Monday, April 8, 2013

SOAL JAWAB BULAN APRIL 2013

Sementara tengah ada masa untuk menulis rasanya eloklah saya memenuhi janji saya untuk menjawab beberapa soalan yang sebelum ini diajukan oleh ramai pembaca saya samada di ruangan komen blog ini ataupun melalui email. Banyak soalan diajukan dalam bahasa inggeris tapi memandangkan saya pun malas nak guna bahasa inggeris malam ni so izinkanlah saya menjawab dengan bahasa pasar BM campur BI di mana yang perlu hehe..

SOALAN 1

Soalan yang pernah ditanyakan kepada saya adalah mengenai lambang ‘ILLUMINATI’ yang kononnya terdapat di PUTRAJAYA. Ada satu hamba Allah telah mengatakan kepada saya bahawa kerajaan UMNO/BN adalah kerajaan dajal kerana terdapat lambang Illuminati di Putrajaya.

Now, saya malas nak komen mengenai gambar beberapa bangunan di Putrajaya sebab saya tahu rekabentuk itu tiada kaitan dengan Illuminati pun. Ini kerana sepertimana yang diberitahu oleh seorang ahli kumpulan Watchers International berbangsa Amerika-Yahudi kepada kami, bahawa setiap monumen yang direkabentuk oleh Illuminati adalah direka secara sangat teliti, tertakluk kepada protokol serta membawa maksud spesifik tertentu dan membawa maksud teologi Luciferian di dalamnya.

Kumpulan Iluminati yang membina bangunan dan monumen adalah bukan manusia bodoh sembarangan. Sepertimana telitinya kita umat Islam apabila membina Masjid yang berharga beratus juta ringgit, maka penganut agama Luciferian juga tidak akan mengambil mudah rekabentuk bangunan yang menggambarkan agama mereka
.

PRECINT 5, PUTRAJAYA

So, merujuk kepada gambar Presinct 5 yang kononnya lambang 'All Seeing Eye' itu.. Errr.. Saya rasa mana-mana senior elit Illuminati pun akan rasa marah jika kita mengatakan mereke membina monumen "all seeing eye" dengan rekabentuk semberono dan tidak senonoh begitu kerana ia seolah-olah kita mengatakan arkitek-arkitek mereka semua tak ada kelas. Jangan main-main dengan kumpulan elit ini, mereka akan marah jika dikatakan tiada kelas gitu.



Lagipun sekadar ada bentuk menyerupai 'kelopak mata" (actually, lebih mirip kepada vagina tu adalah kot) macam design "1" di atas tak bolehlah dikataka "the all seeing eye" kan? Lainlah kalau ada bijik mata seperti dalam design "2" tu.

Setakat yang saya yakini, tiada lagi monumen "mata satu" yang dibina oleh Illuminati mengadap ke langit. Jangankan di Malaysia, di Vatican yang merupakan tempat berlangsungnya black mass pun tak ada monumen sebegitu. Membina monumen yang melambangkan "Lucifer" berlawan mata dengan Tuhan? Saya yakin mereka tidak akan berani berbuat begitu. Malahan setakat kini semua lambang "All Seeing Eye" hanyalah diletakkan secara horizontal iaitu di tempat tinggi memandang ke tepi atau ke bawah. Inilah maksud teologi "all seeing eye" yang sebenar iaitu memandang kepada manusia yang diperhambakan oleh Dajjal di bawah.


Apabila saya menyatakan bahawa tiada monumen "all seeing eye" yang dibina menghadap ke langit, seorang hamba Allah telah menunjukkan kepada saya gambar dibawah dan mengatakan bahawa di Vatican dan di Putrajaya pun ada lambang "all seeing eye" mengadap ke langit.

Mengenai gambar ini, sukalah saya menjelaskan bahawa dikalangan pengkaji Illuminati sudah sepakat mengatakan bahawa lambang di St. Peter Square di Vatican itu memanglah lambang Illuminati tapi bukanlah lambang "All Seeing Eye" tapi adalah lambang roda pagan iaitu "eight pointed cross" atau dikenali juga sebagai "eight-point sun wheel". Mari kita lihat dengan lebih jelas gambat Saint Peter Square dibawah. dan kemudian bandingkan dengan lambang roda pagan yang saya cedok dari wikipedia



Mengenai maksud disebalik lambang ini rasanya tak perlulah dijelaskan disini kerana dalam wikipedia pun ada (klik SINI atau SINI). Yang penting saya ingin sampaikan disini ialah bulatan di Putrajaya tu bukanlah lambang yang sama dengan di Vatican kerana di Vatican ada 8 bucu manakala di Putrajaya ada 9 bucu. Di Vatican 8 bucu tu adalah terhasil daripada pertidihan 4 garisan yang lurus manakala di Putrajaya terdapat 9 cabang yang bertempiaran tak ada seni pun. Lihat garis dibawah untuk pemahaman lanjut. 



Okay, lagi satu monumen yang jadi mangsa ialah monumen tugu peringatan putrajaya. Gambar di bawah saya ambik dari satu blogger pro-pembangkang.


