Sunday, March 24, 2013

MENJEJAKI SUFYANI (TERJEMAHAN)

Seorang pembaca saya iaitu BLACK DRAGON telah berbesar hati bersedekah tenaga untuk menterjemah salah satu artikel berbahasa Inggeris saya pada 2011 iaitu 'Tracing The Sufyani" (Click Here). Saya sangat berterima kasih kepada beliau yang berminat untuk menyebarkan kandungan artikel ini kepada pelawat-pelawat saya yang hanya berminat membaca dalam Bahasa Melayu. Semoga beliau akan terus berbesar hati menderma kudrat dan masa beliau untuk menterjemah artikel yang lain lagi (Quick! Flood her with your email making her translates more articles!)

Saya kini sedang cuba menyiapkan chapter seterusnya novel 'Jerejak' saya yang mana akan kembali mengimbau watak Erwin yang pernah ditonjolkan oleh penulis Indonesia kegemaran saya iaitu SB Chandra di sekitar tahun 80-an. Kepada sesiapa yang belum pernah membaca novel ini bolehlah memuat turun di link berikut : http://www.santaisejenak.com/ebook/novel/manusia_harimau/. InsyaAllah akan saya cuba publish sebelum rabu ini.


MENJEJAKI AS-SUFYANI
Terjemahan Oleh BLACK DRAGON

Kata sepakat ramai di kalangan rakan-rakan saya adalah bahawa Sufyani sememangnya semakin menghampiri. Situasi di Syria semakin meruncing dengan beratus-ratus kematian berlaku ke atas penduduknya.

Sudah tentu kita berpendapat bahawa sesetengah (jika bukan kebanyakan) kematian mungkin dihantar oleh tangan-tangan pakar penembak tepat dan pembunuh Illuminati. Tetapi sekali lagi kelompok Illuminati, seperti biasa, hanya bertindak sebagai pencetus. Kebodohan umat Islam sendirilah yang secara keseluruhannya menyebabkan kita mahu berbunuhan antara satu sama lain disebabkan obsesi politik.

Jadi tidak hairanlah, ada sesetengah daripada kita yang melihat ke arah Syria dan cuba memikirkan yang dari arah manakah Sufyani mungkin muncul kelak. Pendapat saya juga ditanya berkenaan isu ini.

Justeru itu sejak permulaan 'revolusi' Timur Tengah 2011 (revolusi? hmmm..), Saya telah cuba menghubungi beberapa orang ahli (Watcher?) terdahulu dari Syria dalam usaha untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai situasi di Syria, tetapi gagal kerana kesemua lima orang ahli daripada kumpulan Syria telah pergi AWOL sejak berlakunya anarki di Syria. Saya amat berharap agar mereka berjaya melepaskan diri daripada kegilaan yang kini tersebar di seluruh negeri ini yang paling malang ini.

Jadi, saya rasa seluruh Watcher Malaysia terpaksa menggunakan seadanya sedikit maklumat yang boleh kita akses dari bahagian di dunia itu. Saya berharap mana-mana rakyat Syria yang mungkin membaca tidak akan berasa marah dengan artikel ini. Saya akan mengakui terlebih dahulu bahawa kemungkinan berlakunya kesilapan boleh menjadi setinggi 80%. Oleh itu tiada siapa pun yang harus mempertimbangkan artikel ini dengan serius. Mari kita anggap keseluruhan hujah di sini hanyalah sekadar di peringkat 'kedai kopi' sahaja.



Baiklah, saya tahu ada cendekiawan dengan kelayakan yang lebih baik telah memberikan pendapat mereka sendiri tentang bagaimana masa depan akan dirungkai. Sebagai contoh, mengikut Imam Al-Qurtubi - As-Sufyani sebenarnya adalah Mesir kepada 'Urwa bin Muhammad' yang mungkin datang dari Mesir dengan 360 orang penunggang sehingga sampai ke Damsyik. Kemudian dia akan muncul menakluki dan merampas kawalan Syria dengan bantuan suku Kalb. Sufyani akan membunuh 100,000 orang rakyat Iraq dengan sokongan golongan Bukan Islam. Sufyani dan tenteranya akan pergi ke Kufa dan menjarah tempat itu, membunuh keturunan Rasulullah sehingga pada satu peringkat dia membunuh kanak-kanak dan merobek para wanita.

Daripada perspektif moden, majoriti dalam kumpulan (Watcher?) saya berspekulasi bahawa Al_Qurtubi memberi gambaran terhadap kemungkinan pencerobohan daripada Syria oleh tentera Mesir yang diketuai oleh as-Sufyani. Jika ini berlaku, maka Mesir perlu mendapatkan kebenaran daripada Israel atau Jordan untuk menyeberang ke Syria.

Rakan sejawat saya berpendapat bahawa senario terdekat yang boleh disimpulkan oleh beliau mengenai huraian Al-Qurtubi adalah kemungkinan campur tangan tentera yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Syria. Saya akan mengaku itu adalah satu kemungkinan, memandangkan peningkatan aktiviti secara tiba-tiba dalam media antarabangsa Ruport Murdoch mengenai kematian orang awam di Syria kini yang boleh digunakan sebagai alasan. Tidak lama kemudian, Amerika Syarikat mungkin mula menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk mengeluarkan resolusi untuk mewajarkan campur tangan tentera NATO di Syria atas alasan yang sama seperti mereka digunakan terhadap Libya. Oleh kerana Mesir kini berada di bawah cengkaman pemerintahan tentera yang ditaja Illuminati berikutan kejayaan rusuhan tahun ini, maka Illuminati dengan gembira akan membenarkan angkatan Mesir untuk menerajui campur tangan ini.



Patut diperhatikan bahawa terdapat double standard yang amat ketara dalam sikap barat terhadap Syria dan Libya. Libya menggunakan ketenteraannya untuk menghentikan rusuhan yang mengakibatkan PBB 'menitahkan' pengeboman NATO ke atas tentera Libya. PBB sebaliknya tidak mahu campur tangan di Syria kerana penggunaan kuasa tentera di Syria sebenarnya yang memarakkan rusuhan itu sendiri. Jadi secara ringkasnya, PBB dan AS lebih menyukai anarki dan pertumpahan darah berlaku di kedua-dua negara.

