal sebelum ini ribuan orang yang terzalim,
Bahkan jemaah ku engkau ikut serta musnahkan,
Waktu itu engkau ada kuasa, engkau boleh jadi pembela,
Setelah kuasa tiada di tangan, konon baru hendak jadi pembela,
Berapa lama engkau hendak berlakon di atas pentas dunia ini,
Berlagak seperti pembela, Hakikatnya engkau penipu,
Kerana itulah dari dahulu lagi aku katakan pada mu,
Engkau akan jatuh terhina, Mungkin engkau masih ingat kata-kata ku dulu,
Sekarang dengan izin Allah telah menjadi kenyataan,
Sedar dan insaflah, Bertaubatlah banyak-banyak dari sekarang,
Akuilah kesalahan sendiri, Tegakkanlah keadilan di atas diri mu dahulu,
Sebelum memperjuangkannya kepada orang lain,
Jangan berlakon lagi, Janganlah berpura-pura dalam kehidupan ini…
Tahun 2004
Tentang Anwar tidak usah dikhuatirkan
Masa depannya sudah tidak ada
Dia adalah harimau kertas nampaknya cantik tapi tidak bahaya
Atau dia ibarat harimau luka, ngaumannya kuat tetapi taring tidak boleh diguna.
Info yang menarik.. saya tak tahu pula arqam tu tumbang dek kerja DSAI.. Sekiranya ada masa saya akan cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai hal ini.. Terima kasih banyaklah kepada anon kerana berkongsi maklumat.. kalau ada mana-mana laman web atau blog yang berkait harap share-sharelah dengan saya..
Deletesemasa anwar di puncak kuasa, abuya menyampaikan pesanan bahawa impiannya itu tidak akan kesampaian. selepas abuya ditangkap di thailand somewhere 1996, tidak lama anwar dipecat dek bahana krisis ekonomi. semasa pm pak lah, kedua2 abuya dan anwar dibebaskan. anwar tidak serik2 malahan meneruskan agendanya dengan lebih agresif lagi - disaat abuya sakit terkena sihir.
Deletesedangkan abim, pas, jakim, jais ada musuh yang boleh menyelinap, apatah lagi jemaah abuya. musuh datang dlm pelbagai rupa - ada perisik wanita yg menjadi menantunya (kahwin dengan anak lelakinya), ada yg menjadi orang kanannya sehingga memegang jawatan tertinggi jemaah, ada yang berpura2 menjadi ahli namun bermuka2 memecah-belah bukan saja jemaah malahan melaga2kan anak-isteri-cucu-keluarga abuya.
musuh dalaman abuya masih wujud sehingga kini, grand plan mereka ialah mahu melihat perniagaan global ikhwan di mekah dan madinah terkubur pada 17/1/2013 (tak pasti kenapa tarikh ini dipilih). tapi sehingga kini global ikhwan masih wujud lagi.
kewujudan perniagaan melayu islam berfahaman ahli sunnah wal jamaah di mekah dan madinah telah menggugat kekuasaan wahabi disana.
disaat para ulama berselisih pendapat untuk memberi hukum kepada rokok, abuya dengan beraninya mengatakan bahawa rokok itu ada unsur sihir apabila dia terasa panas bila memegang sebatang rokok.
yb zul nordin pernah berjumpa abuya lalu bertanyakan ttg anwar ibrahim, abuya ada mesej tertentu mengenai anwar yang disampaikan kepada yb zul
AL FATIHAH ABUYA
Deletehttp://zul4kulim.blogspot.com/2010/05/al-fatihah-abuya.html
"Malah saya teringat dalam satu pertemuan saya dengan Almarhum di Nilai Spring pada hari Ahad 14 Rejab 1428 bersamaan 29.07.2007, Almarhum semasa itu dalam keadaan terbaring dan tidak boleh bercakap melainkan melalui perantaraan Ummu Khatijah yang setia bersama Almarhum. Saya masih ingat bila nama Anwar Ibrahim disebut, Almarhum memberi isyarat yang tidak ingin saya dedahkan disini. Ia akan menjadi rahsia antara saya dan Almarhum. Sebagaimana apa yang disebut oleh Almarhum Dato' Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor kepada saya apabila isu berkenaan Anwar Ibrahim dibangkitkan semasa kami berbual. Itu rahsia yang tetap akan saya simpan insyallah" yb zul
Terima kasih.. Suatu info yang sungguh menarik sehingga saya teringin pula hendak mendapatkan maklumat lebih lanjut..
DeleteAdakah kesemua ahli-ahli Ikhwan tahu mengenai perkara ini? Sebab rasanya ada juga anggota ikhwan yang akan mengundi Pakatan ni.
ramai orang terpedaya dengan pesona anwar. begitu juga ramai orang keliru dengan misteri isu abuya. digaris akhir ialah ia diantara islam ahlul sunnah wal jamaah versus faktor2 nwo. abuya dan anwar sama naik di tahun 1990an. orang yg anwar tak suka,itulah juga orang2 yg dekat dgn abuya - cth gaffar baba, sanusi junid. kawan2 anwar yg surrender asalnya menerima abuya cth chandra muzaffar, zul nordin. lembu punya susu sapi dpt nama - pembangunan islamik usaha mahadir - anwar dpt nama cth bank islam, uia, dakwah abuya yg buat, anwar juga dpt nama cth pemakaian tudung, kesedaran islam dll. sebelum pemecatan anwar (disaat dakwah abuya berkembang pesat) - tak terlintas utk kita come across liwat/sodomi, lgbt, liberal yg melampau, agama islam nampak terbela dan cantik tapi setelah anwar dibebaskan incest, lgbt lama kelamaan menjadi budaya dan nampak macam tak terbendung lagi. abuya menggelar saiful bukhari umpama seekor nyamuk kepada namrud krn keberanian saiful telah menjatuhkan kredibiliti anwar disaat dia mahu popular semula. byk sebenarnya buah fikiran abuya yg kita tidak tahu ttg isu2 berkenaan negara. pesona anwar begitu berkuasa menutupi itu semua.