Bagi saya blogger-blogger pembangkang yang menjaja gambar ni memang bengap. Tentang silap faham lambang di Saint Peters Square tu saya boleh lah faham sikit. Tapi menyamakan menara berbentuk 'obelisk' di Washinton DC dengan menara berbentuk berbentuk roket tu saya memang tak faham. Takkanlah mereka tak menyedari bahawa di setiap obelisk terdapat bentuk piramid di atasnya manakala menara di putrajaya tu langsung tak ada piramid? (lihat dibawah)


Yang peliknya, mereka tahu pula tu bahawa menara obelisk yang diagungkan oleh Iluminati itu adalah meniru rekabentuk "jamratul " di Mekah iaitu tiang yang melambangkan Iblis yang pernah cuba menghasut Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Entah bagaimana mereka boleh menyamakan design menara putrajaya dengan bentuk jamratul di Tanah Suci.






SOALAN 2

Soalan kedua yang pernah ditanya melalui email kepada saya ialah mengenai hubungan Dato Harun Din dengan Anwar Ibrahim. Ini soalan klasik yang selalu digunakan sebagai modal oleh penyokong PKR ni malahan semenjak 1998 (iaitu semasa Anwar dipecat oleh Tun Mahathir kerana didapati menyondol bontot Azizan) soalan ni dah berkumandang dikalangan penyokong Reformasi.

Soalan dia lebih kurang begini.

"Dato Haron Din kan orang berilmu tinggi. Takkanlah dia tak boleh guna ilmu dia untuk memastikan Anwar tu membontot atau tidak."

Actually saya pun tak reti nak jawab soalan klasik no juga. Saya masa belajar di U dulu sering mendengar lagenda Dato Haron Din memindahkan jin di UKM ke penempatan baru. Macam-macam versi saya dengar termasuklah yang melibatkan penggunaan 10 buah bas UKM katanya. Memang kagumlah.

Memandangkan saya tak ada access nak berjumpa Dato Haron Din, maka yang terbaik saya boleh lakukan ialah bertanyakan kepada sahabat saya dalam Watchers iaitu Imam Ali yang juga merupakan pengamal perubatan ruqyah. Imam Ali pun kata soalan sebegini lebih baik ditanyakan kepada tuan punya badan namun untuk tujuan hypothetical maka dia berpendapat sebabnya 'mungkin' sebegini.

Terdapat perbezaan di antara Ilmu Ruqyah dan Ilmu Kebatinan. Ilmu rukyah yang 100% bergantung kepada penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran sahaja hanya ada satu cabang iaitu cabang kebaikan, Ilmu kebatinan pula boleh jadi ilmu putih atau ilmu hitam iaitu bergantung kepada niat pengamalnya. Kata Imam Ali pengamal ilmu kebatinan 'putih' sering menggelar menggelar makhluk halus yang membantu mereka sebagai 'sahabat' manakala pengamal ilmu hitam pula menggelar makhluk halus ini 'khadam' atau 'suruhan' atau 'peliharaan'.

Sekiranya anda (contohnya) ingin melakukan sesuatu yang 'cool' atau nampak hebat, maka anda akan memilih untuk menuntut ilmu kebatinan. Salah satu ilmu batin yang paling boleh mengkagumkan orang lain ialah ilmu menilik atau digelar juga sebagai 'scanning'. Tentang ilmu scan ini pernah saya tulis artikel mengenainya dahulu di dalam artikel bertajuk "WHAT IF" (klik sini kalau belum pernah baca). Saya pernah terbaca mengenai Mona Fendey yang mempunyai ilmu scanning yang cukup hebat sehinggakan mampu mengetahui niat orang yang bertandang ke rumahnya. Malahan seringkali kita baca mengenai dukun-dukun berilmu tinggi yang boleh membaca fikiran orang. Ini semua adalah ilmu batin yang sangat mengkagumkan.

Menurut Imam Ali, beliau sebagai pengamal rukyah tidak mampu membaca isi fikiran orang ATAU melihat apa yang sedang dilakukan oleh seseorang dimasa lalu ATAU melihat sesuatu kejadian melalui semangkuk air. Islam sendiri melarang tilik-menilik maka sudah tentulah di dalam rukyah itu sendiri tiada ayat Al-Quran yang boleh digunakan untuk scanning seseorang. Yang ada dalam rukyah hanyalah doa-doa memohon perlindungan Allah yang mana sekiranya diizinkan oleh Allah akan menyebabkan timbul firasat untuk mengelak musibah. Contohnya pengamal doa tertentu akan mendapat 'feeling' yang mana akan membantu beliau mengelakkan musibah sebelum ianya berlaku (samalah macam sembahyang istikharah).

Imam Ali tidak berani membuat spekulasi mengenai kemampuan Dato Haron Din. Imam Ali sekadar mengatakan bahawa sekiranya Anwar Ibrahim itu bersahabat dengan beliau, beliau pun tidak boleh membaca fikiran Anwar Ibrahim atau melihat adegan homoseks Anwar Ibrahim melalui semangkuk air. Mungkin yang beliau akan lakukan adalah melakukan apa yang dibuat oleh Sidek Baba yang telah bersembahyang istikharah sebelum membuat keputusan meninggalkan sahabat lamanya Anwar Ibrahim.

Okaylah, sekarang dah jam 10.37 malam dan besok nak pergi kerja. So saya berhenti dulu disini dan akan sambung Q & A di hari lain.