Taktik ini telah dilaksanakan berulang kali oleh Freemason dan Illuminati sepanjang sejarah manusia. Jika anda masih ingat lagi, kekacauan politik di Tanah Melayu adalah sebab mengapa empayar British (berjaya?) menjejakkan kaki di sini. Begitu juga, sebab utama mengapa Amerika Syarikat berkeras menceroboh Iraq atas alasan kononnya menamatkan penderaan hak asasi manusia di bawah pemerintahan Saddam.

Bila tiba masanya, kita juga harus menyediakan diri kita sekiranya As-Sufyani datang dari Mesir atau negara-negara lain. Ini adalah kerana hadis paling sahih tentang As-Sufyani sekalipun tidak pernah meramalkan sebarang kemungkinan mengenai peranan Mesir mengenai kedatangan As-Sufyani.

Berikut adalah salah satu hadis yang paling sahih tentang As-Sufyani:-

Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa Nabi bersabda:

Akan muncul seorang lelaki dari dalam Damsyik. Dia akan dipanggil Sufyani. Kebanyakan orang yang mengikutinya adalah dari suku Kalb. Dia akan membunuh dengan merobek perut wanita dan malah membunuh kanak-kanak. Seorang lelaki dari keluarga ku akan muncul di Masjidil Haram, berita kedatangan beliau akan sampai kepada Sufyani dan dia akan menghantar kepadanya salah satu daripada tenteranya. Dia (merujuk kepada Imam Mahdi) akan mengalahkan mereka. Mereka kemudian akan melakukan perjalanan dengan sesiapa yang masih hidup sehingga mereka sampai ke padang pasir dan mereka adalah ditelan. Tiada akan terselamat kecuali seorang yang telah memberitahu orang lain tentang mereka. (Mustadrak Al-Hakim)

Berikut pula adalah pendapat peribadi saya mengenai setiap petunjuk yang terkandung di dalam setiap ayat daripada hadith ini:-
 

"Akan muncul seorang lelaki dari dalam Damsyik".

 

Di sini kita diberitahu bahawa As-Sufyani adalah seorang lelaki yang akan "muncul" dari Damsyik Perkataan "muncul" menunjukkan kepada kita bahawa tidak ada apa pun yang diketahui mengenai Sufyani sebelum kemunculannya di Damsyik. Jika tafsiran Al-Qurtubi adalah tepat tentang As-Sufyani, maka ini bermakna bahawa pada mulanya ia akan bermula sebagai serangan rahsia dari Mesir dan bukannya daripada operasi yang dibenarkan oleh tentera PBB terhadap Syria. Ini kerana PBB secara praktiknya perlu memberi amaran secara terbuka kepada kerajaan Syria sebelum ia memberi kuasa bagi sebarang bentuk serangan terhadap Syria. Jika ia bermula sebagai misi rahsia maka pasti ia ada melibatkan CIA/Mossad.

Jadi siapakah sebenarnya as-Sufyani?

Ada satu lagi hadith yang kukuh mengenai As-Sufyani seperti yang telah diterangkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai keturunan Abu Sufian Bin Harb. Bagi mereka yang terlupa apa yang telah kita pelari di Sekolah Menengah, Abu Sufian Bin Harb adalah musuh terkenal Nabi Muhammad sebelum dia memeluk Islam. Sebagai samseng, reputasinya tetap berterusan selepas memeluk Islam. Abu Sufian masih merupakan contoh utama bagi orang yang akan melakukan apa sahaja untuk keuntungan peribadi dan politik (dia tidak sebenar-benarnya 'memeluk' Islam, dia hanya bertukar ke agama Islam sebagai satu cara untuk menyelamatkan temboloknya daripada pembalasan dan untuk memastikan kesinambungan kedudukan politiknya). Malah, ayat al-Anfaal: 36-37 dalam Al-Quran sebenarnya ditujukan kepadanya.

Saya tidak begitu pasti berapa ramai anak-anak Abu Sufyan. Hanya tiga orang yang saya ketahui daripada buku-buku sejarah iaitu Muawiyah, Yazid dan Ramlah. Baiklah,  walaupun dengan reputasi buruk yang dibawa Abu Sufyan dan ditambah pula dengan hakikat bahawa nama 'Sufyani' akan dikaitkan kepadanya, tidak semua keturunan Abu Sufyan ditakdirkan menjadi setandan pisang yang buruk. Contoh terbaik ialah Ramlah yang kemudiannya dalam 40-an, beliau telah berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW dan menjadi salah seorang daripada Ummahaatul Mukminin radhiallahu anhunna. Begitu juga, Yazid yang tidak begitu keterlaluan.  Beliau telah dilantik sebagai gabenor pertama Damsyik selepas Penaklukan Damsyik pada 634 Masihi. Jadi, saya tidak berpendapat mana-mana keturunan Abu Sufyan sama ada daripada jurai Ramlah dan Yazid yang akan menjadi As-Sufyani yang dahsyat itu.



Paling 'terkenal' di kalangan adik-beradik itu pastinya Muawaiyah. Muawaiyah menjadi gabenor Syria bukan kerana beliau telah dilantik oleh Amirul Mukminin pada masa itu. Saudara lelakinya Yazid telah dilantik menjadi Gabenor Syria pada masa itu, tetapi beliau meninggal disebabkan oleh penyakit. Oleh itu Yazid melantik Muawiyah sebagai gabenor interim sementara menunggu pengganti yang akan diputuskan oleh Amirul Mukminin pada masa itu. Walau bagaimanapun, Amirul Mukminin kemudian memutuskan untuk menyokong Muawiyah sebagai gabenor bagi memelihara kestabilan politik di Syria.

Muawaiyah Sangat dikenali dengan sikap politik yang diwarisi dari bapanya. Seperti bapanya, beliau hanya nampak patuh jika itulah yang perlu dilakukan untuk meletakkan dirinya di atas takhta. Tetapi apabila kuasa sedemikian diambil daripadanya, dia tidak mempunyai masalah menumpahkan darah dalam usaha untuk mendapatkan kuasa itu semula (agak mengingatkan kita kepada Anwar Ibrahim di Malaysia).

