Wednesday, February 20, 2013

KENYATAAN TERBUKA MENGENAI INSIDEN PENCEROBOHAN OLEH PENGGANAS TAUSUG DI LAHAD DATU, SABAH



CATATAN: Saya buat posting ni semata-mata untuk saya pautkan di Facebook saya. Terdapat perkataan di dalam posting kali ini yang agak kesat kerana saya sebagai orang Sabah memang terasa sangat tension dengan perkara ini. So readers discretion is advised

Tapi perkara ini juga telah diperbincangkan dengan beberapa teman di dalam the Watchers Group termasuklah seorang yang kini bertugas sebagai pegawai tinggi konsulat bagi negara dot dot dot. Memang sungguh memalukan apabila mendengar sahabat uamh bertugas sebagai pegawai konsulat di sebuah konsulat berkata sebegini dengan nada sinis

"Kenapa ya kumpulan teroris bersenjata bisa lolos masuk ke Malaysia? Malahan mau dibawa berunding lagi? Loh dulu masa zaman konfrontasi antara negara kita komando kami yang masuk ke Malaysia malah terus ditembak tanpa salam. Yang ini pula dari pilipin malahan mau dipujuk-pujuk lagi katanya. Huh.. kalau di negara kami kalau ada yang mendekat ke perbatasan kami membawa senjata tanpa ijin, pasti akan TNI hapuskan begitu aja.."

So sekarang ni mungkin negara kita menjadi ejekan tentera Indonesia dan Singapura la kot? Patutlah ramai tentera melayu Malaysia yang berkampung di Lahad Datu sekarang ni tension semacam jak kat Hisyamuddin.



Sesungguhnya apa yang berlaku sekarang adalah mungkin dirancang dengan rapi bersempena dengan Pilihanraya Umum Ke-13 Malaysia untuk mencapai hasrat berikut:-

1. Ancaman keselamatan di Sabah sengaja dilaksanakan pada waktu ini telah menyebabkan peralihan kekuatan Tentera dan Unit Perisikan agar bertumpu ke Sabah sebelum PRU-13. Ini boleh menyebabkan kawalan keselamatan di kawasan sensitif di Semenanjung menjadi longgar.

2. Pada tahun 2012 saya juga pernah menulis di dalam artikel PROBABLY JUST MY IMAGINATION RUNNING WILD mengenai khabar angin mengenai 'coup d etat' yang dirancang oleh sesetengah pihak didalam pasukan Tentera Melayu Diraja sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya merampas Putrajaya. Ini hanya khabar angin yang pernah menyebabkan Mahfuz Omar pernah meroyan menuduh perkara yang sama. Namun insiden terkini menyebabkan saya terfikir samada pencerobohan dan seterusnya perang gerila oleh tentera Suluk ke atas Sabah ini sengaja diadakan untuk mengalihkan perhatian Tentera Melayu dan seterusnya membantutkan perancangan rampasan kuasa tersebut.

2. Pada pendapat saya, Operasi suku kaum Tausug ini adalah direncana untuk gagal semenjak awal lagi manakala ratusan wanita dan kanak-kanak yang dibawa adalah untuk menjadi tumbal korban jika berlaku pertempuran. Jika ini berlaku maka akan bangkitlah rasa benci orang Islam di Malaysia kepada perjuangan Bangsamoro dan memberi alasan kepada barat untuk mengecam Kerajaan Malaysia. Oleh itu sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi pilihanraya maka Perdana Menteri Malaysia yang baru dengan mudah akan dapat sokongan parlimen dan rakyat untuk memberhentikan kesemua bantuan kemanusiaan, senjata dan dana pembangunan kepada wilayah bangsamoro atas alasan kaum Tausug suluk adalah bangsa yang tidak mengenang budi.

3. Ini juga memberi alasan kepada Perdana Menteri yang baru iaitu Anwar Ibrahim untuk berkempen menghentikan kesemua kerjasama dan bantuan kepada kumpulan pejuang-pejuang lain di Asia iaitu PULO di Selatan Thailand dan Pejuang Palestin atas alasan yang sama. Oleh itu secara dasarnya, Kerajaan sekular yang baru akan mempergunakan sentimen kebencian rakyat Malaysia kepada suku kaum Tausug untuk menyahut seruan Amerika Syarikat untuk menghentikan bantuan kepada semua kumpulan yang disenaraikan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat yang mana HAMAS, PULO dan pejuang Bangsamoro adalah turut tersenarai.