Assalamualaikum.


31 comments:

  1. as salam AfterDark,

    terima kasih diatas perkongsian dan penerangan yg bermanfaat

    org tua2 ada berkata - ilmu & maklumat yg benar itu cahaya, manusia selalu memusuhi perkara yg dia tidak ketahui

    semoga Tuhan mengurniakan AfterDark dengan rezeki masa lapang yg banyak utk berkongsi Q&A seterusnya kepada kami semua...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Saudara AfterDark,
    Hamba Sebenarnya Tidak Tahu Siapa Najib Dan Siapa Anwar Ibrahim, Hamba Tidak Mahu Memfitnah mereka mahupun menaruh rasa negatif terhadap mereka berdua.

    Jika kita memfitnah seseorg, maka celakalah kita. Kalau Saya jadi Anwar, Jika memang bukan salah saya (melakukan kemungkaran) saya akan tersenyum dan bersyukur kepada Allah SWT kerana ada orang (islam) memfitnah saya. Dan insyallah bertemu di akhirat. (Tak dapat lepas sampai lubang cacing :D) Allah SWT Maha Adil.

    Jika hamba menjadi Najib, Jika ada memfitnah Hamba Sudah tentu hamba senyum kerana di akhirat dapat bertemu dengan mereka(tanpa ragu2:D) Sebab mereka yang Memfitnah CILAKALAH Hidupnya.

    Allah SWT Membahagikan Dosa Kepada Tiga Jenis.
    1) Dosa kalau sebesar gunung sekalipun, Allah Ampunkan.
    2) Dosa mensyirikan Allah SWT tidak sekali2 Allah SWT ampunkan
    3) Dosa Allah SWT tidak ampunkan iaitu Dosa Sesama Manusia.

    Bagi Hamba Illuminati telah pun mendarat dimana-mana pun tempat hatta di Malaysia sekalipun. Jangan Harap Malaysia dapat Lari dari Dajjal. Melainkan Mereka Menghafal Dan mengikuti surah Al-Kahf. Kecuali Madinah Dan Makkah terselamat dari didatangi Dajjal(fizikal).

    Pasal Kerajaan, Hamba tak mengundi, Kerana Mereka Guna DEMOKRASI CIPTAAN DAJJAL. Sesiapapun jangan nak berdalih! Dajjal cipta kenapa ikut? Kalau Allah SWT suruh Ikut Al-Quran, Jangan Banyak Tanya, Allah SWT suruh! Siapa ALLAH SWT. Tuhan YANG MAHA BESAR!!!

    Hamba bekas pelajar ekonomi.Hamba tertanya2? Kenapa Kerajaan Sekarang (Sebelum pembubaran) masih jadikan JUDI sebagai pendapatan negara. RIBA menjadi wang harian. Isteri tak disuruh bertudung. Suruh buat HUKUM ALLAH SWT, Diorg Kata tidak, tak relevan.(Tengok Berita TV3).Diorg kata ikut macam Undang2 Madinah yang digubal oleh Rasulullah SAW. Haha, Al-Quran Paling latest, ikutilah AL-Quran.

    Macam2 alasan.Nak larilah tu.Astaghfirullahalazim.

    Kepada Afterdark, Moga Allah SWT membuka Mata Hati kamu!
    Sesungguhnya Dajjal Buta pada mata kanannya(fizikalnya) (mata hati = rohaninya)

    1) Horus-Eye Eco House (bangunan yang menghadap mata dajjal di langit, Ada PULAK!)
    2) Bangunan Kembar Petronas (Spt Tiang Haikal Sulaiman)
    3) Motto Negara Israel 1 Israel, Kenapa negara lain tidak ada kecuali Malaysia.
    4) Wawasan 2020 Israel raya (Malaysia ada juga wawasan 2020, satu pandangan jauh... lagulah pulak :D
    5) Eye On Malaysia hihi setiap negara dibawah Dajjal memang ada bangunan itu, Lagu Ella Starring In the Eyes of the world.
    6) Bendera PKR ada tanda mata.
    7) APCO
    8) Bendera Malaysia (Small America)
    9) Kata2 Dato Onn Jaafar Pengasa UMNO amat MISTERI, Pengasa UMO keluar UMNO.
    10) Pembangkang Tahun 1963 Pencetus rusuhan.
    Lain2

    Rasulullah SAW bersabda :

    "Tidak akan terjadi kiamat hingga manusia bermegah-megahan terhadap bangunan" (HR. Bukhari)

    Berkata Al Hafizh Ibnu Hajar Rahimahullah : "Makna bermegah-megahan terhadap bangunan adalah bahwasanya setiap orang yang ingin mendirikan bangunan, berkeinginan untuk menjadikan bangunannya lebih tinggi dari yang lain".

    Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak-bawak le bersabar dalam berfikir. Banyak fakta tapi tersilap. Tak tau nak cakap selain nak bagitau yang engkau ni bodoh piang.

      Delete
    2. berkenaan bendera Malaysia..saudara trsangat silap...kurang mmbaca ilmu sejarah...jika nk tau jawapannya,carilah bndera/panji srivijaya..kerajaan Malayu yg agung trdahulu...