Apabila Sayidina Ali Rasyidin Khalifah (keempat) melucutkan dia daripada kuasa sebagai gabenor di Syria, dia memberontak dengan melancarkan perang berskala penuh terhadap Sayidina Ali. Hari ini ia dikenali sebagai Perang Siffin. (sekali lagi ia agak mengingatkan kita kepada Anwar Ibrahim di Malaysia)

Pemerintahan Muawiyah ke atas Syria berterusan apabila beliau melantik anaknya Yazid II sebagai pemerintah Syria yang seterusnya. Dengan pelantikan ini, ia bermakna bahawa Syria telah di bawah pemerintahan Bani Umayyah (keturunan Abu Sufyan) sejak awal dan ia berlanjutan di Syria selama 90 tahun akan datang (Nota: tidak semua keturunan Abu Sufyan berperangai jahat. Tempoh pemerintahan Al-Walid bin Abdul-Malik dan Umar bin Abdul-Aziz megah dikenang sebagai salah satu tempoh keemasan dalam sejarah Islam).

Bani Umayyah telah akhirnya digulingkan oleh Bani Hashim (suku Nabi Muhammad) pada tahun 750 apabila mereka menghukum (bunuh?) pemerintah terakhir keturunan Abu Sufyan (Marwan bin Muhammad) dan menubuhkan satu pemerintahan baru di bawah Bani Abbasiyyah.

Tidak ada banyak maklumat mengenai berapa banyak keturunan Abu Sufyan telah terselamat di Syria. Semasa pertempuran di sungai Zab antara Umayyah terakhir dan Abbasiyyah (diterajui oleh Abul Abbas As-Saffah) hampir 300 Umayyah telah tewas. Selepas itu Abbasiyyah memutuskan untuk menghapuskan semua Umayyah. Hampir semua Bani Umayyah telah diburu dan dibunuh oleh Bani Abbasiyyah. Menurut catatan sejarah, satu-satunya keturunan Abu Sufyan yang terselamat adalah seorang budak lelaki berusia 19 tahun yang bernama Abdurrahman bin Muawiyah yang melarikan diri ke Sepanyol dan menubuhkan Dinasti Umayyah baru di sana.


Pemerintahan Umayyah di Sepanyol berakhir selepas generasi ke-18 khalifah.. Disebabkan oleh perpecahan berterusan antara umat Islam dan diburukkan oleh kehidupan rasuah dan memalukan yang dijalani oleh khalifah terkemudian, sistem kekhalifahan mula hancur. Pada masa inilah kawalan Islam ke atas Sepanyol telah secara beransur-ansur terhakis oleh Reconquista Sepanyol yang melaluinya Kerajaan-kerajaan Katolik di utara Sepanyol akhirnya berjaya mengalahkan dan menakluki negeri-negeri Islam selatan di Semenanjung Iberia. Bandar utama yang pertama jatuh kepada kuasa Katolik adalah Toledo pada tahun 1085. Selepas pertempuran Las Navas de Tolosa pada tahun 1212, semua Empayar kecuali Granada jatuh di bawah kawalan kerajaan Katolik. Kemudian pada tahun 1492, Emiriyah Granada kalah dalam Pertempuran Granada kepada pasukan Monarkis Katolik di bawah Ratu Isabella I dari Castile dan suaminya Raja Ferdinand II dari Aragon.

Keturunan terakhir Abu Sufyan yang diketahui - monarki pengkhianat Islam dengan nama Muhammad XII - bersetuju mentadbir Granada sebagai sebuah kerajaan jajahan Sepanyol sebagai balasan untuk sokongan meletakkan dia di atas takhta Beliau kemudiannya mendapati kehidupan di bawah pemerintahan Kristian tidak tertanggung dan menghilangkan diri ke Afrika Utara.



Kelihatan bahawa kerabat terakhir daripada keturunan Abu Sufyan kali terakhir dilihat menghilang ke Afrika Utara yang termasuk negara-negara seperti Mesir, Libya, Tunisia, Maghribi, Algeria, dan Sahara Barat.

Amat menarik untuk diperhatikan Mesir, Tunisia dan Libya sebagai tiga buah negara Afrika Utara yang paling dekat dengan Syria moden. Menariknya kerana negara-negara ini telah baru-baru ini telah 'rampas' oleh Illuminati melalui projek rusuhan 2011. Sebagai negara-negara yang keturunan Muhammad XII mungkin telah terselamat sehingga hari ini, negara-negara ini berpotensi melindungi keturunan Abu Sufyan sejak Reconquista.


Secara peribadi, saya berpendapat bahawa As-Sufyani akan menjadi seorang yang lahir sebagai warganegara Syria. Mengapa? Kerana satu-satunya sebab munasabah yang membolehkan As-Sufyani mendapat sebegitu cepat kawalan ke atas Syria adalah kerana, sejak mula lagi dia telah menerima sokongan daripada orang-orang Syria dan yang hanya boleh berlaku jika dia dianggap 'tempatan'. Tambahan pula, beliau dengan pantas akan menerima sokongan dari Bani Kalb yang menunjukkan kepada kita bahawa Bani Kalb mungkin melihat beliau sebagai salah seorang daripada mereka juga.

Di seluruh dunia, kita lihat bagaimana politik tajaan Illuminati sedang digerakkan ke kuasa melalui pembodohan ke atas rakyat negara itu untuk mempercayai bahawa ahli politik tertentu adalah penyelamat yang datang untuk menyelamatkan mereka. Jika anda menonton video Youtube kiriman saya mengenai Korea Utara, China dan Rusia, anda akan menyedari sebab diktator seperti Kim Il-sung (Korea Utara) Stalin (Rusia) dan Pengerusi Mao (China) mendapat kuasa adalah kerana mereka pada mulanya dianggap sebagai penyelamat. Keadaan yang sama akan berulang di Syria. Rakyat Syria kini dalam keadaan yang buruk disebabkan oleh tindakan ketenteraan terhadap mereka sehinggakan mereka sanggup untuk menyokong sesiapa yang berjanji untuk menerajui revolusi 2011 mereka. Tetapi akhirnya mereka akan mendapati bahawa Sufyani adalah jauh lebih teruk daripada apa yang mereka alami sebelum mereka memulakan revolusi.