Deletehttp://cerobohlagi.blogspot.com/
http://malai-ur.blogspot.com/
Saya rasa Iran mungkin mengamalkan pemerintahan yg menyamai Majlis Syura... Tentu ramai yg menyangka Ayatollah tu Supreme Leader yg betul2 supreme hingga tiada siapa dapat menyangkal kuasanya...Silap... Pemimpin Utama Negara itu dilantik dan boleh dipecat oleh badan eksekutif yg dipanggil Majlis Pakar. dan ahli ahli majlis pakar itu dilantik dari org2 yg berilmu dqari segi agama dan cabang2 ilmu lain.
ReplyDeletedan pemimpin utama itu pula yang memilih untuk membenarkan atau menyingkirkan mana mana nama yg bertanding dalam pemilihan Presiden yang dipilih oleh rakyat jelata. Tak semestinya menyingkir dengan sewenang2...bahkan Mir Hussein Moussavi dibenarkan bertanding melawan Ahmadinejad yg mengakibatkan insiden Revolusi hijau yang gagal.
Islam ialah addin ia adalah satu way of life (cara hidup )
ReplyDeletedalam suasana panas sekarang ada dari golongan pembangkang yg mengatakan haram mengundi umno manakala dari kumpulan penyokong kerajaan pula mengatakan wajib
mengundi umno ya tentu mereka semua ada hujjah
tapi rasanya seolah2 macam politik itu dah macam satu ritual agama pula ?
How The Elite Control Politics
http://www.youtube.com/watch?v=CApsSQeG6HM
Ini bukan ritual agama.. mempergunakan agama untuk memperolehi kuasa adalah salah.. Namun hal ini adalah 'nawaitu' si pemimpin yang bertanding dan Allah pasti akan membalas mana-mana calon yang menginjak agama untuk naik ke kerusi kuasa yang empuk tak kiralah kerajaan atau pembangkang.
DeleteDala PRU-13 ini kita mengundi (atau tak mengundi) atas kesedaran sendiri. Tugas Watchers mudah, berikan maklumat secukupnya dan biarkan para sahabat berfikir (tapi saya pulak melebih-lebih merayu korang semua turun mengundi.. hehe).
Kepada yang mengundi UMNO/BN.. Alhamdulillah, tapi perjuangan belum selesai.
Kepada yang nak turun mengundi tapi ragu-ragu pada pilihan, sembahyanglah istikharah.
Kepada yang tak nak melibatkan diri melalui peti undi, at least saya minta agar doakan negara ini dan kalau boleh bacakanlah Yaasin atau dirikanlah solat hajat sebelum 5 Mei, semoga Allah memakbulkan doa anda melalui tangan-tangan saudara/i kita yang lain turun mengundi.
Apa pula pendapat saudara afterdark mengenai sabotaj dalam umno oleh bekas ahli yang merajuk seperti datuk kamilia tu?
ReplyDeleteIsu sabotaj calon memang penyakit lama di dalam UMNO. Inilah juga contoh perpecahan dalam umat Islam yang berlaku di seluruh dunia. Masa dia di atas maka dia setia. Bila dah nak diturunkan dari takhta, dia pun memberontak atau mensabotaj.
DeleteDi daerah saya pun sekarang masalah serupa sedang berlaku. Apabila muka lama dicalonkan semula maka penyokong muka baru pun merajuk dan nak sabotaj. Begitu juga bila muka baru mengganti muka lama, maka si muka lama dan penyokongnya merajuk dan nak sabotaj undi kepada parti.
Selepas pilihanraya ini jika UMNO masih kekal berkuasa di Sabah (walaupun sekiranya sekadar sebagai pembangkang), saya akan guna nama samaran baru dan kemudian buat satu blog baru khusus untuk pressure YB-YB dikawasan saya. Saya akan pastikan mereka tidur tak lelap, makan tak kenyang dan mandi tak basah sekiranya mereka gagal perform. Tak kiralah muka baru atau muka lama - saya akan tibai kaw-kaw tapi dengan berhemah punya kalau jalan tak dibaiki, atau ada skandal seks, atau sampah tak berkutip etc etc etc..
Tapi sudah tentulah anda semua tak akan tahu bahawa admin blog tu adalah saya. Sebab saya guna nama baru hehe..
Saya tahu ramai diantara saudara dan saudari pengunjung blog ni adalah blogger. Oleh itu jika kita ingin memperbaiki UMNO dari dalam maka hendaklah kita mengguna cara kita menegur mereka dengan syarat teguran itu bukan fitnah dan hendaklah secara berhemah.
Ingat.. mesti secara BERHEMAH.. Jangan sebarkan berita palsu yang sensasi kalau tak tau betul ke tidak.
Tak perlu memaki hamun, mencarut atau menayang gambar perempuan seksi kalau nak tarik pengunjung. Di blog saya tak ada gambar seksi pun tapi.. eh kejap.. ye tak ye blog saya pun tak ramai pengunjung juga.
Tak kisahlah. Yang penting berhemah dan jangan ada gambar seksi atau tajuk-tahuk artikel yang merepek tapi tak relevan dengan kandungan. (eh kejap.. tajuk artikel saya yang ini relevan ke?).
Pastikan semua YB UMNO/BN di tempat saudara dan saudari kena pressure sehinggakan akhirnya bangun tido buat kerja. Tapi pastikan jangan letak nama betul kat blog tau, nanti kena saman pulak.
Anyway, saya nak bagitahu kepada YB-YB pantai timur Sabah iaitu di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.. I'll be watching all of you because I love UMNO.. I'll be like your shadow following you and I'll make sure you perform.