      Delete
    3. Anonymous Di atas,
      Aku tanya bagus2 kat afterdark, kenapa ko pulak sambung...
      Adakah kerana Aku cakap pasal hukum Allah SWT tu tak dijalankan? Sebab tu ko kata aku bodoh? Aku harap yak komen nie bukan orang Islam sudah. Orang Islam takkan nak tolak Hukum Allah SWT.

      Sebab bendera tu, mungkin aku salah. Anonymous nombor 2, aku terima pandangan dia. Anonymous no 1 sah2, budak darjah 6. Aku harap dia budak sekolah lagi. X heran pun.

      Banyak fakta, silapnya apa, bagitau lah. Senang hamba belajar dari kesilapan.

      Delete
    4. Sesiapa Fitnah Najib Bunuh Altantuya Fitnah Anwar Homoseks, Mana Korang Nak Lari!. Kalo Diorg X salah, HAHAHA JAGALAH DIRIMU DIAKHIRAT KELAK. ALAMAT BERSEMUKA KORANG DGN NAJIB DAN ANWAR, :D

      Orang Pertama Dihisap amalannya Ialah Para Pemimpin.

      Bagi aku, BN DAN PAKATAN dua2 ada Orang Yahudi Disebalik pemerintahannya. Keluar mulut buaya , masuk mulut harimau.

      Daripada An-Nu’man bin Basyir, berkata;

      Suatu hari kami duduk di dalam masjid Rasulullah SAW. Basyir bin Saad adalah seorang yang tidak banyak bercakap, lalu datang Abu Tsa’labah dan berkata,

      Wahai Basyir bin Saad, apakah kamu menghafal hadith Rasulullah SAW tentang kepimpinan (al-umara’)?

      Lalu Hudzaifah berkata, aku menghafal khutbah baginda SAW. Lantas Abu tsa’labah al Khashniyy duduk dan Huzaifah berkata, Rasulullah SAW bersabda :

      “Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika DIA mahu mengangkatnya.

      Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas manhaj kenabian selama mana ia dikehendaki ALlah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.

      Kemudian akan datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun ‘Aidhun) selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana DIA mahu mengangkatnya.

      Selepas itu muncul pula zaman raja yang zalim (Malikun Jabriyyah) selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana DIA mahu mengangkatnya.

      Kemudian akan hadir pula zaman khilafah di atas manhaj kenabian…”

      (HR Ahmad, Abu Daud, & At Tarmidzi)

      Zaman Kita Nie Zaman Apa Ek? Semua Ulama Kata Zaman Malikun Jabriyyah yakni zaman penindasan dan penzaliman. Macamana Dia tindas, Ya Guna RIBA! Baca Surah Al-Baqarah 278-279. Baca Al-QUran Dan Hadis, Nescaya kamu menemuinya!

      Delete
    5. @ ABDULLAH:

      1. Eye Eco House yang diwar-warkan bakal dibina oleh Naomi Campbell tu baru sekadar cadangan malahan baru setakat lukisan. Kita tunggu dan lihat saja samada bangunan itu bakal menjadi realiti.

      2. Bangunan Kembar petronas tu saya akui adalah rekabentuk masonic. Saya dengan berlapang dada telah membuat pengakuan tersebut di artikel saya pada bulan januari 2013 bertajuk "BRAINWASHED TO KILL" apabila ditanyakan mengenainya oleh seorang pembaca bernama Kame. Mungkin sebab penjelasan saya tu dalam bahasa inggeris maka saudaran tak baca. Sila baca penjelasan saya disitu mengenai sejarah rekabentuk menara kembar petronas dan Menteri Kewangan pada masa itu iaitu Dato Seri Anwar Bin Ibrahim.

      3. Mengenai Motto 1 Israel. Saya rasa ini memang kerja sabotaj Freemasons yang menyelinap dalam jabatan tertentu dalam Kerajaan. Sesiapa yang datang dengan idea ni masa meeting mesti disiasat.

      4. Teks Wawasan Israel 2020 adalah dikeluarkan pada May 1995 dan kandungan serta tujuannya adalah berbeza dengan Wawasan 2020 yang dikeluarkan secara rasmi oleh tun Mahatahir pada tahun 1991.. DIULANGI.. 1-9-9-1.

      5. Alahai tajuk lagu pun jadi sasaran.. Tapi apa salahnya taju in THE EYES OF THE WORLD.. EYES tu dalam bahasa Inggeris dalah singular yang bermaksud BANYAK MATA.. ianya berbeza dengan EYE OF HORUS (THE ALL SEEING EYE) iaitu satu mata.

      6. Mengenai dalam bendera PKR ada lambang mata.. Errr.. sayalah penulis artikel "NOVUS ORDOS SECLORUM & THE ALL SEEING EYE" yang pertama kali diterbitkan di MYKMU pada 2008 yang pertama kali mengutarakan perkara ini.

      7. APCO.. jelaskan la sikit.

      8. Bendera Malaysia. Ni ada visitor dan jelaskan kaitannya dengan Bendera Sriwijaya. Tapi nanti saya research sendiri ye.

      9. Kata2 Dato Onn Jaafar? jelaskan laa sikit.

      10. Pembangkang Tahun 1963 Pencetus rusuhan.. Alahai saya dah tulis mengenainya dalam novel jerejak saya di BAB 14. Keciknya saya takda orang baca cerita tu.