Amatlah menarik jika kita mengambil kira kepercayaan popular hari ini bahawa pemain utama dalam revolusi Syria 2011 ialah Mohammad Riad Shaqfa yang kini berada dalam buangan di Arab Saudi. Beliau juga kebetulan pemimpin Ikhwanul Muslimin di Syria. Komuniti perisikan Timur tengah percaya bahawa Mohammad Riad bertindak dengan cara yang sama seperti yang dilakukan oleh Thaksin ke atas Thailand dengan mendalangi demonstrasi yang bertukar menjadi rusuhan sepenuhnya pada tahun ini. Adakah dia akan menjadi As-Sufyani seperti yang diramalkan? Amat tidak berkemungkinan, tetapi sekali lagi segala-galanya adalah mungkin pada masa kini.

Baiklah, saya tidak sebenarnya suka berfikir untuk terlalu teruk tentang Ikhwanul Muslimin kerana setiap Muslim dalam kumpulan saya amat menghormati pengasasnya Allahyarham Hassan al-Banna. Tetapi sekarang, sekali lagi kita perlu tahu bahawa Hassan Al-Banna telah dibunuh selepas beliau secara terbuka mengisytiharkan bahawa keganasan bukanlah satu cara yang boleh diterima di dalam Islam (Hassan bersungguh-sungguh menafikan penglibatan persaudaraan itu dengan pembunuhan Mesir Perdana Menteri Mahmoud an-Nukrashi Pasha pada 28 Disember 1948).

Semasa hayatnya, Hassan Al-Banna secara konsisten menyangkal dakwaan bahawa persaudaraan ini melatih tentera upahannya sendiri (akhirnya, selepas kematian beliau, telah dibuktikan bahawa terdapat divisi bersenjata dalam persaudaraan ini yang telah ditubuhkan tanpa pengetahuan Hassan) .

Disebabkan pertumbuhan populariti persaudaraan ini secara tiba-tiba di dunia Arab, sudah terdapat khabar angin bahawa persaudaraan ini telah ditembusi oleh CIA dan Mossad. Pada masa inilah ahli-ahli tertentu dalam persaudaraan ini mulakan menggalakkan demonstrasi, keganasan dan terorisme yang secara berkesan mengubah mereka menjadi Khawarij. Saya tidak mempunyai sebab untuk TIDAK MEMIIKIRKAN adanya peranan Illuminati dalam mengubah beberapa individu dalam persaudaraan ini daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah menjadi Khawarij.

Untuk mengatakan bahawa Illuminati mungkin mahu untuk menyusup masuk dalam Pertubuhan Islam mungkin kedengaran bodoh bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam pelbagai cawangan Illuminati. Tetapi ada sebenarnya pengkhianat Islam juga di kalangan perintah Illuminati. Golongan Islam palsu dalam Illuminati dipanggil Magi dan Majusi (Zoroastrian) dan mereka telah memainkan peranan utama dalam menyusup ke dalam organisasi Islam di seluruh dunia. Ramai yang telah mengetahui untuk beberapa ketika bahawa kebanyakan keganasan Islam dicipta oleh CIA atau Mossad dan salah satu projek mereka yang paling berjaya adalah umat Islam Wahabi di Arab Saudi. Salah satu dokumen 2002 yang bocor daripada perisikan Iraq menunjukkan kerajaan Iraq telah menyedari maksud jahat golongan Wahhabiyyah Arab Saudi, yang biasanya dikenali sebagai Salafi, dalam melayani kepentingan Barat untuk melemahkan Islam.

(NOTA: Sekarang anda tahu mengapa Majlis Keselamatan Negara kita sendiri berpendapat Gerakan Wahabi di negara ini sebagai satu isu Keselamatan Negara).

Pada peringkat awal revolusi Mesir tahun ini, kawan saya daripada kumpulan Mesir telah dengan beraninya menuduh pemimpin-pemimpin tertentu dalam persaudaraan seperti yang digunakan sebagai kenderaan CIA / Mossad 's untuk menjejaskan kestabilan Mesir. Khabar angin bahawa Ikhwanul Muslimin telah dimasuki oleh musuh-musuh Islam bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah berlegar-legar dari hari pembunuhan Hassan Al Banna lagi. Sudah tentu ini tidak bermakna bahawa semua cawangan persaudaraan Ikhwanul Muslimin telah disusupi, tetapi adalah sangat dipercayai bahawa elemen minoriti, tetapi penting dalam persaudaraan ini bukan seperti dahulu. Ini sama sekali tidak menghairankan, kerana Ikhwanul Muslimin telah menjadi sebuah organisasi global sejak kematian Hassan Al Banna. Maka amat merugikan jika CIA/Mossad tidak menyusupi persaudaraan ini. Tambahan pula, perkembangan pesat kumpulan itu sendiri mengundang syak wasangka bahawa ada sesuatu yang mungkin berlaku, kerana amat tidak masuk akal bagi Amerika Syarikat dan Israel untuk membenarkan dengan mudah kumpulan ini berkembang di peringkat global dan juga mempunyai pejabatnya di Amerika Syarikat. Malah, cawangan persaudaraan seluruh timur tengah telah dikaitkan dengan pergolakan timur tengah 2011 dengan pembiayaan daripada dari yang NED disalurkan melalui aktiviti pengubahan wang haram oleh Yayasan Masa Depan (Foundation of the Future). Masih ingat lagi bahawa Anwar Ibrahim selaku Bekas Pengerusi Yayasan Masa Depan yang juga merupakan ahli Ikhwanul Muslimin?.




Apa? Anda tidak terfikir bahawa FFF tidak mempunyai peranan dalam ketidakstabilan Timur Tengah? Nah, berikut adalah tangkapan skrin dari laman webnya (http://foundationforfuture.org/en/) mengenai Negara-negara Timur Tengah telah 'dimandatkan'. Tidakkah anda fikir adanya keganjilan bahawa negara-negara ini (Tunisia, Libya, Mesir, Syria, Yaman) kebetulannya terdiri daripada kawasan revolusi 2011 kini berlangsung? Dan bagaimana pula dengan negara-negara lain? Pakistan, Afghanistan, Oman, Iraq dan Iran? Anda boleh saksikan sendiri keadaan di sana.