Kita sebagai rakyat pun tak boleh harapkan kepimpinan atasan semata-mata untuk menegur YB-YB yang slow sikit ni. Kita kena bagi ruang juga kepada pemimpin atasan untuk concentrate kepada perkara lebih besar contohnya memerangi masalah serangan LBGT, Pluralisma dan Liberalisma. Lagipun tak lama lagi dollar nak tumbang dan bekalan minyak nak putus. So pendekatan berblogging secara berhemah adalah terbaik untuk membantu pemimpin memaksa pegawai bawahan berkerja disamping menenangkan panik di kalangan masyarakat.
Sepatutnya Dato Kamilia tu bersyukur tidak dicalonkan. Dia ingat jadi YB selepas 2013 ni senang ke? Dia nak ke muka dia asyik muncul kat internet setiap kali buat silap? Tak ke sakit jiwa tu? Baik duduk kat rumah tanam jagung at least kurang sikit risiko kena stroke.
Ops.. ada satu lagi daerah yang terlupa sebut.. Sandakan
Deletesalam.
ReplyDeleteberkenaan demokrasi dan demontrasi, demokrasi memang ditolak tetapi demontrasi tak semestinya. Para ahlul bait pada zaman dinasti khalifah Islam pernah melakukan demontrasi terhadap pemerintah. tindakan muawiyah melantik anaknya mengelakkan berlaku perebutan kuasa, walaupun lari dari syura tetapi biarlah Allah sendiri yang menghukum. Kita hidup lepas 1400 tahun langsung tak tahu apa yang terjadi dengan yakin terdahap para sahabat. masih terdapat terlalu banyak kitab-kitab Islam di vatican yang tak pernah disentuh pun oleh ulama kita zaman ini. sekiranya apa yang terdapat disana boleh menjelaskan apa yang berlaku, mungkin ia mengubah persepsi kita. biarlah mereka para sahabat yang sudah lama aruwah. seluruh usaha kita seumur hidup pun belum tentu boleh menyamai debu tapak kaki mereka yang berjuang fisabilillah.
Sultan Salim III dari dinasti Uthmaniyah telah dipecat dari jawatan khalifah oleh Syeikul Islam ketika itu kemudian dipenjarakan kemudian dibunuh. Perkara ini menunjukkan kekhalifahan pada masa itu juga tidak betul-betul monarki sehinggalah zaman tanzimat yang melemahkan seluruh empayar.
NWO sebahagian dari fitnah dajjal yang sudah melata dan merata disegenap penjuru dunia. Aku menanti The Next World Order yang dipimpin oleh khalifah di bawah petunjuk Tuhan. Ketika NWO dan fitnah dajjal dirobek-robek oleh khalifah atau wakilnya, ketika itulah Sang Dajjal fizikal akan muncul. maka hancurlah dia berlawan dengan Ruhullah Isa anak Maryam.
perkembangan pilihanraya sekarang agak menarik... aku melihat kekuatan seimbang dikedua-dua pihak. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. tak nampak lagi siapa akan menang. Ya Allah, apakah yang Engkau janjikan pada kami?
>> demokrasi memang ditolak tetapi demontrasi tak semestinya <<<
Deletewah... ajaran nabi mana lak ni??? Agama PR ke ni..??
Kalau betul ajaran Islam, tolong bagi dalil sikit... Ndak juga tengok dari kitab mana dalilnya...
saya dah sebut para Ahlul Bait telah melakukan demonstrasi terhadap khalifah jauh sebelum illuminati terbentuk secara tersusun. illuminati menggunakan teknik demontrasi untuk memecahkan sebaliknya para ahlul bait untuk kebenaran. sebelum kata ajaran sesat, siasat lah sendiri. kaji la sendiri. makanan (sebut: ilmu) di dunia ini banyak. sekiranya ia tidak masuk ke dalam mulut kamu, maka ia tetap makanan kepada semua yang lain. aku bukan ahli kitab yang mempotret ajaran kitab melebihi al Quran. aku menerima apa yang dicakap oleh orang tua. sekiranya aku memberitahu ianya datang dari kitab Islam yang tersimpan di vatican, bagaimana kamu mahu percaya? Pernah dengar kitab tafsir Syeikh Abdul Qadir al Jailani? Tafsir itu baru beberapa tahun dikeluarkan dari vatican oleh salah seorang keturunannya dan sebelumnya belum ada mana-mana ulama yang tahu mengenainya.
Deletewow... kitab dari vatican... "Islam" versi vatican rupanya... oklah kalau camtu... patut la sama cam Islam Liberal... datang dari sumber yang sama...
Deletemakanan memang banyak... tapi tak semua orang Islam bolah makan.... lebih2 lagi makanan dari vatican!
dalam al-Quran dan hadis ..dah jelas apa yang boleh... apa yang tak boleh ... ngapa nak cari kitab dari vatican pulak! ngaji al-Quran dan hadis tak abis lagi nak ngaji yang lain2 pulak...
apapun selamat ngaji kitab baru... moga anda diberikan hidayah oleh Allah SWT...
wow...
Deletesaya sebutkan kitab ISLAM yang TERSIMPAN di vatican. bukan kitab Islam VERSI vatican. sila bezakan betul-betul. kamu tak tahu ke pencerobohan Baghdad? Kamu tak tahu ke pencerobohan Andalusia? kamu tak tahu ke pencerobohan ke tanah Melayu? Kamu tak tahu ke pencerobohan ke atas tanah umat Islam yang lain?
Beribu-ribu kitab ISLAM dibawa ke Eropah selepas Baghdad dan Andalus ditundukkan, beribu kitab lagi selepas Tanah Melayu ditidurkan. Ke mana semuanya? Pada ketika itu, para ulama mengatahui tentang perkara tersebut tetapi selepas berlalu ratusan tahun tak ada seorang pun yang tahu. Kitab Tafsir Sheikh Abdul Qadir Jailani memang wujud dan saya telah melihatnya (versi cetakan baru) 2-3 tahun lepas. Keturunannya, kalau tak salah saya, bernama Sheikh Fadhil Al Jailani, seorang ulama di Turki yang mengeluarkan kitab itu dari vatican. Beliau pernah datang ke Malaysia tetapi saya tidak sempat bertemu dengannya.