      Mengenai kenapa saya memilih untuk menyokong UMNO, maka saya sudah juga jelaskan didalam artikel terdahulu iaitu dalam bulan Julai 2012 artikel PLEASE SHOW US THE VIDEO!. Saya terbitkan semula disini untuk bacaan sesiapa yang belum baca lagi.


      "Some pro-opposition bloggers now are accusing conspiracy bloggers as "pencacai UMNO". All I wish to say is that I believe none of conspiracy bloggers are being paid to blog. Unlike the entertainment, gossips and political blogs out there, Malaysian conspiracy theory blogs clocked very few visitors per day and therefore has no significant impact on the next general election. Whereas I can't make any statement on behalf of all local conspiracy bloggers, I do believe that most of us Moslems bloggers has placed our main loyalty towards the rise of the black banners.

      It's not our fault that the leader of opposition front has all the characteristic of being a servant of the globalist elite of the New World Order. It's not our fault that the political dynasty of the Penang-based opposition party is historically connected to the Lee bloodline in Singapore. It's not our fault that the once so-called Islamic Party had abandoned the Ulama and now sworn their allegiance with Kafir harbi.

      It's definitely not our fault that the opposition is now possessing all the characteristic of being the biggest mistake in the history of Malaysia.

      We are not pencacai UMNO. Some of us didn't even like UMNO that much. But what else can we do? Where else can we search for hope when UMNO is the only remaining party with a prospect of being used to defend future generation against the coming of New World Order?

      When you're left with several bad apples, then strategically speaking the only thing you can do is to pick the best amongst the worst. Yes, UMNO is currently corrupted, but until the time when all of us swore our allegiance to the army Black Banners, UMNO is the only party left we can cling for a borrowed time."


      Delete
    6. Alhamdulillah,
      Afterdark jawab semua soalan hamba,

      :) Hamba sengaja putarkan isu yang saudara sendiri ciptakan seperti, Rusuhan 1963,Bangunan Berkembar Sebab saya ingin uji anda sendiri. Anda lulus. kot2 anda lupa tulisan anda sndiri (Petronas tu:D)

      Saya harap afterdark tak terlibat dgn politik nie. Demokrasi nie memang ciptaan dajjal. Ya, Harap jangan jadi hamba kepadanya. Pernah Dengar Perkampungan Muslim?. Saya hendak membawa anda keluar dari penjara ini.

      Hamba tahu saudara memang tahu tentang perkara illuminati dan ilmu akhir zaman, maka janganlah saudara terlibat dgnnya. Baca Al-Kahf, anda tahu kenapa pemuda BANGSAWAN itu hijrah.

      BN Ke Pakatan Ke, Wallahualam.

      Apa2 Pun Memang Terbaik.

      Boleh Tuan Cerita Sikit Tentang Malhamah Al-Kubra, Pope Baru Pope Francis, dan Yahudi perintah dari Sungai Mesir Ke Sungai Euphrates.

      Saya ingin lihat sama ke tak pemikiran Group Saya dan Group Watcher Anda.Jika baik, maka itu datang dari Allah SWT, Jika Lain2 dtg dari pemikiran kita sendiri.

      Rujukan Ilmu Akhir Zaman,
      Al-Quran Dan Hadis,
      Al-Quran Surah Al-Kahf, Ar-Rahman, (paling byk kisah Zaman Kita Hidup)
      Hadis Ibnu Kathir,Imam Nawawi, Dll

      Delete
    7. @ Abdullah:

      InsyaAllah jika ada kesempatan nanti saya akan jawab persoalan-persoalan yang di utarakan. Tapi bukankah saudara juga sudah mempunyai pendapat sendiri mengenai isu-isu tersebut?

      Mengenai cadangan saudara agar saya tidak berpolitik. Sebenarnya saya pun tak suka nak berpolitik. Tapi apabila serangan dari musuh islam itu datang melalui gerakan politik dan politikus yang dibiayai dan dipercaturkan, maka tidak dapat tidak, mestilah saya bersuara. Lagipun saya dah terlanjur berbaiah akhir zaman semasa join kumpulan saya. So mau tak mau, terpaksa juga berjuang hatta walaupun sekadar sebagai keyboard warrior.

      Saya ni anti-Illuminati dan anti-Freemason, namun yang ironinya ialah saya sangat gemar dengan kata-kata yang pernah diutarakan oleh seorang Freemason bernama Edmund Burke iaitu:-

      "THE ONLY THING NECESSARY FOR THE TRIUMPH OF EVIL IS FOR GOOD MEN TO DO NOTHING"

      Delete
  3. terima kasih atas perkonsian. saya suka perkonsian utk Q&A no 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.. Saya pun suka lagu you "KOSONG" tu.. Ehh? Ini Najwa yang nanyi lagu kat Youtube tu ke? Hehehe.. (Gurau jak)

      Delete
    2. salam saudara AfterDark,

      berhubung haron din, beliau pernah menafikan dakwaan memindahkan jin dengan menaiki bas sebagaimana dalam laporan akhbar. saya tidak ingat akhbar mana, tetapi memang ada dilaporkan.
      --

      blog konspirasi yang jenis true theorist kerap kali dilabel sebagai pencacai UMNO oleh blogger konspirasi pro pakatan atas sebab keterangan-keterangan dari perspektif ilmu konspirasi yang sebenar tidak memihak kepada mereka dalam banyak hal.

      good entry.

      najwa, rajin awak membaca ye?