P/S: dan mengapa pula FFF tidak mempunyai mandat atas Israel? Dalam laman webnya, ia mengatakan bahawa dana bagi FFF telah didermakan oleh Negara-negara Eropah. Jadi mengapa Negara-negara Eropah ini tidak mahu campur tangan dengan Israel? Terutamanya apabila logo FFF sebenarnya semuanya adalah tentang Israel - Lihat pada animasi saya dari laman web lama saya di bawah



Saya tahu sebahagian daripada anda mungkin tidak suka membaca tentang perkara ini dan saya tidak berniat untuk memaksa anda menerima kata-kata saya. Apa yang saya minta daripada para pembaca saya adalah supaya terbuka kepada semua kemungkinan. Malah di tempat kita sendiri, kita tidak harus menolak kemungkinan bahawa sesetengah pemimpin utama dalam parti Melayu dengan perkataan ISLAM mungkin bukanlah sebenarnya seperti apa yang mereka dakwa.

Kebanyakan orang yang mengikutinya adalah dari suku Kalb".
Kembali kepada topik yang saya maksudkan.

Dalam hadis dikatakan bahawa Sufyani akan diikuti oleh bani Kalb. Bagi saya hanya ada satu sebab mengapa suku Kalb akan begitu kuat menyokong Sufyani, ini kerana Sufyani sebenarnya adalah salah seorang dari suku Kalb itu sendiri. Ini tidak menghairankan kerana sekiranya anda tidak tahu, Muawiyah Abu Sufyan telah berkahwin dengan anak bangsawan suku Kalb, dan begitu juga Yazid anak beliau yang terkenal, yang juga telah berkahwin dengan seorang wanita suku Kalb. Oleh itu tidak ada keraguan bahawa penyatuan itu sendiri yang menghasilkan gabungan keturunan Sufyani-Kalb. Malah, saya boleh mengatakan dengan penuh yakin bahawa semua khalifah Umayyah mempunyai Kalb darah dalam darah mereka. Di bawah Muawiyah, Khalifah Umayyah pertama (661-680), suku kaum Kalb menjadi khususnya berpengaruh di Syria dan mereka banyak terlibat dalam konflik Muawiyah dengan Saidina Ali.

Suku kaum Kalb mendakwa berketurunan Yaman, namun, suku Kalb telah lama menetap di Syria dan Barat Iraq sebelum wilayah ini telah ditawan oleh umat Islam. Mereka berkhidmat di bawah Ghassanid dalam mempertahankan Syria terhadap Sassanian; seperti juga Ghassanid, Suku Kalb telah bertukar menjadi Monophysite Kristian. Suku Kalb bertempur dengan umat Islam semasa ekspedisi ke Dumat al-Jandal pada tahun 627, dua tahun kemudian mereka menghantar delegasi kepada Muhammad mengisytiharkan penukaran mereka kepada Islam.




Jadi dari Sejarah kita tahu bahawa semasa zaman Nabi Muhammad kawasan ini dipanggil Dumat Al-Jandal sendiri oleh puak Kalb. Jadi bagaimana pula hari ini? Adakah Dumat Al-Jandal masih melindungi suku Kalb?

Dalam perenggan sebelumnya, saya ada menyebut tentang kumpulan pembangkang Syria yang diterajui oleh pemimpin mereka yang kini dalam buangan di Arab Saudi. Baiklah, Dumat al-Jandal juga terletak di Wilayah Al Jawf di Arab Saudi. Malah, Al-Jawf semakin menarik jika kita mengambil kira bahawa terdapat sebuah pangkalan tentera di sana. Bukankah itu sesuatu untuk difikirkan tentangnya?

Oleh itu jika kita memasukkan wilayah Al-Jawf sebagai pemboleh ubah untuk mentafsirkan kod tafsiran Al-Qurtubi, maka senario yang paling mungkin ialah as-Sufyani akan bergerak dari Mesir di tempat dia akan bertemu dengan sekutunya di sempadan Arab Saudi sebelum berpindah ke Damsyik dengan bantuan Israel (sudah tentu Israel akan terlibat .. sebarang pergolakan yang menimpa umat Islam tidak akan lengkap tanpa adanya mereka).

Adakah ini akan menjadi senario yang paling berkemungkinan?

Hanya masa akan menentukan. Saya masih cuba untuk menyasarkan calon yang paling mungkin untuk menjadi As-Sufyani yang dijangka, tetapi setakat ini hanya terdapat sedikit maklumat untuk membuat sebarang jangkaan. Semoga saya akan menemui sesuatu yang lebih baik tidak lama lagi supaya saya dapat menjangkakan dengan lebih baik siapakah As-Sufyani yang saya pasti akan muncul tidak lama lagi sebelum 2015.

27 comments:

  1. Masih ada lagi kesalahan ejaan,harap lebih diperhatikan aspek ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sket2 tu halal la Bro..yg penting mesej tersampai..

      Delete
  2. Brother...I have shared at carigold.com again..

    http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=419560

    ReplyDelete
  3. Fitnah tersebar dan disebar oleh gerakan Islam terbesar di dunia ~ im. Salah satu sbb kenapa IM yg asing akan ditentang ketika awal kemunculannya oleh im dan MAJORITI umat . Saudi dan Sufyani 2 x 5 sama2 kejam. The so called 'mujahidin in Syria' are HEAVILY sponsored by the Kingdom of Saudi Arabia and christian alliances. Apa yg KSA lakukan d timur tengah seperti apa yg British lakukan kepada tanah melayu dan nusantara 100-200 tahun lepas, perjanjian-perjanjian bangsat, sabotaj dan pengkhianatan. bukan bermakna assad bagus tetapi yg akan datang lebih teruk. Selagi seluruh Suriah dan seluruh Hijjaz belum ditawan oleh tentera panji hitam, selagi itulah fitnah berleluasa dan selagi itulah kekejaman berlaku d sana.

    ReplyDelete
  4. Sufyani akan muncul diatas dendaman ke atas minoriti Syiah di Syria. Walaupun minoriti Syiah diberi kuasa atas Syria oleh Illuminati. Kini mengikuti jadual illuminati, Damascus d poarak perandakan dgn pembantaian sesama syiah dan sunni.