Setelah sempurna kitab tersebut dikeluarkan secara berperingkat maka beliau pergi mengelilingi dunia menunjukkan karya nendanya kepada ulama. Salah seorang ulama yang ditunjukkan kitab tersebut ialah Mufti Besar Mesir, Sheikh Ali Jumu'ah dan ketika ditunjukkan kitab tersebut kepada Ali Jumu'ah, maka bertaburanlah air matanya dan Sheikh Ali Jumu'ah mengiktirafnya. Kamu mahu kata apa pada Sheikh Ali Jumu'ah yang mengiktiraf kitab tersebut? Itu baru satu kitab. Kamu sangka di vatican itu hanya muat untuk simpan satu kitab sahaja? Kalau nak kepastian yang haqqul yakin, maka apa kata kamu pergi ke vatican dan lihat sendiri. Kuncinya mohon pada Allah supaya kamu dapat privelege masuk ke tempat simpanan Khazanah di vatican. dan kami akan follow kamu dalam pembukaan Itali nanti. InsyaAllah.
saya dah beritahu, saya bukan ahli kitab jadi saya tak berminat nak lihat kitab-kitab yang tersimpan di sana. saya sebut sekarang kerana kamu tanya dari kitab mana maka saya jawab supaya kamu berfikir. Bagi saya, dalam Al Quran telah terkandung segalanya. Cukuplah al Quran sepagai panduan dan Sunnah Nabi sebagai ikutan. Saya telah berjumpa hamba Allah yang boleh menghuraikan setiap ayat, setiap perkataan, setiap suku kata, setiap abjad, setiap baris, setiap panjang-pendek dan setiap bunyi al Quran. Apa yang Allah sebutkan dalam Al Quran jelas bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Tak perlu kepada yang lain lagi. Jika kamu katakan saya liberal atau sesat atau apa sahaja tak bagi kesan pun pada saya. maka salam ke atas kamu dan semoga kamu juga diberi hidayah oleh Allah.
oh ya, apa kata kamu bawakan dalil bahawa demontrasi itu tak boleh/haram. nak juga saya tahu. TQ
toloong! toloong!.. panggil polis! ada dua makhluk Allah nak bergomo kat ruangan komen nie.. gomo jangan tak gomo! :P
Deletetak apa depa ber gomo mesra ja.. tak pun dua-dua perasan hebat.. haha
Deleteuiihh takleh kekwat kat sini. Lagipun depa berdua cénge sangat kat ruangan komen ni pasai apa? habaq elok-elok dah la. Ni debat panjang-panjang sampai cemuih check nak baca. Rilek laaa.. kalau pi ajak anak pak berahim debat ada gak pekdah.
DeleteP/S: mana admin ni?.. oghe dah nak bergomo tapi Admin diam ja.
ok... untuk dalil haramnya demokrasi serta penerangan dan hujahnya sila baca disini. Demonstrasi Bukan Ajaran Islam. Kalau tulis nanti panjang sangat banyak yang marah!
DeleteBerkenaan kitab yang tersimpan di Vatican tiada siapa tahu keasliannya kecuali mereka dan Allah SWT. Begitu juga buku2 sejarah dan kitab2 Melayu lama.
Jika sekiranya ianya dilepaskan pastilah ia telah diubah suai sesedap rasa sebagaimana puak2 vatican mengubah kitab Injil. Tujuan utama adalah untuk menyesatkan atau melemahkan umat Islam.
Selain itu cerita2 penyedap rasa itu hendaklah diselidiki dahulu kebenarannya. Kebanyakannya hanyalah propaganda Dajjal untuk mendapat simpati dan membenarkan yang batil.
Sebagai contoh. Riba yang diharamkan serta diperangi olah Allah dan RasulNya telah dihalalkan oleh ulamak Arab dan Fatwa Al Azhar seperti Dr. Mohamed Sayed Tantawi, bekas Syeikh al-Azhar Syeikh Mahmud Shaltut,Syeikh Rashid Redha dan Syeikh Muhammad Abduh.
Jadi kredibiliti ulamak2 Arab kadang2 boleh diragukan lebih2 lagi jika kita merujuk kepada al-Quran dan Sunnah tentang hukum2 yang telah jelas.
Ingat ulamak bukan Nabi. Jika tak pasti rujuk al-Quran dan Sunnah, jika dah jelas tak perlu rujuk kepada mana2 ulamak lagi. Kalau belum jelas mungkin boleh rujuk...
hmm .... baris satu typo la pulak.... untuk dalil haram demonstrasi bukan dalil haram demokrasi...
Delete>>Kitab Tafsir Sheikh Abdul Qadir Jailani memang wujud dan saya telah melihatnya (versi cetakan baru) 2-3 tahun lepas. Keturunannya, kalau tak salah saya, bernama Sheikh Fadhil Al Jailani, seorang ulama di Turki yang mengeluarkan kitab itu dari vatican<<
DeletePernah dengar cerita drpd salah seorg muridnya di Malaysia, bagaimana kitab ini diambil drpd suatu tempat simpanan kitab2 Islam yg dikawal ketat.
Tak sempat bertemu dengan beliau sblm Tafsiran itu dicetak dan ketika lawatan beliau ke sini untuk diterjemah ke Bahasa Melayu.
Salam. Kalau sekiranya dengan kekalahan BN akan memuncakan Islam dan pengawalan kedatangan yang ditunggu..lebih elok biarkan..tetapi..sekiranya dengan kekalahan BN akan melingkupkan Islam serta kehancuran umat Melayu ini ..maka..pilihlah BN.
ReplyDeleteArtikel yang sangat baik...
ReplyDeletelebih jelas ttg sistem syura apabila saudara kaitkan dgn sistem yg diamalkan oleh vatican atau illuminati...