      Delete
    3. Iye ke? Abih tu cerita memindahkan jin tu rupanya tak pernah berlaku laa?

      Hehe.. Cik Siti Najwa ni bukan Najwa Latiff tu.. Saya gurau jak tu.. Dia blogger woo.. English dahsyat wooo.. Saya ingat nak mintak tolong check grammar saya lain kali kalau posting dalam bahasa inggeris

      Delete
    4. terdapat banyak versi berhubung kisah pindah jin.

      versi 1: kejadian dikatakan di UUM
      versi 2: dikatakan di UKM

      versi berbeza-beza menyebabkan wartawan akhbar mendapatkan haron din sendiri untuk memberi penjelasan. jawapan diterima hanyalah penafian secara tegas dari haron din.

      maaf sebab tidak ingat akhbar mana dan penerbitan bila. mungkin ada laporan yang ditampal di internet.

      -umat akhir-

      Delete
    5. afterdark:
      blog saya standard rumah tinggalan je. sebab saya tak pandai mengarang. by the way, najwa yang nyanyi lagu kosong tu muda sangat kalau nak dibandingkan dengan saya.

      stalker:
      saya tak cukup rajin membaca lagi. sekarang ini pembacaan saya hanya tertumpu pada blog2 sahaja. saya nak berbalik kepada kerajinan lama saya menelaah buku2. agak2 bertahun-tahun juga saya kurang membaca buku.

      Delete
    6. salam... siti najwa, dalam menelaah buku2, jangan lupa juga ya menelaah Ibu Kitab Al-Quran sehinggalah faham setiap ayat, setiap perkataan, setiap huruf dan setiap baris. semoga tergolong dalam golongan yang berjaya.

      Delete
  4. baca.. baca... sekali rupanya cerita politik... kesimpulan blog ni... UNDILAH BN... kekekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus lagi dari undi pemimpin peliwat tu..kekekekeke

      Delete
    2. Ni lagi satu mangsa politik. Kalau tak tau hujung pangkal, jangan komen. Nampak sgt jahilnya

      Delete
    3. hehehe... sekali kat akhirat anwar tak meliwat.. payah kita... berlepas tangan dr perkara2 fitnah atau khabar yg tidak jelas.

      Delete
    4. Walaupun saya percaya dia meliwat dan berzina (nantilah belakang hari saya jelaskan), tapi didalam blog saya ini tak pernah saya dedikasikan mana-mana artikel yang khusus untuk membangkitkan perkara-perkara moral DSAI. Cubalah cari didalam blog saya ini, ada tak saya tulis artikel membincangkan video 'China Doll" atau tabiat homoseks DSAI?

      Memang Tiada (Setakat inilah..).

      Tapi perkara lain mengenai DSAI saya memang ada tulis. Contohnya saya tulis mengani peranan beliau dalam krisis matawang 1998, dan saya juga ada merujuk kepada keengganan beliau bermuhabalah.

      Bagi saya secara peribadi, bahaya terbesar yang datang daripada DSAI adalah sikapnya yang secara terbuka menyokong dasar pluralism, liberalism dan LBGT. Ini semua persoalan akidah orang melayu yang bakal rosak sekiranya Pembangkang berkuasa.

      Perkara ini sangat membimbangkan saya sehinggakan saya menulis satu artikel berkait mengenainya pada November 2012 iaitu "TIADA MUSIBAH DALAM ISLAM (NO HARM FROM GOD)"

      Boleh tak sesiapa menafikan bahawa Pakatan PRO-pluralism, PRO-liberalism dan Pro-LBGT?

      Saya rasa perkara ini sudah terlalu jelas untuk sesiapa pun mempertikaiannya. Kecenderungan Pakatan dalam 3 perkara ini bukan lagi "perkara2 fitnah atau khabar yang tidak jelas".

      Oleh itu kami di dalam kumpulan Watchers tiada pilihan lain selain daripada mendukung UMNO buat masa ini kerana apa boleh buat, hanya tinggal UMNO saja pada masa ini yang dasar politiknya masih dianggap selari dengan bai'ah akhir zaman kami.

      Tapi politik ini pegangan masing-masing. Terserahlah kepada anda semua siapa yang hendak diundi. Kalau tak nak mengundi pun tak apa. Itu hak hak masing-masing. :)

      Delete
  5. salam...

    1. illimunati, freemason dan seangkatannya sedang diperbodoh-bodohkan oleh Tuhan Sekalian Alam sedang mereka tidak sedar dan merasa merekalah yang paling licik dan paling berkuasa di dunia. jadi tak perlu agung-agungkan mereka pun. bos mereka, dajjal, walaupun mempunyai kelebihan dan kekuatan yang istimewa tetapi sekali-kali tidak dapat menandingi hamba-hamba Allah yang dipilih dan terpilih, sekurang-kurangnya Imam Mahdi dan Isa Ruhullah. Jadi berpeganglah kuat-kuat bahawa Allah itu Maha Kuasa, makhluk langsung tidak berkuasa.