    Sufyani bermazhab sunni. Beliau menguasai Syria sehingga Mesir. Menyatukan Arab atas dasar agama Islam dan bukan asobiyah. Cuma satu keburukannya ia itu beliau x terima Al Mahdi sebagai Al Mahdi.

    Adakah beliau muncul sebelum atau selepas malhamah kubra ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju pendapat saudara. As-Sufyani berkemungkinan adalah pemerintah Mesir. Dia akan kuasai Jordan, Syria dan Turki semasa perang besar.

      Abu Al-Ikhwan.

      Delete
  5. ok. dah bubar dah tadi. Bro... jgn padam dulu blog nih please. thanx

    ReplyDelete
  6. 1. Saya selalu mengambil contoh diantara perang & fitnah yang dilancarkan ke atas pemerintahan imam Ali as dengan peredaran contohnya zaman pengulingan kerajaan sediada supaya mengikut telunjuk agenda zionist.

    2. sebagai refleksi saya pun melihat ianya sedang berlaku di malaysia di mana jawatan tertinggi puak2 pembangkang & sekutunya menggunakan kaedah-kaedah islam untuk menjatuhkan islam sendiri.

    3. Syabas dengan penulisan sebegini, harap ada anak muda seperti saya di luar sana yang faham masalah aqidah yang diseleweng orang yang gilakan pemerintahan.

    ReplyDelete
  7. Umat ini telah dibentuk dengan tumpahan darah Baginda Rasulullah s.a.w dan kelaparan Baginda s.a.w, sementara kita hari ini memecahbelahkan umat atas perkara-perkara kita yang kecil. Ingatlah bahawa meninggalkan solat Jumaat pun tidak akan datang begitu banyak keburukan seperti yang berlaku akibat memecah-belahkan umat. Apabila akan datang perasaan perpaduan umat di kalangan orang-orang Islam, maka tidak sekali-kali mereka akan dihinakan di dunia ini.

    ReplyDelete
  8. pro umngok gak ni... hmmm

    ReplyDelete
  9. Dengan perkembangan terbaru; selepas memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria; Morsi telah mengisytiharkan jihad keatas Assad; adakah beliau mengetuai golongan Sufyani;

    ReplyDelete
  10. Tulisan ni banyak fitnah.

    Ini fitnah terhadap Morsi.

    Morsi mempunyai 30 juzuk Al-Quran di dalam dadanya, anak2nya juga berjaya.

    Lagi satu fitnah terhadap Hassan Al-Banna.

    Dan last sekali, fitnah terhadap mujahidin di Syria. Allah tidak akan membantu mujahidin Syria melainkan jika ianya daripada Sufyani.

    Awak tak dapat info secara langsung dari ulama' Syria. Cuba kalau awak dapat info secara langsung dari beberapa ulama' Syria, mungkin artikel ini takkan keluar dan fitnah2 bersangkutan juga tak keluar.

    Kepada pembaca, harap jangan percaya fitnah2 di atas. Nak bukti ? Sila dapatkan terus dari ulama' Syria, atau pelajari bahasa Arab, kemudian layari website2 Suria yang berbahasa Arab.

    Jangan ambil news atau berita dari mat Saleh ntah mana2 yg tak tau bahasa Arab, lepas tu translate hadith, translate percakapan dan sikap orang Syria kepada sikap omputih sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya Anonymous June 21, 12:57, ada typo.

      "Dan last sekali, fitnah terhadap mujahidin di Syria. Allah tidak akan membantu mujahidin Syria melainkan jika ianya daripada Sufyani."

      Sepatutnya di baca "Allah tidak akan membantu mujahidin Syria jika ianya daripada Sufyani". Maknanya, jika pemimpin mujahidin tersebut Sufyani, mana mungkin Allah membantu di dalam peperangan.

      Satu lagi kita perlu ingat, Basyar tidak membenarkan palang merah, bulan sabit apatah lagi wartawan untuk masuk buat liputan di Syria. Wartawan2 org putih yg dpt datang Syria tu di seludup. Dah lah tu, Jabhat An-Nusrah juga tak alu-alukan wartawan bukan Islam, atau orang bukan Islam sekalipun.

      Jadi macam mana pulak kita boleh percaya berita2 yang ditulis di laman orang2 putih ?

      Patutnya kita baca berita shahih yang di tulis oleh orang2 yang satu mazhab ASWJ dengan kita oleh bangsa Syria sendiri.

      Kau orang juga kena faham, Syi'ah ni ada satu ajaran dia di panggil Takiyah. Apa itu Takiyah ? kau org google sendiri. Jangan malas. Sebab malaslah timbulnya macam2 persepsi akhirnya fitnah juga yang kita percaya.

      Tak tau bahasa Arab, jumpa Ust2 atau 29 Jun ni ada Karnival Syria di Bangi - Datang dan nyatakan sendiri argument kau orang dengan orang Syria yang Insya'allah aku rasa akan ada kat situ.

      Delete
  11. banyak kesalahan,boleh dikatakan semua. fakta sejarah banyak dirujuk dalam buku teks sejarah sekolah sekuler.tidak neutral dan berat kepada syiah. hanya mengunakan otak yang dibrain washkan untuk membuat spekulasi. kepada folowers sila berhati-hati ,kerana anda telah ditipu hidup-hidup oleh boger ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau blogger ni ada yang tersilap & tersalah maka silalah awak betulkan. Janganlah sekadar kata "si polan tu salah" pastu berhenti di situ saja. Tulis la artikel atau apa2 fakta kontra yg yang membuktikan pendapat awak. Kalau sekadar menuduh tapi tak membuktikan itu red bean army pun boleh buat.

      Delete
    2. betui betui betui.. hidup biar beradap dan adab mencari ilmu ialah berhujah dan bukan sekadar menyalah. ataupun mungkin anon 4.46 tak tau baca bahasa inggeris kot so dia tak pernah baca artikel lain dalam blog ni? oh ya kat part mana yang syiah tu? habaq mai sket..