Insyallah, this is my first time to vote,,,will vote for dacing,,,I fully aware that Zionist/Illuminati is targeting Malaysia through Pakatan.
Thanks bro
Terima kasih kerana memahami betapa dekatnya jarak yang memisahkan negara kita dengan penaklukan Illuminati di akhir zaman ini.. Terima kasih kerana turun mengundi.. Setiap undi sangat penting.. Setiap satu undi seolah-olah menjauhkan Illmuniati satu centimeter dari pintu masuk ke Malaysia.. Kedengarannya kecil tapi hakikatnya sangat bermakna
DeleteUndi BN = Dajjal menang
DeleteUndi Pakatan = Dajjal menang
Tak Undi = Dajjal menang juga
Jadi apa nak buat??
Silap la bro...
DeleteUndi BN= Bumiputra menang= Melayu menang=>> Islam menang..
Undi pakatan = geng LGBT + Pluralisme menang
X undi = (kalo melayu..korang dah tolong org kafir menang..ten q very much)
hi sabahan
ReplyDeleteterima kasih kerana terus memberi penerangan, memang pahit untuk diterima, tapi itulah pilihan yang kita perlu gunakan
jika anda semua telah bersedia menghadapi NWO, teruskanlah tapi jika masih membetulkan diri beri peluang terakhir
saya adalah warga internet anti-demokrasi dan tak pernah sekalipun turun mengundi walaupun sekaran dah umur 30an. saya juga berblogging memperjuangkan kepercayaan saya dan sangat aktif di facebook dan tweeter.
ReplyDeletesaya dah baca semua hujah saudara admin dan saya akui ada kebenarannya bg maksud pru13 ini.
admin ada tak cadangan lain kepada sibertrooper seberti saya ini? dimana saya tak perlu menggadai prinsip saya tapi dalam masa sama tidak juga menyumbang kepada kejatuhan umno sebagai pemerintah anti-murtad yang menentang pembangkang yang pro-murtad?
terima kasih dan ahlan wa sahlan kepada admin.
p/s: betul bah ko ni urang sabah, admin?? macam ndak percaya aku.
(blogger pantai barat borneo)
Hmm.. mungkin ada satu cara..
DeleteKerugian kepada umat Islam di Malaysia hanya berlaku jika pemerintah Islam tumbang dan digantikan oleh pemerintah orang bukan Islam (atau pemerintah Islam yang sebenarnya dibonekakan oleh orang bukan Islam). Inilah yang kelihatannya berlaku sekarang kerana PAS terlalu lemah di dalam PAKATAN sehinggakan PAS menjadi keldai tunggangan DAP yang lebih kuat.
Tetapi jika DAP dan parti-parti bukan Islam yang lain dilemahkan, maka tak kira siapa pemerintah Islam yang naik, maka sekurang-kurangnya bukanlah keldai tunggangan DAP. Malahan DAP yang mungkin jadi tunggangan PAS.
Jadi kalau saudara/i dah bulat hati tak nak mengundi, maka you perhebatkanlah kempen "tak turun mengundi" you tapi dengan syarat disasarkan HANYA KEPADA NON-MUSLIM. Pandai-pandailah berhujah, yang penting mereka akhirnya ralat nak turun mengundi sebab demokrasi menurut fahaman saudara/i adalah ciptaan Illuminati (menurut pendapat kebanyakan golongan anti-demokrasi).
Dalam keadaan sekarang melayu/Islam rugi kalau ada yang tak turun mengundi kerana kita tahu semua non-muslim turun mengundi sebab mereka nak menegakkan kekuasaan politik mereka. Itu sebab saya merayu anda semua turun mengundi.
Tapi kalau yang tak turun mengundi tu adalah dari kaum mereka, maka kita tak rugi apa-apa. Makin ramai mereka tak turun mengundi, makin untung kita.
So sebagai contoh, sekiranya kami hilang satu undi dari anda, maka sila anda pastikan bahawa at least 10 dikalangan mereka juga tak turun mengundi. Lebih baik lagi sekiranya satu undi anda lesap anda, tapi sebagai balasan anda menyebabkan 100 undi kafir turut lesap semasa PRU13 ini.
Yang merugikan kita itu ialah apabila anda berkempen "anti demokrasi" hanya kepada orang Islam juga. Akibatnya 100 kafir turun mengundi tapi akibat kempen anda di internet maka 100 undi orang Islam lesap dalam PRU. Perbuatan begini samalah seperti anda menyerahkan pemerintahan orang Islam kepada orang bukan Islam.
Tindakan anti demokrasi cuma akan memberi keuntungan percuma pada kafir2 yg turun beramai2 mengundi
Deletedgn berjayanya undi2 kafir bermakna mudahla mereka mencorak demokrasi menngikut suara2 mereka sesuka hati,
Tidakka terfikir disebbkan 'prinsip"kita nanti2 masa depan anak2 kita yg berkemungkinan mempunyai sebuah negara yg terlebih demokrasi ..spt anak2 yg bebas pilih agama dianuti?
X ka ada perasaan bersalah atau bimbng? Mungkin ada yg ckp kemungkinan ini x akan terjadi..
Tp jika kita perhati corak2 politik lawan masa kini yg terlalu berani dan liberal memperjuangkan hak2 asasi.kemungkinan ini boleh terjadi..
Pada masa itu menangis air mata darah pun sudah x berguna lagik..
melayu berpecah .... UMNO... PAS ... PKR.... boleh menang ke? kalau rasa nak untung .... bubar PAS dan PKR.... hanya undi UMNO! .... baru dapat untung...
Deleteyang PAS dan PKR kena cucuk hidung oleh DAP tak pe ke? Undi PAS dan PKR bermakna undi DAP.... UNDI kafir!
woi... tak de telo ke.... buat apa nangis air mata darah... lebih baik jihad hingga ketitisan darah terakhir.... jangan jadi macam buih .... buang penyakit wahn (cintakan dunia takutkan mati) dalam hati...
semangat betul afterdark. Susah2 pujuk diri untuk tolak demokrasi sudah2nya kena fikir untuk mengundi. Tinggal sepuluh hari untuk berfikir.