    2. ada dikalangan hamba Allah pada hari ini mewarisi keilmuan mengetahui rahsia hati sepertimana Nabi Ibrahim mengetahui rahsia hati menantunya lalu disuruh Nabi Ismail menukarkannya (sebut:cerai)isteri itu dan seperti Khidir mengetahui rahsia hati anak kecil lalu membunuhnya sedangkan Nabi Musa Kalimullah yang lebih besar kedudukannya pun tidak tahu rahsia hati anak kecil itu. semua ini langsung tidak menggunakan jin dan scanning yang telah disebutkan. Ilmu Allah luas tiada bertepi. Bagi golongan ma'rifah, malaikat yang boleh diperintah dengan izin Allah pun mereka enggan guna, apatah lagi guna jin. mereka adalah khalifah sebenar dimuka bumi yang boleh memerintah semua makhluk dengan izin Allah, bukan menjadi hamba jin dan dilekakan oleh jin. sampai masa, keluarlah mereka dengan izin Allah.

    3. saya katakan pada diri, mengundi pada tahun 2008 adalah kali terakhir saya mengundi. jika saya mengundi kerajaan BN, maka ertinya saya menyokong kerajaan thagut. jika saya mengundi pembangkang, maka dengan tindak tanduk mereka sebelum mereka berkuasa lagi membuatkan saya takut jika mereka akan lebih thagut daripada kerajaan thagut sekarang ini selepas mereka berkuasa. jadi inilah keputusan saya untuk tidak mengundi pada pru kali ini maka semoga pru13 adalah pru terakhir di tanah bertuah ini dan sejurus selepasnya diganti dengan khalifah atau wakilnya yang tidak perlu pun mengikut jalan demokrasi pemecah belah kesatuan.

    semoga Allah membuka hati saya dan semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa? Tak nak mengundi tahun ni?

      Dan terlepas peluang menunjukkan penentangan ke atas NWO, Kaum Nabi Lut (LBGT), Munafikun (Liberalism) dan Kafir Harb (Pluralism)???

      Hmmm.. Hak mengundi hak anda.. :(

      Delete
    2. ya.. tidak mengundi, insyaAllah. jika pergi ke tempat undi pun just nak ambil kertas undi bawa balik rumah untung kenang-kenangan :D

      saya juga pernah memikirkan mengundi mudharat yang lebih kecil (bagi saya BN mudharat lebih kecil) tetapi apabila memikirkan tentang beberapa perkara, keputusan muktamad ialah tidak mengundi.

      Dengan naikknya Sultan Abdul Halim untuk kali kedua mengisyaratkan Khalifah akan naik pula selepasnya. bersiap sedialah para pendokong thagut payungan dajjal dan ulama-ulama pendusta agama. juga gempa kuat pada hari tersebut memberi peringatan kepada manusia supaya balik kepada Allah.

      jika semua umat Islam bersatu meninggalkan demokrasi, maka akan bersatulah umat Islam. British yang licik meninggalkan demokrasi pemecah belah selepas dihentamnya angkatan-angkatan bersekutu Islam beberapa dekad lalu, lalu pemimpin jahat ketika itu mengikut telunjuk British kerana takut berperang dan takut mati melalui jalan 'perdamaiaan' a.k.a demokrasi dan perjanjian-perjanjian bangsat. lalu terpecah pecahlah kesatuan Islam.


      Saya sangat yakin jika angkatan bersekutu nusantara tidak ditewaskan pada waktu itu, sudah pasti sekarang seluruh nusantara telah berdiri di bawah satu payung khalifah atau wakilnya. tetapi telah tetap rancangan Yang Maha Kuasa, dijadikannya kekalahan pada waktu itu sebagai ganti kemengangan besar gilang gemilang di akhir zaman, InsyaAllah, Biiznillah.

      maka sudah sampai masanya bagi diri saya sendiri untuk meninggal sistem yang ada pada hari ini.

      Delete
    3. Saya ada tulis satu artkel terkini bertajuk 'mempergunakan UMNO'.. kira lebih kurang reply kepada komen saudara la tu. Mula-mula nak jawab kat komen ni saja tapi dah alang-alang panjang sangat penjelasan maka saya letaklah sebagai entri baru.. :)

      Delete
  6. 1: Tidak perlu Allah SAW untuk memperbodoh illimunati, freemason dan seangkatannya kerana mereka semua adalah ujian dan ciptaan Allah SAW jua untuk menguji umat Islam. Dajjal juga merupakan mahluk ciptaan Allah SAW untuk menguji iman umat Islam.

    Manusia yang terbaik dan paling terpilih adalah Nabi Muhammad SAW. Kekuatan pegangannya terhadap kuasa Allah SWT tidak dapat dinafikan. Namun begitu beliau tetap berusaha, berikhtiar dan berjihad, untuk untuk menaikkan Islam dengan susah payah.

    Tidak nampak disini perbincangannya yang mengagung-agungkan Dajjal atau sekutunya. Tidak terlihat juga komen2 yang memperlihatkan ketakutan terhadap Dajjal atau sekutunya.