4. Perdana Menteri yang baru iaitu Anwar Ibrahim juga boleh mempergunakan hasil insiden ini untuk mengecam Tentera Malaysia dan memecat Jeneral Melayu yang kini sedang berkhidmat. Jika ini berlaku maka dominasi orang Islam melayu di dalam Tentera Malaysia boleh dihapuskan.

5. Perdana Menteri yang baru juga boleh mempergunakan insiden ini untuk menguasai undi di Sabah. Kini sebelum pilihanraya rudah ramai kaum suluk yang menetap di Malaysia menunjukkan kebencian kepada Kerajaan atas insiden ini. Kempen di Facebook oleh pihak tertentu berbangsa suluk sedang marak di internet. Namun boleh sahaja sebaik memenangi pilihanraya Anwar Ibrahim akan memindahkan kesalahan serta menggunakan suratkhabar untuk membangkitkan sentimen anti-Suluk dan anti-kaum imigran dikalangan suku kaum lain. Kesemua orang suluk di Sabah mungkin dicop sebagai anasir mengancam keselamatan negara dan diburu. Ini juga akan membawa kepada operasi besar-besaran menangkap dan menghalau kesemua kaum imigran lain ke negara asal termasuklah imigran berasal dari Indonesia. Ini sudah berlaku semasa isu serangan golongan pro-Nazi dan skinhead kepada kaum imigran di Eropah. Selepas PRU13 ia boleh juga berlaku di Sabah dan Semenanjung.

P/S: September 11 attack in US occurred just eight months into Bush's first term as president. The Luciferians needed to create a security crisis and a 'terrorist' in order to persuade the American People to accept NWO. So the Luciferians search high and low for the best race to be blamed and the Arab people whom already popularized by Holywood as the most dislike people by white American are the perfect candidate. This look similar with what is happening now because the Tausug (Suluk) people in Sabah are also the most dislike race by the rest of Sabahans. The CIA has funded a few arabs people to carry out terrorize the world to ignite the sentiments and now the CIA is funding 300 tausug militants to be terrorists in Sabah.

6. Kita juga mungkin sedang melihat kepada insiden yang memberikan alasan kepada Anwar Ibrahim untuk mewujudkan semula undang-undang yang sama seperti Patriot Act di Amerika Syarikat. Sebelum pilihanraya mereka sibuk menyalak menuntut ISA dimansuhkan tetapi selepas pilihanraya mereka boleh mewujudkan undang-undang 'anti-keganasan' yang lebih authoritarian. Lihat saja apa berlaku keatas insiden 'racial profiling' ke atas kesemua orang Islam keturunan arab di Amerika Syarikat selepas insiden 9/11. Dianggarkan 434 ribu bangsa arab ditahan dan disiasat selepas insiden tersebut. Saya rasa di zaman pemerintahan Anwar Ibrahim 'racial profiling' juga akan dilakukan ke atas kesemua keturunan filipina dan indonesia di Malaysia.

Saya merayu kepada Perdana Menteri agar mendengar nasihat daripada Jeneral-Jeneral di dalam Tentera Melayu Diraja dan bukannya mendengar nasihat daripada Hishamuddin. Berikanlah lebih kepercayaan kepada Jeneral Tentera kita yang mempunyai pengetahuan luas mengenai ancaman daripada luar ini. Sekiranya dinasihatkan bahawa perlu serangan bersenjata dilakukan sekarang ke atas kumpulan militan pengganas di Lahad Datu itu, maka nasihat tersebut sebaiknya diterima.


(P/S: Sebagai orang Sabah saya memahami profil sikap kaum ini di Sabah terutama yang baru datang dari Filipina. Mungkin patut Kerajaan offer bounty RM10 juta kepada sesiapa yang dapat menangkap (atau memenggal) ketua pengganas yang mengaku waris Sultan Sulu di Lahad Datu itu sekarang. RM10 juta adalah lebih dari mencukupi untuk menyebabkan dikalangan kumpulan militan itu mengacu senjata sesama sendiri untuk mendapatkan wang tersebut. Ini kerana mereka bukan pejuang kebebasan. Mereka cuma join sebab mereka sangka Kerajaan Malaysia akan sanggup bayar wang tebusan sekiranya mereka bersedia balik ke Filipina)