      Delete
  12. Mengarut.. tukang menyebar fitnah akhir zaman. Berhati2 nak bercakap mengenai sahabat rasullulah. Fahaman syiahhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terdapat hadis yang mungkin akan mengejutkan sebagian orang terutama akan mengejutkan para nashibi pecinta berat Muawiyah yaitu hadis yang menyatakan kalau Muawiyah mati tidak dalam agama Islam.

      Dari Abdullah bin Amru yang berkata aku duduk bersama Nabi SAW kemudian Beliau bersabda ”akan datang dari jalan besar ini seorang laki-laki yang mati pada hari kematiannya tidak berada dalam agamaKu”. Aku berkata “Ketika itu, aku telah meninggalkan ayahku yang sedang mengenakan pakaian, aku khawatir kalau ia akan datang dari jalan tersebut, kemudian datanglah Muawiyah dari jalan tersebut”

      (Asal Usul Hadis: Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Shalih yang berkata telah menceritakan kepadaku Yahya bin Adam dari Syarik dari Laits dari Thawus dari Abdullah bin Amru [Ansab Al Asyraf Al Baladzuri 2/121])

      (Juga asal usul hadis: Telah menceritakan kepadaku Ishaq dan Bakr bin Al Haitsam yang keduanya berkata telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq bin Hamam yang berkata telah memberitakan kepada kami Ma’mar dari Ibnu Thawus dari ayahnya dari Abdullah bin Amru bin Ash [Ansab Al Asyraf Al Baladzuri 2/120])

      Tidak diragukan kalau Muawiyah pernah menjadi sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tetapi hal ini tidak membuatnya menjadi orang suci seperti yang digembar-gemborkan oleh para nashibi. Muawiyah termasuk sahabat yang cukup banyak membuat penyimpangan dalam syari’at. Ini bukan tuduhan atau celaan tetapi fakta yang tertera dalam berbagai kitab hadis yang tidak pernah diungkapkan oleh salafy nashibi dengan dalih “menahan diri dari mencaci sahabat”. Salafy nashibi bisa dibilang cinta mati terhadap sahabat yang suka “memusuhi ahlul bait”. Jika syiah mencela sahabat mereka naik pitam menyesatkan dan teriak sana sini tetapi jika Muawiyah mencela Imam Ali mereka mati-matian membela Muawiyah.

      Disebutkan dalam sejarah bahwa Yazid bin Muawiyah inilah yang memerintahkan untuk memerangi dan membunuh penduduk Madinah pada peristiwa Al Harrah yang mengerikan padahal terdapat hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam>>>...Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah yang berkata menceritakan kepada kami Husain bin ‘Ali Al Ja’fi dari Za’idah dari Sulaiman dari ‘Abu Shalih dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang berkata “Madinah adalah tanah haram, barangsiapa yang melakukan perbuatan keji di dalamnya atau mendukung orang yang melakukan perbuatan keji tersebut maka untuknya laknat Allah, malaikat-malaikatnya dan manusia seluruhnya, dan tidak diterima taubat dan tebusan baginya” [Shahih Muslim 2/999 no 469]

      Delete
    2. Anon 4:46 dan 6:06, terserah kau nak cakap apa. Malas nak layan. Takde faedah :P

      Delete
    3. Hadith ni dhaif lagi palsu. Muawiyah Bin Abu sufyan adalah sahabat Nabi.

      1) Hadith tersebut terdapat perawi majhul.

      2) Hadith tersebut bertentangan dgn hadith sahih nabi yg lain yg menerangkan org yg dilaknat Nabi tu bukan Muawiyah tetapi Al Hakam.

      3) Al Baladzuri adalah sejarawan bukan muhaddith, so dia tdk cukup autoriti. Al Ansab tu pun buku salasilah/sirah. Tambahan, dia rapat dgn pemerintah Bani Abbasiyah sedangkan Bani Abbasiyah adalah musuh politik Bani Umayyah.

      Semua buku-buku sejarah hanya muka ditulis pada zaman bani abbasiyah. Wallahuaalam

      Delete
  13. aik, mane komen aku aritu??? ko delete ea admin? tak kisahla, ko delete aku komen lagi... hahaha

    kalo ko ni bukan syiah, KONFHEMMMM ko ni pro syiah! tak kisahla ko umno ke, pas ke, pkr ke, dap ke, SYIAH BUKAN ISLAM! so kalo ko pro syiah pe maksudnya tu???

    kepada pembaca blog pro syiah ni, aku harap korang amalkanlah baca Surah Al-Kahfi... banyak2lah berdoa pada Allah S.W.T semoga dipelihara & dilindungi daripada terpengaruh dengan apa2 fitnah terutamanya FITNAH DAJJAL & SEKUTUNYA... (contoh terdekat macam admin blog ni la) Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya delete. Mana2 komen dangkal dan tidak beradab saya akan delete. Saya dah pernah jelaskan di artikel lain sebelum ini bahawa saya tak kisah pandangan yang tak bersetuju asalkan beradab. Beradab maksudnya disini ialah menjelaskan seban dan dalil tak bersetuju seperti yang dilakukan oleh Wan Solehah atau contoh paling dekat ialah apa dilakukan oleh anon 9:21am di atas. Kalau sekadar masuk untuk melempar kata nista eeperti yang sering dillakukan oleh red bean army dan penyokong pakatan yang low class, tak ada faedah komen sebegitu untuk saya dan pengunjung blog saya. Oleh itu anda dipersilakan berbuat begitu di blog anda sendiri atau di tempat lain. Wasallam.