ReplyDeleteSelamat mengundi.
Najwa,
Delete10 hari adalah lebih dari mencukupi untuk baca Yaasin 41 kali atau sembahyang istikharah mohon petunjuk. Juga mencukupi untuk start simpan beras, makanan asas dan at least 2 gelen minyak petrol (40 liter) sebagai persediaan untuk balik kampung jika berlaku kejadian tidak diingini.
Gunakan 10 hari ini sebaik-baiknya.
Kampung saya kampung mak abah saya juga. Tempat saya balik hari pilihan raya nanti. Tiada kampung lain. Prepping? Idea yang terlampau janggal bagi saya yang pernah membaca blog ni. Apatah lagi orang tua yang tak guna internet. Kalau jadi apa2. Wallahua'lam. Lari ke kem tentera terdekat barangkali. haha
Deletesalam bro..
ReplyDeleteanalisis yg sangat 'mind-blowing' pada pdpt sy..hujah2 berkenaan sistem khalifah, dan penggunaannya dlm organisasi dajjal illuminati dan vatican, sgt membuka minda sy utk tmbh meyakini bhwsanya demokrasi itu perlu dikuburkn dn diganti dgn sistem khalifah bila tiba masanya...
namun sy agak kurg bersetuju bila saudara mengaitkan unsur partisan dlm artikel ini, yg menjurus kepada unsur utk menyokong kerajaan yg ada skrg (BN) utk terus kekal sbg pemerintah Malaysia.soalan sy, apa yg menyebabkan saudara masih ingin mengekalkan kerajaan bertunjangkan UMNO ini?sedangkan rata2 kita sedia maklum bagaimana keadaan kerosakan yg sedang berlaku di dlm UMNO.bgmna UMNO diperkudakan oleh golongan pemimpin ultra melayu utk mengaut kekayaan yg terhasil dr perut bumi Malaysia ini utk dimasukkn ke poket mereka sendiri..
saya sebenarnya tidak ingin membenci UMNO, tapi sesungguhnya sy benci dan muak dgn sikap pemimpin UMNO yg kebanyakannya sombong dan angkuh bila meluahkan kata2...seolah-olah mereka saja yg betul, seolah2 mereka saja yg pndai, dan seolah2 lupa yg mereka jg manusia biasa yg tidak maksum dr melakukn kesalahan.terus trg sy katakn, utk kali ini sy benar2 ingin melihat mereka ini dihukum oleh sistem demokrasi yg mengangkat mereka sekian lama ini.pdpt sy mudah : UMNO itu tidak salah, yg salah adalah mereka yg memperkudakan UMNO sbg landasan utk mencapai cita2 peribadi..namun sy jg bimbang sekiranya Islam akan semakin tertindas sekiranya pihak yg satu lg memegang tampuk pemerintahan..tp dgn memenangkan UMNO dan BN, masalah ttp tidak akan selesai...hmmm...
wlubgmnpn, saudara jgn tersilap utk mengatakn sy sbg pro kpd pihak yg satu pula, yakni PR.sy adalah seorg yg sgt anti dgn DAP.fact bhwsanya PAS sebenarnya hnya kuda tunggangan DAP itu adalah suatu yg x boleh disangkal kebenarannya.begitu juga PKR, dgn unsur liberal dan pluralisme yg sgt kuat harumannya dlm parti itu membuatkan sy berada di persimpangan dilema ketika ini, samada akan turun mengundi atau tidak.klu trn pn, siapa yg perlu sy undi?atau adakah ptt bg sy utk memboikot saja sistem demokrasi ini selagi hayat dikandung badan?persoalan yg amat payah utk sy jwb kpd diri sy sendiri...
Apapn, artikel yg menarik.teruskan penulisan berilmiah spt ini.
at the end of the day, kita-kita juga baini.. :)
As-salam
errr.. jawapan ku ging ada di artikel sebelum ini iaitu 'mempergunakan umno'.. kalau senang-senang sudi-sudilah baca.. hehe
Deleteging, mudah-mudahan masa mengundi di sabah aman.. aku risau sudah ni bila kan mendengar ada lagi lanun suluk cuba masuk sabah..
oh yaa.. sebagai orang sabah aku paham perasaanmu yang meluat sama sesetengah pemimpin UMNO.. aku pun meluat juga sama YB tempatku.. tapi apa bulih buat.. UMNO saja benteng akidah yang masih ada sekarang ni.. tapi kita sebagai blogger boleh ba bagi tekanan sama YB-YB kita tu.. Aku sendiri pun kalau YB tempatku ndak bekerja lepas pilihanray,, ku tiau juga tu dalam blog ku..
Deletewow... header/banner baru menarik...
ReplyDeletehehe tenkiu enrike.. banner sementara jak ni sempena PRU13
Deletehmm... bersungguh2 anda untuk melambatkan kedatangan NWO... saya turut mendoakan usaha anda tersebut... dan insyaallah BN akan menang....
Deleteapapun saya ada merasakan satu lagi masalah... puak2 NWO tidak saja menggunakan cara2 fizikal... teknologi terbaru.... wang dsb.... tetapi mereka juga menggunakan cara2 spriritual..... lebih tepat lagi SIHIR !...
Jadi apakah yang anda dapat lakukan untuk membendung cara tersebut.... nak suruh orang baca Hisb Bahar, Yasin dan solat hajat sebelum pergi mungundi nampak macam mengarut! ... Tapi itulah cara terbaik untuk untuk menghalang sihir tersebut...
Jadi apa pandangan anda?
itu saya memang tahu dan dah pernah tulis dalam WHAT IF.. malahan rasanya saya dah tahu di mana transmitter sihir tu dipasang di KL .. InsyaAllah jika ada kelapangan sebelum 5 mei nanti saya akan tulis satu lagi artikel bagi menghadapi 13 Mei 2013 yang tak lama lagi akan tiba.. InsyaAllah InsyaAllah mudah-mudahan ada kelapangan..
