Wednesday, May 11, 2011

PAKAR? HAHAHAHA..

Melayar internet sambil makan nasi adalah merbahaya di zaman sekarang.

Itulah pengajaran yang terbit di fikiran saya apabila saya tersedak nasi ketika membaca petikan berita di yahoo.com yang ketara pro-pembangkang pada masa kini.

Yang menyebabkan saya tersedak tu adalah apabila membaca tajuk berita berikut.

Pakar: Malaysia tiada agama rasmi, Islam cuma agama persekutuan.

Berita (ini pun boleh dianggap berita ke?) merujuk kepada komen seorang `pakar’ iaitu peguam Syahredzan Johan daripada Tetuan RamRais & Partners yang pada hari ini menjawat jawatan ketua jawatankuasa perlembagaan dalam Majlis Peguam.

Saya pun sebenarnya tidak tahu apa sebabnya penulis berita tersebut iaitu Debra Chong daripada the Malaysian Insider boleh mengiktiraf Encik Syahredzan sebagai ‘Pakar’ dalam hal ehwal perlembagaan. Setakat maklumat yang saya perolehi Encik Syahredzan hanyalah junior partner di Tetuan RamRais & Partners, malahan senior partner a.k.a boss Tetuan Ramrais iaitu Encik Hariram Jayaram belum pernah lagi diiktiraf secara rasmi sebagai “pakar” dalam mana-mana bidang so bagaimana pula Junior Partner lebih dulu dinobat sebagai “Pakar” dalam perlembagaan?

Setakat yang terkini, Tetuan RamRais & Partners tidak pernah pula menyatakan bahawa firma tersebut pakar dalam undang-undang perlembagaan. Kalau dalam bidang lain itu iyalah iaitu Intellectual Property Law, Arbitration & Mediation, Litigation, Corporate Law dan Information & Communications Technology Law tetapi belum pula dinyatakan disitu bahawa firma tersebut specialised dalam Constitutional Laws. Jadi saya tak faham dari mana datangnya pengiktirafan ‘Pakar’ tu.

Saya nak katakan secara profesional kepada Encik Syahredzan supaya janganlan memalukan profesion guaman. Kalau baru tiga-empat tahun jadi lawyer tu (beliau bertugas sebagai peguam semenjak pada 5 October 2007) tak usahlah buat komen yang bukan-bukan. Kalau baru 3-4 tahun jadi peguam tu taraf `senior counsel’ pun belum lagi, apatah lagi menganggap diri `pakar’.

Sebenarnya saya menghormati hak mana-mana peguam untuk membuat komen. Jadi kalau dalam blog tertentu peguam kepada Pemimpin Hindraf ini pernah menulis menyokong perhimpunan haram (tulisan beliau bertajuk ‘Sekatan Halal dan Himpunan Haram’6 February 2011), menyokong non-muslim memasuki masjid ( ‘Membangsatkan Nama Islam’ 4 October 2010), merujuk kepada hak orang melayu sebagai retorik (‘Omong Dusta Hak Melayu’ 30 August 2010), menyokong Hindraf dan sebagainya, maka lantak dialah.

Malahan saya tak kisah pun sekiranya Encik ini pernah menulis secara terbuka bahawa hobi beliau adalah menulis rencana yang mengkritik mereka yang ‘mempertahankan Melayu dan Islam’ (‘Perlembagaan dan Pemijak Lembu’ 22 December 2009). Iyalah itu kah hak Encik Syahredzan untuk bersuara. Dia memang tak suka pro 1Bumi seperti orang UMNO so apa nak kata kan? Kalau dia nak membelot itu urusan dialah.

Cuma dalam hal ini perkataan '‘pakar” yang dirujukkan kepada Encik Syahredzan terlalu misleading dan memalukan profesionalisma guaman. Encik Syahredzan bukannya pakar dibawah maksud sekyen 45-51 Akta Keterangan. Malahan oleh kerana beliau ketara condong kepada pembangkang (Encik Syahredzan bercita-cita menjadi calon MP bagi daerah Pekan, Pahang) maka beliau tidaklah layak menjadi pakar kerana beliau adalah bias (Expert briefly means means: a person is deemed an expert if he has special expertise that is crucial in the pursuit of a fair decision).

Malulah sikit.. nanti orang kata masuk bakul angkat sendiri pula.

Anyway, pengajaran yang saya cuba nak sampaikan disini ialah (a) pulaukan yahoo.com (b) mudah-mudahan Encik Syahredzan kembali ke pangkal jalan dan (c) jangan makan nasi sambil melayar internet.

P/S: one more thing Encik Syahredzan, sekadar tulis beberapa artikel dalam blog mengenai perlembagaan belum boleh dianggap 'pakar' laa.. takkan itu pun confuse bro?

No comments:

Post a Comment