      Delete
  14. Bliau x syiah la,tp pro umnu,tq

    ReplyDelete
  15. Kalau blogger pro umno x yah crita tentang islam la...kau perbetul umno dulu...satu hal puak syiah ni semua hadis dia adalah amat dhaif sbb tak di sanadkan kpd sahabat nabi...periwayat dia hidup ratusan tahun selepas nabi...mcm mana nak terima....kalau semua sahabat nabi kafir( dakwaan syiah) bagaimana korang ambil hadis drp siapa...ingatlah kalau muawiyah tu kafir nabi takkan lantik dia sbg penulis wahyu....silap teknik seluroh alquran boleh dipalsukan....rasulullah saw maksum, perancangan diatur allah...nak tipu nabi x boleh...jibril akan memberitahu nabi sekiranya penulis wahyu yg nabi lantik akan jd kafir....nabi takkan lantik muawiyah menjadi penulis wahyu....begitu juga imam hassan b. Ali...bkn sebarangan org taraf wali...mempunyai makrifat yg tinggi....sbb itu dia berbaia'h dgn muawiyah....wahai syiah & pengampu umno suluh lah diri sendiri betul @ tidak.....jgn bawa kebusukan taik agar org lain terhidu sama. Wassalam

    ReplyDelete
  16. Di akhirat nanti, akan ada tiga golongan yang akan dipanggil menghadap Allah, pertama adalah orang yang pergi berjihad, Allah tanya apakah yang dia buat di dunia, dia kata dia berjihad dan mengorbankan dirinya untuk Allah. Tetapi Allah tau niatnya, kata Allah padanya, kamu dusta, kamu berjihad supaya dipuji orang kononya kamu membela agama. Maka kamu dilemparkan ke neraka, maka Malaikat datang humban orang itu ke neraka.

    Maka datanglah yang kedua iaitu orang yang dermawan, ditanya oleh Allah apa yang perbuat di atas dunia. Maka dijawabnya dia mengorbankan hartanya untuk jalan Allah, tetapi Allah tau niatnya. Maka kata Allah, kamu dusta, kamu menderma kerana nak dipuji orang kononnya kamu seorang yang pemurah, maka kamu dihumban ke neraka. Maka Malaikat pun datang dan humban orang itu ke neraka.

    Datang pula yang ketiga iaitu alim ulamak, ditanya oleh Allah apa yang diperbuat di atas dunia, maka dijawabnya dia banyak beribadat, banyak baca Al-Quran. Allah tau niatnya, maka kata Allah, kamu dusta, kamu beribadat, baca Al-Quran kerana kamu nak dipuji orang. Kamu dihumban ke neraka, maka datanglah Malaikat dan humbankan orang itu ke neraka.

    Apa yang saya ingin terangkan di sini adalah kumpulan-kumpulan militan yang kononnya berjihad itu, apakah benar-benar ikhlas atau mereka hendak dipuji orang. Misalnya selalu tunjuk gambar dalam You Tube mereka berceramah pasal jihad, lepas tu meletakkan gelaran-gelaran tertentu pada diri, dan malahan dengan riang dan rasa tak bersalah membunuh tahanan perang mereka itu.

    Apakah Islam menggalakkan perkara sebegini? Oleh itu semua orang perlu berhati-hati dengan orang yang suka ambil kesempatan menggunakan agama untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Nak buat sesuatu itu kena tahu hukumnya, dalam Islam ada hukum wajib, sunat, haram, harus, belajar hukum dengan orang yang betul-betul berkelayakan sebelum buat sesuatu. Jangan sampai niat kononnya nak berjihad, membunuh orang yang dituduhnya murtad, fasiq, zindik dan sebagainya, tetapi di akhirat kelak orang yang yang dibunuhnya dan dituduhnya sebagai fasiq, zindik, murtad itu menuntut padanya akan keadilan terhadap kekejaman yang dilakukan oleh orang yang kononnya berjihad itu, kalau seorang menuntut pun sudah tak mampu nak ditunaikan, bayangkan kalau beribu-ribu orang yang menuntut, tentulah ke neraka jawabnya.

    Sedarlah bahawa nak buat sesuatu kena ada ilmu, kena faham syariat, kena patut kepada syariat. Kita orang Islam ada syariat yang dah ditetapkan oleh Allah, maka bertindaklah ikut syariat supaya di akhirat kelak kita tidak dituntut akan kezaliman kepada orang yang kita buat kononnya atas alasan jihad.

    Sedarlah.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Ada orang yang belajar agama tinggi, banyak belajar pasal agama, tetapi dirinya sendiri tidak faham dengan ajaran agama itu sendiri. Misalnya dalam segi kebenaran, ada adab kita nak membetulkan sesuatu kebatilan, bukannya seberono sahaja. Ada yang gunakan kaedah kasar, katanya ada hadis yang cakap jika mampu tegah kemungkaran, gunakan tangan, kurang mampu guna mulut, dan dah tak mampu gunakan hati, maka digunakan tangan pukul orang yang buat salah. Apakah itu betul? Tentunya tidak, patutnya dia kena mulakan yang lemah itu dulu iaitu tidak redha dengan perbuatan buruk itu, kemudian dia tegur dengan berhemah, jika orang itu bertindak kasar barulah dia pertahankan dirinya guna kekuatan, itu pun sekadar nak pertahankan diri, bukannya nak melepaskan geram hingga patah riuk dan cedera parah nyawa-nyawa ikan dikerjakan orang yang salah itu.

    Begitu juga dalam isu jihad, isu ibadat, ada orang yang belajar agama sendiri tak faham dan tak jelas dengan isu-isu itu. Mereka ambil benda itu semberono, macam kumpulan ISIS ini, mereka sokong habis-habisan, mereka gunakan hujah kononnya yang dibunuh itu bukan orang Islam, malahan dibunuh itu adalah orang yang dah baligh dan sebagainya. Tetapi mereka tidak lihat pun syariat Islam dalam adab-adab berperang.

    Islam ini agama yang penuh dengan adab, semua benda ada adabnya, sampaikan nak berak dan kencing pun, malahan nak bersetubuh pun ada adabnya. Maka lihatlah adab yang disyariatkan oleh agama. Dalam isu berperang yang dikatakan berjihad itu, nilailah dahulu apakah benar itu jihad? Nak berjihad ini bukannya boleh suka-suka pergi serang dan bunuh orang, ada peraturannya, apakah kita diancam? Apakah agama kita diancam? Apakaah negara kita diancam? Apakah keluarga kita diancam? Apakah ancaman-ancaman yang dibenarkan berjihad? Jangan pakai hentam semberono sahaja menyerang dan membunuh orang itu, memusnahkan kediaman orang, mengebom orang ramai, itu bukan berjihad sebenarnya, itu sebenarnya sedang melakukan kezaliman dengan menggunakan istilah jihad, malahan jihad telah diburukkan namanya oleh orang-orang sebeginilah.

    Sedarlah semua.

    ReplyDelete