DeleteBuat sementara ini saya cadangkan cara paling simple dulu untuk mengurangkan kesan sihir tu.. Ini untuk sahabat-sahabat kita yang mungkin jarang sangat baca quran.. pasang MP3 rukyah sepanjang malam semasa tido.. ini akan mengurangkan sikit kesannya.. Banyakkan baca rukyah contohnya semasa memandu atau ketika ada kelapangan.. Elakkan terlalu kerap mengunjungi sekitar KLCC dan Bukit Bintang.. Ada senior bagitau kat sana ada transmitter.. Kalau ada pembangkang datang ceramah, pasang cd rukyah gula loud speaker (takkan diorang nak marah orang pasang cd quran kan?).. atau boleh gak tabur garam atau air yaasin sekitar tapak ceramah tu sebelum ceramah berlangsung.
DeleteTerimakasih atas info dan pandangan anda.... saya mendoakan moga anda dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yang baik...
DeletePada yang berminat dengan Hisb Bahar... boleh membaca sejarahnya, kegunaannya, mendapatkan textnya (PDF) dan bacaaannya disini
terima kasih enrike atas link itu.. tapi di mana boleh para pembaca mengetahui maksud kepada tulisan jawi tu?.. ada mana-mana blog yang memberi terjemahan ke bahasa melayu tak?.. sebab sebarang amalan ini sebaik-baiknya hendaklah juga diketahui maksud ayat yang dibaca.
DeleteSila lihat disini Hisb Bahar (Doa Lautan) dan Terjemahannya
ReplyDeleteBoleh tak bagi tahu kami tarikh2 yang diperhatikan oleh ILLUMINATI untuk tahun 2013 mengikut numerologi mereka?
ReplyDeleteInsyaAllah jika kelihatan akan bermula rusuhan 2013, saya akan menyentuh mengenainya dalam artikel berikutnya agar semua pembaca boleh segera membuat persediaan.
DeleteSalam..saya ada terbaca disebuah Blog yang kononya Si Nuar tngah wt plan untuk melaksanakan rancangan untuk mengupah orang untuk kononya membunuh beliau..jikalau pekara ini berlaku mungkin perasaan pengundi akan berpihak kepada PR lagi2 kalau dilaksanakan sehari sebelum mengundi..takde masa untuk polis siasat rancangan itu..any komen bro about This Isu
DeleteLebih baik Anwar Ibrahim berfikir banyak kali sebelum melaksanakan strategi ini. Ya strategi ini memang wujud dan pernah dilaksanakan di Pakistan pada tahun 2007.
DeletePada tahun 2007, Parti Pembangkang 'Pakistan People's Party' atau PPP merupakan pembangkang yang kuat menentang Presiden Pervez Musharraf namun masih belum cukup kuat untuk menumbangkan parti pimpinan Musharraf. Oleh itu satu strategi telah dirangka bagi membolehkan Pilihanraya tersebut dimenangi oleh PPP iaitu dengan melaksanakan drama cubaan membunuh yang bakal mencederakan Ketua Pembangkang iaitu Benazir Bhutto.
Secara politiknya, keadaan Benazir pada 2007 adalah persis seperti Anwar Ibrahim pada hari ini. Benazir telahpun kehilangan kredibiliti atas masalah rasuah semasa beliau menjadi presiden namun masih mempunyai pengaruh sebagai ketua pembangkang. Namun masalah imej Benazir juga merupakan beban kepada propaganda pembangkang.
Benazir diberitahu bahawa rancangan Luciferian (yang merupakan penaja Benzir) hanyalah agar bom tersebut diletupkan semasa perarakan politik. Beliau diberitahu bom tersebut akan meletup di satu jarak yang selamat di mana beliau kemudian boleh menuduh Presiden Pervez yang merancang membunuh beliau namun kononnya gagal kerana perlindungan dari Allah Taala. Adalah diharapkan agar peristiwa pengeboman ini akan menaikkan semula imej beliau dan membolehkan PPP memenangi pilihanraya dan sekaligus membolehkan beliau kembali berkuasa.
Namun Benazir terlupa bahawa dia bukan siapa-siapa dimata Luciferians. Dia hanyalah orang suruhan. Bagi Luciferians, PPP lebih berpeluang memenangi Pilihanraya sekiranya Benazir benar-benar terbunuh.
Pada 27 Disember 2007, tembakan dilepaskan dan letupan bom menyusul berhampiran kenderaan beliau sehingga menyebabkan kematian 20 orang. Benazir juga cedera parah dan kemudian meninggal di hospital.
Sepertimana dirancang oleh Luciferians, Pari Pembangkang PPP benar-benar memenangi pilihanraya tersebut.
Oleh itu, lebih baik Anwar berfikir sepuluh kali sebelum mematuhi bulat-bulat segala perancangan penaja-penaja beliau.
mohon pencerahan
Delete"Oleh itu, lebih baik Anwar berfikir sepuluh kali sebelum mematuhi bulat-bulat segala perancangan penaja-penaja beliau."
kenapa anwar perlu fikir banyak kali utk plan konon cubaan membunuhnya?
adalah takut anwar nanti betul2 terbunuh?
tapi nantinya memungkinkan pr memenangi pru13
aku blur
saya gunakan perkataan "terbunuh" bagi Benazir Bhutto hanya sebagai bahasa berlapik saja. Sopanlah katakan. Hakikatnya semua pengkaji Illuminati tahu Benazir dibunuh oleh penajanya sendiri kerana kematian beliau lebih menjamin kemenangan pembangkang di Pakistan waktu itu.
DeleteSo maksudnya disini ialah agar Anwar Ibrahim berfikir dalam-dalam sebelum menerima cadangan penajanya untuk berlakon dalam drama "pembunuhan". Sebab manalah tau dia sebenarnya masuk perangkap NWO juga seperti Benazir.