    Apa yang terlihat dan diperbincangkan berkenaan mengenalpasti tipu daya Dajjal dan sekutunya. Serta bagaimana untuk melawan atau mengelak tipu daya tersebut.

    Walupun makhluk langsung tidak berkuasa, tapi jangan lupa Allah SAW telah memberi mahluk sedikit kuasa sebagai ujian dan fitnah. Kita sebagai umat Islam mestilah lulus ujian dan fitnah tersebut. Tiada kemenangan tanpa usaha, ikhtiar dan susah payah.


    2: Hanya Nabi Sulaiman AS yang di "benarkan" untuk memerintah angin, jin dan haiwan. Nabi Muhammad SAW juga tidak ingin mengatasi apa yang dikurniakan kepada Nabi Suliaman AS sehingga beliau membebaskan jin yang telah beliau ikat.

    Nabi Muhamamd SAW juga berperang secara fizikal dan tak menggunakan mukjizat untuk mengalahkan musuh2nya walaupun beliau mampu berbuat begitu. Walaupun pertolongan ghaib tesebut memang ada serta tidak mustahil, namun umat Islam tidak digalakkan mengharapkannya tanpa berusaha dan berikhtiar.

    Apa yang pasti kita kita mesti berusaha dengan tenaga, akal dan doa untuk berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdr afterdark tolong perbetulkan .. typo error para 5.. Allah SWT bukan Allah SAW...

      enrike

      Delete
    2. Saya sebagai admin hanya ada option untuk 'delete' komen saja.. Saya tak ada cara nak perbetulkan type error.. dont worrylah, type error macam tu tak apa laa

      Delete
    3. enrike, Nabi Muhammad SAW adalah insan yang paling special. Tetapi ada rahsia disana, siapa yang faham al Quran dengan mendalam maka fahamlah.

      kamu suka mengkaji sejarah kan? dan pasti kamu sudah ketemu yang panglima melayu di zaman kesultanan melayu tidak perlu pun menggunakan senjata api walaupun teknologi persenjataan melayu ketika itu sehebat Jerman atau lebih lagi. kenapa? kamu juga mesti tahu kisah pemindahan kapal-kapal besar Uthmaniyah melalui bukit dalam satu malam sahaja oleh tentera Sultan Muhammad dalam peristiwa pembukaan konstantinopel. Bagaimana mereka memindahkan? Bagaimana pula dengan ketumbukan cabang utama dalam angkatan nusantara dalam siri perang musuh bisik yang boleh menangkap peluru senjata api yang dilepaskan dengan tangan kosong sahaja? Dan bagaimana pasukan penggempur dalam siri perang sungai manik boleh pulang dengan selamat walaupun terkena begitu banyak tembakan komunis. dan latest dari mana datangnya parang-parang terbang pada 13 Mei?

      jika kisah di atas tidak diterima kerana lemahnya riwayat, maka sepatutnya kamu menceritakan apa yang berlaku dalam perang Badar Kubra secara LOG MINIT-DEMI-MINIT SEMUA TINDAKAN dan PERKATAAN yang keluar dari SETIAP mulut 313 tentera Islam yang belum pernah dibukukan oleh mana-mana Muhaddisin. setakat mengatakan Nabi tak menggunakan mukjizat dan sahabat tidak menggunakan ilmu sabil dalam peperangan tanpa menceritakan apa yang berlaku secara terperinci, minit-demi-minit, maka siapa pun boleh kata. kamu yakin ke semua riwayat hadis sampai kepada kamu?

      Nabi adalah manusia yang paling rendah diri dan paling sayang pada makhluk, malaikat yang standby tunggu perintah Nabi untuk hempap penduduk taif dengan bukit/gunung pun Nabi tak mahu keluar perintah. apala sangat Jin Ifrit kelas tinggi yang Nabi boleh perintah jika Baginda mahu. Dan Nabi tidaklah lebih rendah dari Asif yang boleh memindakan istana Balqis sebelum mata berkelip.

      Delete
    4. Kpd anon di atas saya minta maaf ,sebenarnya bukan parang yg terbang cuma si pemegang parang yg x kelihatan.Utk pengetahuan anon saya memang org sg. Manik disitulah tempat aku dilahirkan &dibesarkan. Sumber cerita aku dari aruah ayahku sendiri yg terlibat dlm perang sg.manik ,malangnya aku sendiri x bermimat nak menuntut ilmu perang dari aruah ayahku sendiri apapun teringat aku pesanan khalifah almarhum tn.guru hj bakri bahawa org2 kafir tetap memusuhi Islam sampai bila2.taring mereka akan keluar bila shj mereka kuat & kekuatan itu diberi oleh org melayu sendiri yg kuat dendam hasadnya...nasi sudah mahu menjadi bubur masih belum mahu sedar.Allahu'alam..wassalam..kulaan selawasan


      Delete
  7. illuminati chamberAugust 6, 2014 at 2:56 PM

    JOIN THE GREAT BROTHER HOOD ILLUMINATI TODAY. Do you desire wealth,riches,fame,spot light,powers.unlock your destiny by joining the illuminati order today,and earn $250,000 for member loyalty and $1,000,000 for championing the course of destiny. Interested persons should contact our agent with the following details:

    Email:illuminati.recruitment2014@gmail.com

    ReplyDelete