Walaupun Anwar tu pembelot, tapi sebagai orang Islam saya masih harap dia sempat bertaubat juga. Kalau kojol semasa melaksanakan suruhan Luciferian memanglah tersangat malangnya sebab selama-lamanya di dalam neraka.
ten kiuew
Deletesedangkan diri kita sendiri pun tidak sempurna dan terlalu amat memerlukan pertolongan dan doa dari orang lain
jauh disudut hati tetap mengharapkan pengakhiran yang baik untuk beliau serta yang sewaktu dengannya
Ya benar, sepertimana Saddam Hussien yang akhirnya tersedar dari lena dan bangkit menentang penajanya sendiri, maka akhirnya dia diizinkan Allah mengucap dua kalimah syahadah sebelum matinya (pengakhiran yang baik).
DeleteUndang2 Islam itu luas.. antaranya munakahat(perkahwinan), Muamalat ( perniagaan), faraid(pembahagian harta) , Janayat (jenayah)... dalam Jenayat ada 4 cara @ bentuk hukuman iaitu hudud,qisas, diyat & ta'zir... NAMPAK TAK APA YANG PAS PEJUANGKAN... HUDUD SAHAJA... so pejuangannya masih tidak menyeluruh... x lengkap!
ReplyDeletesalam afterdark.
ReplyDeleteapa pendapat saudara tentang video ni.. sudah jelas apa yang mereka mahukan di negara malaysia ini.
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=qdQ2dARecE0#!
Pendapat saya ini adalah jawapan yang dinanti-nantikan oleh ustaz yang berdoa "KO UMNO". Sekarang dia patut tahu siapakan yang anti-BN dan siapakah yang Pro-Pembangkang.
DeleteKalau tak nampak lagi, suruh dia doa lagi 10-20 kali minta petunjuk. Kalau tak nampak juga, memang tak tau nak kata apa lagi.
'lagu' ini saya petik dari www.bicarasufi.com
ReplyDeletehorey horey
hip hip horey
selamat datang ke dunia baru
inilah dunia yang kita idam-idamkan sejak dari dulu
dunia yang mana tiada sengketa lagi
hari hari mendatang akan penuh dengan kegembiraan
batasan akan hilang
batasan yang bukan sebenarnya
mari mari
mari kepada kami
sebenarnya
kami rindui akan kamu sejak dari dulu
kami dulu terlambat dalam memerdekakan kamu
kini kami datang dengan tekad baru
dulu afghanistan
kemudian iraq
sekarang ini libya
dan
akan datang...
syria
ha ha ha
kami akan memerdaheka kan kamu
untuk kita sama-sama meni'mati dunia yang serba indah
yang kami simpan selama ini untuk kamu
tunggu di hujung tangga rumah mu
kamu akan kami lawati
tidak lama lagi
sementara itu tha'ati lah pemimpin ciptaan kami
sengaja kami sediakan bagi kamu
seorang yang cerdas lagi berhati waja
kenal dia apa erti bahagia
dalam dunia utopia
seperti terhimpun dalam suhuf-suhuf kami
horey horey
hip hip horey
mari bergembira
la la la la
kita menari
goyang tangan goyang kaki
lagu ni kalau ada videoclip, musik dan montaj kat youtube bagus jugak ni :)
DeleteAssalamualaikum..tumpang bertanya..saya ingin tahu,adakah di kalangan watchers group yg lain ada membuka bolg seperti saudara?
ReplyDeleteya, majoriti kami adalah bloggers dan webmasters (walaupun ada sesetengah tu dah tak udate blog dia entah berapa kurun dah).. tapi blog mana satu tak boleh bagitau.. nanti tak suspen plak.. hehe
Deleteshare-share lah blog dia orang kat kita orang
Deleteboleh baca
hari ni dah 30 april 2013 - few days nak mengundi
bila nak publish artikel cara menghadapi huru-hara/rusuhan?
^^-peace-^^
social engineering!
Deleteapa tu sosial engineering Encik Enrike?
Deletekalau civil engineering tu saya taulah sikit sikit
haha.. enrike tu cuma memberi peringatan pada saya saja tu, encik kowloon.
Delete@ Anonymous 1:56 AM
DeleteNanti saya akan terbitkan artikel tentang persiapan yang perlu dilakukan sebelum 5 Mei.. insyaAllah.. Saya pun sibuk tengah bersiap jugak ni..
buat en kowloon
ReplyDeleteSocial engineering, in the context of security, is understood to mean the art of manipulating people into performing actions or divulging confidential information. More info and explanation
hari ini saya dpt satu ilmu terimakasih..
ReplyDeleteapa pandangan admin dgn
DeleteDalang Sebenar Peristiwa 13 Mei
http://satuumat.blogspot.com/2013/05/dalang-sebenar-peristiwa-13-mei.html
Wah pengunjung baru ke blog saya! Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.
DeleteDalang sebenar 13 Mei itu sudah saya ulas didalam artikel berbahasa inggeris saya terdahulu iaitu
CHAPTER 14 - PENANG, PEARL OF THE ORIENT
http://afterdarkwrites.blogspot.com/2013/01/chapter-14-penang-pearl-of-orient.html
dan
YouTube: TUN ABDUL RAZAK & THE 13TH MAY RIOT
http://afterdarkwrites.blogspot.com/2011/06/youtube-tun-abdul-razak-13th-may-riot.html
Tuduhan mengatakan bahawa 13 Mei adalah cubaan merampas kuasa oleh Tun Abdul Razak dan Tun Mahathir adalah auta tidak berkualiti dan auta ini datang dari pihak Freemason. Itulah pendirian saya.
terimakasih dgn jawapan admin...
DeleteKalau yang menanggotai majlis syura 'ke laut', ke laut juga pemimpin yang akan dipilih...
ReplyDelete